Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN DOKUMENTASI PERKHEMAHAN PERTAULIAHAN KENAIKAN PANGAT

LEFTENAN MUDA

KADET REMAJA SEKOLAH PISMP UNIT T 2019

1.0 NAMA PROGRAM

Program Perkhemahan Pertauliahan Kenaikan Pangkat Leftenan Muda Kadet Remaja


Sekolah PISMP Unit T 2019

2.0 TARIKH / MASA / TEMPAT

2.1 Tarikh : 3 – 6 September 2019


2.2 Masa : 4 hari 3 malam
2.3 Tempat : Pusat Latihan Kokurikulum, IPG Kampus Ipoh, 31150, Perak

3.0 UNIT / AGENSI PENGANJURAN

Unit Kokurikulum IPG Kampus Ipoh

4.0 KEHADIRAN

53 peserta Kadet Remaja Sekolah dari unit T

5.0 LAPORAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PERKHEMAHAN

5.1 Laporan Sebelum Perkhemahan

Program Perkhemahan Pertauliahan Kenaikan Pangkat Leftenan Muda Kadet


Sekolah Unit T telah diadakan pada 3 – 6 September 2019. Program perkhemahan ini
melibatkan seramai 53 orang siswa guur dari unit T yang terdiri daripada siswa guru unit T3,
T5, T7, T2 dan T12. Program ini telah dijalankan di Pusat Latihan Kokurikulum (PULAKO),
IPG Kampus Ipoh. Sebelum bermulanya aktiviti perkhemahan ini, ahli jawatankuasa induk
program ini telah mengadakan taklimat beberapa kali bagi memastikan kelancaran program.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan kursus kepada pelajar sekaligus
mentauliahkan kenaikan pangkat kepada Leftenan Muda KRS.

5.2 Laporan Semasa Perkhemahan

1
5.2.1 Laporan Hari Pertama (Selasa, 3/9/2019)

Pada hari pertama program, para peserta berumpul di PULAO tepat


pada jam 8.00 pagi. Sedikit taklimat mengenai pengurusan perhemahan dan
keselamatan telah diberikan oleh Encik Yusri sebelum peserta mendirikan
khemah masing-masing. Taklimat asas mendirikan dan meruntuhkan khemah
juga telah diberikan.

Selepas mendirikan khemah, program diteruskan dengan aktiviti


mendirikan dan memasang gajet yang juga dikendalikan oleh Encik Yusri.
Para peserta dikehendaki untuk membina gajet mengikut kreativit masing-
masing dan hendaklah bekerjasama di dalam seksyen masing-masing.
Antara gajet yang telah dibina ialah pintu gerbang, ampaian dan rak kasut.

Pada sebelah petang pula, program diteruskan lagi dengan aktiviti


ikatan dan simpulan bermula dari jam 2 petang hingga 4 petang. Pensyarah
yang terlibat telah banyak menunjukkan tunjuk ajar cara membuat ikatan dan
simpulan dan jenis-jenis ikatan yang ada yang boleh digunakan semasa
perkhemahan. Antara ikatan yang telah diajar dan dilaksanakan ialah ikatan
tindih kasih, figure of eight dan simpul manok.

Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan makan malam, solat dan


diteruskan lagi menyambung aktiviti kraf perkhemahan dan gajet. Para
peserta dikehendaki menyiapkan gajet sebelum bermula hari seterusnya.
Aktiviti ini telah dipantau oleh encik Yusri.

Pada sebelah malam pula, tepat pada jam 12 malam, ketua


perkhemahan iaitu Nurul Amira Anessya telah menjalankan tugasnya dengan
baik dengan mengumpulkan semua peserta untuk memeriksa kehadiran.
Kehadiran pada malam itu adalah memuaskan dan tiada seorang pun yang
keluar dari tapak perkhemahan. Setiap jam bermula pada jam 12 tengah
malam hingga 6 pagi pula terdapat 6 orang akan menjadi centry dimana
mereka perlu berjaga malam bagi mengawal dan menjaga keselamatan
peserta di tapak perkhemahan. Mereka akan bertanggungjawab jika terdapat
kecemasa. Aktiviti centry ini diteruskan sehingga malam terakhir.

5.2.2 Laporan Hari Kedua (Rabu, 4/9/2019)

2
Pada hari kedua, semua peserta dikehendaki bangun tepat jam 6 pagi
dan mengerjakan solat subuh secara berjemaah juga disertakan sekali
tazkirah subuh yang dipimpin oleh Encik Yusri. Sarapan pagi bermula pada
jam 7.30 pagi. Seusai sahaja sarapan, para peserta berkumpul di padang
kawan PULAKO bagi aktiviti pemeriksaan uniform dan naik bendera.

Tepat jam 9 pagi, program diteruskan lagi dengan aktiviti kompas dan
membaca peta. Para peserta telah banyak mendapat input berkaitan cara
membaca kompas dan peta dengan betul dan tepat dan boleh
mengaplikasikannya di dalam hutan.

