Anda di halaman 1dari 33

Meningkatkan Kemahiran

Mengingat Perlakuan Wuduk


Bagi Murid Tahun 2
Menggunakan Kaedah NIL

PENGENALAN

Wuduk merupakan satu ibadah yang sangat penting


kerana ia menjadi syarat bagi kebanyakan ibadah.

Tajuk berwuduk ini telah mula diajar dalam mata


pelajaran Pendidikan Islam Tahun 1.

Walaupun demikian masih terdapat murid tahun 2 tidak


tahu berwuduk kerana sukar untuk mengingati susunan
perlakuan wuduk.

Pengkaji mengambil keputusan untuk mengatasi masalah


ini dengan menggunakan Kaedah NIL.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengkaji mengajar matapelajaran Pendidikan Islam bidang


Ibadat (berwudhuk).

Pengkaji diberi tugas untuk mengajar cara-cara berwuduk


kepada murid Tahun 2 semasa Kem Bestari Solat.

Buktinya ialah apabila disoal murid tidak dapat


menjawab dengan betul.

Murid mengalami masalah untuk mengingat


perlakuan wuduk dengan betul.

ISU KAJIAN

Antara masalah yang dikenal pasti ialah murid tidak dapat


mengingat perlakuan wuduk dengan betul dan tidak dapat
melakukan perlakuan wuduk dengan sempurna.

Murid tidak dapat melakukan perlakuan wuduk dengan


betul apabila diminta oleh guru.

Terdapat beberapa orang murid tidak dapat mengenal


anggota wuduk.

Murid tidak dapat mengecam anggota wuduk apabila


ditanya oleh guru.

ANALISIS MASALAH
Tidak dapat
mengingat
perlakuan wuduk
yang betul
MASALAH

Tidak dapat
mengenal anggota
wuduk

Tidak dapat
melakukan
perlakuan wuduk
dengan sempurna

Temu Bual
Bagi

mendapatkan data awal mengenai muridmurid Tahun 2 Maju ini, saya menjalankan temu
bual iaitu dengan mengadakan perbincangan
dengan guru Pendidikan Islam yang lepas. Hasil
daripada perbincangan, guru tersebut menyatakan
bahawa terdapat seramai 7 orang murid dari
kelas itu yang mengalami masalah untuk
mengingati perlakuan wuduk dengan betul dan
murid-murid ini sememangnya sangat lemah dan
seringkali tidak memberi perhatian ketika guru
sedang mengajar.

Pemerhatian

Saya juga menggunakan kaedah pemerhatian semasa sesi


pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bersama muridmurid Tahun 2 Maju ini. Semasa saya mengemukakan beberapa
soalan di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid
tersebut tidak dapat menjawab dengan betul. Hal ini sama seperti
apa yang telah dinyatakan oleh guru Pendidikan Islam tersebut
semasa perbincangan bersama beliau. Demikian juga semasa saya
meminta murid membuat amali wuduk saya dapati 7 orang murid
tersebut tidak dapat mengingat perlakuan wuduk dengan betul
seperti berwuduk tidak mengikut turutan dan ada juga yang
berdiam kerana tidak mengingatinya langsung. Di samping itu juga
terdapat murid yang membasuh atau mencuci anggota wuduk
secara tidak sempurna seperti membasuh tangan tidak sampai ke
siku.

Lembaran kerja

Latihan melalui lembaran kerja diberikan kepada semua


murid di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui
lembaran kerja ini saya dapat mengenalpasti 7 orang
murid yang tidak dapat mengingati perlakuan wuduk yang
betul dan sempurna.

Justeru, data awal yang diperoleh melalui hasil


perbincangan adalah bertepatan dengan data pemerhatian
iaitu seramai 7 orang murid Tahun 2 Maju mengalami
masalah tersebut.

TINJAUAN LITERATUR

Kajian Rosne Hafizah (2009) hasil dapatannya terhadap


beberapa orang murid di sebuah sekolah di Selangor,
beliau mendapati bahawa aktiviti nyanyian ini dapat
merangsang minat murid-murid untuk mempelajari bahasa
Arab. Secara tidak langsung, telah berjaya menguasai
perbendaharaan kata bahasa Arab melalui kaedah
nyanyian.

Sufian & Osman (2008), juga pernah menjalankan


kajian yang bertajuk Penggunaan Muzik Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah
Meningkatkan Daya Ingatan Murid Terhadap Rukun
Wuduk . Hasil kajian mereka mendapati
penggunaan muzik dalam proses P&P dapat
menimbulkan rasa seronok belajar di kalangan
murid serta dapat mengembangkan kemahiran
berfikir murid seterusnya murid dapat mengingat
rukun wuduk.

Routier

(2003) turut berkongsi pendapat


dengan Prescott (2005) yang menyifatkan
integrasi muzik dengan mata pelajaran
akademik yang lain dapat menyuburkan
seluruh kurikulum. Oleh itu, pengkaji ingin
menerapkan elemen muzik iaitu nyanyian
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

OBJEKTIF KAJIAN
Meningkatkan kemahiran
mengingat perlakuan wuduk
dalam kalangan murid tahun 2
menggunakan kaedah NIL.

SOALAN KAJIAN
Adakah kemahiran mengingat
perlakuan wuduk dalam
kalangan murid tahun 2 dapat
ditingkatkan melalui kaedah
NIL?

KUMPULAN SASARAN

7 orang murid lelaki dari kelas 2 Maju yang


menghadapi masalah mengingat perlakuan wuduk
dengan sempurna.

Murid yang dipilih ialah mereka yang mendapat


markah yang rendah berdasarkan lembaran kerja
yang diberikan dan juga berdasarkan pemerhatian
pengkaji melalui amali wuduk.

Pencapaian akademik yang lemah.

Mereflek
Kajian

ini bertitik tolak daripada proses refleksi


yang telah dilakukan dalam mengenalpasti
kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi
dalam sesi pengajaran yang dilakukan. Saya akan
melaksanakan proses pengumpulan awal data bagi
mengenalpasti masalah utama yang dihadapi
murid. Proses ini dilaksanakan dalam bentuk temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen .

Merancang
Saya

merancang untuk menyelesaikan masalah


yang timbul ini dengan menggunakan kaedah NIL
(Nyanyi, Ingat, Lakukan). Lirik lagu ini telah
digubah mengikut melodi lagu kanak-kanak Anak
La Ayam. Saya memilih melodi Anak La Ayam
kerana kebanyakan murid sudah mengingat melodi
ini.

Bertindak
Saya

akan melakukan beberapa langkah


dalam beberapa minggu seterusnya. Dalam
langkah tersebut saya akan melakukan
beberapa perkara yang telah dirancang ke
atas 7 orang responden tersebut.

Memerhati
Saya

membuat pemerhatian terhadap setiap


responden setiap kali mereka diminta untuk
mengingat lirik lagu berkenaan susunan atau
tertib perlakuan wuduk. Selain itu, saya juga akan
membuat pemerhatian di surau semasa responden
diminta untuk melakukan perlakuan wuduk secara
individu. Pemerhatian ini sangat penting kerana
melalui pemerhatian ini kita dapat menilai tahap
ingatan responden terhadap perlakuan wuduk

PELAKSANAAN TINDAKAN

INTERVENSI
Minggu 1 ( Aktiviti 1 )

Langkah 1
Saya memberi ransangan awal dengan
memperdengarkan lagu Anak La Ayam.

Langkah 2
Saya memaparkan cara-cara berwuduk yang
sempurna di slaid dan saya menerangkan cara berwuduk
yang sempurna.

Langkah 3
Saya memaparkan lirik lagu di slaid dan
mengedarkan lirik lagu kepada responden. Saya
menyanyikan lagu sambil diperhatikan oleh responden.

Langkah 4
Latih tubi menghafal lirik dan lagu tersebut.
Saya akan membimbing responden untuk menyanyi dan
mengingati lirik lagu.

Minggu 2 ( Aktiviti 2 )
Langkah

1
Saya akan menyanyikan semula lagu
Anak La Ayam kepada responden.

Langkah

2
Kesemua responden akan
menyanyikan lagu secara melihat lirik sambil cuba
menghafal.

Langkah

3
Saya akan membantu dan
membimbing responden mengingati lirik lagu Anak
La Ayam.

Minggu 3 ( Aktiviti 3 )

Langkah 1
Responden menyanyi lagu tersebut dengan
melihat lirik lagu.

Langkah 2
Saya akan menunjukkan gaya berwuduk
semasa menyanyikan lagu dan diikuti oleh responden.

Langkah 3
Responden menyanyi sembil membuat gaya
berwuduk sambil diperhatikan oles saya sebagai pengkaji.

Minggu 4 ( Aktiviti 4 )

Langkah 1
Responden diberi peluang untuk mengingati kembali lirik
dan gaya sambil diperhati dan dibimbing oleh saya.

Langkah 2
Responden menyanyi lagu sambil menunjukkan gaya
berwuduk tanpa melihat lirik.

Langkah 3
Setiap responden dikehendaki menyanyi secara individu di
hadapan saya dengan mengingati lirik dan membuat gaya berwuduk.

Langkah 4
Saya akan melihat responden melakukan perlakuan wuduk
secara individu di surau sekolah.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA


Pemerhatian
Ujian

( Senarai semak pemerhatian )

Pra dan Ujian Pos

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

KAEDAH MENGANALISIS DATA

Bagi kajian yang akan dilaksanakan, data-data yang diperolehi


daripada instrumen-instrumen yang digunakan diproses dengan cara
statistik diskriptif iaitu kekerapan dan peratusan. Markah ujian
pencapaian ( pra dan pos ) setiap responden memberikan maklumat
mengenai tahap pencapaian mereka sama ada lemah, sederhana atau
baik.

Maklumat markah ujian pencapaian kemahiran pra dan pos bagi setiap
responden akan digunakan untuk melihat peratusan pencapaian
terhadap penguasaan mereka dalam kemahiran melakukan cara
berwuduk yang betul. Tahap pencapaian menjawab soalan secara
individu yang dilaksanakan dapat diukur melalui perbandingan antara
ujian pra dan ujian pos. Perbandingan tersebut akan menunjukkan
sejauh mana keberkesanan kaedah yang digunakan sama ada berjaya
atau sebaliknya.

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai