Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Nota :
1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas.
2. Arahkan beg diletakkan disebelah kanan.
3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.
Yang Berusaha, En Mohd Zainuddin bin Mohd Zain,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku
Yang Dihormati;
.1) En. Abdul Rais bin Nawawi- PK Pentadbiran.
.2) En. Khairul Moktar - PK Hal Ehwal Murid
.3) Pn. Noraini bt Muda - PK Kokurikulum.
guru guru seterusnya yang dikasihi murid-murid sekalian.
NYANYIAN DAN IKRAR.
Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga rangkaian lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan
lagu sekolah.Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan
iringan muzik.
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar sekolah dan ikrar keselamatan jalan raya
Dijemput adik ____________________ untuk mengetuai bacaan ikrar.
Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.
DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan adik______________ untuk
melafazkan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar tadi.
LAPORAN GURU BERTUGAS.
Guru bertugas pada minggu ini ialah saya sendiri, Puan Nor Amirah bersama dengan empat orang guru
iaitu Pn Rajeswary, En Hafiz, Pn. Noraini Mohamed Den dan Pn Rozielawati. Jika terdapat sebarang
masalah boleh berjumpa dengan kami.
Tajuk ucapan saya pada minggu ini adalah Menjaga Harta Benda Sekolah.
Apa itu harta benda sekolah? Contohnya
-Bangunan
-Komputer
-Buku teks dan pinjaman buku perpustakaan
-Kerusi dan meja
-Peralatan sukan
-Papan tulis
-Tandas
Siapa yang gunakan harta benda sekolah?? ______________
Jadi apabila kita menggunakan sesuatu benda adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dengan
sebaik mungkin... betul atau tidak??
Tujuan pelajar perlu menjaga harta benda sekolah
-Dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan.
-Dapat membantu para pelajar supaya belajar dengan baik dan selesa Apa contoh atau cara kita menjaga harta benda sekolah??
- Menggunakan peralatan yang disediakan dengan cermat

Melaporkan kerosakan kepada guru yang berkenaan


Setelah menggunakan sesuatu peralatan, hendaklah diletakkan ke tempat asalnya dengan baik
-Menjaga dan menyayangi harta sekolah seperti menjaga harta kita sendiri.
Apa Akibat Jika kita Merosakkan Harta Benda Sekolah ??
- Persekitaran sekolah yang kotor akan membuatkan pelajar berasa tidak selesa
-Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran seterusnya akan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran
Pembaziran wang kerana banyak membelanjakan ke arah pembaikan harta benda sekolah yang rosak
akibat tidak dijaga dengan baik. .
-Jika peralatan sekolah rosak, segala aktiviti sekolah juga akan turut terjejas dan tidak dapat berjalan
seperti yang dirancangkan atau dengan lancar.
Oleh itu kita sebagai murid atau warga sekolah perlu menjaga harta benda sekolah untuk kegunaa,
kebaikan dn kelesaan bersama.
UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR.
Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berusaha En Zainuddin bin Mohd Zain, guru besar Sekolah
Kebangsaan Kampung Tunku untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Pelancaran Nilam
Peringkat Sekolah.
Terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar itu tadi.
PENGUMUMAN
Sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman yang ingin saya sampaikan ;
.1)
.2) ____________________________________________________________
.3) ____________________________________________________________
BERSURAI.
Kita akhiri majlis perhimpunan kita dengan menyanyikan lagu _________________
Murid-murid diminta berdiri
Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai