Anda di halaman 1dari 12

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya merafakkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat


Allah

SWT

kerana

dengan

keizinan

dan

limpah

kurnia-Nya

saya

dapat

menyiapkan tugasan kerja kursus yang diberikan ini dengan jaya sekali.
Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah
membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus yang diberikan ini. Jutaan
terima kasih ingin saya sampaikan kepada pensyarah Profesionalisme Guru
Pendidikan Islam (PIM 3113) kami, iaitu Ustazah Muazzah Binti Abu Samah kerana
beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus
ini, terutamanya ketika sesi taklimat. Sesungguhnya jasa dan bantuan daripada
beliau amatlah berguna dan sangat saya hargai.
Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas saya P6E kerana
bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus ini bersama-sama. Mereka bersamasama membantu antara satu sama lain dan banyak sekali membantu saya
dengan menerangkan sesuatu yang tidak saya fahami. Di samping itu, terdapat
juga rakan kami meminjamkan bahan rujukan kepada saya dan turut membantu
memberi penerangan mengenai bahagian yang saya tidak faham. Terima kasih
saya ucapkan kepada semua rakan-rakan di dalam kelas P6E.
Di samping itu, terima kasih juga kepada ibu bapa yang turut membantu
dari segi kewangan, moral dan kasih sayang kepada saya. Selain itu, saya juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru
Sultan Abdul Halim yang telah menyediakan kemudahan seperti Pusat Sumber
sebagai tempat saya mencari bahan rujukan dan mengadakan perbincangan.
Sekian terima kasih.

PENGENALAN

Seorang

guru

harus

sentiasa

berusaha

untuk

mempertingkatkan

profesionalisme perkhidmatan mereka kerana profesion perguruan melibatkan


pembinaan insan yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat. Jadi,
sebagai seorang guru perlulah melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan
untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara ini. Hal ini kerana, tanpa
guru, bagaimana mungkin sesebuah Negara itu dapat berkembang dan maju
seiring dengan era globalisasi kini.
Tambahan pula guru juga perlu menampilkan akhlak yang baik dalam
semua aspek kerana setiap apa yang dilakukan oleh guru akan diperhatikan oleh
banyak pihak. Terdapat banyak kalam-kalam daripada para ulama terkenal dan
tokoh ilmuan yang telah menekankan bahawa pentingnya seseorang guru
memiliki akhlak dan peribadi yang mulia. Hal ini dapat kita teladani bagaimana
akhlak dan peribadi agung baginda

Rasulullah s.a.w yang merupakan contoh

terbaik dalam semua bidang.


Dalam tugasan kali ini, pengkaji perlulah menjalankan suatu kajian kes
bagi menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh seorang murid yang
dipilih. Pengkaji telah memilih seorang murid yang bermasalah dari sudut ibadah
yang mana murid tersebut sangat bermasalah dalam melaksanakan tanggung
jawab sebagai seorang muslim. Pengkaji tertarik untuk mengkaji dalam bidang ini
kerana bidang ini sangat berkait rapat dengan kehidupan seorang Hamba dalam
melaksanakan ibadat kepada Tuhannya. Jadi, kajian kes ini bukan sahaja
mengambil berat berkenaan kes tersebut. Tetapi menyedarkan pengkaji sendiri
tentang realiti seorang Hamba Allah.

SITUASI DAN BIODATA PELAJAR

Nama

: Danial Arif Bin Ahmad

Murid

: Tahun 5 Mutiara

Umur

: 11 Tahun

Sekolah

: Sk Air Kulim

Pekerjaan Bapa

: Penjual Sayur

Pekerjaan Ibu

: Kerani Kilang

Masalah Dihadapi

: Masalah Dalam Melaksanakan Ibadah Seharian.

Sedikit maklumat untuk pengetahuan umum, pengkaji telah mendapatkan maklumat


ini semasa melakukan praktikum fasa dua di Sekolah Kebangsaan Kulim, Kedah. Pada
mulanya, murid ini enggan untuk memberikan kerjasama kerana takut dan malu, tetapi
setelah dipujuk berulangkali, Alhamdulillah dia ingin memberikan kerjasama. Murid ini malu
kerana dia merasa hina berbanding rakan-rakannya yang lain yang lebih hebat dari sudut
pengetahuan dan mengalami masalah ekonomi yang kurang stabil. Murid ini juga kurang
mendapatkan perhatian daripada ibu bapanya kerana sibuk dengan urusan masing-masing.

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN


Sebagai seorang Guru Pendidikan Islam, kita bertanggungjawab mendidik
pelajar ke arah yang lebih baik. Selain itu, Guru Pendidikan Islam juga
berperanan untuk menyampaikan dakwah, menyemai iman serta membentuk
sahsiah dan akhlak murid. Guru Pendidikan Islam terutamanya menjadi role
model kepada semua pihak, bukan sahaja murid, malah guru-guru, kakitangan
dan masyarakat sekitar. Maka, sebagai seorang Guru Pendidikan Islam haruslah
mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan dari segala aspek terutamanya Fardhu
Ain.
Selain itu, menjadi kewajipan kepada Guru Pendidikan Islam untuk
mengajar ilmu-ilmu asas Islam kepada murid-muridnya. Menjadi suatu tanda
Tanya apabila terdapat segelintir anak murid Guru Pendidikan Islam itu tidak
mengetahui langsung tentang ilmu-ilmu asas Islam ini. Jadi, sebagai seorang
Guru, kita haruslah menanam sikap Ikhlas dalam mendidik anak-anak murid ini
seperti anak-anak kita sendiri. Sekiranya semua Guru dapat melaksanakan
amanah yang telah diberikan dengan sempurna, insyaAllah masalah-masalah
seperti tidak tahu tertib mengambil wudhuk, bilangan rakaat dalam solat 5
waktu sehari semalam tidak akan berlaku.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian kes ini adalah seperti berikut :


1
2.

Mengetahui punca masalah yang dihadapi pelajar.


Mengetahui peranan dan cara Guru menyelesaikan masalah pelajar dengan

menggunakan
cara-cara yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

KAEDAH KAJIAN

Antara kaedah atau cara-cara kajian ini dijalankan adalah dengan menggunakan
beberapa cara. Antaranya adalah seperti berikut :

Soal Jawab
Qudwah Hasanah
Nyanyian
LAPORAN KAJIAN

TARIKH : 16 Julai 2014


MASA : 8.45 9.45 a.m
TEMPAT : Kelas 5 Mutiara & Bilik Kaunseling
Pengkaji telah memasuki kelas 5 Mutiara setelah mendapat Jadual Waktu Mengajar
daripada Penolong Kanan Pentadbiran. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Pengkaji memasuki kelas dan murid membaca doa secara bersama-sama. Sesi
pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi yang sesuai dengan tajuk
pengajaran.
Danial

telah

dikenalpasti

mempunyai

masalah

dari

sudut

ibadah

semasa

pembelajaran di dalam kelas. Murid telah dipanggil untuk tujuan pengumpulan data. Murid
menceritakan permasalahan beliau ketika di dalam kelas. Masalah telah dikenalpasti.
Kaedah yang sesuai telah dirangka untuk proses pemulihan pelajar. Sesi berlangsung di bilik
kaunseling. Soal jawab berlaku dan pengkaji dapat mengesan permasalahan yang berlaku
kepada responden.

TARIKH : 21 Julai 2014


MASA : 9.45 10.15 a.m
TEMPAT : Surau Sekolah

Pada bertempat di sesi berlaku buat kali kedua. Pengkaji menggunakan beberapa
langkah yang berkesan. Pengkaji memulakan dengan soalan-soalan yang ringan iaitu
bertanya khabar dan menenangkan murid berkenaan. Selepas itu, melalui metod Qudwah
Hasanah iaitu tunjuk cara, pengkaji mengajak murid berkenaan untuk sama-sama
mengambil wudhuk untuk menunaikan solat Dhuha. Alhamdulillah, walaupun pertemuan

yang kedua ini, Danial masih lagi malu-malu kerana belum selesa bersama pengkaji, tetapi
dia menunjukkan respon yang positif kerana mengikut setiap kata-kata gurunya.
Pengkaji meminta agar murid berkenaan mengikut setiap langkah-langkah yang telah
dibuat oleh guru. Pengkaji menggunakan teknik tunjuk cara bagaimana mengambil wudhuk
dengan sempurna pada pertemuan kali ini. Murid berkenaan dapat mengikuti kaedah ini
dengan berkesan. Pada minggu ini, murid berkenaan kerap mengajak pengkaji ke surau
untuk melihat cara-cara beliau mengambil wudhuk dan meminta agar diperbetulkan
sekiranya masih berlaku kesilapan.

