Anda di halaman 1dari 24

INSTITUT PERGURUAN SULTAN ABDUL HALIM

08200 SUNGAI PETANI, KEDAH

BORANG KOLABORASI

NAMA : AHNAF AFIQ BIN SHAIRUL BA ZRI

: ARIFF MUSTAFFA BIN HAMZAH

KELAS : PPISMP (F 1 E)

SUBJEK : KEMAHIRAN BELAJAR

NAMA PENSYARAH : PUAN SARIMAH BINTI SAAD

TARIKH TOPIK PERBINCANGAN TANDATANGAN TANDATANGAN


PENSYARAH GURU PELATIH
PENGHARGAAN

Pertama dan selamanya, saya Ahnaf Afiq Bin Shairul Bazri dan sahabat saya Ariff
Mustaffa Bin Hamzah berasa bersyukur kepada Allah kerana dengan izinnya dapat
kami berdua menyiapkan kerja khusus yang telah diberikan kepada kami. Pada
kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami,
Puan Sarimah Binti Saad kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang
menjalankan kerja khusus ini.
Secara jujurnya, pada mulanya kami berdua terpaksa menghadapi banyak masalah
dalam memahami kehendak soalan kerja khusus dan bagaimana hendak
memulakannya. Semua persoalan ini sering menjadi bahan perbualan kami sehingga
kami bertemu dengan Puan Sarimah sendiri. Kesabarannya untuk memahamkan kami
tentang kerja khusus ini sekali lagi kami hargai. Jasamu dikenang cikgu.
Selain itu, tidak lupa juga kepada ibu, ayah dan semua ahli keluarga yang tidak
henti-henti memberi dorongan semasa kami menjalankan kerja khusus ini. Kami sangat
bersyukur kerana mereka banyak mencari dan memberi maklumat-maklumat yang
berguna sejak awal sehinggalah tamatnya hasil kerja kami. Hanya Allah sahaja yang
dapat membalas kerjabuat mereka.
Tambahan pula, tidak dilupakan juga kepada sahabat-sahabat yang banyak
memberi semangat dan banyak menolong kami bagi menyiapkan kerja khusus ini.
Terima kasih sahabat. Seterusnya, kami ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada senua orang yang terlibat sama ada secara langsung mahupun
tidak langsung semasa kami jalankan kerja khusus ini. Terima kasih semua.

PENGENALAN
Profesion perguruan merupakan satu tugas yang sangat mulia baik di mata
masyarakat mahupun dari sudut agama. Sejarah silam membuktikan bahawa guru
merupakan tulang belakang kepada sesebuah tamadun manusia. Hal ini demikian
kerana tugas guru adalah menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat dan
seterusnya wujudlah masyarakat yang berintelek dan bertamadun,dari dalam dan
luaran. Guru dan kehidupan sememangnya tidak boleh dipisahkan.Guru membentuk
sahsiah masyarakat. Tanpa guru, maka pincanglah masyarakat. Dalam era
pascaperindustrian dan pascaglobalisasi ini, tanggungjawab guru sangatlah berat.
Sama ada kita sedar ataupun tidak, lantaran terlalu dihidangkan dengan masalah yang
sama seantero dunia, guru kini dilihat sebagai satu watak penting dalam pembangunan
kemanusiaan. Lantaran itu, guru perlu mempersiapkan diri dengan segala ilmu dalam
setiap langkah di dalam dunia perguruan yang serba mencabar ini.

.Guru mempunyai tiga tugas utama, iaitu tugas professional, tugas kemanusiaan
an tugas kemasyarakatan. Tugas-tugas professional menyampaikan ilmu pengetahuan,
keterampilan dan nilai-nilai lain yang setara yang belum diketahui pelajar dan
seharusnya diketahui oleh mereka. Tugas kemanusiaan pula adalah membantu anak
didik agar dapat memenuhi tugas-tugas sebagai seorang manusia dengan sebaik-
baiknya. Tugas-tugas kemanusiaan itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri
dan pengertian tentang diri sendiri.Tugas kemasyarakatan pula memerlukan seseorang
guru itu melibatkan diri dalam perhubungan sesama masyarakat.

Lantaran itu, guru perlu mempunyai pengetahuan luas dalam segala aspek
kehidupan. Guru boleh merujuk pelbagai sumber untuk menambahkan ilmu ke tahap
yang lebih tinggi. Hal ini penting untuk menjadikan seseorang guru itu berkebolehan
dalam setiap ilmu hidup. Kejayaan dan kecemerlangan merupakan cita-cita setiap
insan.

