Anda di halaman 1dari 3

Jurnal yang bertajuk Keberkesanan pendekatan muzik dalcroze dalam meningkatkan kemahiran

koordinasi muzik murid-murid tahun 4 di kawasan bandar yang ditulis oleh Md Jais Bin Ismail, Loo

Fung Chia lebih berkaitan dengan sukatan pendidikan muzik sekolah (2003) menyatakan, “2.3

PENGALAMAN ENSEMBEL MUZIK TRADISIONAL, ( 7 ) Pilihan sekolah seperti

Ensembel Caklempong, Ensembel Gong Sabah/Sarawak, Orkestra Cina, Ensembel Muzik

India dan ensembel muzik tempatan yang tiada kaitan dengan pemujaan”.

Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang

menggunakan aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak.

Kodaly menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan menggunakan bahasa ibunda

dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak menggunakan sistem gred seperti yang sering

digunakan dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain. Nyanyian penting dalam

pembelajaran muzik. Kanak-kanak menggunakan alat muzik utama iaitu suara untuk

menyanyi. Kaedah Kodaly yang merangkumi nyanyian solfa sesuai diperkenalkan kepada

kanak-kanak untuk mempelajari nama notasi, sebutan, ketepatan pic dan ritma dalam lagu

yang diperkenalkan (Choksy & Kodaly, 1981; Choksy, 1990; Campbell & Scott-Kassner,

2014).

Hasil kajian daripada kajian yang telah dilakukan terhadap pelajar-pelajar yang terlibat

menunjukkan hasil positif iaitu dengan keterlihatan peningkatan kognitif mereka dari segi

pemahaman terhadap aspek kemahiran kefasihan bernyanyi mengikut tempo yang tepat.

Penggunaan pendekatan Eumetrik Dalcoroze ini dilihat lebih kepada pembinaan konstruktif

pelajar melalui teori pembelajaran behaviorist yang diperkenalkan oleh Ivan Petrovich Pavlov.

Teori ini adalah berkaitan dengan Fizikal seseorang. Hal ini disebabkan oleh tokoh-tokoh

behaviourist berpendapat pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah laku cara

seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua prinsip yang dikemukakan dalam

Teori ini iaitu berkaitan dengan prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman Operan.
Seterusnya adalah dalam pengajaran 3, aktiviti permainan Dalcroze dapat dijalankan

dengan sangat baik. Semua murid-murid dapat mengangkat bola apabila mendengar bunyi

tekanan (accent). Namun, enam orang murid yang diuji pada akhir pengajaran menunjukkan

keputusan kurang memberangsangkan. Hanya dua daripada enam orang sahaja mampu

menyanyi sambil menepuk corak irama. Hal ini menunjukkan penggunaan teknik pembelajaran

behavioris juga diterapkan di dalam kaedah pembelajaran ini. Hal ini kerana, teknik

pembelajaran behavioris menekankan tentang bagaimana pelajar boleh mengaplikasikan

pengetahuan sedia ada mereka terhadap isu semasa ataupun pembelajaran semasa mereka.

Dalam konteks kajian ini, pelajar telah dapat meningkatkan kemahiran mereka bernyanyi

sambil menepuk tempo yang tepat pada tahap pengajaran ke empat itu disebabkan oleh

gabungan pengalaman sedia ada mereka dengan sesuatu benda yang baru.

Kaedah Penggunaan Pendekatan Euritmik Dalcroze juga berkait dengan teori

kecerdasan pelbagai bagi pelajar yang telah dikaji. Hal ini dibuktikan dengan adanya

peningkatan daripada aspek kecerdasan muzik pelajar-pelajar tersebut. kecerdasan Muzik

adalah kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi,termasuklah kemahiran mengenal lagu dan

mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai

kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang

mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran

daripada yang lain.

Jurnal ini juga menggunakan model keluk normal untuk mengkaji tahap peningkatan

pelajar daripada pelpagai aspek seperti aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Model

keluk normal amat berguna dalam penyelidikan yang berkaitan dengan manusia. Piawai

Taburan Normal adalah satu taburan selanjar berbentuk simetri yang mempunyai nilai min dan

sisihan piawai. Dalam kajian ini, keluk normal menunjukkan tahap yang positif di mana

hasilnya memaparkan hasil yang baik dan normal dan juga peningkatan yang baik.
Kesimpulannya, Teknik pembelajarn Pendekatan Euritmik Dalcroze memberikan

banyak impak positif terhap para pelajar muzik. Teknik ini juga seharusnya digabungkan

dengan teknik pembelajaran baharu seperti teknik pembelajaran pendekatan chalange based

learning yang membolehkan pelajar mengalami pembelajaran berdasarkan cabaran. Hal ini

dapat merangsang kognitif mereka ke tahap yang lebih tinggi. Hal ini kerana, apabila teknik

pembelajaran pendekatan eurimik dalcroze ini digabungkan dengan teknik chalange based

learning, pembelajaran tersebut akan dapat menyempurnakan persoalan berkaitan taksonomi

bloom dimana mereka akan mengusai semua kemahiran di dalam pembelajaran tersebut.

Selain itu, pengetahuan dan pengalaman tentang muzik pelbagai budaya harus

diperkembangkan lagi untuk memahami dan mempelajari budaya etnik lain di Malaysia.

Lebih-lebih lagi kekangan dalam pemahaman setiap budaya ini hanya dapat diatasi melalui

pemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai