Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

TUARAN

Nama pelajar : AHMAD SHAHMI BIN AB FATTAH

Angka giliran : 2022062400015

Nombor Kad : 970407-03-5975


Pengenalan

Kumpulan/Unit PDPP/ PENDIDIKAN ISLAM 1

Kod dan Nama Kursus : MPU 2071 PENGURUSAN KOKURIKULUM

Tajuk Tugasan 1 : LAPORAN KERTAS KERJA

Nama Pensyarah : AHMAD FAUZI BIN MOHD SATNIH

Tarikh Hantar : 28 NOVEMBER 2022

Markah (40%) :

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah:

Komen Pensyarah Tandatangan dan Tarikh


1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Pantai dengan kerjasama Sk St.Anne,


Wilayah Persekutuan Labuan adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah.
Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan
seseorang murid tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-
mata bahkan pelajar juga perlu memiki ciri-ciri kepimpinan yang mantap,
berketerampilan, pekerti mulia dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era
globalisasi. Program seperti ini telah dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka
dan mencabar kebolehan murid disamping dapat menambah pengetahuan murid
dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka
kenali sebelum ini. Perkhemahan ini juga dapat mendidik murid-murid percaya
kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Ia juga memberikan satu rasa
baru dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.
Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap murid bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati
sepanjang perkemahan ini. Di samping itu juga, semua peserta perkhemakan perlu
sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang
dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah “bulat air
kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.

2.0 FASA SEBELUM PERKHEMAHAN

Sebelum mengadakan perkhemahan, beberapa fasa perancangan telah


ditempuhi bersama-sama dan diperinici satu persatu seperti mesyuarat
pembentukan Ahli Jawatankuasa dan mesyuarat untuk persiapan terakhir. Hasil
perbincangan terakhir, mesyuarat memutuskan Encik Ahmad Shahmi bin Ab Fattah
dilantik sebagai penyelaras program ini dan dibantu oleh Encik Ahmad Wafiuddin Bin
Rosli selaku setiausaha. Sepanjang persediaan sebelum mengikuti aktiviti
perkhemahan, Ketua AJK iaitu Encik Roslan Bin Musa telah menyenaraikan
peralatan dan bahan yang diperlukan oleh setiap unit beruniform, menyediakan dan
memastikan semua peralatan perkhemahan boleh digunakan dan dalam keadaan
yang baik, dan mengumpul semula peralatan yang dipinjam sebelum dihantar
semula ke stor pusat setelah selesai perkhemahan. Kemudian, semua AJK peralatan
diketuai Encik Roslan telah berangkat ke Pusat Kokurikulum Negeri W.P. Labuan
untuk mengambil segala peralatan dan kelengkapan yang diperlukan.
3.0 FASA SEBELUM PERKHEMAHAN

Pada hari Jumaat, 25 November 2022, murid-murid serta peserta dari SK Pantai dan
Sk St.Anne mula hadir seawal jam 1.30 petang untuk mendaftarkan diri bagi program
perkhemahan ini. Sesi pendaftaran terus berlansung sehinggalah ke jam 2.15 petang
dan kemudiannya disambung dengan taklimat perkhemahan oleh ketua komandan
iaitu Encik Abdul Aziz Bin Abdullah. Setelah itu, murid-murid dibahagikan kepada 10
kumpulan dan diberi tunjuk ajar untuk mendirikan khemah di tapak perkhemahan. Ini
adalah merupakan tugasan pertama bagi mereka.

Pada sebelah petang, murid melakukan aktiviti riadah serta laluan berhalangan di
kawasan yang telah disediakan berhampiran sekolah. Murid perlu melalui beberapa
halangan antaranya menyeberangi sungai, meniarap mengharungi kawasan
berlumpur, memanjat bukit serta berjalan di atas titi. Aktiviti yang dijalankan ini dapat
menguji kebolehan dan ketangkasan fizikal murid-murid serta mengajar mereka
cara-cara untuk menghadapi kesusahan. Banyak pengalaman dan pengajaran yang
dapat diperoleh melalui aktiviti ini. Seterusnya, pada jam 5.45 petang, murid-murid
diberi peluang untuk kembali ke kawasan perkhemahan masing-masing bagi
menyiapkan diri-diri untuk solat maghrib dan sesi tazkirah bersama-bersama.

Usai solat isya’ dan makan malam, para murid diberi tugasan terbaru iaitu aktviti ice
breaking. Setiap 10 kumpulan telah diberikan seorang fasilitator yang terdiri daripada
guru-guru SK Pantai dan SK St. Anne. Mereka ditugaskan untuk menciptakan
sebuah logo bagi kumpulan masing-masing dan menerangkan makna yang tersirat
dan tersurat daripada logo yang diciptakan tersebut. Dengan bantuan guru fasilitator,
semua murid berjaya menyiapkan tugasan tersebut dalam masa satu jam sahaja.
Para murid kemudiannya membentangkan hasil kerja masing-masing mengikut
kumpulan. Aktiviti sebegini dapat mengajar murid erti kerjasama yang utuh serta
mencorak nilai kreatviti dalam diri mereka. Bahkan, mereka juga dapat melatih diri
untuk bercakap di khalayak ramai sekaligus dapat meningkatkan keyakinan pada diri
sendiri. Seterusnya, pada jam 10 malam, semua murid dikehendaki untuk rehat dan
tidur di khemah masing-masing.

Pada hari kedua, iaitu 26 November 2022, murid memulakan hari tersebut dengan
aktiviti senaman selama lebih kurang satu jam sebelum sarapan. Selepas
bersarapan, murid-murid diberi tugasan baru iaitu ikhtiar hidup. Murid diminta untuk
menyediakan sarapan ringkas dengan bekalan yang telah disediakan kepada
mereka. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sepeket minyak masak, sekilo gandum,
garam dan gula, arang, kuali, bawang putih dan beberapa bahan lagi. Murid
dikehendaki menyiapkan hidangan mereka dalam masa 1 jam sahaja dan dibantu
oleh guru fasilitator masing-masing. Hidangan yang telah siap akan dipersembahkan
serta diadili oleh para hakim dan setiap kumpulan perlu menghabiskan hidangan
tersebut. Pada jam 10.30 pagi, murid diberi taklimat tentang bantu mula yang
dikendalikan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di
tapak perhimpunan sekolah. Para murid didedahkan dengan teknik-teknik ikatan tali,
ikatan anduh, cara membuat pertolongan cemas dan sebagainya. Banyak maklumat
dan pengalaman yang dapat diperoleh daripada aktiviti tersebut.

Pada sebelah petangnya pula, semua murid dan para peserta dibawa ke Labuan
Chimney Trail untuk melaksanakan aktiviti seterusnya iaitu mendaki bukit dan jungle
tracking. 3 buah bas sekolah telah ditempah untuk membawa para peserta bersama
dengan guru pengiring ke destinasi tersebut. Seusai sampainya di tempat tersebut,
semua murid diberi taklimat ringkas berkaitan dengan aspek keselamatan sebelum
mendaki bukit tersebut agar dapat mengelakkan daripada sebarang malapetaka dan
bahaya. Pada jam 2.30 petang, kesemua murid termasuk guru pengiring memulakan
perjalanan mereka mendaki bukit berkenaan. Dalam perjalanan tersebut, murid-
murid perlu mengharungi kawasan hutan, jalan belukar, menelurusi sungai dan
pelbagai lagi cabaran yang perlu ditempuhi. Tepat jam 4.00 petang semua murid
berjaya menghabiskan laluan bukit Chimney itu dan bersiap untuk berangkat pulang
ke sekolah bagi meneruskan aktiviti-aktiviti yang berbaki.

Pada jam 5.00 petang, murid diberi masa lebih kurang satu jam untuk membuat
persiapan dan latihan bagi malam kebudayaan bersama bimbingan guru fasilitator
masing-masing. Setiap kumpulan telah diberi tugasan untuk melaksanakan
persembahan yang berbeza melalui undian daripada guru. Selepas makan malam,
aktiviti malam kebudayaan telah berlansung dan dihadiri oleh guru besar SK Pantan
dan SK St. Anne serta semua penolong-penolong kanan pentadbiran sekolah
masing-masing untuk menyaksikan persembahan daripada murid-murid. Pelbagai
jenis persembahan telah dilakukan antaranya dikir barat, tarian moden, tarian
tradisional, boria, nasyid dan banyak lagi. Aktiviti sebegini sekaligus dapat
mencungkil bakat para murid dalam pelbagai bidang lain di luar kelas. Murid-murid
juga secara tidak lansung dapat belajar seni-seni kebudayaan dalam negara
Malaysia ini. Setiap persembahan yang daripada kesemua kumpulan telah diambil
markah oleh para juri yang terdiri daripada guru besar serta penolong-penolong
kanan pentadbiran.

