Anda di halaman 1dari 11

CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Pada minggu kedua, saya telah mengalami masalah penggunaan

bahasa Melayu dalam kelas saya iaitu 3 USM. Sebagai penyelesaian, saya

telah mengambil beberapa langkah.

Sebagai langkah yang pertama, saya akan melantik ketua kumpulan

yang fasih berbahasa fasih untuk membantu rakan- rakan yang tidak fasih.

Hal ini akan dapat membantu saya menumpukan perhatian terhadap

murid- murid yang lain. Selain itu, saya juga akan sentiasa meminta murid-

murid yang kurang berbahasa Melayu untuk melibatkan diri semasa

melakukan sebarang aktiviti di dalam kelas.

Saya juga akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru

dan pensyarah pembimbing dan berbincang cara yang terbaik untuk

memupuk amalan berbahasa Melayu dalam kalangan murid- murid. Saya

berasa saya pasti akan dapat menyelesaikan masalah ini secepat

mungkin.
CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Pada minggu ketiga, saya telah mengalami masalah kawalan

kelas. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya menghabiskan langkah-

langkah pengajaran yang telah saya rancangkan kerana terpaksa

mengambil masa yang lama untuk mengawal kelas agar murid- murid

senyap. Oleh itu, saya telah merancang untuk menjalankan beberapa

langkah yang berkesan.

Pertama sekali, saya akan mengarahkan ketua setiap kumpulan

untuk menjaga ahli kumpulan mereka. Hal ini dapat membantu saya untuk

mengawal keadaan kelas. Saya akan menggunakan muzik latar agar bunyi

bising murid- murid tidak mengganggu ahli kumpulan yang lain. Saya juga

akan mendenda kumpulan yang bising dan juga bergerak ke kumpulan

yang lain. Saya juga akan berbincang dengan guru pembimbing saya bagi

mengatasi masalah ini.


CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Pada minggu keempat, saya telah mengalami masalah murid

keluar awal dari kelas. Waktu saya pada hari tersebut ialah waktu yang

terakhir. Sebelum saya merumuskan isi pelajaran pada hari tersebut, saya

dapat melihat sebilangan murid siap mengemas meja dan mula mengambil

beg untuk keluar dari kelas sebelum loceng berbunyi. Hal ini menyukarkan

saya untuk menghabiskan langkah penutup saya.

Untuk masalah ini, saya akan mengarahkan ketua setiap kumpulan

untuk menjaga ahli kumpulan mereka daripada keluar tanpa kebenaran

saya. Saya akan mendenda murid- murid yang keluar awal dari kelas dan

membenarkan mereka balik lewat. Saya akan menyedarkan kesalahan

murid- murid melalui dendaan.

Saya juga akan memastikan pintu kelas ditutup dan hanya akan

membukanya setelah loceng berbunyi. Hal ini dapat mengelakkan murid-

murid keluar dari kelas setelah loceng berbunyi. Saya juga akan

berbincang dengan rakan- rakan praktikum saya bagi mengatasi masalah

ini.
CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Pada minggu kelima, saya telah menghadapi masalah pembelajaran

dalam kalangan murid pemulihan. Seramai 6 orang murid di kelas 3 USM

mengalami kesukaran dalam mengikuti proses pengajaran dan

pembelajaran seperti murid- murid. Apabila saya memerhatikan mereka

semasa mengajar di kelas, mereka hanya duduk di tempat masing-

masing dan seperti berada dalam dunia mereka sendiri.

Untuk masalah ini, saya akan menggunakan bahan bantu mengajar

yang menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan

intelek murid- murid. Bahan bantu mengajar saya yang dapat melibatkan

murid- murid menjadikan mereka seronok dan gembira untuk belajar.

Saya akan meminya rakan- rakan mereka yang lain sentiasa membantu

mereka semasa menyiapkan lembaran kerja. Lembaran kerja yang saya

sediakan akan mempunyai bilangan soalan yang sedikit dan sesuai

dengan tahap kebolehan.

