Anda di halaman 1dari 30

1

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya merafakkan rasa syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT
kerana dengan keizinan dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kerja
kursus yang diberikan ini dengan jaya sekali.
Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah membantu
dalam proses menyiapkan kerja kursus yang diberikan ini. Jutaan terima kasih ingin saya
sampaikan kepada pensyarah Profesionalisme Guru Pendidikan Islam (PIM 3113) kami, iaitu
Ustazah Muazzah Binti Abu Samah kerana beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya
dalam menyiapkan kerja kursus ini, terutamanya ketika sesi taklimat. Sesungguhnya jasa
dan bantuan daripada beliau amatlah berguna dan sangat saya hargai.
Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas saya P6E kerana
bertungkus lumus menyiapkan kerja kursus ini bersama-sama. Mereka bersama-sama
membantu antara satu sama lain dan banyak sekali membantu saya dengan menerangkan
sesuatu yang tidak saya fahami. Di samping itu, terdapat juga rakan kami meminjamkan
bahan rujukan kepada saya dan turut membantu memberi penerangan mengenai bahagian
yang saya tidak faham. Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan-rakan di dalam
kelas P6E.
Di samping itu, terima kasih juga kepada ibu bapa yang turut membantu dari segi
kewangan, moral dan kasih sayang kepada saya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim yang telah
menyediakan kemudahan seperti Pusat Sumber sebagai tempat saya mencari bahan
rujukan dan mengadakan perbincangan.
Sekian terima kasih.

2
BAHAGIAN A

PENGGUNAAN KAEDAH PENGULANGAN DAN NYANYIAN DALAM KALANGAN
MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENGUASAAN MENGINGATI NAMA-NAMA
MALAIKAT SERTA TUGASNYA.

Oleh

AHNAF AFIQ BIN SHAIRUL BAZRI
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM


PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Rasulullah merupakan contoh terbaik dalam semua bidang. Pendekatan
didikan Rasulullah membolehkan Islam berkembang maju hingga hari ini. Otak dan
minda merupakan anugerah ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Salah satu peranan
otak dan minda adalah untuk mengingat sesuatu kejadian atau sesuatu perkara
sama ada perkara yang lepas, sedang berlaku dan juga pada masa hadapan.
Kemahiran mengingat merupakan salah satu daripada proses kemahiran
belajar. Seringkali murid-murid menghadapi masalah mengingat fakta-fakta dalam
matapelajaran termasuk matapelajaran Pendidikan Islam. Kemampuan daya
mengingat murid-murid bergantung kepada kecerdasan minda individu, minat dan
teknik mengingat individu itu sendiri.




3
SITUASI PELAJAR
Responden yang dipilih merupakan seorang yang periang tetapi menjadi pendiam
ketika di dalam kelas. Merupakan anak pertama dari dua beradik. Seorang yang agak degil
tetapi masih menghormati guru. Boleh membaca tetapi tidak suka menghafal. Hal ini
menyebabkan dia kurang berminat dalam matapelajaran Pendidikan Islam.

PENYATAAN MASALAH

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Saya telah menjalani praktikum sesi kedua selama dua bulan di Sekola Kebangsaan
Kulim, Kulim, kedah bermula pada 13 JULAI 2014 sehingga 11 SEPTEMBER 2014.
Sepanjang 2 bulan menjalani praktikum, saya telah diamanahkan untuk mengajar bidang
Pendidikan Islam untuk murid-murid tahun 5 Mutiara. Murid di dalam kelas ini seramai 32
orang murid yang terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan.
Semasa saya melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk
beriman dengan malaikat, terdapat seorang murid sukar mengingat nama-nama malaikat
serta tugas-tugasnya dengan betul. Soalan soalan secara lisan telah diajukan kepadanya,
dan dia tidak dapat menjawab dengan betul. Semasa menjawab soalan, murid tersebut
cuba berfikir dan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan serta meminta
bantuan rakan lain untuk memberikan jawapan. Keadaan sama juga berlaku semasa murid
melaksanakan aktiviti lembaran kerja berkenaan tajuk beriman kepada malaikat yang
diedarkan oleh pengkaji.
Murid-tersebut dilihat termenung dan cuba mengingat kembali isi pelajaran yang
diajar kepadanya. Murid cuba berbincang dengan rakan untuk mendapatkan jawapan.
Melalui pemerhatian yang dibuat sayai, murid tersebut tidak dapat menjawab soalan yang
diberikan dengan betul. Dia tidak menulis nama-nama malaikat serta tugas-tugasnya
dengan betul. Disamping itu juga, murid tersebut kelihatan keliru antara nama malaikat dan
nama-nama nabi yang wajib diimani. Situasi yang berlaku semasa sesi soal jawab dan
aktiviti lembaran kerja berulang juga pada sesi pengukuhan kognitif di akhir sesi pengajaran
dan pembelajaran


4
OBJEKTIF

Objektif kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan
permasalahan seorang pelajar dalam menguasai pembelajaran Pendidikan Islam. Antara
objektif utama bagi kajian ini ialah:
1. Menilai keberkesanan penggunaan Kaedah Pengulangan dan Nyanyian dalam
membantu murid cepat menghafal.
2. Mencari satu kaedah alternatif yang terbukti mampu untuk membantu mengingati isi
pelajaran dengan berkesan.






5
BIODATA PELAJAR

NAMA : DANIAL ARIF BIN AHMAD
MURID : TAHUN 5 MUTIARA
UMUR : 11 TAHUN
SEKOLAH : SK AIR KULIM
MASALAH DIHADAPI : MASALAH PEMBELAJARAN
LANGKAH DIAMBIL : PENGGUNAAN KAEDAH PEMERHATIAN,PENGULANGAN
SERTA NYANYIAN
TEMPOH PEMULIHAN : 30 HARI




6
METOD DAKWAH YANG DIGUNAKAN

PENGULANGAN
Metod pengulangan menjadi salah satu metode yang digunakan baginda, kerana
dianggap perlu dan penting untuk dilakukan khususnya dalam matapelajaran Pendidikan
Islam. Responden diminta untuk mengulang bacaan serta nyanyian membolehkan
responden cepat menghafal nyanyian. Cara ini berkesan dan perlu dipraktikkan.

Kaedah soal jawab juga adalah penting dalam pembelajaran. Menyoal merupakan
sebahagian daripada interaksi P&P antara guru dan pelajar. Namun demikian strategi-
strategi penyoalan masih kurang difahami oleh kebanyakkan guru. Kaedah menyoal boleh
juga digunakan dalam kaedah membaca dan menulis.(Rashidi Azizan dan Abd Razak
Habib,1995 ). Struktur kaedah tersebut dapat dipetik daripada gambaran al-Quran tentang
peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. Beliau telah mengajukan
pertanyaan kepada Allah tentang proses penghidupan semula makhluk yang mati. Persoalan
itu adalah untuk menetapkan hati dan menambahkan ilmu pengetahuan. Allah member
penjelasan tentang persoalan itu menerusi al-Quran. Firman Allah : yang bermaksud:

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku!
Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?
Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim
menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian
ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika
demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah
semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya.
Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan
segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (260)

Soal Jawab
Temubual ialah proses yang dilakukan untuk mendapat maklumat melalui berhubung
secara lisan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan bersama orang yang ditemubual.
Kelebihan temubual ini ialah, pengkaji mudah untuk mendapat data yang diperlukan dan
juga maklumat yang diberikan itu jelas. Pengkaji juga telah membuat temubual tidak
berstruktur bersama guru pendidikan Islam untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai
tahap kecerdasan responden. Seorang pelajar telah dipilih untuk ditemubual berdasarkan

7
tingkahlaku dan tindak balas yang dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Tujuan dilakukan temubual terhadap guru Pendidikan Islam tahun 2 ialah bagi
mengenalpasti kelompok murid-murid yang lemah di dalam kelas tersebut. Manakala
temubual yang dilakukan terhadap murid bertujuan untuk mendapat maklum balas daripada
murid berkaitan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan terhadap mereka.
Kaedah soal jawab juga adalah penting dalam pembelajaran. Menyoal merupakan
sebahagian daripada interaksi P&P antara guru dan pelajar. Namun demikian strategi-
strategi penyoalan masih kurang difahami oleh kebanyakkan guru. Kaedah menyoal boleh
juga digunakan dalam kaedah membaca dan menulis.(Rashidi Azizan dan Abd Razak
Habib,1995 ). Struktur kaedah tersebut dapat dipetik daripada gambaran al-Quran tentang
peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. Beliau telah mengajukan
pertanyaan kepada Allah tentang proses penghidupan semula makhluk yang mati. Persoalan
itu adalah untuk menetapkan hati dan menambahkan ilmu pengetahuan. Allah member
penjelasan tentang persoalan itu menerusi al-Quran. Firman Allah :

)

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku!
Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?
Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim
menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian
ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika
demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah
semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya.
Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan
segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (260)

NYANYIAN.
Peranan muzik dan nyanyian dalam pendidikan (dakwah).
i. Menyebarkan syiar Islam
Sejak zaman Rasulullah lagi, muzik telah disalurkan sebagai salah satu aktiviti
dakwah untuk menegakkan syiar Islam. Contohnya pembacaan al-Quran. Kebanyakan para
sahabat membaca al-Quran dengan bertaranum. Ia perlu dibaca dengan tajwid dan lagunya
yang tersendiri. Melalui kaedah tajwid ini, lagu al-Quran dapat dialunkan. Apabila bacaan ini

8
dihayati, ia member kesan yang cukup mendalam kepada sesiapa sahaja yang
mendengarnya.

Begitu juga dengan azan. Sebelum sembahyang muazin akan melaungkan azan di
mana di dalamnya terdapat kalimah-kalimah agung yang mengandungi cirri-ciri muzik di
dalamnya. Walaupun azan tidak diiringi sebarang alat, namun antonasinya jelas bergerak
sejajar dengan rentak yang teratur. Kemerduan laungan azan boleh mengusik batin
seseorang serta menarik orang ramai untuk solat berjemaah (Idris Zakaria,2006,hlm:52).

Selain itu, muzik Islam yang liriknya mengandungi keagungan terhadap kebesaran
Allah dan pujian-pujian terhadap Rasulullah juga merupakan salah satu hiburan yang
memenuhi matlamat dalam Islam di mana ia boleh meniupkan semangat kesedaran dan
keindahan Islam. Ini menunjukkan bahawa muzik dan seni suara sangat sesuai digunakan
dalam menyebarkan risalah Islam yang suci ini.

Jika dilihat dalam dunia sekarang, seni nasyid yang merupakan salah satu daripada
cabang muzik merupakan satu cara utuk menyampaikan syiar Islam. Ini kerana dengan lirik
yang memuji kebesaran dan keagungan Allah serta diiringi dengan alunan muzik yang indah
boleh menarik minat mereka yang bukan Islam untuk mendekati Islam. Contohnya nasyid
dari kumpulan Raihan di mana kebanyakan lirik lagunya menjurus kepada keagungan
ciptaan Islam.