TARIKH : 21 Julai 2014


MASA : 9.45 10.15 a.m
TEMPAT : Bilik J-Qaf

Sesi ketiga kajian dijalankan di Bilik J-Qaf kerana mempunyai alat-alat muzik yang
sesuai untuk kaedah Nyanyian. Pengkaji menggunakan kaedah pengulangan dan nyanyian
sebagai pengukuhan. Pengkaji menggunakan beberapa langkah yang berkesan. Langkah 1
Pengkaji menyanyikan nyanyian Rukun Solat kepada murid. Langkah 2 Murid menyanyi lagu
secara melihat lirik dan cuba menghafal. Langkah 3 Pengkaji membantu murid mengingat
lirik nyanyian Rukun Solat. Guru membuat pengulangan sambil menggunakan alat muzik
supaya murid lebih tertarik. Selepas tamat sahaja nyanyian Rukun Solat ini responden selalu
meminta agar berqasidah bersama-sama. Antara Qasidah yang menjadi kegemarannya
ialah Ya Hanana dan Ya Badratim. Pengkaji juga memberikan hadiah kepada responden
sekiranya responden berjaya menghafal nyanyian Rukun Solat berkenaan.

TARIKH : 21 Julai 2014


MASA : 9.45 10.15 a.m
TEMPAT : Pondok Sekolah
Perjumpaan kali terakhir ini berlaku di pondok sekolah. Responden menghadirkan
diri dalam perjumpaan pada kali ini. Pengkaji sempat bertanya khabar tentang
bagaimana keadaan keluarga responden dan beberapa perkara peribadi. Pengkaji

bersoal

jawab

dengan

responden

mengenai

perubahan

yang

dialami.

Alhamdulillah, berlinang air mata responden apabila menceritakan bahawa bukan


sahaja dia dapat menunaikan solat dengan sempurna, malah dia dapat mengajar
ibunya menunaikan solat bersamanya kerana ibunya tidak pandai memnunaikan
solat sepanjang hidupnya kerana hidup mereka susah. Sepanjang kajian ini
berlangsung banyak perubahan yang positif terhadap responden.

PERBINCANGAN

Qudwah Hasanah adalah dakwah yang dilaksanakan melalui seseorang itu


menunjukkan nilai-nilai yang yang murni dan dapat dijadikan ikutan kepada
sesiapa sahaja. Qudwah hasanah adalah lahir daripada hati seseorang itu tanpa
dirancang. Dalam hal ini, pengkaji menggunakan kaedah ini dengan mengajak
responden untuk solat dhuha pada waktu rehat secara tidak dirancang.
Responden memberikan tindak balas yang positif dengan menuruti ajakan
pengkaji tanpa ada sebarang alasan. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat
menunjukkan

cara

yang

betul

dan

tepat

kepada

responden

bagaimana

melakukan ibadah dengan sempurna. Disamping itu, hasil daripada qudwah


hasanah ini juga, responden dapat menyampaikan ilmu ini kepada ibunya di
rumah.

Instrumen soal selidik dan pemerhatian telah digunapakai bagi mengenalpasti minat
murid dalam mengingat rukun solat melalui kaedah pengulangan dan nyanyian. Aktiviti
pengulangan dan nyanyian ini ternyata memberi keseronokan terhadap mereka. Melalui
pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, responden menunjukkan respon tingkahlaku
yang baik dan penuh minat dalam aktiviti nyanyian. Terutamanya apabila tamat sahaja
nyanyian, responden acapkali meminta agar berqasidah bersama-sama. Metod pengulangan
menjadi salah satu metode yang digunakan baginda, kerana dianggap perlu dan penting
untuk dilakukan khususnya dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Responden diminta
untuk mengulang bacaan serta nyanyian membolehkan responden cepat menghafal
nyanyian.

RUMUSAN

Sebagai seorang Guru yang telah sinonim dengan Islam sebenarnya mampu untuk
mengaplikasikan ajarannya dalam segenap aspek kehidupan kita termasuklah hiburan.
Guru-guru, masyarakat, artis dan pihak terbabit sememangnya boleh berganding bahu dan
bersama-sama mengorak langkah ke arah mewujudkan suatu budaya hiburan melalui muzik
dan nyanyian yang lebih positif dan menggunakannya sebaik mungkin sebagai satu medium
untuk berdakwah.
Kesimpulannya, tidak ada masalah dalam dunia ini yang tidak dapat
diselesaikan. Dalam kajian kes ini, guru sebagi pengkaji sangat memainkan
peranan yang

penting kerana bukan sekadar mengajar mengikut sukatan

pelajaran semata-mata malah guru perlu menghayati realiti-realiti yang berlaku


dalam masyarakat ketika ini. Semua guru di sekolah terutamanya Guru
Pendidikan Islam

wajib berperanan sebagai seorang murabbi yang dapat

membentuk akhlak anak-anak didiknya di sekolah demi agama, bangsa dan


Negara.