Selepas itu, para peserta terlibat dengan aktiviti pengembaraan dan


masakan rimba selama 2 jam. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan
semasa pengembaraan. Aktiviti ini telah dipantau baik oleh para pensyarah
dari unit kokurikulum. Bukan itu sahaja, para peserta juga telah dapat belajar
ikhtiar hidup dengan memasak masakan rimba di dalam hutan. Antara
masakan yang telah berjaya dilakukan oleh para peserta ialah roti lilit dan
onde-onde.

Pada belah malam pula, aktiviti telah diteruskan lagi dengan praktikal
pertolongan cemas yang dikendalikan oleh Tuan Nor Azmi. Beliau
menerangkan jenis-jenis balutan dan cara membalut yang betul bagi setiap
bahagian tubuh badan jika mengalami kecederaan. Antara bahagian
kecederaan yang ditekankan ialah bahagian mata, kepala, tangan dan peha.

5.2.3 Laporan Hari Ketiga (Khamis, 5/9/2019)

Pada hari ketiga, aktiviti pertama yang dilakukan ialaha aktivit kawad
kaki. Para peserta dikehendaki untuk berlatih kawad bagi sesi pentauliahan
pada hari seterusnya. Aktiviti kawad kaki ini telah dilaksanakan di Padang
Kawad IPG Kampus Ipoh di bawah pantauan Encik Yusri. Selepas itu, sedikit
raptai bagi sesi pentauliahan telah diadakan.

Pada sebelah petang pula, para peserta telah diperkenalkan dengan


aktiviti air iaitu aktiviti membina rakit. Taklimat ringkas telah diberikan kepada
para peserta mengenai cara membina rakit dengan betul dengan
menggunakan bahan yang betul. Selepas itu, para peserta dikehendaki untuk
mempersiapkan diri unutk malam ikatan bersaudara pada sebelah malam.

3
Para peserta telah bertungkus lumus memasak menu BBQ untuk
dihidangkan kepada para tetamu pada malam ikatan bersaudara.

Pada sebelah malam pula, sebuah makan malam ikatan bersaudara


antara ahli KRS dan pensyarah telah dijalankan. Aktiviti ini telah banyak
mengajar para peserta untuk makan secara beradab dan sekaligus
merapatkan ukhwah antara ahli KRS. Setelah selesai majlis makan malam,
program diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan. Para peserta
dikendaki membuat persembahan mengikut unit masing-masing. Antara
persembahan yang telah dilakukan ialah persembahan tarian dan nyanyian.

5.2.4 Laporan Hari Terakhir (Jumaat, 6/9/2019)

Pada awal pagi, para peserta telah pun mengadakan aktivit gotong-
royong. Para peserta telah meruntuhkan khemah masing-masing dan
letakkannya dalam keadaan yang baik. Tapak perkhemahan juga telah
dibersihkan dengan sebaiknya. Peralatan yang dipinjam dari stor juga telah
dipulangkan kembali dengan keadaan yag bai. Setiap ketua seksyen telah
menjalankan tugas dengan baik dengan memeriksa terlebih dahulu segala
peralatan dan kawasan tapak perkhemahan sebelum meninggalkan tapak
perkhemahan.

Pada pukul 10 pagi, program diteruskan dan ditamatkan dengan


Istiadat Pertauliahan Kenaikan Pangkat Leftenan Muda. Majlis dimulakan
dengan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat iaitu Mejar Yusri Bin Mat
Johor. Akhirnya, semua para peserta perkhemahan telah Berjaya
ditauliahkan kenaikan pangkat Leftenan Muda KRS. Majlis diakhiri dengan
sesi bergambar dan makan tengah hari.

5.3 Laporan Selepas Perkhemahan

AJK Perkhemahan Pertauliahan Kenaikan Pangkat Leftenan Muda KRS telah


mengadakan mesyuarat bagi membincangkan kekuatan dan kelemahan yang
berlaku sepanjang aktiviti perkhemahan. Di samping itu, AJK Dokumentasi
meyediakan laporan tentang aktivit yang dilaksanakan selama 4 hari 3 malam.

4
6.0 IMPAK

Berdasarkan aktivit yang telah diajakankan sepanjang perkhemahan sepanjanag 4


hari 3 malam ini, matlamat dan objektif perkhemahan telah dapat dicapai kerana segala
aktiviti telah berjalan mengikut apa yang telah dirancang.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Beberapa aktiviti terpaksa dibatalkan disebabkan ketiadaan peruntukkan dan


pengangkutan seperti aktiviti air. Oleh hal yang demikian, diharapkan agar program bagi
perkhemahan yang akan datang dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan
mempunyai perangan yang teratur supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar serta
memgikut tentatif yang ditetapkan.

8.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini telah dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh,

________________________

(KHALIFAH MASTURA & SITI FADHILAH)

AJK DOKUMENTASI

Disemak oleh,

________________________

(TUAN YUSRI BIN MAT JOHOR)

PENSYARAH KANAN UNIT KOKURIKULUM

5
6

Anda mungkin juga menyukai