Anda di halaman 1dari 18

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

23


Tajuk 2 SUARA KANAK-KANAK DAN REMAJA


Sinopsis
Dalam tajuk ini anda akan diberi pendedahan tentang jenis dan ciri-ciri suara
kanak-kanak dan remaja. Aspek yang difokuskan di dalam bilik darjah adalah
langkah-langkah dalam pengajaran nyanyian. Di samping itu, pelajar dapat
mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam nyanyian kanak-kanak dan cara-cara
mengatasinya. Pemilihan pelbagai repertoire yang merangkumi lagu sesuara dan
lagu lapisan suara juga di beri penekanan.


Hasil Pembelajaran
1. Mengenalpasti jenis suara kanak-kanak dan remaja;
2. Mengaplikasikan teknik pengajaran dan pembelajaran nyanyian dalam bilik
darjah
3. Mengenalpasti masalah nyanyian di kalangan kanak-kanak dalam bilik
darjah.
4. Mengendalikan nyanyian satu suara dan lapisan suara dalam nyanyian solo
dan berkumpulan.


Kerangka tajuk ini




2.1 Perkembangan Vokal Kanak-Kanak
Dan Remaja
2.2 Melatih Teknik Vokal Untuk Kanak-
Kanak Dan Remaja
2.3 Menyanyi Mengikut Pic Yang Tepat
2.4 Mengenal Pasti Dan Menangani Masalah
Nyanyian Dalam Kel as
2.5 Membuat Koleksi Repertoire Nyanyian
Sesuara Dan Berlapisan Suara Untuk
Sekolah Rendah
SUARA KANAK-KANAK
DAN REMAJA

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

24


2.1 Perkembangan Vokal Kanak-Kanak Dan Remaj a

2.1.1 Kanak-Kanak Sekol ah Rendah ( 6 hi ngga 7 t ahun)

Terdapat banyak ciri-ciri yang sama antara kanak-kanak pra-
sekolah dan kanak-kanak di sekolah rendah, walaupun terdapat
perubahan dari segi perkembangan bahasa, kemahiran
manipulatif, penumpuan dan suara untuk menyanyi. Antara ciri-
ciri yang ketara adalah seperti yang berikut :-


A) Ci ri -Ci ri Indi vi du

1. Antara umur enam dan lapan tahun, gigi depan akan
tanggal dan ini akan menjejaskan pertuturan yang jelas.
2. Kerja berkumpulan adalah lebih berjaya dibandingkan
semasa mereka peringkat pra sekolah. Kematangan
seiringan dengan aktiviti harian sekolah membantu dalam
aktiviti yang berstruktur walaupun penumpuan kanak-kanak
ini adalah pendek.
3. Imitasi dan aktiviti talun adalah seronok - contohnya
mengimitasi irama atau melodi yang ditunjukkan oleh guru.
4. Kanak-kanak sekolah rendah menunjukkan sifat penyayang
dan kurang bergantung kepada orang dewasa.
5. Peraturan merupakan perkara biasa yang bertumpu kepada
pengulangan dan kebiasaan. Kreativiti setiap individu
mungkin akan terjejas kecuali jika diamalkan di persekitaran
bilik darjah.
6. Pertumbesaran berlaku dengan cepat dan kesedaran
tentang tubuh badan dan pergerakan bahagian badan
menjadi ketara.



MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

25


B) Ci ri -Ci ri Muzi kal

1. Suara nyanyian pada peringkat ini masih tidak stabil tetapi
pada gred kedua kanak-kanak dapat menyanyi dengan pic
yang betul. Renj suara menjadi lebih luas.
2. Terdapat kesedaran tentang tonality. Kanak-kanak dapat
merasa nada yang dinyanyikan
3. Dengan latihan, kanak-kanak dapat kemahiran tentang
detik. Apabila kemahiran ini diperolehi kanak-kanak dapat
membezakan detik dan corak irama (menepuk mengikut lirik
atau irama melodi)
4. Kemahiran motor yang lebih luas membantu kanak-kanak
memainkan alat-alat perkusi yang mempunyai kepingan
logam yang besar seperti glockenspiel untuk iringan dan
membuat improvisasi.
5. Perkembangan bahasa dan minat yang meluas
membolehkan penggunaan pelbagai lagu dan bahan cerita.
Apabila kanak-kanak mengimitasi bunyi, mereka dapat
mempelajari bahasa mudah dari pelbagai bangsa. Ingatan
tentang pendengaran bertambah membolehkan ingatan
corak talun yang lebih kompleks dan lebih panjang.
6. Kesanggupan untuk bekerjasama dalam kumpulan
membantu kesedaran tentang bunyi ensembel dan
kefahaman tentang maksud menyanyi kanak-kanak dengan
pic yang betul bersama rakan-rakan lain.


C) Kesi mpul an Tent ang Pengal aman Muzi kal

1. Lagu-lagu dalam skel pentatonik (mengabaikan not
keempat dan ketujuh dalam skel) adalah yang paling mudah
untuk kanak-kanak sekolah rendah menyanyi dalam pic
yang betul.
2. Renj vokal adalah antara d (satu oktaf lebih tinggi dari C
tengah) hingga d (dua oktaf lebih tinggi dari C tengah).

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

26

3. Aktiviti drama dan pergerakan dengan muzik harus
diteruskan. Penggunaan patung/boneka dan alatan pentas
(prop) membantu kanak-kanak memberi respons secara
serta merta.
4. Penggunaan alat-alat perkusi berpic dan tidak berpic
memperkayakan pengalaman muzikal dan mengembangkan
motor halus dan kemahiran aural.


2.1.2 Peri ngkat Pert engahan Kanak-Kanak ( 8- 9 t ahun)

Perkembangan kanak-kanak dari segi intelek dan kematangan
sosial pada umur lapan atau sembilan tahun membantu dalam
menghasilkan aktiviti muzikal yang menarik. Oleh kerana kanak-
kanak pada peringkat ini lebih berdikari dan mempunyai minat
yang meluas memperbanyakkan penggunaan bahan dan strategi
pengajaran.Kanak-kanak dapat berinteraksi dengan elemen-
elemen muzik dalam persekitaran permainan kreatif.


A) Ci ri -Ci ri Indi vi du

1. Perkembangan fizikal adalah lambat. Kemahiran motor
halus berkembang pada peringkat ini.
2. Pada peringkat ini, takut kepada kegagalan merupakan
faktor yang memalukan.
3. Kanak-kanak lebih bertenaga, berwaspada dan keinginan
untuk belajar.
4. Kanak-kanak pada peringkat ini memerlukan kebenaran
dari orang dewasa dan banyak dipengaruhi oleh contoh dari
orang dewasa.
5. Terdapat juga kesedaran tentang perkara yang betul dan
salah.
6. Kerja dalam kumpulan lebih efektif pada peringkat ini.




MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

27


B) Ci ri -Ci ri Muzi kal

1. Kebanyakan kanak-kanak dapat menyanyi dengan pic yang
betul pada peringkat ini dan mereka juga faham tentang
kepentingan menyanyi dengan pic yang betul bersama
rakan-rakan yang lain.
2. Renj vokal adalah antara c (satu oktaf lebih tinggi dari C
tengah) ke e (dua oktaf lebih tinggi dari C tengah).
3. Kesedaran tentang tonality membantu dalam improvisasi
dan awal nyanyian lapisan suara.
4. Suara lebih diperkembangkan dengan karektor dan jelas,
nyanyian secara solo muncul.
5. Ingatan muzikal bertambah dan membantu dalam
mengingati bentuk muzik yang panjang dan lebih sukar.


C) Kesimpul an Tentang Pengalaman Muzi kal

1. Kanak-kanak berumur lapan atau sembilan tahun bersedia
untuk mempelajari prinsip-prinsip asas vokal seperti register
kepala, pernafasan postur dan sebutan yang membantu dalam
membuat persembahan vokal.
2. Kanak-kanak yang menghadapi masalah menyanyi dengan pic
yang betul harus diberi bantuan.
3. Nyanyian secara berkumpulan dapat diperkenalkan pada
peringkat ini dan harus diperkukuhkan.
4. Nyanyian secara berharmoni boleh dilakukan melalui nyanyian
secara lagu pusingan, ostinato, deskan dan nyanyian dua
suara yang mudah.
5. Literasi muzikal boleh diajar melalui bacaan dan penulisan
dictation.
6. Pengalaman kreatif dengan muzik seperti drama dan
improvisasi perlu di amalkan. Melodi dan irama yang
diimprovisasi boleh ditulis.


MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

28


2.1.3 Peri ngkat Atas Kanak-Kanak (10 11 Tahun)

Peringkat akhir ini adalah amat ketara di mana tumbesaran berlaku
menyebabkan beberapa kesan tidak selesa kerana menghampiri
zaman remaja. Kanak-kanak peringkat ini banyak menyumbang ke
arah ensembel muzik, dengan kebolehan vokal, motor dan intelek
untuk menjadi kumpulan yang menonjol.


A) Ciri-Ciri Individu

1. Terdapat banyak perbezaan pertumbuhan terutamanya di
antara kanak-kanak lelaki dan perempuan (kanak-kanak
perempuan membesar dengan lebih cepat). Terdapat
perubahan fizikal yang ketara pada peringkat ini.
2. Kemahiran bahasa berkembang dengan baik, sesetengah
kanak-kanak memasuki peringkat operasi formal yang di
sarankan oleh J ean Piaget dan digambarkan melalui
kebolehan menyelesaikan masalah dan berkemampuan untuk
menangani idea abstrak dan pemikiran simbolik.
3. Pengaruh rakan sebaya adalah sangat penting,
Walaubagaimanapun perhubungan orang dewasa tidak
dikecualikan .
4. Terdapat peningkatan minat dalam budaya orang lain dan
perasaan ingin tahu tentang dunia luar.
5. Kanak-kanak berumur sepuluh atau sebelas tahun adalah
mudah tersinggung pada kritikan.


B) Ciri-Ciri Muzi kal

1. Suara kanak-kanak mencapai tahap tertinggi
perkembangannya, dan suara kanak-kanak lelaki mula
mengalami perubahan.
2. Renj diantara Bb ke F (dua oktaf lebih tinggi dari C tengah)
adalah biasa.

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

29

3. Koordinasi diperkembangkan untuk membolehkan permainan
irama dan melodi yang lebih kompleks pada alat-alat muzik
seperti glockenspiel, zailofon. Terdapat kanak-kanak yang
berkebolehan bermain piano dan alat-alat muzik orkestra.
4. Harmoni dan tonality diperkembangkan, dan nyanyian padu
suara adalah menyeronokkan.
5. Kanak-kanak agak sukar untuk melakukan pergerakan
mengikut muzik pada peringkat ini
6. Sesetengah kanak-kanak lelaki mula mengalami perubahan
suara.
7. Kanak-kanak berumur sepuluh atau sebelas tahun mungkin
mempunyai kebolehan menilai sendiri persembahan mereka
dan patut diberi galakan untuk melakukannya secara rutin dan
secara objektif.


C) Kesimpul an Tentang Pengalaman Muzi kal

1. Perkembangan fizikal membolehkan pengawalan pernafasan
dan lebih perhatian kepada aspek psikologi dalam nyanyian.
Kanak-kanak perlu memahami mekanisma vokal dan belajar
cara menggunakan suara dengan betul.
2. Aspek-aspek lain dalam nyanyian (frasa, sebutan, ekspresi dan
intonasi) boleh di tekankan.
3. Kanak-kanak dapat mengawal suara dan menghasilkan bunyi
memuaskan. Kanak-kanak mempunyai harapan yang tinggi
dan seronok membuat persembahan jika telah membuat
persediaan. Terdapat penyanyi solo yang akan muncul dari
kumpulan ini.
4. Head voice perlu ditekankan dan perubahan suara perlu
dibincangkan.
5. Minat pada budaya lain boleh membantu pergerakan melalui
tarian rakyat.

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

30

6. Kembangkan pengalaman dalam membaca, menulis dan
menganalisis muzik sementara meneruskan aktiviti aural (ear-
training).


2.2 Melati h Teknik Vokal Untuk Kanak-Kanak Dan Remaja

Terdapat lima komponen utama dalam melatih teknik vokal untuk kanak-
kanak dan remaja seperti yang berikut:

2.2.1 Pernafasan
Pernafasan yang betul adalah asas kepada teknik nyanyian yang
baik. Walaubagaimanapun, untuk belajar bernafas dengan cara yang
betul mengambil masa yang agak perlahan untuk kanak-kanak.

2.2.2 Fonasi
Aktiviti pengucapan dapat membantu dalam perkembangan suara
untuk menyanyi. Kanak-kanak perlu diberi galakan untuk
memperkembangkan suara mereka sebagai sebahagian daripada
latihan untuk warna ton, dinamik, pic dan register.

2.2.3 Penghasilan ton dan resonan
Mengajar cara menyanyi dengan pengeluaran suara yang betul
adalah penting agar tidak merosakkan pita suara.

2.2.4 Sebutan
Sebutan perlu ditekankan pada awal pembelajaran vokal. Latihan
sebutan membantu dalam menghasilkan sebutan yang lancer dalam
nyanyian.

2.2.5 Ekspresi
Ekspresi akan membawa kepada penghayatan dan interpretasi yang
bermakna. Latihan menyanyi mengikut frasa yang betul,
memperluaskan renj suara, mengvariasikan dinamik dan tempo,

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

31

kelicinan serta makna dan mud adalah tergolong dalam cara
mengintepretasi lagu yang bermakna.
.

2.3 Menyanyi Mengikut Pic Yang Tepat
Penghasilan pic yang tidak tepat mungkin disebabkan oleh faktor-faktor
psikologi dan fizikal. Walaubagaimanapun tidak ramai kanak-kanak yang
menghadapi masalah pendengaran kerana fizikal.

Masalah kelemahan dalam nyanyian mengikut pic yang tepat mungkin
disebabkan oleh beberapa faktor psikologi seperti perhatian kepada bunyi pic,
maklumbalas yang betul dan cara pengajaran nyanyian.
2.3.1 Memberi tumpuan kepada bunyi pic
Tidak memberi tumpuan atau tidak fokus kepada bunyi pic mungkin di
sebabkan kedudukan kanak-kanak dalam bilik darjah. Kanak-kanak
yang duduk di belakang dan menyanyi tidak mengikut pic boleh
diubah kedudukannya ke hadapan dan dapat membantunya memberi
fokus untuk menghasilkan pic yang betul. Gangguan persekitaran
juga mungkin menyebabkan masalah dalam memberi tumpuan.

2.3.2 Maklumbal as yang betul
Maklumbalas visual dikatakan dapat membantu dalam persepsi pic.
Contohnya dengan mengerakkan tangan ke atas dan ke bawah
dapat membantu kanak-kanak untuk menyanyi mengikut pic tinggi
dan rendah.

2.3.3 Cara pengajaran nyanyian
Terdapat tiga cara atau mod untuk mengajar pic iaitu dengan
menggunakan visual, audio dan kinestatik. Dengan menggabungkan
ketiga-tiga cara atau mod mengajar, pengajaran adalah lebih
berkesan. Contohnya apabila kanak-kanak belajar menyanyi, aktiviti
visual melibatkan membaca notasi, manakala aktiviti audio adalah
menggunakan model dan imitasi. Pengajaran menggunakan aktiviti

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

32

kinestatik melibatkan kesedaran tentang pergerakan iaitu membuat
pergerakan beserta aksi semasa menyanyi.


2.4 Mengenal Pasti Dan Menangani Masalah Nyanyian Dalam Kelas
Antara sebab nyanyian tidak tepat boleh dibahagikan kepada empat
kategori seperti yang berikut:

2.4.1 Persekitaran
Di sebabkan oleh kurang pendedahan tentang muzik.

2.4.2 Organik
Di sebabkan oleh kecatatan fizikal atau disebabkan oleh penyakit.

2.4.3 Psi kologi
Di sebabkan oleh kurang yakin dan kurang daya ingatan.

2.4.4 Kawalan vokal yang lemah
Di sebabkan oleh kelemahan dalam sokongan pernafasan, kurang
kesedaran kinestatik dalam penghasilan vokal dan tidak
berkebolehan dalam memindah suara ke register suara yang tinggi
dan menyebabkan penghasilan suara yang tegang.


MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

33


Terdapat beberapa aktitviti yang dapat menangani masalah dalam nyanyian
seperti yang berikut:

1) Akti viti persepsi pic
Masalah persepsi pic boleh dibantu apabila kedua-dua maklumbalas
aural dan visual digabungkan. Contohnya ialah apabila kanak-kanak
menyanyi, ia disertakan dengan pergerakan tangan untuk
menunjukkan pic tinggi atau rendah.

Menyanyi melodi dalam frasa yang pendek dalam pelbagai nada
adalah lebih mudah daripada menyanyi pic secara satu persatu.

Kanak-kanak biasanya menghadapi masalah dalam membezakan
diantara suara percakapan dan suara untuk menyanyi. Elakkan
daripada menggunakan lagu dalam nada yang rendah sebalikkan
galakkan kanak-kanak menyanyi dalam pic yang tinggi.

Menyanyi dengan betul memerlukan pendengaran yang cekap.
Kanak-kanak memerlukan masa sebelum memberi tindakbalas
apabila dikehendaki mengimitasi melodi kerana mereka memerlukan
pendengaran dalaman sebelum menghasilkan bunyi pic.



2) Latihan tambahan dalam nyanyi an
Memberi latihan tambahan dalam nyanyian seperti vocal drill dapat
membantu kanak-kanak dalam menangani masalah dalam
nyanyian. Humming yang dijalankan pada awal latihan vokal
(pemanasan suara) dikatakan dapat membantu dalam perkembangan
pendengaran secara dalaman.





MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

34


Berikut adalah contoh latihan hummingl yang dapat dijalankan pada awal
latihan vokal (pemanasanan suara).


Latihan 1



Latihan 2

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

35


3) Pengajaran tentang teknik vokal
Proses penghasilan vokal juga dapat membantu dalam menangani
masalah dalam nyanyian.

Di antara proses penghasilan vokal adalah menggunakan pernafasan
daripada diafragma. Kanak-kanak yang menyanyi dengan pernafasan
yang tidak betul akan menghasilkan pic yang tidak tepat dan suara
yang tegang.

Berikut ialah bentuk diafragma dan abdomen semasa proses
pernafasan.





MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

36



Postur yang betul dan pengurusan pernafasan iaitu cara mengawal
dan menyokong pernafasan juga adalah unsur asas dalam
penghasilan vokal yang mantap.

Berikut ialah contoh postur yang salah dan postur yang sepatutnya
dalam nyanyian.






SALAH BETUL



MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

37


Sebutan dan ekspresi juga adalah sebahagian daripada proses dalam
penghasilan vokal yang mantap. Sebutan yang betul bergantung
kepada pengguaan alat-alat artikulasi seperti rahang, lidah dan gigi.
Unsur-unsur dalam ekspresi pula melibatkan frasa, renj, dinamik,
tempo dan kelicinan dalam nyanyian.