SOALAN 1 : BAGAIMANA GURU MENDAPAT SUMBER MAKLUMAT


1. Sumber Manusia
1.1. Sumber manusia adalah salah satu sumber rujukan yang di buat kepada orang-
orang yang mempunyai kepakaran yang tertentu. Kebiasaannya, mereka
sememangnya benar-benar arif dalam sesuatu bidang. Kita perlulah membuat
tinjauan terlebih dahulu sebelum membuat rujukan daripada golongan
pakar.perkara ini penting kerana kita perlu memastikan maklumat yang
diperoleh adalah tepat dan boleh dipercayai. Tambahan pula, hal ini adalah
perlu kerana dikhuatiri hasil dapatan nanti tidak terkeluar dari perkara yang
hendak dikaji. Pakar-pakar juga boleh membuat keputusan dengan cepat.
Mereka mempunyai pengalaman yang banyak dan boleh memperoleh sesuatu
maklumat lebih pantas dari orang yang tidak mempunyai kepakaran. Tambahan
pula, kepakaran yang ada pada mereka menjadikan mereka ini mempunyai
kelebihan berbanding orang lain. Kemahiran dan kepakaran yang mereka
peroleh ini boleh dijadikan sebagai satu sumber maklumat yang sangat penting
dan berkesan.
1.1.1. Guru atau Pensyarah
Guru atau pensyarah perlu mempunyai sifat mendidik dan membimbing
yang penuh dengan kemesraan dan kasih sayang. Tugas guru bukan
sahaja untuk mendidik, malahan mereka juga boleh memberikan motivasi
kepada anak-anak didik mereka. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru bukanlah penyampai maklumat semata-mata, malah
sebagai fasilitator. Guru mempunyai pelbagai maklumat yang merangkumi
pelbagai aspek. Aspek yang paling banyak yang ada dalam diri seorang
guru ialah aspek pendidikan, kerjaya, kehidupan dan aspek isu-isu semasa.
Sumber maklumat yang boleh diperoleh daripada guru memang banyak dan
sebagai seorang guru, mereka sememangnya memerlukan banyak
maklumat-maklumat terkini. Selain itu, guru juga boleh memimpin dan
memantau pelajar yang mendapatkan nasihat daripadanya.

1.1.2. Wakil Rakyat


Wakil rakyat atau ahli politik adalah satu golongan insan yang dipilih oleh
masyarakat setempat untuk mewakili mereka dalam sesuatu kawasan
tertentu. Sebagai seorang ahli politik, mereka sewajarnya mempunyai
beberapa keistimewaan. Antaranya mereka semestinya berkepimpinan,
mampu berkomunikasi dengan baik, ramah mesra, cekap dalam
menyelesaikan masalah, peka tehadap persekitaran dan banyak lagi cirri-
ciri yang lain. Pengetahuan mereka sangat mendalam dan luas. Seorang
wakil rakyat atau ahli politik mestilah faham tentang sejarah dan cekap
dalam bidang pentadbiran. Tugas sebagai seorang wakil rakyat atau ahli
politik ini sangat luas kerana mereka perlu menjaga kebajikan rakyat yang
diwakilinya. Maka dengan itu bolehlah kita menjadikan golongan
pemimpin ini sebagai salah satu sumber rujukan.
Banyak maklumat yang dapat kita peroleh dan kita dapati daripada
Mereka. Kebiasaannya perkara yang berkaitan tentang dasar-dasar Negara,
pengurusan persatuan, pembangunan, nilai-nilai, maklumat-maklumat yang
terkini dan pelbagai lagi maklumat yang berkaitan.dengan pembangunan
dan pentadbiran.
1.1.3. Penguatkuasa
Penguatkuasa adalah orang atau pihak yang menguatkuasakan sesuatu undang-
undang dan juga dasar-dasar tertentu dalam Negara. Mereka ini merupakan orang
penting yang penting dalam bidang penting dalam pentadbiran Negara. Mereka juga
mengurus hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang yang menjamin
kesejahteraan rakyat. Tanpa kehadiran mereka, Negara kita yang aman ini sudah
pasti akan menjadi kucar-kacir kerana ketiadaan penguatkuasaan sesuatu undang-
undang. Contohnya jalanraya yang ada di Negara ini jika tidak ada pihak yang
memastikan peraturan jalanraya itu dipatuhi maka jalanraya itu akan
disalahgunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab menggunakannya.
Pelbagai maklumat boleh diperolehi dari mereka. Antara maklumat yang boleh
diperoleh dari mereka ialah berkaitan dengan undang-undang dan peraturan
sesebuah negeri, badan, atau persatuan. Mereka juga boleh memberi maklumat
berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu penguatkuasaan itu misalnya seperti jenis-
jenis hukuman, bentuk operasi, pelaksanaan dan juga pencegahan. Mereka juga
memberikan statistik sesuatu maklumat berkaitan dengan kesalahan yang telah
dilakukan, statistik berkaitan dengan hukuman dan statistik berkaitan dengan
tangkapan atau serbuan yamh telah dibuat.
1.1.4 Ahli Perniagaan
Ahli perniagaan adalah orang yang menjalankan kegiatan sara hidupnya dengan
berniaga. Ada orang yang berniaga secara kecil-kecilan dan ada juga yang berniaga
secara besar-besaran. Ahli perniagaan yang Berjaya dapat menyumbang kepada
kesejahteraan Negara melalui kutipan cukai yang dikutip oleh kerajaan. Mereka juga
memberi pekerjaan kepada orang lain. Pada kebiasaannya, seorang ahli perniagaan
yang Berjaya bermula dari berniaga secara kecil-kecilan. Ada juga ahli perniagaan
yang bermula dengan hanya menjual besi-besi buruk. Tetapi dengan semangat dan
kegigihan yang tinggi, mereka akhirnya Berjaya membuka gedung yang besar dan
ada juga yang dapat membuka cawangan di dalam atau luar Negara.
Pelbagai jenis perniagaan yang boleh dilakukan seperti perniagaan jual beli,
hartanah, pengiklanan, makanan, perundingandan seumpamanya. Semestinya
mereka ini mempunyai bahan dan maklumat yang dapat dikongsi. Mungkin kita
boleh mengetahui bagaimana kegigihan dan kejayaan yang dilalui oleh mereka ini.
Ada juga yang inginkan maklumat bagaimana strategiyang digunakan dalam
perniagaan mereka sehingga dapat menghasilkan pulangan yang lumayan. Jadi,
untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan perniagaan, orang yang
paling layak untuk dirujuk sudah tentulah seorang Ahli Perniagaan yang Berjaya
dalam perniagaannya.

1.1.5 Pakar Motivasi


Dalam Negara kita terdapat ramai pakar motivasi. Ada yang berkaitan dengan
pendidikan, ada yang berkaitan dengan rumahtangga dan ada juga berkaitan dengan
kerjaya. Mereka ini Berjaya memotivasikan orang lain. Cara mereka bercakap,
berkomunikasi, dan berceramah dapat memberikan motivasi kepada orang lain.
Kebiasaannya golongan ini tahu tentang psikologi manusia selain mengetahui tentang
sifat-sifat manusia. Mereka berpengetahuan dan berkebolehan untuk mendorong
seseorang menjadi lebih dinamik. Mereka Berjaya memberi celikakal kepada orang lain
untuk mengubah kehidupan yang tidak terurus kepada lebih terurus. Mereka berupaya
memberikan motivasi kepada pelajar untuk belajar dengan lebih gigih dan akhirnya
lulus dalam peperiksaan yang bakal di lalui kelak.

Apakah keistimewaannya insane yang bergelar pakar motivasi ini pada hakikatnya?
Sebenarnya mereka ini hanyalah orang biasa juga, tetapi mereka mempunyai
kelebihan-kelebihan seperti yang telah dijelaskan tadi. Mereka ini mengamalkan apa
yang mereka tahu dan mengamalkan perkara yang mereka mahir, maka akhirnya
kegigihan mereka itulah yang mereka kongsikan kepada orang lain. Dengan bakat yang
ada pada mereka itulah, mereka Berjaya mempamerkan personality yang positif kepada
orang lain. Dengan penampilan yang positif celikakal boleh berlaku kepada orang lain.
Jadi, banyak maklumat yang boleh diperolah dari mereka ini.

2. Sumber Media Elektronik


2.1. Terdapat pelbagai jenis teknologi untuk mendapatkan sumber maklumat dalam
proses pembelajaran. Antara jenis media untuk mendapatkan sumber maklumat
yang sentiasa digunakan pada masa kini ialah media elektronik. Kebiasaannya
sistem pembelajaran melalui media elektronik sering digunakan. Media ini
sangat berguna kepada kita untuk memahami suatu konsep yang kompleks dan
sukar di fahami melalui lisan.
Terdapat dua jenis media elektronik iaitu audio visual dan komputer. Audio
visual termasuklah radio, televisyen dan video. Manakala komputer merangkumi
internet, e-mail, perpustakaan maya, multimedia, pendidikan jarak jauh dan
seumpamanya.
2.1.1. Televisyen
Televisyen merupakan antara sumber maklumat yang paling penting.ia
sentiasa digunakan dalam aspek ekonomi, politik, sosial, pendidikan,
hiburan dan hal ehwal kehidupan yang lain. Melalui rancangan pendidikan di
televisyen, kita akan memperoleh pelbagai maklumat baru.
Pelbagai topik boleh dipelajari melalui televisyen, anataranya ialah Sejarah,
Geografi, Kemahiran Hidup, Bahasa Melayu, Perdagangan, Matematik,
Agama, Sains, dan lain-lain lagi.rancanagn pendidikan yang
dipersembahkanmelalui televisyen sangat menarik dengan menggunakan
pelbagai kesan grafik dan bunyi yang mengujakan. Pelbagai rancangan
menarik yang dari dalam ataupun luar Negara berkaitan dengan pendidikan
dapat ditonton. Rancangan pendidikan dalam Negara yang dipersembahkan
juga kebiasaannya mengikut sukatan pelajaran yang sudah ditentukan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.1.2. Video
Perakam video merupakan satu teknologi yang popular. Video mudah
mudah digunakn dan harganya pun murah. Perkembangan penggunaannya
sangat pesat sama ada di kalangan orang ramai mahupun penggunaan di
sekolah. Boleh dikatakan setiap rumah dan sekolah yang berada dalam
Negara ini memiliki satu set televisyen dan perakam video. Perakam video
merupakan alat yang amat berguna serta berkesan dalam pembelajaran.
Penggunaan perakam video sangat mudah dan ia boleh digunakan dalam
keadaan kelas biasa. Ia tidak memerlukan satu bilik khas yang gelap.
Alat-alat yang diperlukan untuk menggunakan perakam video adalah pita
rakaman dan monitor televisyen serta wayar penyambung yang sudah sedia
dibekalkan oleh pembekal. Video amat sesuai digunakan dalam proses
belajar kerana ia dapat menayangkan gambar seperti televisyen, dapat
merangsang pemikiran, dapat menarik minat dan dapat membantu anda
dalam proses belajar. Anda boleh mengawal penggunaannya dan anda juga
boleh memilih untuk menggunakannya mengikut jadual yang anda tentukan
sendiri. Pita video juga mudah diedit dan diselenggara.
2.1.3. Komputer
Komputer ialah sebuah peranti elektronik yang boleh menerima kemasukan
data dan memprosesnya mengikut satu set arahan, menyimpan arahan dan
maklumat yang diproseskan dan mengeluarkan hasil pemprosesan sebagai
output. Input ialah fakta, huruf, dan imej yang dikenali sebagai data.
Arahan yang menjalankan pemprosesan dinamakan program atau perisian.
Output yang dihasilkan adalah untuk kegunaan dan untuk diinterprestasi
oleh manusia dan output ini dikenali sebagai maklumat. Terdapat empat
elemen penting dalam penggunaan komputer.
1. Elemen manusia. Sebuah komputer tidak akan dapat berfungsi
sekiranya tiada manusia yang mengendalikannya. Terdapat dua
golongan manusia yang mengendalikan sebuah komputer :
a. Golongan pertama ialah mereka yang ada kelayakan untuk
mengaturcara, mencipta program dan membaikpulih komputer.
b. Golongan keduas pula ialah, orang ramai yang menggunakan
komputer untuk tujuan pendidikan, hiburan, perniagaan dan
seumpamanya.
2. Elemen teknik penggunaan komputer. Menggunakan komputer
memerlukan seseorang itu mengikut langkah-langkah tertentu.
Menggunakan komputer dengan cara yang betul. Buku panduan
komputer(manual) ada memberi panduansebelum menggunakan
komputer. Jangka hayat komputer bergantung bagaimana seseorang itu
menggunakan komputer dengan betul.
3. Data dan maklumat. Data ialah maklumat yang belum diproses. Data
boleh jadi dalam bentuk kertas, elektronik atau bentuk lain yang belum
diproses oleh sesebuah komputer. Data adalah merupakan fakta dan
angka mentah yang akan diproses menjadi maklumat.
4. Perkakasan dan perisian komputer. Perkakasan komptuter terdiri dari
peralatan seperti papan kekunci, tetikus, monitor, unit sistem dan
peranti-peranti lain. Perkakasan dikawal oleh perisian. Komputer
memproses data unutk dijadikan maklumat. Perisian adalah program.
Program ialah arahan langkah demi langkah yang memberitahu
komputer bagaimana melaksanakan sesuatu tugas. Perisisan dicipta
oleh pengaturcara komputer. Tujuan perisian adalah untuk memproses
data supaya menjadi maklumat. Terdapat beberapa peringkat semasa
komputer memproses maklumat. Peringkat tersebut adalah seperti
berikut :
a. Komputer menerima input dan memberi arahan. Perkakas yang
terlibat ialah papan kekunci, tetikus, pengimbas, dan lain-lain.
b. Pemprosesan dijalankan oleh CPU (Central Processing Units)
dengan menggunakan perisian dan data. Perisian dan data ini
tersimpan dalam ingatan utama atau RAM.
c. Segala data yang diproses akan terpapar melalui monitor dan ia
boleh dicetak.
d. Maklumat boleh disimpan secara kekal dalam cakera liut, cakera
keras, CD-ROM dan pita magnetik.
e. Maklumat boleh dihantar dan diterima oleh komputer melalui
rangkaian internet.
Kini kebanyakan sekolah telah mula menggunakan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran secara meluas. Sekolah Bestari
adalah satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia dan
telah mula dilaksanakan sejak 1999. Dianggarkan pada tahun 2010
semua sekolah akan dibestarikan dan ini bermakna semua sekolah akan
mempunyai bilik darjah atau makmal komputer masing-masing.

2.1.4. Internet
Internet ialah jaringan komputer antarabangsa yang terbesar yang
menghubungkan dari rumah, sekolah, university, pejabat dan pelbagai
organisasi. Jaringan ini membolehkan komunikasi dapat dijalankan antara
individu yang lain. Penggunaan internet pada masa hadapan merupakan
titian daripada cara mendapatkan maklumat secara lebih baik dan berkesan.
Penggunaan internet dan multimedia adalah penting kerana pada masa
depan, penyarapan komputer dan telekomunikasi akan mendorong kepada
pembangunan suasana realistic maya yang interaktif. Suasana belajar
seperti ini akan membantu anda menguasai kemahiran-kemahiran kognitif
yang diperlukan.
Internet telah dilihat sebagai alat unutk mengakses maklumat dan
pengetahuan secara global dan ini dapat membantu anda mengakses
sendiri maklumat, mengikut kebolehan anda sendiri dan dengan kadar
kendiri anda. Internet telah merevolusi dunia perkomputeran dan
komunikasi dunia pada hari ini dengan menggabungkan maklumat dalam
bentuk teks, vedio, suara dan animasi dan telah digunakan secara meluas.
Dengan menggunakan internet anda akan menjadikan dunia ini sebagai bilik
darjah anda. Banyak maklumat yang boleh didapati dari internet.anda bukan
hanya boleh belajar dari guru atau rakan yang ada di dalam kelas tetapi
juga anda boleh bertanyakan masalah dengan guru atau rakan yang berada
di sekolah lain mahupun di Negara lain secara talian.

SOALAN 2 : SUMBER MAKLUMAT TAMBAHAN YANG BOLEH MENYOKONG


SUMBER MANUSIA.
3. Sumber Media Bercetak
Media bercetak merupakan media pembelajaran yang terawal dan hingga kini ia
masih menjadi media yang utama dalam memberikan maklumat atau pembelajaran.
Walaupun media cetak mempunyai saingan hebat daripada media elektronik seperti
komputer, ia masih kekal menjadi media utama dalam semua urusan komunikasi
dan pembelajaran.
Terdapat tiga bentuk media bercetak.
1. Bentuk pertama, merupakan sumber untuk memberi hiburan atau mengisi
masa lapang. Contohnya, majalah yang berkaitan dengan filem, hiburan,
sukan, feksyen, masakan dan permainan.
2. Bentuk kedua, merupakan sumber maklumat seperti surat khabar, jurnal,
risalah, brosur, laporan, dokumen, soal selidik, buku panduan telefon, istilah
dan ensiklopedia.
3. Bentuk ketiga ialah berkaitan dengan sumber pengajaran dan pembelajaran
seperti buku teks, teks pengajaran terancang termasuk modul pengajaran,
buku kerja dan nota edaran.

Terdapat beberapa cirri media cetak.

1. Media cetak diperbuat daripada kertas.


2. Terdapat simbol-simbol seperti huruf, angka, perkataan, tanda-tanda baca pada
halaman atau muka surat.
3. Menyimpan pelbagai data, dokumen dan maklumat.
4. Mudah mendapatkan maklumat.
5. Mempunyai jadual, rajah, gambar dan ilustrasi.

Bahan Grafik.
 Grafik didefenisikan sebagai gambaran visual dua dimensi yang direka
dan diciptaserta digubah khas untuk menyampaikan mesej atau idea.
Terdapat beberapa jenis bahan grafik yang sesuai digunakan sebagai
sumber pembelajaran iaitu carta, graf, poster, dan lukisan kartun.
Bahan grafik menjadi bahan pembelajaran yang sangat berkesan
kerana bahan ini dapat menarik dan merangsang minda. Antara
prinsip grafik yang baik ialah kesederhanaan, penyatuan, garisan,
imbangan warna dan susunan.

SUMBER MEDIA TIGA DIMENSI (3-D)


Pembelajaran menggunakan bahan tiga dimensi boleh membantu seseorang
untuk lebih memahami sekiranya kaedah belajar yang biasa kurang difahami. Biasanya
bahan tiga dimensi digunakan untuk memudahkan kefahaman tentang sesuatu konsep
yang abstrak.

Terdapat beberapa sumber media tiga dimensi iaitu:-

 Bahan Realia
 Diorama
 Mobil
 Boneka
 Topeng
 Akuarium
 Terrarium

1. BAHAN REALIA

Bahan realia merupakan suatu bahan yang yang sebenar. Contoh bahan realia
adalah daun, haiwan kecil, pasir, batu dan sebagainya yang berada di
persekitaran. Bahan realia boleh dibahagikan kepada 2 jenis; bahan realia dalam
konteks dan bahan realia di luar konteks.

Bahan-bahan di dalam konteks merujuk kepada bahan-bahan yang


sebenarnya. Misalnya, terdapat beberapa aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan
di dalam bengkel disebabkan kos membeli bahan tersebut terlalu mahal. Oleh
itu, anda perlu pergi ke tempat bahan itu ada dan anda perlu mengkaji bahan
tersebut di tempat yang sebenarnya. Contohnya anda ingin mengkaji tentang
kesan sisa buangan kilang ke dalam sungai. Jadi anda perlu pergi sendiri ke
kawasan yang wujud fenomena sedemikian.
Bahan-bahan di luar konteks pula merujuk kepada bahan-bahan sebenar
yang terdapat di luar bilik darjah yang dibawa masuk ke dalam bilik darjah atau
ke dalam bengkel untuk dikaji dan dipelajari. Cara ini digunakan sekiranya anda
tidak boleh mempelajari sesuatu hanya dengan menggunakan rajah dan gambar
sahaja. Bahan yang sebenar perlu digunakan untuk anda lebih memahami serta
mengingatinya dengan lebih berkesan. Contohnya perkakasan komputer yang
sebenar boleh dijadikan bahan realia untuk mendapatkan gambaran tentang
komponen-komponen komputer.

2. DIORAMA

Diorama adalah pameran tiga dimensi yang menunjukkan pemandangan tempat


kejadian asal. Diorama digunakan secara meluas di muzium. Saiz diorama yang
biasa adalah saiz hidup untuk bahan asal yang kecil.

Diorama digunakan sebagai sumber maklumat tentang sesuatu kehidupan sama


ada kehidupan masyarakat manusia mahupun habitat semulajadi haiwan.
Contohnya , jika anda ingin mengetahui tentang suasana kehidupan binatang liar di
hutan, terdapat satu sudut di muzium yang mempamerkan suasana ini. Diorama
penting sebagai bahan rujukan untuk menggantikan suatu suasana yang tidak
mungkin wujud lagi pada zaman kini, atau mungkin juga suatu suasana yang sukar
untuk kita lihat di tempat kita tinggal.

3. MOBIL

Istilah mobil dipetik daripada perkataan Inggeris yang membawa erti bergerak.
Dari segi istilah pendidikan , bermaksud bahan-bahan pelajaran yang boleh di
bawa ke mana-mana dan biasanya digantung pada sesuatu tempat.
Kebiasaannya mobil diperbuat daripada bahan-bahan buangan, dan direka
bentuk menjadi menarik dan cantik. Mobil boleh digunakan untuk mengingati
fakta-fakta sejarah, fomula matematik yang rumit, tulisan jawi , dan pelbagai
lagi . Mobil sesuai digunakan sebagai bahan pelajaran kerana bahan ini mudah
untuk dibina dan dapat menarik perhatian pelajar. Selain itu , mobil mudah alih
serta boleh dibawa ke mana-mana sahaja.
4. BONEKA

Boneka merupakan figura animasi yang digunakan untuk persembahan


teater.
Boneka adalah tiruan kepada bentuk manusia,bentuk binatang serta
personafikasi mistik . Boneka boleh dimanfaatkan sebagai media pembelajaran
dengan cara dimainkan dalam lakonan boneka. Boneka merupakan model dari
manusia, atau yang menyerupai manusia , atau haiwan. Boneka seringkali
digunakan untuk dekorasi atau koleksi , namun kebiasaannya boneka dianggap
sebagai mainan untuk kanak-kanak, terutama anak perempuan.
Boneka boleh digerakkan dengan menggunakan tali, tangan, kayu atau alat
kawalan yang lain . Boneka sudah wujud sejak awal kemunculan tamadun
manusia dan dianggap sebagai alat mainan purba. Boneka banyak digunakan di
Negara Eropah dan Asia. Boneka sangat berkesan digunakan sebagai
persembahan sesebuah penceritaan dan hikayat sesuatu peristiwa. Penggunaan
boneka mampu memberikan kefahaman dan ingatan untuk jangka masa yang
lama kepada para penonton yang menyaksikannya.
5. TOPENG

Topeng digunakan untuk menutup muka di dalam persembahan , teater


dan dapat memberi simbol kepada si pemakai. Tujuannya adalah untuk
berkomunikasi dengan menggunakan identiti yang berlainan. Topeng
sudah digunakan sejak awal tamadun manusia dan digunakan untuk
upacara-upacara tertentu mengikut kepercayaan setempat. Topeng
biasanya diperbuat daripada kayu, kulit, kertas, plastik, tulang, besi, dan
seumpamanya dan direka bentuk menjadi pelbagai rupa. Topeng
mempunyai variasi yang berbagai-bagai dalam bentuk realisme ataupun
dalam bentuk abstraknya. Topeng merupakan suatu cabang dalam seni
kebudayaan. Penggunaan topeng dalam pelajaran mampu member
impresi yang sangat mendalam kepada pelajar.

6. AKUARIUM

Akuarium merupakan tangki kaca yang diisikan air di dalamnya. Biasanya


berbentuk segi empat dan diperbuat daripada cermin. Namun begitu terdapat juga
akuarium dalam pelbagai bentuk dan rupa. Akuarium adalah satu hiasan dalaman yang
sangat popular. Digunakan untuk memelihara ikan hiasan atau hidupan air seperti kura-
kura, siput, dan haiwan laut/sungai lain. Di makmal sekolah, akuarium digunakan untuk
mengkaji tumbuh-tumbuhan air dan hidupan air seperti ikan , berudu, kura-kura, lumut,
rumpai , dan sebagainya.
7. TERRARIUM

Terrarium atau vivarium juga dikenali sebagai taman gelas. Terrarium didindingi
oleh gelas atau kaca di sekelilingnya. Digunakan untuk menyimpan tumbuh-
tumbuhan, rumpai , serangga, binatang-binatang kecil , dan sebagainya. Selain
digunakan untuk tujuan hiasan, terrarium juga digunakan untuk tujuan penelitian
saintifik atau membuat kajian berkenaan suatu habitat haiwan.

Terrarium telah dicipta secara tidak sengaja oleh seorang doktor bernama
Nanthaniel Ward di London, England sekitar tahun 1827. Dr.Ward telah membina
para untuk pokok paku pakis di belakang rumahnya tetapi kebanyakan pokok
tersebut mati disebabkan oleh pencemaran udara ketika itu. Ketika itu beliau juga
sedang mengkaji kupu-kupu dan ulat-ulat daun. Semasa Dr.Ward sedang mengkaji
kepompong di dalam sebuah balang yang tertutup,beliau melihat beberapa
tumbuhan kecil tumbuh di dalam balang tersebut. Antara tumbuhan yang tumbuh
dalam balang tersebut adalah sejenis paku pakis yang beliau tanam di belakang
rumahnya. Yang menariknya, paku pakis di dalam balang itu kelihatan lebih subur
berbanding paku pakis yang di tanam di belakang rumahnya. Setelah itu Dr.Ward
mendapat idea untuk menghasilkan satu medium untuk kajian yang lebih baik, maka
terhasillah terrarium.
SUMBER PERSEKITARAN

Selain sumber manusia , sumber bukan manusia seperti alam semula jadi
merupakan sumber penting yang boleh sirujuk untuk mendapatkan maklumat.
Contoh sumber dari alam semula jadi adalah sungai, pokok, gunung , lembah,
paya , laut dan seumpamanya. Cara yang terbaik untuk seseorang memahami
persekitaran adalah dengan memperoleh pengalaman yang sebenar terhadap
kehidupan di sekeliling. Antara sumber semula jadi adalah;

 Bunyi
 Warna
 Cahaya
 Bau
 Tenaga

1. BUNYI

Desiran angin, ombak pantai, kicauan unggas, aliran sungai; semuanya


menghasilkan bunyi. Tanpa bunyi, dunia menjadi suram dan sepi. Bunyi merupakan
satu fenomena fizikal yang merangsang deria pendengaran. Organ pendengaran
bertindak balas terhadap getaran yang berfrekuensi dan menghantar input tersebut
ke otak untuk diinterpretasikan menjadi bunyi. Bunyi merupakan aspek penting
dalam pembelajaran. Mungkin sukar untuk seseorang menumpukan pelajaran
dalam keadaan bunyi yang bising, namun tidak semua bunyi itu mengganggu
konsentrasi belajar . Bunyian seperti percikan air terjun , deru angin serta kicauan
burung mampu memberi ketenangan di hati. Sekiranya terdapat bunyi bising di
suatu tempat , anda boleh beralih ke tempat lain yang lebih damai dan tenang. Di
dalam persembahan, bunyi merupakan unsur penting untuk menarik perhatian
audien .
2. WARNA