Pada 27 November 2022 bersamaan hari Ahad, iaitu hari terakhir program
perkhemahan ini, seperti biasa semua murid bangun pada jam 4.30 pagi untuk
menunaikan solat subuh, sesi tazkirah dan urus diri. Murid melakukan sedikit
senaman pagi dan bersedia untuk sarapan sebelum majlis penutupan. Selepas
bersarapan, para murid diarahkan untuk membersihkan kawasan perkhemahan
termasuk menyimpan segala peralatan-peralatan yang dibekalkan. Lebih kurang jam
10.30 pagi, guru besar dan Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Labuan, Encik Yusup bin Haji Mohamad hadir bersama dengan pegawai-pegawai
PDRM bagi merasmikan majlis penutupan program Perkhemahan Bersepadu Unit
Beruniform SK Pantai. Majlis penutupan berjalan dengan lancar dan setiap hadiah
yang dipertandingkan telah diberikan kepada para pemenang mengikut kumpulan
masing-masing. Tepat 12.00 tengah hari, semua murid dibenarkan pulang ke rumah
masing-masing.

FASA SELEPAS PERKHEMAHAN

Setelah selesai perkemahan unit beruniform di Sekolah Kebangsaan Pantai, semua


murid mula pulang bersama ibu bapa masing-masing. Para guru mengagihkan
makanan kepada semua murid untuk dibawa pulang. Proses pemulangan barang
yang dipinjam dari Pusat Kokurikulum telah dipulangkan kembali dan ianya berajalan
dengan lancar. Terdapat murid yang telah meninggalkan barangan masing-masing
secara tidak sengaja seperti kain tuala, songkok dan baju melayu. Barangan tersebut
akan diserahkan kepada AJK kebersihan untuk diagihkan kepada para murid setelah
mereka datang ke sekolah nanti. Semua guru yang terlibat dalam menjayakan
program perkhemahan ini telah mengambil gambar bersama-sama untuk kenangan
dan bagi tujuan laporan aktiviti.

4.0 ANJURAN

Perkhemahan ini dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Pantai dengan Kerjasama


Sekolah Kebangsaan Saint Anne W.P. Labuan.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN


Tarikh : 25, 26 dan 27 November 2022
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : SK Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan

6.0 BILANGAN PENYERTAAN

Program ini telah disertai oleh semua ahli unit beruniform Tahap Dua SK Pantai dan
SK St. Anne iaitu pelajar Tahun 4, 5 dan 6 seramai 100 orang murid dan 60 orang
guru pengiring yang bertugas. Bilangan penyertaan murid bagi perkhemahan ini
sangat memberangsangkan kerana murid sudah lama tidak menyertai mana-mana
perkhemahan sebelum ini disebabkan wabak covid-19 yang melanda tanah air.
7.0 JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : Puan Mahani binti Hj Hussin (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI 1 : Puan Farina binti Mustapa (PK Kokurikulum)

NAIB PENGERUSI 2 : Encik Mohamad Rizdaudin bin Abdul Wahap (PK


Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 3 : Puan Azlina binti Abdol Garip (PK HEM)

NAIB PENGERUSI 4 : Puan Lim Lali Fah @ Halifah Salim (PK Pendidikan
Khas)

PENYELARAS : Encik Ahmad Shahmi Bin Abd Fattah

SETIAUSAHA : Encik Ahmad Wafiuddin Bin Rosli

BENDAHARI : Puan Rahmah binti Damit (PT Kewangan)

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

KEM KOMANDAN : Encik Abdul Aziz Bin Abdullah

TIMBALAN KEM KOMANDAN : Cik Nik Nur wardatul Jannah

JURULATIH AKTIVITI : Jurulatih Pusat Kokurikulum

AJK PENGESAHAN PENDAFTARAN : Puan Natasha Bt Awang


Kalong (K)

: Puan Safarina Binti Haron

: Semua Ketua Unit Beruniform


FASILITATOR : Puan Mariah Binti Awang
Bungsu (K)

