Anda di halaman 1dari 4

JURNAL MINGGU KE DUA BELAS

Bilangan jurnal

: 12

Minggu praktikum

: Ke dua belas

Tarikh peristiwa

: 24 April 2016 28 April 2016

Tajuk jurnal

: Masalah Kawalan Kelas

1. Masalah
Pada minggu terakhir persekolahan di Prasekolah Tunas Madani, saya beranggapan
bahawa saya sudah mampu untuk mengawal keadaan murid-murid kerana mereka sudah
biasa dengan saya. Namun, keadaan berlaku sebaliknya, murid-murid masih sukar dikawal.
Jika pada minggu kedua masalah kawalan kelas berlaku kerana mereka tidak biasa dengan
saya, kini masalah berulang kembali kerana mereka sudah terlalu biasa dengan saya.
Perkara ini berlaku kerana saya tidak bertindak tegas dan terlalu berlembut dengan mereka.
Semasa saya mengajar, ada murid yang bermain-main dan tidak peduli dengan teguran
saya.
Justeru, saya perlu bercakap dengan nada suara yang tegas dengan disertai dengan
riak muka. Selain itu, terdapat juga murid yang terlalu pasif dan ada yang terlalu aktif. Murid
yang terlalu aktif kadang-kadang susah dikawal tidak kira sama ada dari segi perbuatan atau
percakapan. Mereka kadang-kadang tidak mendengar arahan saya, suka menganggu rakan
yang lain seperti mengejek dan mengusik kawan-kawan. Manakala, semasa melaksanakan
aktiviti, murid-murid sukar untuk mendengar arahan. Apabila saya memberi arahan untuk
mereka berhenti dari meneruskan aktiviti, mereka tidak mengendahkannya dan tetap terus
melakukannya.

2. Analisis
Berdasarkan pemerhatian saya, ada sesetengah murid prasekolah bersikap negatif
terhadap guru praktikum seperti saya.
Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkn oleh
guru itu sendiri.

JURNAL MINGGU KE DUA BELAS


Most behavior problems in the classromm are caused by the teachers failure to
teach students how to follow procedures.
Guru-guru yang bersikap tidak mempedulikan murid-murid yang bertingkah laku
keterlaluan akan menyebabkan murid-murid tersebut menganggap bahawa guru takut akan
mereka dan guru yang sentiasa marah-marah akan anak murid mereka juga merupakakn
salah satu faktor penyebab kerana murid akan berasa guru ini langsung tidak mengambil
berat dan menghormati mereka. Maka, mereka akan bertindak dengan membuat bising,
tidak mendengar arahan, bergaduh atau berjalan sana sini tanpa memberikan perhatian
kepada guru. Murid-murid yang mempunyai kekurangan motivasi dalam kalangan mereka
juga merupakan salah satu penyebab kepada kegagalan kawalan dalam bilik darjah.
Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui pemerhatian, beberapa
dapatan telah dapat saya senaraikan:

Murid-murid ini adalah dari kumpulan yang terlalu pasif dan terlalu aktif.
Murid-murid ini kurang motivasi intrinsik
Saya tidak mendengar arahan guru

3. Cadangan untuk memperbaiki


Setelah saya merujuk kepada model Disiplin Asertif, saya telah merangka beberapa
cadangan atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengurusan bilik darjah. Pertama
sekali, saya perlu menetapkan satu peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta
menguatkuasakannya sepanjang waktu pembelajaran.

Apabila ada murid-murid yang

melakukan masalah disiplin, saya akan merujuk kepada sistem peraturan saya untuk
memberi denda atau amaran supaya ia bersifat adil dan saksama. Contohnya, murid
tersebut akan disingkirkan daripada pengajaran untuk satu tempoh berdasarkan tindak balas
mereka.
Keduanya, saya harus sentiasa bersikap asertif sepanjang masa terutamanya apabila
terdapat murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah. Hal ini sangat penting kerana
kunci kawalan disiplin murid adalah berdasarkan kekonsistenan penguatkuasaan peraturan
dengan kesannya. Menurut Canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan
penguatkuasaan peraturan walau apa jua keadaan.
Once you mske a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to this
requirement. It is mandatory. You cant enforce the rule with one student-and lrt it go with

JURNAL MINGGU KE DUA BELAS


another. You cant call students on the rule one day aand overlook it the next. Rules must
be enforced wiht the consistency of the second hand one a clock.
Seterusnya saya akan memberi pengukuhan positif kepada murid-murid yang
sentiasa mematuhi peraturan dan mendengar arahan guru. Contoh pengukuhan positif ialah
kata-kata pujian, hadiah dan sebagainya.

Setiap kata-kata pujian kepada murid yang

mematuhi arahan semestinya diiringi kata-kata berunsur nasihat untuk mencontohi sikap
murid tersebut. Hadiah juga turut diberikan kepada murid yang berakhlak baik dan sentiasa
mendengar dan patuhi arahan.
Selain itu, saya turut mengamalkan teori Pavlov (1980). Pavlov melakukan suatu
eksperimen terhadap anjing. Anjing mengeluarkan air liur apabila diperlihatkan makanan. air
liur yang dikeluarkan oleh anjing merupakan suatu stimulus yang diasosiasikan dengan
makanan. Pavlov juga menggunakan lonceng dahulu sebelum makanan diberikan. Dengan
sendirinya air liurpun akan keluar pula. Apabila perbuatan yang demikian dilakukan berulangulang, maka pada suatu ketika dengan hanya membunyikan lonceng saja saja tanpa
makanan maka air liurpun akan keluar pula.
Berdasarkan eksperimen yang dilakukan Pavlov diperoleh kesimpulan berkenaan
dengan beberapa cara perubahan tingkah laku yang dapat digunakan dalam proses
pembelajaran. Saya mendidik murid-murid untuk berhenti dari melakukan kerja setiap kali
loceng dibunyikan. Oleh itu, setiap kali saya membunyikan loceng semua murid akan
menjadi patung dan tidak akan membuat sebarang pergerakan. Saya akan menggunakan
cara ini apabila keadaan kelas sukar untuk dikawal. Pada mulanya mereka tidak dapat
mengikutinya, tetapi saya akan mengingatkan mereka agar mereka dapat memberi respons
yang betul apabila loceng dibunyikan.

4. Tempoh masa
1 minggu: 24 April 2016 28 April 2016

5. Tindakan susulan
Daripada pengalaman menggunakan Model Canter assertive discipline, guru yang
asertif adalah lebih berkesan daripada seeorang guru yang tidak asertif atau garang.
Kegarangan dan ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma

JURNAL MINGGU KE DUA BELAS


psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang
dan produktif. Iklim ini yang dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum.
Selain itu, pemberian hadiah kepada murid yang menunjukkan sikap yang baik setiap
kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dengan ini ia dapat memotivasikan
murid agar mereka lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan bilik darjah. Penggunaan teori
Pavlov juga dilihat dapat mengubah tingkah laku murid-murid. Secara berperingkat, mereka
dapat mengikuti arahan guru iaitu berhenti dari melakukan kerja dan menjadi patung apabila
mereka mendengar bunyi loceng.

Anda mungkin juga menyukai