9
ii. Memberikan kedamaian jiwa dan membangunkan insane

Muzik dan nyanyian juga mempunyai hubungan yang rapat dengan jiwa. Sebagaimana yang
telah dinyatakan oleh Imam al-Ghazali (Idris Zakaria,2006,hlm:52):

Allah memberikan kepada manusia akal dan deria. Setiap deria ingin menikmati
sesuatu menurut nalurinya. Misalnya penglihatan (mata) ingin menikmati sesuatu yang
cantik, pendengaran (telinga) ingin mendengar suara yang merdu dan berirama. Jadi tidak
munasabah semua jenis nyanyian dan muzik dilarang oleh Allah, sedangkan Allah
menjadikan deria-deria itu dengan nalurinya. Tetapi naluri dan dria-deria tersebut jangan
dibiarkan berjalan mengikut kehendaknya, ia harus dikawal dan dihalatujukanke jalan yang
baik dan membina.

Ayat ini menjelaskan bahawa jiwa manusia sukakan seni dan hiburan. Tidak
munasabah Allah melarang semua jenis nyanyian dan hibura kerana Allah menciptakan tiap
deria dalam manusia mempunyai nalurinya tersendiri. Sehubungan dengan ini, manusia
akan terpesona dengan sesuatu yang bergerak sejajar dengan naluri mereka. Namun begitu,
tidak semua jenis hiburan dan nyanyian memberikan impak yang positif kepada jiwa
manusia. Kenyataan ini lebih merujuk kepada nyanyian yang bersifat sentimental dan
mempunyai nilai yang baik dalam lagu tersebut di mana pendengar akan rasa lebih
bersemangat dan damai apabila mendengarnya. Falsafah yunani juga mengatakan bahawa
muzik boleh menghasilkan moral yang baik di kalangan manusia. Ini kerana muzik
mempunyai hubungan yang rapat dengan jiwa. Ia adalah alat yang dapat mempengaruhi
jiwa manusia.

Selain dari insan yang sihat banyak mendapat manfaat dari muzik, insan yang
mempunyai masalah kesihatan juga boleh mendapat faedah dari seni yang sama. Dalam
keadaan klinikal, orang yang mengahadapi masalah psikiatri bertidak balas dengan lebih
baik kepada rawatan apabila menerka diberikan terapi muzik pada masa yang sama. Muzik
atau nyanyian, walaupun dalam billik air merupakan pelega tekanan mental dan ketegangan
yang amat berkesan (Ibid,hlm:55).


10
iii. Merupakan wadah ilmu

Seperti yang telah diutarakan di atas iaitu muzik merupakan satu cara untuk
menyebarkan syiar Islam, muzik juga berperanan sebagai wadah menyampaikan ilmu dan
dakwah. Ia dapat disampaikan melalui lirik yang terkandung pengetahuan-pengetahuan
tentang kisah-kisah pada zaman nabi dan para sahabat serta tokoh-tokoh Islam, tentang erti
kehidupan dan seumpamanya. Sebagai contoh lagu salahuddin al-ayyubi, rabiautul
adawiyah, habil qabil, hakikat perjuangan dan banyak lagi. Penyampaian ilmu melalui lagu-
lagu sebenarnya lebih menberi kesan kepada masyarakat. Ini kerana masyarakat sekarang
terutama masyarakat Malaysia kurang minat dalam membaca tetapi mempunyai minat yang
lebih dalam berhibur. Oleh yang demikian, mereka akan mendapat ilmu secara tidak
langsung dengan mendengar lagu-lagu tersebut. Selain itu, lirik-lirik yang berbentuk nasihat
juga memberi kesan yang baik dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat

11
PEMERHATIAN
Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Pengkaji mendapati terdapat seorang murid menunjukkan respon yang negatif
iaitu tidak memberi tumpuan dan hilang fokus dalam pembelajaran.Semasa sesi latih tubi
untuk menyebut nama malaikat, Murid tersebut tetap tidak memberi respon seperti yang
diharapkan.
Jadual 1: Jadual Pemerhatian Tidak Berstruktur

PERISTIWA

CATATAN

Guru memasuki kelas dan murid membaca
doa secara bersama-sama

Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan
dengan set induksi yang sesuai dengan tajuk
pengajaran.

Guru mengajar dengan menggunakan kaedah
tradisional dengan berbantukan bahan bantu
mengajar yang dirancang.

Murid diminta untuk menyebut nama-nama
malaikat serta menyenarai tugas-tugasnya
secara individu, kumpulan dan kelas

Guru mengedarkan lembaran kerja bagi aktiviti
pengukuhan murid.

Soalan lisan diajukan kepada murid-murid
tertentu mengenai isi pelajaran.



















Seorang murid tidak memberi sebarang
respon terhadap pembelajaran.



Jadual 2: masalah yang mungkin di hadapi murid



KOD

SUSAH UNTUK MENGINGAT
KELIRU MENGENAI NAMA- NAMA MALAIKAT DAN RASUL
BOSAN
TIDAK MINAT BIDANG AQIDAH



12
LAPORAN ANEKDOT 1


NAMA MURID : MOHAMMAD AMRI BIN HAYAT
KELAS : 5 MUTIARA
TARIKH : 15.07.2014
MASA :11.15 12.15 ( SELASA )
TEMPAT : KELAS 5 MUTIARA
ITEM : PENGUMPULAN DATA PERMASALAHAN MURID


CATATAN

KAEDAH

ULASAN

Seorang murid telah
dikenalpasti mempunyai
masalah didalam kelas

Murid telah dipanggil untuk
tujuan pengumpulan data

Murid menceritakan
permasalahan beliau ketika di
dalam kelas

Masalah telah dikenalpasti

Kaedah yang sesuai telah
dirangka untuk proses
pemulihan pelajar

Soal jawab

Murid memberi kerjasama
dengan baik.

Murid mengakui susah untuk
menghafal sebarang fakta
yang membuatkan dia cepat
bosan.

Permasalahan ini
menyebabkan responden
kurang minat dalam belajar.






13
LAPORAN ANEKDOT 2


NAMA MURID : MOHAMMAD AMRI BIN HAYAT
KELAS : 5 MUTIARA
TARIKH : 22.07.2014 (SELASA)
MASA :11.15 12.15
TEMPAT : BILIK MUZIK
ITEM : PENCERAHAN MENGENAI NAMA MALAIKAT SERTA TUGASNYA


CATATAN

KAEDAH

ULASAN

Langkah 1 Pengkaji memberi
rangsangan awal dengan
memperdengarkan lagu
Warisan dan Keranamu
Malaysia. Murid diminta
untuk mendengar dengan
teliti kedua-dua lagu
tersebut.

Langkah 2 Pengkaji
memaparkan nama-nama
malaikat dan
tugasnya di papan putih
dengan menggunakan
bahan bantu mengajar yang
sesuai.

Langkah 3 Pengkaji
memaparkan lirik lagu
dipapan putih
dan memberi lirik lagu
kepada murid. Pengkaji
menyanyi lagu sambil
diperhatikan oleh murid.

Langkah 4 Latih tubi
menghafal lirik dan lagu.


Penerangan









Penerangan







Dengar dan ikut







Latih tubi nyanyian

Guru telah menggunakan
kaedah penerangan dan
nyanyian


14
LAPORAN ANEKDOT 3


NAMA MURID : MOHAMMAD AMRI BIN HAYAT
KELAS : 5 MUTIARA
TARIKH : 28.07.2014 (SELASA)
MASA :11.15 12.15
TEMPAT : BILIK MUZIK
ITEM : PENGULANGAN HAFALAN NYANYIAN DENGAN MELIHAT LIRIK


CATATAN

KAEDAH

ULASAN

Langkah 1 Pengkaji
menyanyikan kembali
nyanyian nama-nama
Malaikat kepada murid.

Langkah 2 Murid menyanyi
lagu secara melihat lirik dan
cuba menghafal.

Langkah 3 Pengkaji
membantu murid mengingat
lirik nyanyian nama-nama
Malaikat.

Pengulangan




Baca dan menyanyi



Nyanyian

Murid dilihat tidak mengingati
pembelajaran lepas

Guru membuat pengulangan

Guru memberi pujian



15
LAPORAN ANEKDOT 4


NAMA MURID : MOHAMMAD AMRI BIN HAYAT
KELAS : 5 MUTIARA
TARIKH : 03.08.2014 (SELASA)
MASA :11.15 12.15
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
ITEM : PENGULANGAN HAFALAN NYANYIAN DENGAN TIDAK MELIHAT
LIRIK


CATATAN

KAEDAH

ULASAN

Langkah 1 Murid menyanyi
lagu dengan melihat lirik.

Langkah 2 Pengkaji
menunjukkan gaya semasa
menyanyikan lagu dan diikuti
oleh murid.

Langkah 3 Murid menyanyi
sambil membuat gaya


Nyanyian


Nyanyian




Nyanyian

Murid mula dapat menghafal
lirik lagu nama-nama
malaikat

Murid belajar gaya dalam
nyanyian bagi memudahkan
dia menghafal lirik lagu.




16
LAPORAN ANEKDOT 5


NAMA MURID : MOHAMMAD AMRI BIN HAYAT
KELAS : 5 MUTIARA
TARIKH : 05.08.2014 (KHAMIS)
MASA :11.15 12.15
TEMPAT : BILIK J-QAF
ITEM : PENGULANGAN HAFALAN NYANYIAN DENGAN TIDAK MELIHAT
LIRIK


CATATAN

KAEDAH

ULASAN

Langkah 1 Murid diberi
peluang untuk mengingat
kembali lirik dan gaya secara
terkawal

Langkah 2 Murid menyanyi
lagu beserta gaya tanpa
melihat lirik secara
berkumpulan.

Langkah 3 Setiap murid
dikehendaki menyanyi secara
individu dihadapan guru
dengan mengingat lirik dan
membuat gaya.

Langkah 4 Pengkaji
melaksanakan ujian lisan
terhadap
murid secara individu

Nyanyian





Nyanyian




Nyanyian

Murid mula dapat menghafal
lirik lagu nama-nama
malaikat

Murid belajar gaya dalam
nyanyian bagi memudahkan
dia menghafal lirik lagu.


17
LAPORAN
Semasa proses pelaksanaan berlangsung, pengkaji membuat pengawasan terhadap
kajian yang dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji
direkodkan bertujuan untuk mengenalpasti minat dan respon murid terhadap kaedah yang
diperkenalkan.
Pada 16 Julai 2014 pada jam 8.45 a.m, saya telah memasuki kelas 5 Mutiara setelah
mendapat Jadual Waktu Mengajar daripada Penolong Kanan Pentadbiran. Sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru memasuki kelas dan murid membaca
doa secara bersama-sama. Sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set
induksi yang sesuai dengan tajuk pengajaran. Guru mengajar dengan menggunakan kaedah
tradisional dengan berbantukan bahan bantu mengajar yang dirancang. Murid diminta untuk
menyebut nama-nama malaikat serta menyenarai tugas-tugasnya secara individu, kumpulan
dan kelas. Guru mengedarkan lembaran kerja bagi aktiviti pengukuhan murid. Soalan lisan
diajukan kepada murid-murid tertentu mengenai isi pelajaran.
Seorang murid telah dikenalpasti mempunyai masalah didalam kelas. Murid telah
dipanggil untuk tujuan pengumpulan data. Murid menceritakan permasalahan beliau ketika di
dalam kelas.Masalah telah dikenalpasti. Kaedah yang sesuai telah dirangka untuk proses
pemulihan pelajar. Sesi berlangsung di bilik kaunseling. Soal jawab berlaku dan pengkaji
dapat mengesan permasalahan yang berlaku kepada responden.
Pada 21 Julai 2014 bertempat di Bilik Muzik sesi berlaku buat kali kedua. Pengkaji
menggunakan beberapa langkah yang berkesan. Langkah 1 Pengkaji memberi rangsangan
awal dengan memperdengarkan lagu Warisan dan Keranamu Malaysia. Murid diminta
untuk mendengar dengan teliti kedua-dua lagu tersebut. Langkah 2 Pengkaji memaparkan
nama-nama malaikat dan tugasnya di papan putih dengan menggunakan bahan bantu
mengajar yang sesuai.Langkah 3 Pengkaji memaparkan lirik lagu dipapan putih dan
memberi lirik lagu kepada murid. Pengkaji menyanyi lagu sambil diperhatikan oleh murid.
Langkah 4 Latih tubi menghafal lirik dan lagu.
Pada 29 Julai 2014 jam 11.15 a.m bertempat di Bilik Muzik sesi ketiga kajian
dijalankan. Pengkaji menggunakan kaedah pengulangan dan nyanyian sebagai pengukuhan.
Pengkaji menggunakan beberapa langkah yang berkesan. Langkah 1 Pengkaji
menyanyikan kembali nyanyian nama-nama Malaikat kepada murid. Langkah 2 Murid
menyanyi lagu secara melihat lirik dan cuba menghafal. Langkah 3 Pengkaji membantu
murid mengingat lirik nyanyian nama-nama Malaikat. Murid dilihat tidak mengingati
pembelajaran lepas. Guru membuat pengulangan. Guru memberi pujian.

18
Pada 4 Ogos 2014 jam 11.15 bertempat di Makmal Komputer sesi keempat kajian
dijalankan. Pengkaji tetap menggunakan metod pembelajaran yang sama cuma tempat
berbeza. Langkah 1 Murid menyanyi lagu dengan melihat lirik. Langkah 2 Pengkaji
menunjukkan gaya semasa menyanyikan lagu dan diikuti oleh murid. Langkah 3 Murid
menyanyi sambil membuat gaya. Murid mula dapat menghafal lirik lagu nama-nama
malaikat. Murid belajar gaya dalam nyanyian bagi memudahkan dia menghafal lirik lagu.
Pada 7 Ogos 2014 pada jam 11.15 bertempat di Bilik J-QAF sesi kelima kajian
dijalankan. Pengkaji mahu menguji tahap pencapaian responden. Langkah 1 Murid diberi
peluang untuk mengingat kembali lirik dan gaya secara terkawal Langkah 2 Murid menyanyi
lagu beserta gaya tanpa melihat lirik secara berkumpulan. Langkah 3 Setiap murid
dikehendaki menyanyi secara individu dihadapan guru dengan mengingat lirik dan membuat
gaya.Langkah 4 Pengkaji melaksanakan ujian lisan terhadap murid.

CARA MENGUMPUL DATA
Instrumen kajian yang digunakan ialah:
-Ujian Pra dan Pos
Sebagai pengukuran terhadap tahap kemahiran responden, pengkaji menjalankan
ujian pra dan pos. Ujian pra dilaksanakan sebelum bermulanya kajian terhadap responden.
Ujian ini telah diagihkan oleh pengkaji kepada seluruh murid tahun 5 Mutiara untuk
mengetahui pengetahuan responden yang terlibat. Murid-murid dikehendaki untuk mengisi
borang. Ujian pra yang dirangka pengkaji ini mengandungi dua bentuk soalan iaitu soalan A
dan soalan B. Ujian pos pula dilaksanakan oleh pengkaji selepas kajian dibuat. Ujian pos ini
dijalankan bertujuan untuk menilai sejauhmana kaedah nyanyian ini dapat mengekalkan
ingatan jangka panjang responden terhadap tajuk yang difokuskan ini. Ujian pos yang
dibentuk ini sedikit berbeza dengan ujian pra bagi memastikan kesahan ujian.Ujian pos ini
mengandungi 3 bentuk soalan iaitu A, B dan C. Rujuk lampiran A untuk melihat soalan ujian
pra dan pos
SOAL SELIDIK
Dalam kajian ini, soal selidik diberikan kepada seorang responden yang telah dipilih
oleh pengkaji. Dalam kajian ini soal selidik berbentuk soalan tertutup Dichotomous telah
digunakan oleh pengkaji. Soal selidik berskala ini mempunyai hanya dua pilihan jawapan
sahaja sama ada YA atau TIDAK. Responden perlu memilih jawapan yang dirasakan sesuai
dengan mereka.

19
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
PENGENALAN
Bab ini membincangkan mengenai hasil analisis data dan interpretasi data
berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan kepada seorang murid tahun 5 Mutiara, Sekolah
Kebangsaan Kulim,Kulim, Kedah. Melihat perbezaan min antara ujian pra dan pos
Berdasarkan objektif di atas, pengkaji telah menjalankan ujian pra dan pos ke atas
responden menggunakan set soalan sedikit berbeza. Perlaksanaan ujian pra dan pos untuk
menilai sejauhmana peningkatan kemahiran mengingat responden bagi nama-nama
malaikat dan tugasnya dalam bentuk ujian penulisan. Hasil pencapaian ujian pra dan pos
adalah seperti di bawah:
JADUAL 3: Taburan Peratusan Ujian Pra dan Ujian Pos

BIL

SASARAN

UJIAN PRA

UJIAN POS

1

RESPONDEN

36

94

Dapatan kajian pada jadual 7 ini adalah pemerolehan data berdasarkan kajian yang dibuat
ke atas seorang responden. Taburan markah responden pada ujian pra didapati kurang
memuaskan ini kerana kesemua responden memperolehi markah di bawah 50%. Ujian pos
ini dilakukan oleh pengkaji setelah rawatan dijalankan terhadap responden yang dipilih oleh
pengkaji. Ujian pos ini dilakukan bagi melihat samada terdapat sebarang peningkatan
pencapaian responden dan perbezaan min di antara ujian pra dan pos.

Rajah: Graf Perbandingan Peratusan antara ujian Pra dan ujian Pos.

0
50
100
UJIAN PRA UJIAN POS
GRAF PERBANDINGAN PERATUSAN DIANTARA UJIAN PRA DAN UJIAN POS
PERATUSAN DIPEROLEH

20
Rajah diatas menunjukkan peningkatan pencapaian responden yang telah berlaku
setelah rawatan melalui kaedah nyanyian mari bernasyid dilaksanakan. Hasil dapatan
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang tinggi antara ujian pra dan ujian pos bagi
responden. Responden mengalami peningkatan sebanyak 74% iaitu telah mencatat
keputusan sebanyak 94% semasa ujian pos.
Secara keseluruhan, pengkaji telah menyimpulkan bahawa penilaian peningkatan
peratus responden meningkat. Jika dilihat pada rajah 3, markah ujian pra ialah 36% dan
ujian pos pula ialah sebanyak 94.%. Ini bermaksud telah berlaku peningkatan sebanyak 74%
setelah rawatan melalui kaedah nyanyian dilaksanakan terhadap responden.





21
PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini akan melihat sejauh mana kemahiran mengingat murid mengenai
nama-nama malaikat dapat dipertingkatkan melalui kaedah nyanyian. Melihat perbezaan
peratusan antara ujian pra dan pos Berdasarkan kepada analisis dan interpretasi data,
perbezaan peratusan ujian pra dan pos menunjukkan banyak perubahan yang ketara.
Responden menunjukkan peningkatan yang ketara ketika ujian pos berbanding ujian
pra. Pengkaji mendapati wujud perubahan peningkatan yang memberangsangkan setelah
kaedah nyanyian diperkenalkan kepada responden. Ini menunjukkan bahawa objektif
pertama telah terjawab. Sebelum kaedah nyanyian ini diperkenalkan kepada responden,
responden sukar untuk menyatakan nama-nama malaikat dan tugasnya dengan betul.
Semasa menjawab soalan bagi ujian pos, responden menjawab soalan sambil
menyanyikan lagu yang dipelajari secara perlahan dan cuba untuk mengingati kembali lirik
lagu yang dihafal oleh mereka. Setelah aktiviti nyanyian melodi dijalankan terhadap mereka,
ternyata wujud peningkatan dari segi prestasi dan minat terhadap tajuk yang dipelajari.
Dapatan kajian ini disokong oleh kajian daripada pengkaji lain di mana kaedah nyanyian ini
mampu meningkatkan prestasi murid.
Hasil kajian Salcedo (2002) mendapati bahawa penggunaan lagu dalam bilik darjah
mungkin mampu membantu mengingat sesuatu teks. Justeru itu, nyanyian sangat
membantu individu untuk mengingat kembali fakta dan membantu dari segi prestasi
pendidikan. Hansen dan Bernstrof (2002), menegaskan dalam laporan mereka bahawa hasil
kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian murid meningkat dengan
menggunakan muzik dalam program membaca. Ini membuktikan bahawa nyanyian yang
juga merupakan salah satu dari cabang muzik adalah faktor peningkatan tahap pencapaian
murid dalam ujian.Edith Indek dan Kamariati Hussin (t.t) di dalam kajian mereka, lebih
kurang 90% daripada kumpulan sasaran menunjukkan prestasi yang baik dan hanya 10%
sahaja daripada responden kumpulan sasaran yang masih lemah dalam lembaran kerja
yang diberi kepada kumpulan sasaran setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan dalam mata
pelajaran sains.


22
Membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama malaikat berserta tugasnya
melalui kaedah pengulangan dan nyanyian.
Instrumen soal selidik dan pemerhatian telah digunapakai bagi mengenalpasti minat
murid dalam mengingat nama-nama malaikat berserta tugasnya melalui kaedah
pengulangan dan nyanyian. Dapatan daripada data yang telah dianalisis menunjukkan
bahawa kesemua responden menunjukkan minat dan keseronokan belajar apabila
menggunakan kaedah nyanyian dalam mengingat nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya.
Melalui data soal selidik yang telah dianalisis, pengkaji memperoleh respon yang positif
setelah aktiviti nyanyian dilaksanakan kepada mereka.
Aktiviti pengulangan dan nyanyian ini ternyata memberi keseronokan terhadap
mereka.Melalui pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, murid-murid menunjukkan respon
tingkahlaku yang baik dan penuh minat dalam aktiviti nyanyian. Pemerhatian melalui lisan,
didapati hampir kesemua murid dapat mengingati lirik nyanyian dengan baik walaupun
terdapat dua orang murid yang masih tidak yakin dengan lirik yang dihafal oleh mereka.
Responden berasa sangat teruja untuk menyanyi setiap kali aktiviti nyanyian berlangsung.
Mereka bersungguh-sungguh untuk mengingat lirik dan melodi dari lagu Warisan dan
Keranamu Malaysia. Data ini kemudiaannya disokong oleh Hanisah Shaari (2010) dalam
kajiannya telah menunjukkan bahawa aktiviti nyanyian telah memberi ruang kepada untuk
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan dalam menarik minat murid dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga berpendapat, nyanyian mampu meredakan
tekanan mental dan fizikal murid-murid.
Hadiah Senin (1999), dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi
prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah yang dilakukan terhadap 250
orang pelajar termasuk pelajar Melayu, cina dan india dari lima sekolah di Daerah Batu
Pahat,johor, mendapati pelajar-pelajar yang cemerlang adalah di kalangan pelajar yang
meminati mata pelajaran tersebut. Justeru itu, berdasarkan kajian inilah faktor yang
mendorong peningkatan murid dalam mengingat 10 malaikat kerana wujudnya minat dalam
diri setiap responden untuk mengingat nama dan bidang tugas 10 malaikat dengan mudah
dan tersusun.
Tan Siew Tee dan Shi Soi Fah (2005) dalam kajian mereka, muzik dan lagu adalah
suatu perkara yang sangat hampir dengan murid. Mereka juga menambah, tindakan
memainkan muzik dan lagu dapat memotivasikan murid untuk menghadiri kelas dan
menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bilik darjah. Maka dengan itu, aktiviti nyanyian
ini secara tuntasnya dapat meningkatkan minat murid dari segi tingkahlaku dan lisan murid.

23
Robiah Muhammad dan Siti Hajar Husna (2009), dalam kajiannya, peningkatan minat
pelajar dalam dibantu dalam Pendidikan Islam dengan gubahan lagu. Lagu atau muzik amat
penting dalam membantu murid mengingat fakta dan huruf-huruf yang dipelajari. Hasil
dapatan kajian mereka mendapati bahawa pelajar lebih aktif dan bersemangat dalam
pengajaran dan pembelajaran, lebih fokus dan dapat mengingat fakta dengan cepat dan
mudah.
Metod pengulangan menjadi salah satu metode yang digunakan baginda, kerana
dianggap perlu dan penting untuk dilakukan khususnya dalam matapelajaran Pendidikan
Islam. Responden diminta untuk mengulang bacaan serta nyanyian membolehkan
responden cepat menghafal nyanyian. Cara ini berkesan dan perlu dipraktikkan.

Kaedah soal jawab juga adalah penting dalam pembelajaran. Menyoal merupakan
sebahagian daripada interaksi P&P antara guru dan pelajar. Namun demikian strategi-
strategi penyoalan masih kurang difahami oleh kebanyakkan guru. Kaedah menyoal boleh
juga digunakan dalam kaedah membaca dan menulis.(Rashidi Azizan dan Abd Razak
Habib,1995 ). Struktur kaedah tersebut dapat dipetik daripada gambaran al-Quran tentang
peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. Beliau telah mengajukan
pertanyaan kepada Allah tentang proses penghidupan semula makhluk yang mati. Persoalan
itu adalah untuk menetapkan hati dan menambahkan ilmu pengetahuan. Allah member
penjelasan tentang persoalan itu menerusi al-Quran. Firman Allah : yang bermaksud:

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku!
Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?
Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim
menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian
ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika
demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah
semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya.
Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan
segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (260)




24
RUMUSAN
Melalui dapatan-dapatan kajian yang diperoleh, pengkaji mendapati bahawa objektif-
objektif kajian telah tercapai melalui kaedah nyanyian iaitu untuk melihat perbezaan ujian pra
dan pos dan juga untuk membangkitkan minat murid dalam mengingat nama-nama malaikat
dan tugasnya. Pendekatan dakwah Rasulullah sebagai panduan merupakan idea yang
bernas dan berkesan.
Sebagai contoh, muzik sufi yang terdapat di Mesir, Iraq dan Turki dapat
mengingatkan kita kepada Allah . Kumpulan Raihan sebagai contohnya mendendangkan
irama Syahadah 'Asyhadu alia ilahaillaAllah waasyhadu anna muhammadarrasulullah'. Lagu
sufi telah menarik jutaan manusia termasuk bukan Islam . Hati yang gersang terusik melalui
dakwah yang disampaikan oleh melalui muzik sufi , begitu juga dengan lagu Allahu Allahu
oleh Nusrat Fateh Ali Khan , penyanyi dari Pakistan yang dinyanyikan semula oleh kumpulan
Raihan.
Kajian ini membuktikan bahawa mendidik melalui hati ke hati dan nyanyian mampu
untuk melonjakkan prestasi seseorang murid. Ini menjelaskan kepada kita proses pendidikan
dan pengajaran adalah satu metodologi yang perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti
psikologi, sosiologi dan daya membuat pertimbangan seseorang pelajar. Gabungan ilmu
pengetahuan itu membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan menarik minat pelajar
mengikuti pengajaran.
Hiburan melalui muzik dan nyanyian adalah merupakan sesuatu yang tidak mungkin
dapat dipisahkan daripada kehidupan . Ianya telah menjadi salah satu medium penting
dalam pembentukkan budaya hidup dan minda golongan muda sebagai generasi pelapis
kepimpinan negara. Apa yang dijelaskan dalam penulisan ini bukan bertujuan untuk
menghalalkan sesuatu yang haram atau cenderung kepada unsur maksiat . Namun
pengaruh dan realiti semasa yang menyelubungi penghayatan dan amalan masyarakat
terhadap muzik dan nyanyian perlu disuntik dengan kefahaman yang sebenar mengenai
konsep hiburan yang dibenarkan dalam Islam khususnya kepada golongan muda.
Sebagai seorang Guru yang telah sinonim dengan Islam sebenarnya mampu untuk
mengaplikasikan ajarannya dalam segenap aspek kehidupan kita termasuklah hiburan.
Guru-guru, masyarakat, artis dan pihak terbabit sememangnya boleh berganding bahu dan
bersama-sama mengorak langkah ke arah mewujudkan suatu budaya hiburan melalui muzik
dan nyanyian yang lebih positif dan menggunakannya sebaik mungkin sebagai satu medium
untuk berdakwah.


25
REFLEKSI

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Pertama sekali, saya panjatkan syukur kepada Ilahi kerana masih diberi kesempatan dan
ruang waktu untuk saya siapkan tugasan yang diberikan ini. Tanpa nikmat masa dan
kesihatan daripada-Nya, tidak mungkin saya dapat melakukan tugasan ini. Selain itu, saya
ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada pensyarah bagi mata pelajaran PIM
3111 PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM iaitu Ustazah Muazzah Binti Abu
Samah dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan sepanjang kami
melaksanakan tugasan ini.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat seperjuangan dari kelas
P6E yang turut membantu memberikan maklumat dan idea serta pandangan dalam usaha
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir sekali, tidak dilupakan kepada kedua ibu
bapa dan ahli keluarga yang tidak putus asa mendoakan dan memberi sokongan kepada diri
ini. Syukran jazilan wa jazakallahu khairan kathira.
Permulaan tugasan diberi diterima dengan penuh rasa takut dan gelisah oleh saya.
Ini kerana buat pertama kalinya membuat satu kajian kes mengenai metod dakwah
Rasululah dalam pendidikan serta membuat pameran Pendidikan Islam . Untuk pengetahuan
Ustazah, saya telah berjumpa banyak orang berpengalaman untuk membantu saya dalam
melancarkan penulisan kajian ini.
Dalam perlaksanaan pameran, kami bertungkus lumus dalam memastikan program
berjalan dengan lancar. Dengan berkat dan redha Ilahi, pameran berlangsung dengan
meriah sekali. Walaupun booth saya dan ahli kumpulan yang lain tidak mendapat tempat di
hati juri, tetapi saya sangat berpuas hati dengan hasil kerja yang telah kumpulan kami
sediakan.Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung mahupun
tidak langsung dalam memastikan wadah dakwah melaui pameran ini berjalan dengan
lancar.




26
Dalam melaksanakan tugasan ini juga, saya telah berbincang dengan pensyarah dan
juga rakan-rakan tentang skop tugasan yang perlu dilakukan. Saya juga telah mencari
maklumat dari pelbagai sumber seperti buku-buku ilmiah, artikel, jurnal dan juga daripada
laman web. Alhamdulillah, maklumat tentang profesionalisme Guru Pendidikan Islam serta
perubahan yang berperingkat ini banyak dan mudah didapati. Oleh itu, mudah bagi saya
untuk menghuraikan dan menjawab soalan tugasan ini.
Semasa kajian ini dijalankan, saya merasa sangat gembira dan terharu kerana
apabila melihat responden saya yang sebelum ini langsung tidak minat belajar
matapelajaran Pendidikan Islam oleh kerana banyak yang perlu dihafal, kini sudah menjadi
matapelajaran kegemarannya. Alhamdulillah.
Selain itu juga, dapat saya simpulkan bahawa tugasan kali ini membolehkan saya
berfikir secara kognitif bahawa menuntut ilmu itu dituntut, tapi cara penapisan ilmu yang
dicari ilmu perlu kena masa dan tempatnya. jangan destinasi menuju redha Allah yang dicari
tidak kesampaian, jauh terpesong menuju kesesatan.
Secara rumusnya, kaedah dakwah Rasulullah saw ini memberi kepentingan kepada
murid dan juga kepada guru. Kaedah ini merupakan kaedah berpusatkan murid iaitu kajian
ini menumpukan 80% kepada murid dan hanya 20% penglibatan guru. Pembelajaran melalui
nyanyian ini ternyata mampu membangkitkan keseronokan dan merangsang minat murid
untuk belajar kerana sesi pengajaran dan pembelajaran tidak berlangsung dalam keaadan
tertekan. Diharap dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak seperti
guru-guru, murid-murid dalam lebih mencintai ilmu agama Allah ini seterusnya
mengembangkan lapangan dakwah islam di muka bumi ini.

Akhir kata, saya berharap dengan tugasan yang diberikan akan mematangkan lagi
pemikiran saya dalam ilmu quran dan hadith khasnya juga dalam ilmu-ilmu lain yang
berkaitan. Banyak manfaat dan pengajaran yang telah saya dapati dalam proses
melaksanakan tugasan ini. Dengan pengalaman yang saya perolehi ini akan saya gunakan
dan manfaatkan dalam kehidupan saya kelak. Wallahu alam.
Sekian, terima kasih.


27
BIBLIOGRAFI


Abdullah Abdul Kadir. (1960). Hikayat Abdullah Munshi bin Abdul Kadir Munshi. Singapore: Malayan
Publishing House.

Abdullah Ali Hassan. (1980). The development of Islamic Education in Kelantan dalam Tamadun Islam
di Malaysia. Kuala Lumpur: United Selangor.

Abdullah Ishak. (1987). Ke Arah Mengembalikan Identiti Pengajian Pondok di Malaysia. Tesis M. A,
Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera, Universiti Malaya.

Abdullah Jusuh. (1990). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur

Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey Enterprise:
Kuala Lumpur.

Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu.
Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.


Azman Wan Chik. (1986). Kaedah amali hayati: Satu pendekatan mengajar Pendidikan Islam. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bloom, S. B. (1976). Human characteristic and school learning. New York: McGraw- Hill.
Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah Menengah.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan).

Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA.
Universiti Malaya.
Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya: Kuala
Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Laporan kajian mengenai kedudukan mata pelajaran
Pengetahuan Agama Islam di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

28

Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (1991). Laporan prestasi SPM: Pengetahuan Agama Islam. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah pengajaran di
sekolah-sekolah di negeri Johor. Tesis M. Ed., Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mustapha Yazid. (1991). Penguasaan Jawi di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri
Kelantan: Satu kajian khusus di daerah Kota Bharu. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.


Sabri Said. (1983). Madrasah al-'Ulum al-Syariah Perak 19371977: Satu kajian Pendidikan Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sulaiman Ngah Ghazali. (1990). Ke arah mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran di
sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Perak: Satu kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1990). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Petaling
Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Wan Zahid Wan Nordin. (1994). Pendidikan tahun 2000: Cabaran dan harapan dalam Pendidikan
Islam: Peranannya dalam pembangunan ummah. Abdul Halim el-Muhammady (ed.). Bangi:
Persatuan Bekas Pelajar Timur Tengah.










29
LAMPIRAN





30

Anda mungkin juga menyukai