REFLEKSI

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Pertama sekali, saya panjatkan syukur kepada Ilahi kerana masih diberi kesempatan dan
ruang waktu untuk saya siapkan tugasan yang diberikan ini. Tanpa nikmat masa dan
kesihatan daripada-Nya, tidak mungkin saya dapat melakukan tugasan ini. Selain itu, saya
ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada pensyarah bagi mata pelajaran PIM
3111 PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM iaitu Ustazah Muazzah Binti Abu
Samah dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang kami
melaksanakan tugasan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan dari kelas
P6E yang turut membantu memberikan maklumat dan idea serta pandangan dalam usaha
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, tidak dilupakan kepada kedua ibu
bapa dan ahli keluarga yang tidak putus asa mendoakan dan memberi sokongan kepada diri
ini. Syukran jazilan wa jazakallahu khairan kathira.
Permulaan tugasan diberi diterima dengan penuh rasa takut dan gelisah oleh saya.
Ini kerana buat pertama kalinya membuat satu kajian kes mengenai metod dakwah
Rasululah dalam pendidikan serta membuat pameran Pendidikan Islam . Untuk pengetahuan
Ustazah, saya telah berjumpa banyak orang berpengalaman untuk membantu saya dalam
melancarkan penulisan kajian ini.
Dalam perlaksanaan pameran, kami bertungkus lumus dalam memastikan program
berjalan dengan lancar. Dengan berkat dan redha Ilahi, pameran berlangsung dengan
meriah sekali. Walaupun booth saya dan ahli kumpulan yang lain tidak mendapat tempat di
hati juri, tetapi saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah kumpulan kami
sediakan.Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung mahupun
tidak langsung dalam memastikan wadah dakwah melaui pameran ini berjalan dengan
lancar.

Dalam melaksanakan tugasan ini juga, saya telah berbincang dengan pensyarah dan
juga rakan-rakan tentang skop tugasan yang perlu dilakukan. Saya juga telah mencari
maklumat dari pelbagai sumber seperti buku-buku ilmiah, artikel, jurnal dan juga daripada
laman web. Alhamdulillah, maklumat tentang profesionalisme Guru Pendidikan Islam serta
perubahan yang berperingkat ini banyak dan mudah didapati. Oleh itu, mudah bagi saya
untuk menghuraikan dan menjawab soalan tugasan ini.
Semasa kajian ini dijalankan, saya merasa sangat gembira dan terharu kerana
apabila melihat responden saya yang sebelum ini langsung tidak minat belajar
matapelajaran Pendidikan Islam oleh kerana banyak yang perlu dihafal, kini sudah menjadi
matapelajaran kegemarannya. Alhamdulillah.
Selain itu juga, dapat saya simpulkan bahawa tugasan kali ini membolehkan saya
berfikir secara kognitif bahawa menuntut ilmu itu dituntut, tapi cara penapisan ilmu yang
dicari ilmu perlu kena masa dan tempatnya. jangan destinasi menuju redha Allah yang dicari
tidak kesampaian, jauh terpesong menuju kesesatan.
Secara rumusnya, kaedah dakwah Rasulullah saw ini memberi kepentingan kepada
murid dan juga kepada guru. Kaedah ini merupakan kaedah berpusatkan murid iaitu kajian
ini menumpukan 80% kepada murid dan hanya 20% penglibatan guru. Pembelajaran melalui
nyanyian ini ternyata mampu membangkitkan keseronokan dan merangsang minat murid
untuk belajar kerana sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung dalam keaadan
tertekan. Diharap dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak seperti
guru-guru, murid-murid dalam lebih mencintai ilmu agama

Allah ini seterusnya

mengembangkan lapangan dakwah islam di muka bumi ini.

Akhir kata, saya berharap dengan tugasan yang diberikan akan mematangkan lagi
pemikiran saya dalam ilmu quran dan hadith khasnya juga dalam ilmu-ilmu lain yang
berkaitan. Banyak manfaat dan pengajaran yang telah saya dapati dalam proses
melaksanakan tugasan ini. Dengan pengalaman yang saya perolehi ini akan saya gunakan
dan manfaatkan dalam kehidupan saya kelak. Wallahu alam.
Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Abdul Kadir. (1960). Hikayat Abdullah Munshi bin Abdul Kadir Munshi. Singapore: Malayan
Publishing House.

Abdullah Ishak. (1987). Ke Arah Mengembalikan Identiti Pengajian Pondok di Malaysia. Tesis M. A,
Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera, Universiti Malaya.
Abdullah Jusuh. (1990). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur
Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise:
Kuala Lumpur.

Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu.
Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai