Anda di halaman 1dari 7

ADABSEMASABELAJARDIBILIKKELAS.

1. Tingkahlaku Pelajar.

Pelajar harus mengucapkan ASSALAMUALAIKUM kepada guru semasa guru masuk


dalam kelas.
Pelajar mengucapkan Terima kasih Cikgu semasa guru keluar dari kelas.
Mengamalkan amalan mengucapan terima kasih setelah menerima sesuatu daripada
guru dan rakan.
Mengamalkan amalan memohon maaf kepada guru dan rakan jika membuat kesilapan..
Meminta kebenaran daripada guru yang mengajar jika ingin keluar dari kelas.
Pelajar yang ingin masuk semula atau ingin membuat pegumuman dari kelas ke kelas
harus mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk daripada guru yang mengajar pada
waktu tersebut.
Pelajar harus menumpukan penuh perhatian semasa guru mengajar.
Harus mematuhi segala arahan daripada guru semasa dalam kelas.
Pelajar harus mengangkat tangan untuk mengambil perhatian guru sebelum
menanyakan soalan atau meminta penerangangan lebih lanjut.
Pelajar dilarang menyampuk atau menganggu semasa guru mengajar.
Pelajar harus menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh guru kepadanya
dengan penuh hormat dan tanggungjawab.
Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan pelajar lain untuk memastikan keadaan
kelas bersih, ceria dan kondusif untuk P&P dijalankan.
Setiap pelajar harus bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda diri, pelajar
lain dan juga harta benda sekolah dalam kelas.
Pelajar harus membuat kerja sendiri secara senyap semasa ketiadaan guru.
Pelajar juga harus menghormati dan mematuhi arahan guru pengganti semasa guru
mata pelajaran tiada dalam kelas.
Pelajar dilarang keluar ke tandas atau tempat lain pada pertukaran waktu kecuali
dengan kebenaran guru.
Pelajar yang lewat masuk ke kelas harus meminta kebenaran daripada guru sebelum
masuk untuk pelajaran seterusnya.
Jika kelas perlu ke makmal, bengkel atau perpustakaan, pelajar harus berbaris dan
bergerak bersama ke tempat berkenaan tanpa menganggu kelas-kelas lain.

2. Tingkahlaku Guru.

Guru tidak boleh menghina mana-mana pelajar.


Guru tidak boleh menjatuh maruah pelajar dengan kata-kata kesat atau sinis di depan
pelajar lain.
Guru harus sentiasa menunjukkan contoh dan teladan baik kepada pelajar dengan
menunjukkan tingkahlaku serta gaya yang baik.
Guru harus sentiasa menggalakkan pelajarnya mencapai kecemerlangan dengan
memberi kata-kata puji atau memberi galakkan dan motivasi.
Guru sentiasa memberi peluang untuk pelajar membela diri jika beliau dituduh
melakukan kesalahan.
Guru harus bertindak segera dan menyiasat segala aduan yang dibuat oleh pelajar.
Guru harus menyiasat dan bertindak secara adil terhadap pelajar-pelajar yang
melakukan kesalahan.

ADABSEMASAPERHIMPUNAN
1. Tingkahlaku Pelajar.

Semua pelajar harus bergerak secara teratur ke tapak perhimpunan 5 minit sebelum
perhimpunan bermula.
Ketua kelas harus memastikan bilik kelas dikunci dan tidak ada pelajar lain tertinggal di
dalam kelas semasa perhimpunan.
Pelajar harus berbaris mengikut kelas dengan pelajar lelaki di bahagian depan dan
perempuan di bahagian belakang.
Pelajar harus sentiasa kemas berpakaian seragam yang lengkap untuk perhimpunan
sekolah.Pemakaian aksesori dan barang kemas adalah dilarang sama sekali di kawasan
sekolah.
Semua pelajar harus mematuhi segala arahan guru dan pengawas sekolah.
Pelajar harus berada dalam keadaan senyap semasa perhimpunan dijalankan.
Setiap pelajar harus berdiri tegak semasa lagu kebesaran negara/ negeri dan lagu
sekolah dimainkan.
Pelajar harus menumpukan penuh perhatian kepada segala amanat, peringgtan dan
pengumuman yang dibuat semasa perhimpunan.
Pelajar dilarang makan, bising atau bermain sepanjang perhimpunan..
Setiap pelajar dipertanggunjawabkan untuk memastikan kawasan perhimpunan tidak
dikotori.
Pelajar harus bergerak dalam barisan untuk diperiksa oleh JKDS dan pengawas selepas
perhimpunan.
Setiap kelas yang ditugaskan untuk mengemaskan tapak perhimpunan harus tinggal
untuk sementara waktu sehingga tapak perhimpunan bebas daripada pelajar-pelajar.

2. Tingkahlaku Guru.

Guru harus menunjukkan contoh dan teladan baik dengan berada di tempat
perhimpunban tepat pada masanya.
Setiap teguran dan nasihat yang disampaikan harus bersifat positif dan bersifat baik
pulih untuk membina sahsiah pelajar yang cemerlang.
Guru dan sekolah dilarang menghukum pelajar yang melakukan kesalahan di khalayak
ramai terutama semasa perhimpunan sekolah.
Barang-barang haram yang dirampas semasa perhimpunan akan disimpan dan hanya
dikembalikan jika pelajar boleh memberi penjelasan yang munasabah.
ADABSEMASABERHUBUNGSESAMAMANUSIA.

1. Tingkahlaku Pelajar.

Setiap pelajar harus peka dan menghormati adat resam, agama dan sensitiviti kaun lain.
Pelajar harus sedar kedudukan diri dan melayani serta menghormati orang lain terutama
sekali orang yang lebih tua sesuai dengan pangkat dan peringkat umur mereka
mengikut budaya dan norma masyarakat setempat.
Pelajar tidak boleh bermain sehingga keterlaluan seperti mengejek dan menghina nama
rakan atau nama ibubapa rakan sehingga menjatuhkan maruah dan harga diri pelajar
tersebut di depan orang lain.
Semua pelajar harus mengamalkan budaya positif seperti mengucapkan terima kasih
atau memohon maaf kepada pelajar lain jika ada menyinggung perasaan mereka.
Mengeluarkan kata-kata kesat, mengumpat dan menyumpah orang adalah dilarang
sama sekali.
Pelajar tidak dibenarkan untuk menyebar khabar angin .
Pelajar harus menunjuk raut wajah yang sentiasa ceria dan sentiasa bertegur sapa
dengan pelajar dan guru.

2. Tingkalaku Guru.

Melayani dan menganggap semua pelajar seperti anak sendiri dan melayani serta
bertindak seolah-olah berdepan anak sendiri.
Menunjukkan wajah ceria, menegur dan bersapa dengan pelajar.
Menyiasat dan bertindak terhadap segala aduan pelajar dan menyelesaikan konflik
antara pelajar secara adil dan tidak pilih kasih.
Bersedia membantu mana-mana pelajar dalam kesulitan dan mengambil berat tentang
kebajikan pelajar yang di bawah jagaan beliau.
Tidak mengambil tindakan yang boleh menghina atau menjatuhkan maruah pelajar,
keluarga, budaya atau bangsanya.
Sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada kepada pelajar.
Guru harus sentiasa sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi kebajikan dan
kemajuan pelajarannya.
ADABDENGANALAMSEKITAR.

1. Tingkahlaku Pelajar.
Pelajar harus mempunyai nilai cinta terhadap alam sekitar dengan sentiasa memelihara
dan memuliharanya kebersihan dan keceriannya.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar menjaga kebersihan kawasan kelas dan
sekolah.
Setiap pelajar harus melibatkan diri secara aktif dalam menceriakan dan mencantikkan
kawasan sekolah agar menjadi kodusif untuk proses P&P dijalankan.
Setiap pelajar harus memastikan kawasan sekolah bebas daripada sampah setiap
masa.
Sampah sarap yang terdapat di tong sampah harus dihantar ke tempat pemgumpulan
sampah setiap hari agar dapat dilupuskan oleh Majlis Tempatan.
Pelajar harus mengamalkan budaya mengutip sampah jika terserempak dengannya
dimana-mana sahaja di kawasan sekolah.
Pelajar dikehendaki menjaga keselamatan semua harta benda sekolah. Sebarang
kerosakan atau kes vandalisme harus dilaporkan dengan serta merta agar tindakan
segera boleh diambil.
Pelajar harus berkerjasama dengan jawatan kuasa 4K peringkat kelas untuk
menceriakan kelas masing-masing.

