Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI RPH SATU ( KERAJAAN JOHOR RIAU PEMANGKIN KERAJAAN

MASA KINI)

Guru telah melakukan pengajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Seremban


yang dijalankan pada 19 April 2019 bersamaan hari Rabu. Guru menyampaikan pengajaran
mengenai ‘Tamadun Awal Dan Sumbangannya” dalam Tingkatan 2 Amanah. Ketika
merancang RPH, saya telah memilih untuk membuat pengajaran dalam Langkah 1, 2 dan 3
serta penutup sekali. Setiap langkah yang disampaikan oleh guru adalah untuk mencapai
objektif pembelajaran iaitu menjelaskan pengasasan kerajaan Johor Riau, menerangkan
cabaran kearah kegemilangan dan akhir sekali adalah menghuraikan strategi untuk
menghadapi cabaran.

Dr Profesor Adnan Jusoh merupakan orang yang bertanggungjawab menyelia guru


pada hari tersebut. Terdapat beberapa isu yang diketengahkan sebagai komen pembelajaran
pada hari tersebut. Antara isu yang seringkali ditekankan adalah berkaitan dengan antonasi
guru dalam menyampaikan maklumat adalah kurang jelas. Mujur, pada hari tersebut, guru
dapat mengawal kelas dengan baik. Namun begitu, kekurangan dalam lontaran suara oleh
guru adalah merupakan kelemahan daripada guru itu sendiri. Hal itu disebabkan oleh
kurangnya latihan dalam menyampaikan sesuatu info. Selain itu, beliau juga menyatakan
kelemahan guru dalam behavior guru itu sendiri seperti, guru seringkali memasukkan tangan
ke dalam poket ketika sedang mengajar. Hal ini terjadi disebabkan oleh kebiasaan guru
melakukan perkara tersebut. Jelas sekali, kelemahan-kelemahan tersebut menyebabkan
pembelajaran pada hari itu kurang berkesan.

Antara saranan penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh Dr Proffesor Adnan


Jusoh adalah dengan menggunakan alat bantuan pembesar suara. Jumlah pelajar yang ramai
di dalam kelas memerlukan guru untuk mempunyai suara yang lantang dalam proses
pembelajaran. Beliau menyarankan penggunaan alatan pembesar suara disebabkan oleh
pengalaman beliau menyelia beberapa orang guru praktikal yang lain menggunakan kaedah
yang sama. Selain itu, beliau juga telah mengajarkan isyarat tangan yang sesuai digunakan
untuk mengelakkan kelemahan guru yang seringkali memasukkan tangan ke dalam poket itu
tidak berulang. Beliau juga menyarankan agar guru memegang alatan seperti rotan atau pun
pen untuk memberi fokus pelajar ke arah tangan guru.

Dengan segala kelemahan yang telah dibahaskan, guru telah berusaha untuk
menambah baik pengajaran pada pengajaran yang selanjutnya.
Refleksi rph 2 (Pengasasan Kesultanan Melayu Pahang, Perak, Terengganu dan
Selangor)

Berdasarkan pengalaman saya di dalam proses PdPC bagi latihan mengajar yang selanjutnya,
guru mendapati di akhir pembelajaran tersebut, murid gagal untuk mencapai kebolehan
menjawab soalan fakta sejarah dengan baik. Lebih membimbangkan guru mendapati
beberapa pelajar langsung tidak mengetahui rumus-rumus fakta sejarah. Oleh itu, hal ini
sangat membimbangkan dan guru khuatir sekiranya mereka tidak mampu menjawab soalan
dengan lebih baik khususnya soalan fakta sejarah.

Di dalam fasa penstrukturan idea, guru telah menjalankan aktiviti berkumpulan iaitu
pelajar menjawab soalan yang disediakan secara berpasangan. Hal ini untuk memudahkan
pelajar untuk saling membantu dan menjawab soalan bersama-sama. Berdasarkan
pemerhatian guru, mereka dapat menjawab soalan fakta sejarah tersebut sekiranya fakta
sejarah disediakan atau dilampirkan dalam kertas soalan. Namun, terdapat juga pelajar yang
tidak dapat menjawab soalan tersebut meskipun fakta sejarah di berikan.

Selepas mendapat komen daripada Dr Proffesor Adnan Jusoh pada PDPC yang lepas, guru
dapat menambahbaik kelemahan pada pembelajaran kali ini. Namun begitu, terdapat lagi dua
isu baru yang diketengahkan pada hari tersebut iaitu berkaitan dengan masa pembelajaran dan
juga bahasa yang digunakan. Dalam proses pengajaran tersebut, guru tidak dapat lari daripada
menggunakan dialek Sabah. Hal ini merupakan kelemahan yang agak sukar untuk dibaiki.
Namun begitu, hal ini terjadi disebabkan oleh sifat guru yang kurang bergaul. Selain itu,
penggunaan masa dalam memberikan ruang kepada pelajar untuk mempersiapkan aktiviti
mereka adalah sangat lama. Hal ini menyebabkan pelajar merasa bosan dalam proses
pembelajaran tersebut.

Antara penambahbaikan yang disarankan, adalah dengan memperbanyakkan pergaulan dan


interaksi bersama pelajar. Beliau juga menyarankan agar guru sering terlibat dalam aktiviti
persatuan di Universiti. Dengan itu, sedikit sebanyak dapat membantu guru untuk
berkomunikasi secara lebih profesional. Untuk kelemahan dalam pembelajaran pula, beliau
menyarankan agar guru dapat mengurangkan masa aktiviti agar pembelajaran akan lebih
menarik.