: Puan Norliah Binti Gapar

: Cik Shaelayani Bt Mohd Hasli@Bob

: Puan Nurul Hidayah Binti Umar

: Puan Nis Asnera Binti Juneh

: Puan Saripah Bt Suif@Suip

AJK TEKNIKAL/PERALATAN : Encik Roslan Bin Musa (K)

: Encik Abdul Liyusli Bin Yusof

: Encik Hasdey Bin Sairin

: Encik Awang Fadly Bin Hj Kula

: Encik Syahnon Bin Othman

: Encik Awang Muali

: Encik Mohd Azwan Bin Hj Yunus

: Carlos Teo Kuan Kook

: Sharudin B. Damit

: Bryan Devon Bin Dahreen

AJK HADIAH : Puan Morsinah Binti Denan (K)

: Cik Norazimah Bt Mohamed Dauzkaply


Nor

: Puan Rosellah Binti Janani

: Encik Mohd Mudzakir@Aqil Bin Awang


AJK KEROHANIAN : Encik Ahmad Khalilurrahman Bin
Fadilah (K)

: Mohd Muslim Amerruddin Bin Khalil

: Cik Paula Anak Peter

AJK CENDERAMATA & SIJIL : Puan Anis Binti Abd. Karim


(k)

: Puan Rusnah Tahir

: Cik Azyyati Binti Bakar

: Puan Rosmah Binti Dani

AJK DOKUMENTASI : Encik Syahnon Bin Othman (K)

: Puan Safarina Binti Haron

: Cik Sofea Hanim Binti Affendi

: Puan Sabariah Binti Ahmad

AJK SUKAN/RIADAH : Encik Abdul Liyusli (K)


: Encik Badrun Hisyam Bin Ibrahim
: Cik Nur Hidayah Binti Mahmad Khory
: Cik Paula Anak Peter
: Baizurah Mosikut

AJK DISIPLIN PESERTA : Puan Wan NurNadzatul Aizat Bt Wan


Muhd Sabaruddin (K)
: Puan Azizah Binti Muzaini
: Puan Hafizah Binti Awang Kanak
: Encik Roslan Bin Musa

AJK SENTRI : Encik Awang Fadly Bin Hj Kula (K)


: Cik Nur Hazwani Bt Abd Latip
: Cik Nur Hidayah Binti Mahmad Khory
: Encik Awang Muali Bin Mumin
: Cik Paula Anak Peter

AJK PENGANGKUTAN : Puan Anna Hairani Binti Ahmad (K)


: Puan Ummu Zaharah Binti Sujono

AJK MAKANAN DAN MINUMAN : Puan Khairul Nisah Binti Bujang (K)
: Puan Sarimah Binti Ahmad
: Puan Surinah Binti Bakar
: Puan Nur Ezzaty Binti Shamsuddin
: Puan Patricia Deukin
:Puan Hasnah Binti Bujang
10.0 SUMBER KEWANGAN

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Pantai dengan kerjasama SK St.


Anne Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2022 ini menggunakan peruntukan
Bantuan Kewangan Kokurikulum (BKK), Kelab Guru dan Sumbangan PIBG
berjumlah RM 6330.00.

BIL SUMBER KOS JUMLAH


1 Bantuan Kewangan Kokurikulum RM 5750.00 Rm 5750.00
(BKK)
2 Sumbangan PIBG RM 300.00 RM 300.00
3 Sumbangan Kelab Guru RM 280.00 RM 280.00
JUMLAH KESELURUHAN RM
6330.00
11.0 LAPORAN PERBELANJAAN

Harga /
Jumlah
Bil. Perkara Seunit Kuantiti Catatan
(RM)
(RM)

1. Makanan (RM 3840.00)

100 2 hari
Sarapan Pagi RM 3.00 RM 600.00
orang

100 2 hari
Minum Pagi RM 3.00 RM 600.00
orang
Bantuan
100 2 hari RM Rancangan
Makan Tengah Hari RM 6.00
orang 1200.00 Makanan
Tambahan (RMT)
100 2 hari
Minum Petang RM 3.00 RM 600.00 & Bantuan
orang
Kewangan
100 2 hari RM Kokurikulum
Makan Malam RM 6.00
orang 1200.00 (BKK)

