Anda di halaman 1dari 2

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP GURU

Menghormati guru sebagai sumber pengetahuan


Bersopan terhadap guru
Bersedia memberi kerjasama dan bantuan
Mematuhi arahan guru
Menjaga perasaan guru
Menerima teguran guru dengan positif

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP NEGARA


Mencintai Negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan
negara
Mematuhi undang-undang
Mengamalkan prinsip rukun Negara
Menjaga kemudahan-kemudahan awam
Menjaga dan menaikan imej Negara
Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat malaysia
Memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi
TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP IBU BAPA
Menghormati ibu bapa
Memupuk hubungan yang baik bersama ibu bapa
Memenuhi hasrat dan cita-cita ibu bapa untuk menjadi seorang yang
berpendidikan dan bermoral tinggi
Menjaga nama baik ibu bapa
TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP SEKOLAH
Menjaga dan memelihara harta benda sekolah
Semua peralatan dan kemudahan yang disediakan di sekolah hendaklah
digunakan dengan cermat dan murid bersama-sama bertanggungjawab
terhadap keselamatannya. Penyalahgunaan dan kerosakan harta benda
sekolah hendaklah dilaporkan kepada guru-guru.

Menjaga keceriaan sekolah

Murid digalakkan mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti-aktiviti


mengindahkan kawasan sekolah seperti menanam dan memelihara pokokpokok bunga, melukis mural, membina arca, dan sebagainya.
Menimbulkan suasana pembelajaran dan sayang akan sekolah
Setiap murid hendaklah sentiasa bekerjasama mewujudkan suasana
pembelajaran yang menggalakkan dan berkesan dengan mematuhi peraturan
sekolah. Semangat kekitaan dan kekeluangaan seharusnya diamalkan di
sekolah melalui hubungan baik sesama murid, dengan guru, dengan
Pengetua, dan kakitangan sekolah. Murid seharusnya berbangga terhadap
sekolah senta menjaga nama baiknya dan berusaha menjadikan sekolah
sebagai tempat yang penting dalam mencorakkan masa depannya.
Memahami susun lapis masyarakat sekolah
Secara kasar sekolah mempunyai susun lapis yang dianggotai oleh Pengetua,
Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru-Guru, Kakitangan Bukan Guru,
Pengawas-Pengawas, Ketua Kelas, dan murid-murid. Setiap anggota
masyarakat sekolah mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing
yang saling berhubung kait antara satu sama lain. Kejayaan sekolah
bergantung sepenuhnya kepada kerjasama erat dalam kalangan warganya.

Menghormati bendera
Murid hendaklah sedan bahawa bendera adalah lambang kemegahan bagi
negara, negeri dan juga sekolah
Murid hendaklah mengetahui dan memahami pengertian lambang dan warna
bendera-bendera tersebut.
Murid hendaklah menghormati bendera negara, bendera negeri dan bendera
sekolah terutama ketika bendera-bendera tersebut sedang dikibarkan.

Anda mungkin juga menyukai