Merah, biru dan kuning adalah warna asas. Warna sekunder diperoleh daripada
mana-mana warna asas. Warna objek yang dilihat oleh mata bergantung kepada
warna cahaya yang menyinari objek dan warna cahaya yang dipantulkan oleh objek
itu. Warna digunakan oleh manusia di pelbagai tempat dan juga pelbagai keadaan.
Warna-warna yang digunakan menandakan makna-makna tertentu, menjadikan
suasana riang, ceria, dan menarik. Warna digunakan dalam iklan di televisyen untuk
menarik perhatian penonton. Wana juga digunakan dalam makanan untuk
menjadikannya lebih menyelerakan. Warna boleh mendatangkan mood tertentu
kepada perasaan manusia. Warna sejuk seperti hijau dan biru mampu memberi rasa
tenang dalam hati . Manakala warna panas seperti merah, kuning dan jingga boleh
mewujudkan perasaan riang dan ceria.

3. CAHAYA

Cahaya adalah sejenis pancaran elektromagnetik sama dengan haba radiasi,


gelombang radio serta sinar-x. Cahaya merambat dalam satu garis lurus. Tanpa
cahaya kita tidak boleh melihat warna. Tanpa cahaya juga kita tidak boleh melihat
persekitaran kita. Tanpa cahaya manusia akan menjadi lesu. Manusia , haiwan dan
tumbuhan mampu hidup kerana adanya cahaya.

4. BAU

Deria bau yang terdapat dalam hidung kita sangat sensitif terhadap struktur kimia
yang masuk ke dalam rongga hidung. Deria bau mampu bertindak balas dengan
hanya satu molekul ,yang merupakan unit terkecil di dalam sesuatu bahan yang
terdiri daripada beberapa atom. Mengikut Amoore (1964) terdapat tujuh sub deria
bau asas iaitu bau gegat, musky, floral, mint, ethereal (bau cecair pembasuh),
masam, dan bau busuk seperti telur tembelang.

Sekiranya deria bau gagal berfungsi, maka kita tidak berupaya untuk menerima
beberapa maklumat penting. Selera makan akan terbatas, kita tidak lagi dapat
menikmati haruman bunga serta minyak wangi. Selain itu, kita mungkin dalam
bahaya kerana tidak dapat menghidu bau ammonia atau bau gas beracun yang ada
di sekitar.

5. TENAGA

Tenaga memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu manusia


menjalankan aktiviti harian mereka. Kebanyakan tenaga yang digunakan oleh anda
dijanakan melalui pelbagai tindak balas kimia dan berasal daripada sumber yang
terhad dan tidak boleh diperbaharui. Lebih daripada 70% tenaga elektrik yang
digunakan di seluruh dunia dihasilkan daripada pembakaran bahan api fosil seperti
gas asli, arang batu dan sebagainya. Simpanan bahan api ini sangat terhad dan
akan habis suatu hari nanti.

Namun begitu, tenaga nuklear akan menjadi satu sumber penting selain sumber
alam semula jadi yang lain. Kegunaan tenaga nuklear yang utama adalah dalam
penghasilan tenaga elektrik. Di samping itu, tenaga ini digunakan untuk
menggerakkan kapal selam, kapal besar dan satelit. Penciptaan sel-sel kimia dan
bateri yang pelbagai jenis juga merupakan satu contoh penggunaan tenaga
menggantikan bahan api fosil.
PENGURUSAN GRAFIK

sumber maklumat

PROFESIONAL

KEMASYARAKATAN
Jurnal

Kamus
BUKU
Majalah

Ensiklopedia

Carta

BUKAN BUKU Kad Katalog

Kad Imbasan

Televisyen

MEDIA Komputer
ELEKTRONIK
Radio

Internat

Guru

Manusia Polis

Wakil Perniagaan

Surat Khabar

Media Majalah

Bahan Grafik
RUJUKAN

BUKU

1. Ramlan Bin Hamzah, Lily Mastura Binti Harun, Phd.(2008)


Kemahiran Belajar untuk Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(PPISMP).
2. Khalid Mohamad Noor. (2005). Belajar Teknik Belajar. Bentong : PTS Publication
Sdn. Bhd.
3. Noran Fauziah Yaacob dan Ahmad Mahzan Ayub. (1993). Guru Dan Perguruan.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Cikgu Narzuki. Cg. Narzuki Online. Dilayari pada 24 ogos 2010 di URL
http://cgnarzuki.com/?page _id=18.

Anda mungkin juga menyukai