Anda di halaman 1dari 14

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

HDPS4503
MUZIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN
Aktiviti nyanyian di peringkat sekolah dan prasekolah adalah dirancang dan dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan murid yang seimbang daripada segi
jasmani, rohani, intelek dan emosi selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
(a) Anda dikehendaki mengenal pasti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh murid-
murid dalam pembelajaran nyanyian. Jelaskan masalah-masalah tersebut dan
cadangkan bagaimana mengatasinya.
(b) Huraikan LIMA contoh latihan teknik nyanyian fonasi yang dapat membantu murid-
murid menyebut senikata lagu di atas dengan sebutan yang betul.
(c) Berdasarkan kaedah pengajaran lagu menggunakan hafalan dan lirik bergambar,
senaraikan beberapa langkah bagaimana anda mengajar lagu ‘Six Little Ducks’ pada
Rajah 1 kepada murid-murid sekolah anda dengan berkesan menggunakan kaedah-
kaedah tersebut.
(d) Dengan merujuk sumber-sumber lain cadangkan teknik-teknik latihan nyanyian dari
aspek pernafasan dan postur dengan contoh-contoh yang sesuai.

1
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 3
MASALAH-MASALAH DALAM PEMBELAJARAN
1.1 4
NYANYIAN DAN CARA MENGATASINYA
1.2 LIMA CONTOH LATIHAN TEKNIK NYANYIAN
FONASI YANG DAPAT MEMBANTU MURID-MURID 5
MENYEBUT SENIKATA LAGU.
1.3 MENYENARAIKAN BEBERAPA LANGKAH
MENGAJAR LAGU MENGGUNAKAN KAEDAH 7
HAFALAN DAN LIRIK BERGAMBAR.
1.4 KAEDAH PEMBELAJARAN YANG DIJALANKAN DI
10
TABIKA
1.5 TEKNIK-TEKNIK LATIHAN NYANYIAN DARI ASPEK
12
PERNAFASAN DAN POSTUR
1.6 PENUTUP 13
1.7 RUJUKAN 14

1.0 PENGENALAN
Muzik dapat membantu perkembangan sosial emosi kanak-kanak secara umumnya
emosi bermaksud perasaan. Malah muzik juga dapat membantu perkembangan sosial emosi

2
kanak-kanak di mana mereka pada lazimnya dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok
melalui aktiviti muzik. Selain daripada itu juga aktiviti muzik juga membolehkan kanak-
kanak meluahkan perasaan mereka sama ada takut, gembira, sedih , cemas dan sebagainya.
Tunjang Fizikal dan Estetika mempunyai beberapa pecahan pendidikan yang
tersendiri. Antara pecahan pendidikan tersebut ialah pendidikan muzik. Pendidikan muzik
mempunyai perkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran muzik. Pendidikan muzik bagi
kanak-kanak melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Ia juga mengajar notasi
dan ritma dalam pembangunan manusia secara menyeluruh dan mempunyai perkaitan dengan
pembangunan domain afektif yang merangkumi muzik aprisisasi dan kepekaan. Dengan
bermain alat muzik ianya dapat membantu perkembangan kemahiran psikomotor dan
perkembangan kognitif yang semakin meluas melalui pengiktirafan dan takrifan bagi notasi
muzik.
Dalam pendidikan muzik terdapat beberapa aktiviti yang tekandung di dalamnya,
antara aktivitinya ialah aktiviti nyanyian, permainan alat muzik, pergerakan, pendengaran dan
respon kepada visual dan verbal bunyi-bunyian. Perkembangan intelek, emosi, sosial dan
fizikal yang meliputi pendidikan muzik bukan sahaja untuk berhibur tetapi turut
menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak. Penglibatan pengajaran muzik di tabika
dan sekolah dianggap salah satu komponen asas bagi budaya dan tingkah laku manusia.
Malah setiap budaya mempunyai bahasa muzikal yang tersendiri bagi mewakili atau
mencerminkan tradisi mereka tersendiri.
Pendidikan muzik dapat memperkembangkan JERIS. Muzik juga perlu menjadi
tunjang dan nadi kepada kurikulum pendidikan di sekolah. The San Jose Unified School
District Project telah membuat kajian di AS, mereka mendapai bahawa tahap pencapaian
murid yang mempunyai muzik dalam mata pelajaran utama lebih baik berbanding daripada
sekolah yang tidak mempunyai jumlah masa yang banyak dalam mata pelajaran muzik. Bagi
meningkatkan system pendidikan muzik unsur kreativiti harus dipupuk dari masa kanak-
kanak masih kecil lagi. Ini kerana minda kanak-kanak pada tahap ini masih belum
berkembang sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran
formal. Sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi merupakan proses
tumbesaran kanak-kanak.
Pengajaran dan Pembelajaran muzik perlu berlaku awal di prasekolah, falsafah dan
konsep Zoltan Kodaly. Kanak-kanak pada tahap 5 dan 6 tahun mudah terpengaruh dan mudah
menerima. Proses pembelajaran dan bimbingan muzik perlu diterapkan atau dilakukan di
peringkat prasekolah supaya kanak-kanak ini tidak terdedah kepada muzik yang tidak
3
bermutu. Pergerakan tubuh badan dan nyanyian dapat meningkatkan mutu perkembangan
fizikal dan mental kanak-kanak. Selain daripada membantu perkembangan pergerakan kanak
- kanak, muzik juga mampu memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Muzik
turut memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak dimana ia mampu meningkatkan
pembacaan untuk kanak-kanak disleksia. Ia juga mampu membantu mereka menghafal dan
menajamkan fikiran. Muzik juga merangsang pendengaran dan penglihatan.
Menurut Swanwick K and Talor D.(1982), muzik boleh dijadikan sebagai salah satu
perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang. Kanak-kanak secara
umumnya atau semula jadinya cepat cenderong dan terangsang ke arah bunyi sama ada
bunyi yang mereka dengar itu muzik ataupun sebaliknya. Pada kebiasaanya kanak-kanak
lazimnya akan merasa selesa dan melahirkan ekpresi melalui muzik, irama, ton yang
merupakam asas-asas penting kepada muzik dalam pendidikan muzik.

1.1 MASALAH-MASALAH DALAM PEMBELAJARAN NYANYIAN DAN CARA


MENGATASINYA
Masalah-masalah yang sering berlaku dalam prosese pembelajaran nyanyi pada
peringkat awal kanak-kanak ini adalah seperti masalah sebutan, tempoh dan pic . Sebutan
merupakan salah satu elemen terpenting dalam nyanyian. Dalam Nyanyian organ yang
terlibat secara langsung dalam menghasilkan sebutan adalah mulut, bibir, lidah dan rahang.
Untuk menghasilkan sebutan yang betul kejelasan pada sebutan itu bergantung kepada
koordinasi di antara organ-organ tersebut. Tidak lupa juga dalam nyanyian, sebutan bunyi
vocal dan konsonan hendaklah jelas dan tepat. Bentuk bukaan mulut haruslah betul supaya
dapat menghasilkan sebutan, kuanliti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada awal
dan akhir sesuatu perkataan perlu jelas. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan
yang konsisten.
Masalah kedua yang sering dihadapi oleh kanak-kanak di tabika adalah masalah pic.
Kanak pada usia 5 dan 6 tahun tidak mengetahui tentang asas-asas muzik. Mereka menyanyi
secara tanpa menggunakan teknik –teknik yang betul. Pic adalah berkaitan dengan aras
sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah. Kanak-kanak di tabika selalunya
menyanyikan sesebuah lagu dengan nada suara yang kuat atau menjerik keadaan ini
mengakibatkan sesebuah lagu itu menjadi sumbang dan bising ketika mereka menyanyi.
Kanak-kanak ini menyanyi tanpa menggunakan ketinggian pic dan kerendahan pic ini
menyebabkan nyanyian mereka tidak bergitu sedap di dengar.

4
Masalah yang ketiga adalah masalah tempo. Kanak-kanak di tabika tidak mengetahui
tempo sesebuah lagi ini kerana mereka banyak menyanyikan laku dengan terlalu cepat.
Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah
lagu boleh dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo boleh dinyatakan
dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh
dinyatakan dalam bentuk digit mengikut sukatan metronome. Kelajuan sesebuah lagu
bergantung kepada kadar tempo itu bergerak.

1.2 LIMA CONTOH LATIHAN TEKNIK NYANYIAN FONASI YANG DAPAT


MEMBANTU MURID-MURID MENYEBUT SENIKATA LAGU.
Untuk menghasilkan satu nyanyian yang baik, penggunaan teknik-teknik vocal
dengan betul merupakan salah satu factor utama dan sangatlah penting. Terdapat beberapa
teknik penting dimana ianya bermula dengan pernafasan, postur badan, fonasi, projek
suara,sebutan, register suara dan beberapa teknik yang lain. Selain pernafasan dan postur,
teknik fonasi merupakan salah satu teknik terpenting bagi mendapatkan mutu atau kualiti
suara yang sangat baik.
Fonasi merupakan satu teknik nyanyian dimana bunyi vocal dapat dihasilkan melalui
percakapan atau naynyian. Ianya melibatkan kod vocal dan mekanisme pernafasan. Teknik
nyanyian yang menggunakan teknik fonasi merupakan teknik nyanyian yang menggunakan
bunyi fonasi untuk mengajar nyanyian. Contoh teknik yang menggunakan bunyi fonasi
seperti bunyi vowel a,e,i,o dan u yang diggunakan untuk menyanyikan not-not muzik. Teknik
ini dikenali sebagai Phonetic Singing dalam bahasa Inggeris.
Seseorang yang menghembus nafas keluar dinamakan proses fonasi. Pada peringkat
ini ianya dikenali sebagai peringkat serangan ‘attack’. Perkataan serangan atau attack
merupakan perkataan yang paling penting dalam frasa muzik. Malah ianya adalah perkataan
pertama dalam frasa muzik yang memerlukan attack yang betul. Fonasi yang betul
seharusnya bermula dengan attack yang berlaku di apparatus pernafasan dan bukannya di
kerongkong.