Berikut adalah contoh latihan sebutan yang dapat dijalankan pada
awal latihan vokal (pemanasan suara).

Latihan 1



Latihan 2


Latihan 3

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

38


2.5 Membuat koleksi repertoire nyanyian sesuara dan berlapisan suara
untuk sekolah rendah

Kebanyakan koleksi lagu dalam buku lagu mengandungi pelbagai jenis lagu
dan lagu dalam pelbagai renj iaitu dari mudah ke sukar. Guru perlu memilih
dan mengatur lagu tanpa diberi panduan dan informasi bagaimana cara dan
bila lagu tersebut perlu diajar.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk membantu guru merancang dan
memilih lagu-lagu yang sesuai daripada koleksi yang sedia ada.

2.5.1 Renj
Memilih lagu dalam renj yang sesuai untuk suara kanak-kanak iaitu
lebih kurang di antara pic A dibawah C tengah hingga ke G atau A di
atas C tengah.

2.5.2 Jeda dan struktur melodi
Lagu kanak-kanak perlu mempunyai irama dan melodi yang berulang-
ulang. Lagu yang mempunyai jeda menurun dan beberapa jeda yang
luas dalam melodi juga digalakkan. Struktur melodi adalah mudah di
mana setiap frasa dapat dinyanyikan dalam satu nafas.

2.5.3 Kandungan senikata lagu
Kanak-kanak perlu diberi lagu yang mempunyai senikata dan maksud
mengenai pelbagai perkara. Perkara yang utama dalam memilih
kandungan senikata lagu adalah perbendaharan kata (vocabulary)
yang terdapat dalam lagu tersebut. Lagu yang dipilih hendaklah
mengandungi perkataan yang mudah disebut dan maksud yang
mudah difahami oleh kanak-kanak. Aktiviti nyanyian banyak
membantu kanak-kanak mempelajari perkataan baru. Aktiviti ini
dikenali sebagai language builder.



MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

39


Terdapat beberapa penggunaan teknik nyanyian yang dapat memberi
pendedahan awal kepada nyanyian secara berharmoni bagi kanak - kanak.
Berikut adalah maksud bagi setiap teknik nyanyian berharmoni.

a) Dron
Dron adalah nyanyian yang menggunakan satu not biasanya not tonik dalam
nada yang sama dengan melodi yang dinyanyikan sepanjang lagu.

b) Bordun
Bordun adalah nyanyian yang menggunakan not tonik dan dominan dalam
nada yang sama dengan melodi, yang dinyanyikan sama ada secara
serentak atau berasingan sepanjang lagu.

c) Ostinato melodi
Ostinato adalah nyanyian yang menggunakan satu corak melodi yang
mudah yang dinyanyikan secara berulang kali sepanjang lagu.

d) Canon atau lagu pusingan
Canon atau lagu pusingan adalah lagu yang sama tetapi dinyanyikan
bermula pada bar yang lain secara berulang ulang sepanjang lagu.

e) Kaunter lagu
Kaunter lagu adalah ciptaan melodi yang mudah bagi suara tinggi yang
dinyanyikan mengiringi melodi asal.

f) Lagu berkembar (patner song)
Lagu berkembar adalah dua lagu yang berlainan tetapi mempunyai nada,
pergerakan kod dan bilangan bar yang sama, yang dinyanyikan serentak.

MZU3107 Muzik Dalam Bilik Darjah

40


Lat i han 2.1

1. Anda dikehendaki melayari internet dan mencari maklumat berkaitan
pelbagai jenis lagu berharmoni yang dinyanyikan menggunakan pelbagai
kaedah seperti dron, bordun, canon atau lagu pusingan, ostinato melodi dan
kaunter lagu. Anda perlu mencari sekurang-kurangnya satu teknik lagu bagi
setiap kaedah tersebut.

2. Masukkan semua bahan anda ke dalam portfolio. Portfolio perlu diserahkan
semasa interaksi bersemuka.

Anda mungkin juga menyukai