2. Tingkahlaku Guru.

Guru harus menunjukkan pada setiap masa, perasaan cinta kepada alam sekitar agar
menjadi contoh kepada pelajar.
Guru harus peka terhadap keadaan kawasan sekolah atau kelas dan memastikan ada
pelajar bertugas menjaga kebersihannya.
Pihak pentadbir harus menyediakan tong sampah yang mencukupi untuk kawasan
sekolah.
ADABKEPADAGURU.

1.Tingkahlaku Pelajar.
Pelajar harus menghormati semua guru
Pelajar harus mengucakan serlamat pagi/tengahari atau petang jika terserempak
dengan guru di mana-mana sahaja.
Seiap pelajar harus menganggap guru sebagai ibu bapa mereka dan memberi layanan
seperti mana mereka melayani ibu bapa mereka sendiri.
Guru yang masuk kelas, sama ada guru mata pelajaran atau guru gantian harus
dipatuhi, dihormati dan dilayani sepertimana mereka melayani guru kelas masing-
masing.
Setiap pelajar harus menerima apa jua teguran dan nasihat guru .
Kawasan Bilik Guru, Pejabat dan bilik-bilik khas adalah kawasan larangan dan
kemasukkan pelajar ke kawasan ini hanya dibenarkan jika mendapat izin daripada guru.
Pelajar tidak bolek masuk ke pejabat atau bilik guru jika pada waktu itu tiada guru di
dalamnya.
Jika pelajar disuruh mengambil sesuatu daripada meja guru di bilik guru, dia harus
memberitahu guru-guru lain dalam bilik siapa yang menyuruhnya berbuat demikian.
Semua pelajar harus bantu menjaga harta benda sekolah dan harta guru merka.
Pelajar harus meminta kebenaran guru yang mengajar jika ingin keluar daripada kelas.
Untuk itu, guru akan memberi pas keluar kelas kepada pelajar berkenaan.
Pelajar harus mengetuk pintu dan minta izin daripada guru yang mengajar jika ingin
masuk ke dalam kelas semula.
Semasa P&P dijalankan, pelajar harus mematuhi segala arahan guru dan buat kerja
secara senyap.
Jika pelajar inginkan guru memberi penjelasan lanjut, beliau harus mengetuk meja atau
mengangkat tangan sebelah dahulu untuk mengambil perhatian guru berkenaan
sebelum mengajukan komen atau pertanyaan.
Pelajar tidak boleh menyampuk, mengumpat atau mengeluarkan kata-kata kesat .

ADABKEPADAIBUBAPA

1. Tingkahlaku Pelajar.
Setiap pelajar harus menghormati dan mentaati ibubapa mereka.
Pelajar harus mendapat kebenaran ibubapa mereka jika ingin keluar dan mengambil
bahagian dalam aktiviti di luar kawasan sekolah.
Pelajar juga harus memberitahu ibubapa atau penjaga mereka tentang polisi, peraturan
dan kehendak sekolah seperti jadual waktu, buku teks dan mata pelajaran yang diajar.
Pelajar harus menunjukkan laporan kemajuan akademik mereka kepada ibubapa
mereka.pada penghujung setiap semester. Semua buku laporan harus ditandatangani
oleh ibu bapa mereka sendiri.
Pelajar harus melayan mana-mana ibu bapa yang datang ke sekolah dengan hormat
dan berbudi bahasa serta memberi bantuan seperti mana mereka mahu ibu bapa
mereka sendiri dilayan oleh orang lain.
Pelajar tidak boleh memfitnah, mengkritik , mengeluarkan kata-kata kesat atau
menyebar khabar angin yang boleh menjatuhkan maruah dan integriti ibubapa pelajar
lain.

ADABSESAMARAKAN

Setiap pelajar harus menganggap pelajar lain sebagai saudara sendiri dan memberi
layanan sepatutnya sesuai dengan peringkat umur mereka.
Pelajar harus mengelakkan daripada menaruh perasaan hasad dengki dengan pelajar
lain. Sebarang masalah harus dirujuk kepada guru dan pihak pentadbir sekolah agar
dapat diselesaikan secara adil dan saksama.
Pelajar harus mengamalkan amalan bertegur sapa dan berbudi bahasa sesama sendiri.
Pelajar harus menunjukkan wajah ceria di kawasan sekolah.
Pelajar harus menghormati budaya dan agama pelajar lain.
Pelajar harus peka terhadap sifat kelainan setiap individu dan menghormati perbezaan
ini.
Pelajar harus peka dan sedar tentang hak orang lain dan sentiasa menghormatinya.
Menjaga keselamatan diri dan orang lain serta harta benda mereka adalah
tanggungjawab semua orang termasuk pelajar. Setiap pelajar haruslah melaporkan
sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pihak sekolah.
Pelajar harus meminta maaf sekiranya telah melakukan kesilapan sehingga
menyinggung perasaan pelajar lain. Dia harus berani mengaku kesalahan dan
kelemahan diri.
Pelajar harus sentiasa berkerjasama dengan semua pihak di sekolah terutama dalam
penjagaan kebersihan, keselamatan dan keceriaan dalam kawasan sekolah.
Mengejek, mengumpat, menyumpah, menghina serta mengeluarkan kata-kata kesat
dengan tujuan menjatuhkan maruah dan integriti pelajar lain adalah dilarang sama
sekali.

ADABSEMASAPERMAINAN/AKTIVITI.

Dalam mana-mana permainan atau aktiviti, semua pelajar wajib mematuhi peraturan
yang ditetapkan oleh penganjur.
Setiap peserta harus datang tetap pada masanya agar aktiviti dapat dijalankan dengan
lancarnya.
Setiap ahli pasukan harus berkerjasama dengan ahli yang lain demi kejayaan bersama.
Mereka harus bersaingan dengan penuh semangat kesukanan.
Pihak lawan harus dihormati.
Pasukan yang bertanding harus berjabat tangan dengan pihak lawan dan mengucap
selamat berjaya.
Selepas setiap perlawanan, para pemain harus berjabat tangan sekali lagi dan
mengucapkan perkataan tahniah kepada mereka yang menang. Bagi mereka yang
kalah harus diucapkan semoga berjaya lain kali.
Penyokong tidak boleh menghasut pemain bergaduh. Mereka harus menghormati
pasukan lawan dengan tepuk sorak. Mengejek dan menghina pasukan yang kalah
adalah dilarang sama sekali.
Setiap pemain harus mementingkan keselamatan pemain lain tidak boleh sama sekali
bermain secara kasar atau bertindak dengan tujuan mencedera atau menipu pasukan
lawan.
Para peserta aktiviti pula harus mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur
selepas aktiviti selesai.

PROGRAM MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN DAN


KEPULANGAN MURID
Mengalu-aluan Kedatangan Murid : 7.00 7.20 pagi
Mengalu-alukan Kepulangan Murid : Semua Guru
Mengikut Waktu Tamat P&P

HARI AKTIVITI
AHAD Guru Bertugas, guru disipl
(1&3)
ISNIN Guru Bertugas, guru disipl
(1&3)
SELASA Guru Bertugas, guru disipl
(1&3)
RABU Guru Bertugas, guru disipl
(1&3)
KHAMIS Guru Bertugas, guru disipl
(1&3)
AHAD Guru Bertugas, guru disipl
(2&4)
ISNIN Guru Bertugas, guru disipl
(2&4)
SELASA Guru Bertugas, guru disipl
(2&4)
RABU Guru Bertugas, guru disipl
(2&4)
KHAMIS Guru Bertugas, guru disipl
(2&4)

Anda mungkin juga menyukai