Sebagai seorang bakal guru, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memperbaiki
segala kelemahan yang ada dalam diri. Saya perlu mencari penyelesaian terhadap masalah
saya agar saya boleh menggunakan pendekatan pembelajaran yang lebih berkesan agar sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik

REFLEKSI RPH 2 (KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)

Guru telah melakukan pengajaran di blok 8 Universiti Pendidikan Sultan Idris pada hari
jumaat yang lepas. Guru menyampaikan pengajaran mengenai ‘pengasasan kesultanan
melayu Melaka” . Pada hari PdPc, guru mengajar secara berpasangan dengan guru Sejarah
iaitu guru Siti Nor Azila. Ketika merancang RPH, saya telah memilih untuk membuat
pengajaran dalam Langkah 2 dan 3 serta penutup sekali. Setiap langkah yang disampaikan
oleh guru adalah untuk mencapai objektif pembelajaran iaitu menerangkan faktor kejatuhan
kesultanan Melayu Melaka.
Pada hari tersebut, guru telah menggunakan pendekan CBL iaitu pendekatan Chalange Based
Learning. Set induksi yang digunakan pada hari tersebut adalah berkaitan dengan video
Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. Kelemahan yang didapati dalam set induksi adalah,
guru gagal memberi perkaitan diantara video dengan pembelajaran pada hari tersebut. Selain
itu, guru juga tidak memberikan soalan yang berkaitan dengan tajuk tersebut.

Langkah kedua pula, guru mengedarkan kertas CBL dan cuba menggunakan pembelajaran
secara inkuiri. Namun begitu, guru tidak menyediakan tajuk awal agar murid dapat membina
konstruk di dalam pemikan mereka. Hal ini menyebabkan pelajar agak sukar unruk membina
persoalan dasar yang merupakan salah satu disiplin dalam pendekatan CBL tersebut.

Langkah ketiga pula agak memberangsangkan kerana pada peringkat tersebut semua pelajar
dapat bergiat aktif dalam mengeluarkan idea mereka berkaitan dengan tajuk mereka. Mereka
telah membuat persembahan yang berlainan bagi setiap kumpulan seperti, pantun, nyanyian
dan syair. Selepas itu guru juga memberikan arahan agar pelajar mencatit nota berkaitan
pembelajaran yang diajarkan pada hari tersebut.

Kesimpulannya, pendekatan CBL itu sendiri mempunyai Pro and kontra. Namun begitu,
pendekatan ini amat berguna kepada guru kerana mempunyai banyak kelebihannya yang
tersendiri. Dengan pendekatan ini juga, guru dapat merangsang kognitif pelajar untuk
memikirkan pembelajaran pada hari tersebut.

RPH 3 PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Guru telah melakukan pengajaran di blok 8 Universiti Pendidikan Sultan Idris pada hari
jumaat yang lepas. Guru menyampaikan pengajaran mengenai ‘pengasasan kesultanan
melayu Melaka” . Ketika merancang RPH, saya telah memilih untuk membuat pengajaran
dalam Langkah 2 dan 3 serta penutup sekali. Setiap langkah yang disampaikan oleh guru
adalah untuk mencapai objektif pembelajaran iaitu menerangkan pengasasan kesultanan
Melayu Melaka, dan objektif yang kedua ialah menyatakan Cabaran kearah kegemilangan.
Dalam PdPc, Guru menggunakan strategi pengajaran melalui inkuri – penemuan iaitu
meneroka bukti pengasasan kesultanan melayu melaka yang. Guru membuat aktiviti puzzle
pada hari tersebut. Murid perlu menyelesaikan dengan mencantumkan gambar melalui
keratan ‘puzzle’ dan mengkategorikan gambar tersebut mengikut negeri yang berada di tanah
melayu. Oleh itu, murid diminta untuk membentuk tiga kumpulan yang terdiri daripada 5
orang murid. Melalui aktiviti tersebut, kesemua kumpulan berjaya mencantumkan dan
berjaya mengkategorikan gambar mengikut negeri tersebut. Semasa perbincangan mengenai
bukti tamadun melalui gambar ‘puzzle’, guru mendapati sekumpulan murid yang hanya
meneka untuk meletakkan simbol di dalam peta tanah melayu kerana mereka tidak
mengetahui gambar tersebut dimanakah terletaknya negeri tersebut. Begitu juga dengan
aktiviti teng-teng yang memerlukan murid bermain sambil menjawab soalan. Namun terdapat
murid tidak dapat menjawab soalan kerana soalan tersebut memerlukan murid berfikir
tentang dirinya dengan mengaitkan konsep pengasasan kesultanan melayu melaka. Guru
membantu untuk murid berfikir agar murid dapat menjawab dengan memberi ‘klu’ kepada
murid mengenai kemajuan pada murid sekarang. Sebagai peneguhan positif kerana murid
berani mencuba untuk bermain teng-teng, guru memberikan sebatang pen kepada murid.
Permainan teng-teng sesuai digunakan di dalam bilik darjah yang luas untuk memudahkan
murid bermain. Permainan ini boleh digunakan untuk memberikan soalan kepada murid
untuk melihat pengetahuan murid mengenai tajuk pengajaran. Daripada itu, murid dilihat
dapat memahami apa yang guru sampaikan.

Anda mungkin juga menyukai