Anda di halaman 1dari 5

Jurnal Minggu 5

(1 April 12 April)

Penjarian Rekoder

1. Masalah

Masalah yang paling ketara yang dapat saya kenal pasti sepanjang lapan

minggu mengajar mata pelajaran Pendidikan Muzik ialah masalah penjarian semasa

meniup rekoder. Semua murid tahun 6 Bestari boleh meniup rekoder namun beberapa

murid tidak dapat melakukan dengan betul dan lambat semasa melakukan penjarian.

Boleh dikatakan setiap kali murid meniup, murid kerap kali menghadapi masalah ini.

Murid-murid kelas ini boleh meniup rekoder dan boleh melakukan penglidahan

dengan betul. Walaubagaimanapun terdapat beberapa orang murid yang mengalami

masalah penjarian semasa meniup rekoder.

2. Analisis

Saya telah memasuki kelas ini beberapa kali. Setelah beberapa minggu

mengajar, penguasaan permainan rekoder di dalam kelas ini amat merisaukan kerana

mereka bukan sahaja tidak dapat meniup dengan betul malahan tidak dapat

memainkan tempo dengan betul serta membaca skor lagu dengan baik. Salah satu

puncanya adalah kurangnya dari segi amali dan teori ini pada masa mereka dahulu dan
juga tidak mempunyai pengalaman yang lepas serta pengaruh persekitaran yang

membuatkan mereka tidak mahir dan tahu untuk menggunakan alat-alat muzik tersebut.

Murid saya berminat dalam mata pelajaran ini terutamanya jika diminta untuk

meniup rekoder tersebut. Mereka lambat dalam penjarian yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran tidak didapat dicapai. Justeru itu,

perkembangan dan penguasaan murid terhadap pembelajaran muzik adalah berbeza

dalam kalangan mereka. Ada yang boleh menguasai dengan cepat namun terdapat

sesetengah murid sebaliknya. Oleh yang demikian kajian ini cuba mencari punca

masalah yang menyebabkan murid-murid tahun 6 Bestari tidak dapat mengaplikasikan

penjarian rekoder dengan betul semasa membuat persembahan rekoder.

Penguasaan kemahiran muzik juga dapat dilihat dalam kalangan murid semasa

sesi pembelajaran di kelas. Sesetengah murid dapat meniup rekoder dengan cepat

tanpa sebarang kekeliruan dan meniup dengan baik. Namun terdapat murid ramai

yang tidak dapat meniup rekoder dengan baik walaupun menggunakan not-not yang

mudah. Kebanyakan mereka akan tidak dapat menunjukkan bakat persembahan yang

baik apabila diminta memainkannya. Lagu yang dimainkan pula adalah mudah dari

segi melodinya.

3. Cadangan

Sistem penjarian bernombor dapat mempercepatkan lagi kemahiran bermain

rekoder. Sistem penjarian bernombor ini akan memudahkan murid mengingati not

muzik pada rekoder. Sistem penjarian bernombor ini akan diaplikasikan untuk not yang
mudah dahulu seperti BAG. Setelah murid mahir ketiga-tiga not itu barulah mereka

akan didedahkan kepada not yang lain.

Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan

dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep penjarian.

Dalcroze menggunakan gerak tubuh badan untuk menanam kefahaman dan

menimbulkan kepekaan atau sensitiviti terhadap aspek-aspek muzik.

Menurut Depdikbud 1999, mengatakan perkembangan individu dan kemampuan

boleh dikembangkan secara beransur-ansur dengan cara bermain sambil belajar,

dengan ini kanak-kanak tidak akan rasa dipaksa dan tertekan dalam proses

pembelajaran.

4. Tempoh masa

1 April 12 April 2013 (12 hari)

5. Tindakan Susulan

Langkah tindakan susulan yang bakal dijalankan ialah teknik bantu-bimbing

dalam mengenal not rekoder dengan betul dan mengenal penjarian rekoder yang betul

yang merupakan latihan yang diberikan kepada murid dengan pengawasan dan

bimbingan daripada saya. Setiap latihan ini akan dipantau dan akan dibetulkan oleh

saya. Latihan yang diberikan kepada murid terdiri daripada berbagai-bagai bentuk

soalan yang memerlukan murid melakukan penjarian untuk beberapa skor muzik lagu.
Saya memberi semangat dan dorongan kepada murid kelas itu dengan memberi

pelbagai ganjaran seperti hadiah kecil dalam usaha untuk mengubah situasi tersebut.

6. Kesimpulan

Melalui teknik atau kaedah yang betul akan membolehkan murid-murid

mengetahui dan menguasai aspek-aspek pedagogi dalam pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Muzik serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

guru semasa pendidikan muzik di dalam bilik darjah. Ini secara tidak langsung

membantu guru muzik mengatasi masalah tersebut selain daripada dapat mencungkil

minat dan bakat murid semulajadi murid ekoran kerjasama sokongan keluarga dan

pengaruh persekitaran. Aspek-aspek ini tidak mungkin akan dapat dikuasai dengan baik

tanpa penghayatan yang lebih terhadap latar belakang Pendidikan Muzik.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik, kaedah Carl Orff dapat

digunakan di mana akan menggalakkan murid-murid melalui empat aspek

pembelajaran yang utama iaitu mengekspresi samada dari segi emosi ataupun gerakan

apabila mendengar bunyi, ini juga bermaksud murid belajar melalui pengalaman, imitasi

iaitu cara peniruan dan guru boleh dijadikan role model kepada murid, literasi iaitu

membaca skor ataupun notasi dan akhir sekali improvisasi iaitu mengubah suai kepada

yang lebih kreatif. Di samping penguasaan kemahiran murid-murid juga akan

diterapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.
Menurut Dr Alfred Tomatis yang bertugas di Perancis, menyatakan muzik dapat

memberi energi ataupun tenaga kepada otak. Eksperimen telah dilakukan oleh seorang

pemuzik professional, Dorothy Retallack pada tahun 1970 di Temple Buell College,

Colorado kepada tanaman beliau. Beliau telah menanam labu dan terdapat perbezaan

pada tanaman beliau, misalnya labu yang dihalakan kepada muzik klasik telah tumbuh

dengan subur dan batangnya telah melingkari radio tersebut, manakala labu yang

dihalakan ke arah radio yang mempunyai muzik rock tidak tumbuh dengan baik. Ini

menunjukkan muzik memainkan peranan dalam pertumbuhan sesuatu hidupan.

Oleh itu, sistem penjarian bernombor ini dapat memudahkan permainan rekoder.

Pendidikan muzik telah menjadi sebahagian daripada alam kehidupan manusia dan

juga budaya masyarakat. Kanak-kanak ataupun orang dewasa akan memberi tindak

balas secara spontan terhadap sesuatu yang berbunyi dan melahirkan ekspresi diri

melalui muzik. Dalam perbualan harian juga terdapat perkara asas dalam muzik iaitu

misalnya seperti irama dan juga ton. Di sekolah rendah pendidikan muzik terdiri dari

beberapa aspek contohnya nyanyian, gerakan, kemahiran dalam mengendali alat

perkusi yang tidak berpic atau yang berpic dan juga permainan alat rekoder. Dengan ini,

murid dapat meningkatkan kreativiti mereka.

Anda mungkin juga menyukai