Saya akan mengedarkan petikan baacan kepada mereka setiap hari

dan meminta mereka untuk cuba membacanya. Saya akan menyediakan

lembaran kerja yang mudah dan sesuai dan sentiasa menyemak jawapan

murid- murid.
CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam minggu keenam, saya telah menghadapi masalah komunikasi

dalam kalangan murid- murid. Murid- murid mengalami kesukaran dalam

komunikasi semasa memberikan kerja kumpulan dan juga semasa

meminta mereka untuk tampil ke hadapan untuk membentangkan hasil

kerja mereka. Hal ini menyukarkan saya untuk menghabiskan langkah

penutup saya.

Sebagai langkah penyelesaian, saya akan memberikan bimbingan

kepada murid- murid bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Saya juga akan sentiasa memberik kerja kumpulan agar murid- murid

membiasakan diri untuk berkomunikasi. Hal ini dapat membantu murid-

murid untuk meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

Selain itu, saya tidak akan mematahkan semangat murid- murid yang

tidak dapat membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas, malah

akan memberikan sokongan dan pujian kepadanya untuk meneruskan

usaha. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihar daripada guru dan

pensyaraj pembimbing di samping berbincang dengan rakan- rakan guru

pelatih.
CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam minggu ketujuh, saya telah menghadapi masalah menyiapkan

kerja rumah mereka. Saya telah meminta murid- murid untuk menyiapkan

kerja rumah dalam buku aktiviti. Saya mendapati bahawa sebahagian

murid tidak menyiapkan kerja rumah yang telah saya berikan.

Sebagai langkah yang baik, saya akan menyediakan papan ‘sticker’

untuk menampal ‘sticker’ yang akan diberikan kepada murid- murid yang

berjaya. Murid- murid akan bersemangat untuk mendapatkan sticker

tersebut juga. Selain itu, saya juga akan menerangkan objektif sesuatu

kerja rumah yang diberikan kepada murid- murid agar mereka tahu

mengapa mereka diberikan kerja tersebut.

Saya juga akan memberikan kerja rumah yang bersesuaian dengan

tahap pencapaian murid- murid. Saya juga akan merekod dan menyemak

hasil kerja murid setiap hari setelah kerja rumah diberikan.


CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam minggu kelapan, saya telah menghadapi masalah murid

sering ke tandas. Hal ini sering berlaku apabila saya memberikan lembaran

kerja untuk disiapkan oleh murid- murid. Sebagai penyelesaian, saya akan

menyediakan pas ke tandas yang hanya boleh didaptkan daripada guru

mata pelajaran sahaja. Pas ini memerlukan murid mendapatkan

tandatangan guru berserta namanya dan catatan yang menjelaskan

bahawa hanya dibenarkan seorang sahaja murid yang diizinkan keluar.

Saya akan mengehadkan murid keluar ke tandas sekali sahaja

sepanjang satu mata pelajaran. Saya akan memerhatikan murid- murid

yang keluar ke tandas sepanjang saya mengajar di kelas tersebut dalam

sehari.

Selain itu, saya juga akan menyediakan buku log di mana murid-

murid perlu mencatakan nama mereka sebelum ke tandas. Murid- murid

dikehendaki mencatatkan nama dan masa mereka keluar ke tandas dan

masa mereka kembali ke kelas mengikut ruangan yang disediakan.


CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Pada minggu kesembilan, saya telah mengalami masalah kesukaran

menyebut perkataan yang panjang. Sebagai langkah penyelesaian, saya

akan menyediakan beberapa kad perkataan yang murid- murid mengalami

kesukaran untuk menyebutnya.

Saya akan sentiasa memerhatikan bacaan murid- murid dan akan

mencatat jenis- jenis perkataan yang susah disebut oleh murid- murid.

Selain itu, saya juga akan sentiasa menyediakan bahan yang mempunyai

perkataan yang sukar disebut dan akan membuatkan mereka

membiasakan diri mereka dengan perkataan tersebut. Hal ini akan

membantu murid- murid mengatasi masalah kesukaran dalam menyebut

perkataan- perkataan yang banyak suku katanya.

Saya juga akan sentiasa membimbing mereka untuk membaca

perkataan-perkataan yang sukar disebut oleh murid- murid. Saya akan

berdiri di sebelah murid- murid yang membaca dan akan membantunya

sehingga membolehkan mereka menyebut perkataan yang sukar.


CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Pada minggu kesepuluh, saya telah menghadapi masalah

kesantunan bahasa dalam kalangan murid- murid. Beberapa orang murid

mula bergaduh menggunakan perkataan- perkataan yang tidak sopan

semasa saya sibuk menyemak latihan murid- murid yang lain.

Saya akan cuba mengelakkan diri saya daripada menggunakan

perkataan- perkataan ataupun bahasa yang tidak sopan semasa mengajar

di dalam kelas ataupun di luar kelas. Saya akan cuba menggunakan

panggilan yang sopan walaupun murid- murid lebih muda daripada saya.

Hal ini akan dapat melahirkan rasa insaf dalam kalangan murid- murid

yang sentiasa ditegur kerana penggunaan bahasa yang tidak sopan.

Saya juga akan bertindak segera dengan merakamkan bahasa yang

tidak sopan yang telah digunakan oleh murid- murid. Menurut Ding Choo

Ming (2005), bahasa yang baik, elok dan suntun itu bukan sahaja dipelajri

daripada buku, tetapi diasuh oleh ibu bapa. Oleh hal yang demikian, saya

akan meminta Guru Kanan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada

ibu bapa murid- murid yang terlibat. Sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran, saya akan cuba menerapkan nilai berbudi bahasa dalam

kalangan murid- murid.


CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Pada minggu ini, saya telah mengalami masalah penguasaan


tatabahasa dalam kalangan murid- murid kelas 3 USM. Menurut Zahirah Hj
Abdul Aziz( 2006), salah satu punca mengapa murid- murid gagal
menguasai tatabahasa bahasa Melayu keranan mereka malas membaca
surat khabar, buku- buku cerita, membaca buku rujukan dan sebagainya.
Jika murid- murid rajin membaca surat khabar mereka boleh
memperkayakan perbendaharaan kata dan seterusnya dapat menguasai
tatabahasa bahasa Melayu.

Sebagai satu langkah, saya akan menggalakkan murid- murid


supaya rajin membaca surat khabar. Melalui langkah ini, semasa
pembacaan berlaku murid- murid dapat mengenalpasti ayat- ayat yang
telah menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat. Saya akan cuba
melaksanakan aktiviti- aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan surat
khabar seperti menulis kosa kata,menggariskan ayat tunggal dan
sebagainya. Saya juga akan memberikan penerangan tentang pembacaan
surat khabar yang banyak kebaikannya agar ia menjadi satu amalan dalam
kalangan murid- murid sekolah ini. Saya juga akan cuba melaksanakan
permainan bahasa seperti kuiz, mencantum kad, latih tubi dan sebagainya.
Menurut Mok Soon Sang (2005), permainan bahasa merupakan salah satu
kaedah yang amat berkesan dalam mendidik murid- murid. Saya juga akan
akan memberikan lembaran kerja atau latihan- latihan yang berkaitan
dengan tatabahasa kepada murid-murid.
CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam minggu ini, saya telah mengalami masalah kekemasa tulisan

dalam kalangan murid- murid. Saya dapat mengenalpastinya melalui

lembaran kerja yang telah dihantarkan kepada saya. Menurut Abdullah

Yusoff (2007), cara murid- murid memegang alat tulis akan mempengaruhi

bentuk tulisan yang dihasilkan. Tulisan murid- murid yang seperti cakar

ayam menyukarkan guru- guru menyemak jawapan murid- murid. Menurut

Sassoon (2003), mendapati guru kurang memberikan penekanan kepada

pengajaran menulis di dalam kelas.

Sebagai langkah untuk mengatasi masalah ini, saya telah meminta

murid- murid untuk menyediakan buku tulisan dan akan meminta murid-

murid menulis satu petikan setiap hari. Saya akan sentiasa memeriksa

buku latihan yang telah mereka hantar. Saya juga akan meminta murid-

murid menulis balik jika tulisannya masih dalam keadaan yang tidak

memuaskan. Saya juga sentiasa akan menyelitkan aktiviti- aktiviti menulis

dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Anda mungkin juga menyukai