100 2 hari
Minum Malam RM 3.00 RM 600.00
orang

2. Minuman (RM 360.00)

Air Mineral RM 12.00 10 kotak 3 hari RM 360.00

3. Jamuan Majlis Penutupan (RM 300.00)


Sumbangan PIBG
Jemputan RM 15.00 20 orang RM 300.00

4. Hadiah (RM 490.00)

100
Goodies Bag RM 5.00 RM 500.00 Bantuan
orang
Kewangan
Peserta Lelaki Terbaik RM 20.00 1 orang RM 20.00 Kokurikulum
(BKK)
Peserta Perempuan Terbaik RM 20.00 1 orang RM 20.00

Hamper RM 50.00 5 buah RM 50.00


5. Sijil (RM 80.00)

2 rim
Sijil Penyertaan & Pencapaian RM 40.00 RM 80.00 Sumbangan Kelab
(100/rim)
Guru
6. Peralatan (RM 200.00)

Aktiviti RM 200.00 RM 200.00

Jumlah keseluruhan RM 6330.00


12.0 PENILAIAN KESELURUHAN

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Pantai dengan kerjasama SK St.


Anne, Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2022 telah berjalan dengan jayanya
selama 3 hari sekaligus dapat memberi suntikan semangat dan pengalaman kepada
murid untuk merasai melakukan aktiviti di luar bilik darjah. Perkhemahan ini dilihat
sebagai satu inisiatif yang baik dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi
jasmani, rohani, emosi dan intelektual.

Walaupun begitu, memandangkan perkhemahan ini sudah lama tidak dapat


dilaksanakan akibat daripada wabak vovid-19 yang melanda dunia, terdapat
beberapa kelemahan yang dikenalpasti dan ia boleh ditambah baik bagi
memantapkan lagi penganjuran perkhemahan pada tahun yang akan datang. Antara
kekuatan program ini ialah dapat memberikan satu pengalaman baru kepada murid
merasai aktiviti lasak diluar bilik darjah supaya mereka dapat berdikari apabila
melagkah ke dunia luar nanti. Seperti kita semua sedia maklum penghujung bulan
November merupakan musim tengkujuh melanda seluruh negara. Jadi, terdapat
sedikit kekangan dan gangguan melakukan aktiviti seperti rentas halangan yang
dijalankan dipadang yang becak akibat daripada hujan yang berterusan.

13.0 MASALAH YANG TIMBUL, CADANGAN DAN CARA UNTUK MENGATASI

Isu keselamatan – memandangkan perkhemahan ini pertama kali diadakan selepas


tertangguh selama hamper 3 tahun akibat wabak covid – 19, isu yang timbul adalah
keselamatan murid apabila terdapat murid yang cedera semasa menjalankan aktiviti
rentas halangan yang mana ketika itu permukaan tanah agak sedikit licin akibat
daripada hujan yang yang berterusan. Perkara ini telah diambil perhatian oleh AJK
keselamatan yang bertugas dengan memberi rawatan yang sewajarnya kepada
murid tersebut. Hal sedemikian akan diperbaiki dan diberi perhatian untuk
perkhemahan yang akan dijalankan pada tahun hadapan.

14.0 PENUTUP

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK Pantai dengan kerjasama SK St.


Anne, Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2022 aktiviti yang dirancang ini bakal
melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri
dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan
berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan
para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk
mereka. Melalui program ini juga, telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya
dengan bantuan kesemua guru dan murid yang terlibat. Dengan berakhirnya
program ini juga, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang
dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya
merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

Disediakan oleh:

……………..…………………………

(EN. AHMAD WAFIUDDIN BIN ROSLI)

Setiausaha Kokurikulum,

Sekolah Kebangsaan Pantai,

Wilayah Persekutuan Labuan.

Disemak oleh:

……………..…………………………

(FARINA MUSTAPA)

Penolong Kanan Kokurikulum,

Sekolah Kebangsaan Pantai,

Wilayah Persekutuan Labuan.


Disahkan oleh :

……………..…………………………

(PN. MAHANI BINTI HJ HUSSIN)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Pantai,

Wilayah Persekutuan Labuan.


15.0 LAMPIRAN
Hari Pertama

Taklimat perkhemahan

Mendirikan khemah

Laluan berhalangan

Ice breaking
Hari Kedua

Senamrobik

Ikhtiar hidup

Mendaki dataran Chimney

Persembahan malam kebudayaan


Hari Ketiga

Khidmat masyarakat

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang

Anda mungkin juga menyukai