Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PERKHEMAHAN BERSEPADU BINA INSAN GURU KUMPULAN MATEMATIK AMBILAN FEBRUARI 2012-10-07 1. 2. 3. 4.

5 6 7 Tempat : Padang SK parit Raja Batu Paguru pengiringhat Tarikh : 21 hingga 23 September 2012 Sasaran : 20 orang murid tahap 2- tahun 4 dan tahun 5 Guru pengiring : 15 orang guru Skj Parit Raja dan 6 orang pelatih IPG Jumlah peruntukkan : 55 orang Jadual aktiviti : Seperti dalam lampiran B Objektif : 7.1 Memperkembangkan potensi diri murid 7.2 Meningkatkan keyakinan dan kemahiran dirio murid 7.3 Melahirkan sikap kerjasama dalam kumpulan .

8 . Matlamat : Melahirkan murid-murid yang berkebolehan dan Mempuinyai keyakinan diri dalam penglibatan unit Beruniform. 9. Rasional : Program ini perlu kepada semua murid supaya mereka Mempunyai keyakinan dalam penglibatan unit Beruniform

10 LAPORAN Pada 21 hingga 23 hb Sept 2012, saya kumpulan 2 Matematik Ambilan Februari 2012 dari IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor bharu telah melaksanakan program BIG Fasa 1 bertempat di Padang Sekolah Kebangsaan Parit Raja. Program tersebut talah dijalankan pada hari jumaat dan berakhir pada hari sabtu. Program tersebut adalah kolaborasi di antara pelatih program PPG dan kumpulan matematik dengan SK Parit Raja Batu Pahat. Tujuan Program tersebut adalah untuk menanam sikap keyakinan diri pelajar-pelajar selain dapat mewujudkan hubungan silaturrahim di antara pelatih PPG dengan warga Sekolah kebangsaan Parit Raja Pada hari pertama program, selepas pendaftaran, para pelajar diberi taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti yang telah dijadualkan. Mereka dikehendaki berkumpul mengikut kumpulan masing-masing yang telah dipilih oleh guru pengiring dan setiap kumpulan perlu memilh nama kumpulan mereka bertemakan tumbuh-tumbuhan. Pada pukul 10 pagi mereka diajar mendirikan khemah. Dalam aktiviti ini murid diberi kemahiran dan pengetahuan tentang cara mendirikan khemah yang betul. Walaupun nampak mudah tetapi jika mereka tidak diberi pendedahan yang betul akan mengakibatkan pemasangan khemah oleh murid menjadi tidak sempurna dan memuaskan.

Selepas khemah didirikan , para pelajar diberi peluang untuk membersihkan diri, Semasa murid-murid membersihkan diri di bilik persalinan, komandan dan guru pengiring akan memeriksa khemahkhemah yang telah siap didirikan oleh murid-murid. Tujuannya adalah untuk memastikan para peserta perkhemahan meletakkan barangan yang telah dibawa ke dalam khemah dengan tersusun dan betul. Makan tengahari ditetapkan pada pukul 12.30 petang. Selepas itu, murid-murid akan melaksanakan solat Zohor yang akan diimamkan oleh En. Makhmod bin Sarmin. Setelah itu semua murid akan mendengar tazkirah yang akan disampaikan oleh ust. Mustapha Kamal dan masa yang diperuntukkan untuk tazkirah adalah lebih kurang 30 minit. Aktiviti seterusnya adalah murid-murid akan berkumpul di padang SK Parit Raja untuk latihan kawad kaki yang akan diketuai oleh En. Khairul Ismail. Setiap murid dikehendaki berada dalam kumpulan masingmasingdan aktiviti kawad kaki dijalankan sehingga waktu asar. Pada aktiviti petang, murid-murid akan melakukan pertandingan memasak telur di dalam botol mineral yang berisi air. Aktiviti ini dijalankan di Padang S.K. Parit Raja dan markah akan diberikan kepada kumpulan yang dapat memasak telur tanpa terdapat kebocoran pada botol tersebut. Aktiviti ini dijalankan sehingga 30 minit sebelum waktu maghrib.

Aktiviti sterusnya dijalankan selepas solat Isya. Semua murid dikehendaki berada di dalam dewan untuk aktiviti melukis gambar dan mengikat tali. Sebelum aktiviti bermula komandan telah memberi penerangan dan tunjuk ajar untuk aktiviti ini supaya murid-murid tidak melakukan kesilapan dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Bagi kumpulan pertama yang dapat menyiapkan aktiviti ini, hasil ikatan tali dan lukisan gambar akan diperiksa oleh guru pengiring untuk diberi markah. Permarkahan yang diberi adalah bergantung kepada kekemasan dan kepantasan kumpulan tersebut . Selepas itu, minum malam akan diadakan lebih kurang pukul 10.30 malam. Pada pukul 11.00 malam guru keselamatan akan memastikan semua murid berada di dalam khemah masing-masing untuk tidur. Sekiranya terdapat murid-murid yang melanggar disiplin seperti membuat bising dan menganggu rakan-rakan lain akan dikenakan denda. Pada waktu malam, seramai 4 orang guru yang bertugas di bahagian keselamatan akan memastikan persekitaran adalah dalam keadaan selamat dan aman. Murid-murid dikehendaki bangun dan membersihkan diri pada puku 5.00 pagi, solat subuih akan di imami oleh En Makhmod bin Sarmin dan tazkirah subuh akan disamp[aikan oleh ust Mustapha Kamal. Sebelum sarapan pagi murid-murid akan bersenam dan beriadhah dengan diketuai oleh puan hafiza . Senaman dijalankan lebih kurang 30 minit. Aktiviti seterusya adalah khidmat masyarakat, Dalam aktiviti ini muridmurid diokehendaki membersihkan kawasan sekolah, contohnya longkang, memungut sampah dan sebagainya. Sebelum itu murid-murid diberi taklimat oleh ketua komandon tentang kepentingan dan kelebihan kita melakukan aktiviti ini.

Pada pukul 11.00 pagi hingga 12.30 petang murid-murid akan melakukan aktiviti pertolongan cemas. Setiap kumpulan perlu melakonkan watak pesakit dan doktor serta pembantu jururawat. Selepas aktiviti ini muridmurid akan membersihkan diri untuk persediaan solat zohor dan makan tengah hari. Selepas solat zohor murid-murid melakukan aktiviti mencari barangan yang hilang, setiap guru pengiring perlu memastikan murid-murid tidak melepasi had kawasan yang telah ditetapkan. Aktiviti ini dilakukan sehingga 30 minit sebelum solat Asar dan selepas membersihkan diri, imam Mahmud perlu memastikan semua murid berada di dalam surau untuk melaksanakan solah Asar. Aktiviti seterusnya adalah melibatkan latihan oleh murid sebagai persediaan aktiviti malam kebudayaan. Setiap kumpulan dikehendaki mengadakan dua jenis persembahan dan persembahan tersebut mengikut kreativiti ahli kumpulan masing-masing. Pemarkahan adalah berdasarkan kepada daya kreativiti dan penglibatan setiap ahli kumpulan . Pada hari Ahad, 23 Sept 2012, aktiviti dapat berjalan dengan lancar, Aktiviti-aktiviti seperti merentas halangan, latihan kawad kaki dan aktiviti persembahan dapat dilakukan oleh semua murid dengan bentuan daripada jurulatih yang professional dan bertauliah.

Pada pukul 10.00, semua murid dikehendaki membuka dan mengemas khemah dan setiap peralatan perlu dikumpul ditempat yang telah disediakan oleh komandan. Setelah itu murid-murid dikehendaki berkumpul di dalam dewan untuk majlis penyerahan hadiah dan penutupan program aktiviti perkhemahan. Program aktiviti perkhemahan telah berakhir pada pukul 12 tengahari, Pada keseluruhannya, objektif program perkhemahan dapat dicapai setelah perkhemahan berakhir apabila semua aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar dan murid-murid dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sepanjang perkhemahan tersebut.

Disediakan oleh , _______________ ( Pen. Setiusaha BIG Fasa 1, Kumpulan PPG Math Ambilan Feb 2012, IPTI Temenggung Ibrahim.

Anda mungkin juga menyukai