Anda di halaman 1dari 8

PENDAHULUAN

Falsafah pendidikan kebangsaan bertujuan melahirkan insan yang berkembang secara seimbang dalam aspek rohani, intelek, emosi, dan jasmani. Berdasarkan kriteria ini, perkhemahan unit beruniform dirancang supaya aspek-aspek tersebut digarap sebagai satu wadah untuk meningkatkan iltizam, komitmen dan prestasi pelajar dalam proses pembelajaran. Para peserta yang didedahkan dengan disiplin sepanjang masa perkhemahan ini diharapkan akan menggunakan dan memanfaatkan segala kemahiran dan ilmu yang yang diperoleh bagi meneruskan kehidupan yang berguna dalam alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa ini.

VISI
Melahirkan murid-murid yang berketrampilan dan bersedia dalam bidang kokurikulum khasnya Badan Beruniform.

MISI
1. Membina keyakinan diri melalui aktiviti kokurikulum. 2. Kepimpinan yang cekap, tulus dan berketerampilan. 3. Memupuk sahsiah dan jati diri. 4. Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia.

OBJEKTIF
1. Memberi peluang amali perkhemahan, bermatlamat membina dan memperkukuhkan aspek disiplin, jatidiri, kepimpinan dan sikap tidak mementingkan diri sendiri dalam kalangan pelajar. 2. Menggalakkan penglibatan semua guru dan pelajar dalam menyumbang tenaga dan buah fikiran. 3. Dapat membentuk sahsiah dan motivasi diri dalam kalangan pelajar.

LAPORAN AKTIVITI
Masa : 8.15 a.m - 9.00 a.m Aktiviti : ice breaking/ mendirikan khemah Ketua : Pn. Vimala Devi Laporan : Aktiviti ice breaking telah berjalan dengan lancar. Pelajar dapat mengenali satu sama lain. Aktiviti telah dirancang untuk 1 jam. Tetapi aktiviti ice breaking hanya diberi masa 30 minit. Oleh hal yang demikian, guru-guru terpaksa memendekkan jangka waktu aktiviti yang dirancang. Walaubagaimanapun, dengan adanya sokongan guru-guru lain dan pelajar yang mudah memahami arahan, jangka waktu yang diberikan dapat dimanfaatkan dengan sewajarnya. Sementelahan itu, aktiviti mendirikan khemah dapat dijalankan dengan lancar. Guruguru telah memberi panduan kepada pelajar untuk mendirikan khemah. Semua pelajar telah bersatupadu dalam melaksanakan tugas mereka.

Masa : 9.05 a.m -10.00 a.m Aktiviti : Kawad kaki Ketua : Cik. Vinuthny Laporan : Para peserta dapat satu pendedahan yang berkesan dalam kawad kaki. Murid-murid dapat mempelajari cara-cara memberi koman komanden. Aktiviti dan pertandingan kawad kaki dapat dijalankan antara kumpulan. Kesimpulannya, semua murid dapat satu pengalaman dan pengetahuan tentang kawad kaki dengan baik.

Masa : 10.10 a.m -11.00 a.m Aktiviti : Pertolongan Cemas / Mencintai Alam Sekitar Ketua : Pn. Thanaletchumy Laporan : Para peserta telah berkumpul di dewan sekolah. Murid-murid telah duduk dalam kumpulan masing-masing. Bahan-bahan tentang pertolongan cemas dan kepentingan alam sekitar telah diedarkan kepada murid-murid. Puan Thanaletchumy telah memberi penerangan tentang pertolongan cemas dengan jelas. Kemudian, Encik Rutiraraj telah menunjukkan demonstrasi tentang cara melakukan pertolongan cemas (CPR) kepada orang yang memerlukannya pada masa kecemasan. Selepas itu, beliau telah meminta salah seorang murid untuk mendemonstrasi apa yang telah dipelajarinya untuk menguji kefahaman murid.

Masa : 11.20 a.m -12.00 p.m Aktiviti : Ceramah ringkas Ketua : En. Rutiraraj Laporan : Ceramah motivasi dijalankan untuk para pelajar yang menghadiri perkhemahan badan beruniform. Tujuannya adalah untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam bidang ko-kurikulum.

Masa : 1.00 p.m - 2.00 p.m Aktiviti : Persembahan Kebudayaan Ketua : Pn. Sarojini Laporan : Murid- murid telah dibahagikan kepada 10 kumpulan. Semua kumpulan telah diberikan taklimat ringkas mengenai persembahan kebudayaan yang perlu dilakukan oleh murid iaitu murid dikehendaki memilih sebuah lagu dan membuat persembahan berdasarkan lagu tersebut. Murid-murid telah diberi masa selama 30 minit untuk membuat persediaan. Selepas 30 minit, murid-murid telah membuat persembahan mereka di dewan bangunan baru. Murid menunjukkan minat dan bakat mereka. Persembahan beberapa kumpulan memang menarik dan kreatif. Di akhir persembahan Encik Rutiraraj telah memberi komen tentang setiap persembahan tersebut.

Masa : 2.00 p.m - 2.40 p.m Aktiviti : Persembahan Kebudayaan Ketua : Pn. Sarojini Laporan : Murid-murid dibahagikan kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 12 hingga 15 orang murid. Dua orang guru membimbing murid-murid dalam setiap kumpulan. Muridmurid diberi arahan untuk menyediakan teh o dan merebus telur. Murid-murid seronok mengambil bahagian dalam aktiviti masakan. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid-murid ini menggunakan batu-batu dan kayu api sebagai dapur untuk memasak. Tambahan pula, murid-murid juga mendapat peluang untuk berdikari, bekerjasama, dan mendapat pengalaman baru.

Masa : 2.45 p.m - 4.00 p.m Aktiviti : Halangan Ketua : En. Thamilchelvan

Laporan :
Aktiviti halangan berjaya disebabkan kerjasama yang diberi oleh semua guru. Encik. Yogeswaran telah membimbing guru-guru yang terlibat untuk melaksanakan aktiviti halangan dengan baik. Dalam aktiviti ini terdapat 8 stesen yang mencabar untuk muridmurid melepasi halangan tersebut. Secara keseluruhan aktiviti halangan yang disediakan mendapat sambutan yang baik daripada para guru dan semua murid yang terlibat. Stesen 1 Stesen 2 Stesen 3 Stesen 4 Stesen 5 Stesen 6 Stesen 7 Stesen 8 : merangkak dalam terowong : merangkak dalam gelung : merangkak di kawasan lumpur melalui gelung separa bulatan : merangkak di atas lumpur : mengimbangi badan di atas meja : lompat halangan : merangkak melalui tilam dan halangan kayu. : membocorkan beg plastik yang mengandungi air

Masa : 4.30 p.m - 5.30 p.m Aktiviti : Telematch Ketua : Pn. Syamala Laporan : Pertandingan telematch telah dianjuran di mana murid-murid telah mengambil bahagian dalam acara kasut gergasi dan membawa bola hoki dengan kayu hoki. Murid-murid seronok mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

KEKUATAN
1. Ramai murid mengambil bahagian dalam aktiviti perkhemahan.
2. Guru-guru memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan aktiviti perkhemahan.

KELEMAHAN
1. Masa yang diperuntukan untuk perkhemahan tidak mencukupi. 2. Keadaan cuaca pada hari perkhemahan adalah tidak menentu.

TINDAKAN BAIK PULIH


1.
Aktiviti perkhemahan boleh dijalankan di tempat yang menarik. Misalnya di tempat penginapan yang mempunyai kemudahan untuk murid-murid menjalankan aktiviti perkhemahan tanpa gangguan cuaca yang tidak menentu.

PENUTUP
Perkhemahan Unit Beruniform berjalan dengan lancar. Semua aktiviti dapat dijalankan seperti dirancang. Objektif perkhemahan tercapai dan diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan demi manfaat para pelajar. Perkhemahan badan beruniform ini dapat melahirkan semangat kerjasama, semangat berpasukan, sikap tolong menolong, dan memberikan keceriaan dan kegembiraan sambil mengeratkan silaturahim antara pasukan. Perkhemahan berjaya dengan kerjasama semua pihak secara langsung dan tidak langsung.

Terima kasih.

Laporan disediakan oleh, . (THARANI NADARJAN) Setiausaha. Perkhemahan Unit Beruniform 2011 Tarikh :

Disahkan oleh,

SJK(T) VIVEKANANDA, PETALING JAYA

TARIKH : MASA :

24 / 09 / 2011 7.30 PAGI - 5.00 PTG KAWASAN SEKOLAH

TEMPAT :

Anda mungkin juga menyukai