Terdapat beberapa contoh latihan mudah yang dapat membantu dalam teknik
nyanyian fonasi adalah seperti berikut :-

5
1) Latihan meniup lilin pada kek harijadi. Mulakan teknik ini dengan
menghembus keluar udara dan kemudian sebutkan bunyi ‘ooo’ pada pic yang
selesa untuk anda.

2) Latihan menggunakan perkataan ‘Ssss’ untuk menyanyikan lagu mudah


seperti Lagu Selamat Hari Jadi.

3) Latihan menggunakan suku kata yang mempunyai perkataan ‘h’ di hadapan


seperti ‘hah’ ‘hih’ ‘hoo’ dan sebagainya untuk menyanyikan pic-pic yang
mudah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah.

  

Rajah 1

Bagi kanak-kanak teknik nyanyian fonasi adalah sangat penting kepada mereka
kerana teknik fonasi ini merupakan teknik dimana cara mengajar mereka untuk menyebut
setiap perkataan dalam lirik dengan menggunakan sebutan yang betul. Penggunaan teknik
fonasi boleh diajar dengan menggunakan kesemua 26 abjad dengan menghasilkan bunyi
fonasi yang betul. Kanak-kanak yang berlainan bangsa biasanya mempunyai masalah fonetik
yang berlainan.
Pada kebiasaanya kanak-kanak Melayu biasanya mempunyai masalah dalam
menyebut perkataan-perkataan inggeris. Sebagai contohnya bunyi ‘the’, akan disebut ‘de’,
manakala sebutan ‘share’, akan disebut ‘sǽr’. Kadangkala masalah akan timbul pada kanak-
kanak melayu apabila mereka menyebut perkataan yang mempunyai huruf ‘ f ’ akan pertukar
kepada huruf ‘ p’.

Manakala Kanak-kanak bangsa cina mempunyai masalah dalam sebutan huruf L dan
R. sebagai contoh perkataan yang sukar bagi mereka seperti lori, akan sebut loli manakala lari
akan di sebut lali dan ayat red lorry yellow lorry akan disebut led loli yellow loli. Tidak
terkecuali kanak-kanak berbangsa india pada kebiasaannya mengalami masalah untuk
menyebut huruf W dan V. sebagai contoh sebutan waktu akan menjadi vaktu. Malah
golongan ini juga akan menambah konsonan H pada hujung perkataanyang mempunyai huruf
6
vowel dihujung perkataan seperti sebutan nya akan disebut nyah. Keadaan seperti ini akan
memberi pengertian yang berlainan kepada perkataa tersebut. Terdapat beberapa contoh
latiha sebutan fonasi dengan betul antaranya ialah :-

1) Latihan pembentukan mulut bagi menghasilkan sebutan vowel a,e,i,o,dan u


dengan sebutan :
 Pic mendatar, menaik dan menurun
 Panjang/ lanjut ( a..........e........i........o........u......)
 Pendek/ terputus-putus (aaaa/eeee/iiii/oooo/uuuu )

2) Latihan pembentukan mulut termasuk lidah, gigi, bibir dan lelangit untuk
menghasilkan artikulasi lirik lagu yang baik
 Sukukata terbuka . Contoh , la / ma/ mo/ lo / ma
 Sukukata tertutup . Contoh, ka....n, ma....n,..tu....p

3) Latihan mengaplikasikan kemahiran fonasi dalam aktiviti nyanyian dengan


menyanyikan beberapa contoh lagu kanak-kanak atau lagu patriotik
dengan menggunakan unsur dinamik sebagai contoh:-
 Forte (f), mezzoforte (mf), fortissimo (ff), Piano (p), mezzo piano (mp),
pianissimo (pp), crescendo (crese), decrescendo (dec), diminuendo (dim)

1.3 MENYENARAIKAN BEBERAPA LANGKAH MENGAJAR LAGU


MENGGUNAKAN KAEDAH HAFALAN DAN LIRIK BERGAMBAR.

Ada beberapa Langkah –langkah yang sesuai untuk mengajar kanak-kanak pada usia
5 dan 6 tahun menggunakan kaedah hafalan dan lirik bergambar. Langkah-langkah yang
dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan ‘ rote learning’. Dengan menggunakan
langkah ini, kanak-kanak dapat mempelajari sebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan
lagu bergantung kepadaa daya ingatan aural kanak-kanak tersebut. Secara lazimnya terdapat
beberapa langkah-langkah atau kaedah yang di gunakan semasa mengajar lagu iaitu:-

 Kaedah keseluruhan lagu


 Kaedah baris demi
 Kaedah solfege
7
Mengajar dengan menggunakan kaedah keseluruhan lagu adalah untuk jenis-jenis
lagu yang mempunyai lirik yang pendek. Langkah bagaimana mengajar menggunakan
kaedah ini adalah dengan memperdengarkan keseluruhan lagu dengan muziknya. Seterusnya
guru akan menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik. Kanak-kanak akan
mengikut gruru menyanyi keseluruhan lagu secara humming atau dengan menggunakan
sebutan huruf vokal a,e,i,o,u secara berulang-ulangan. Apabila kanak-kanak telah mendapat
rentak lagu, kanak-kanak ini akan mengikut guru menyanyi dengan menggunakan lirik yang
sebenarnya secara keseluruhan. Dan yang terakhir kanak-kanak akan menyanyikan
keseluruhan lagu dengan iringan muzik sebenar.
Langkah-langkah seterusnya adalah dengan menggunakan kaedah baris demi baris.
Kaedah ini selalunya amat sesuai digunakan terutamanya pada kelas yang mempunyai tahap
kebolehan yang lemah. Ianya sangat sesuai digunakan untuk lagu yang panjang dan
melibatkan pengajaran lagu secara sebahagian-sebahagian atau frasa. Kemudian diikuti oleh
cantuman bahagian-bahagian tadi sehingga akhir dan menyanyikan keseluruhan lagu. Kaedah
ini amat sesuai dan langkah yang terbaikuntuk mengajar kanak-kanak mengingati senikata
lagu tersebut. Terdapat beberapa langkah atau cara bagaimana untuk mengajar kaedah
pengajaran lagu secara baris demi baris ini.

 Guru memperlihatkan gambar sekumpulan itik kepada kanak-kanak. Kanak –


kanak diminta untuk memberitahu terdapat beberapa saiz itik didalam gambar.
 Seterusnya guru memperkenalkan lagu ‘Six Little Ducks’ kepada kanak-kanak.
 Guru mengedarkan lirik lagu ‘Six Little Ducks’
 Kanak-kanak mendengar dan mengikut guru menyanyi secara “humming” dari
satu baris ke satu baris.
 Guru menghumming keseluruhan lagu manakala kanak-kanak mendengar dan
mengikut guru menghumming lagu.
 Guru mengajar kanak-kanak membaca senikata lagu baris demi baris.
 Guru membimbing kanak-kanak menyanyi dengan senikata lagu sebaris-demi
sebaris secara berulang-ulang
 Guru dan kanak-kanak menyanyi lagu secara keseluruhan bersama-sama

 Kanak-kanak menyanyi lagu secara solo dengan iringan muzik


8
 Kanak-kanak menyanyi lagu tanpa iringan muzik.

Langkah terakhir yang boleh digunakan semasa mengajar kaedah hafalan dan lirik
bergambar adalah kaedah solfege. Kaedah pembelajaran solfege ini adalah gabungan antara
teknik hafalan rote dan bacaan notasi yang menggunakan syllable (d r m f s l t d’) digunakan
sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem ‘do’ bergerak (movable ‘do’) yang
mana pic ‘do’ bergantung kepada nada lagu. Apabila dalam nada C major-minor, pic ‘do’
ialah not C. Manakala bagi D pula adalah nada D major-minor, pic ‘do’ ialah not D.
penggunaan isyarat tangan dan gaya Kodaly dapat membantu dalam proses pembelajaran
secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat tangan dapat membantu dalam
perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik.
Teknik solfa adalah teknik yang menggunakan isyarat tangan yang bermula dari bunyi
‘do’ bawah yang berada pada paras pinggang dan seterusnya menaik sedikit demi sedikit
sehingga ‘do’pada kedudukan atasyang terletak di paras kepala. Gambar rajah di bawah
menunjukan panduan isyarat tangan :-

1.4 KAEDAH PEMBELAJARAN YANG DIJALANKAN DI TABIKA

SIX LITTLE DUCKS

9
Kaedah pembelajaran yang telah dijalankan di tabika adalah menggunakan kaedah
baris demi baris. Guru memperlihatkan gambar sekumpulan itik kepada kanak-kanak.
Daripada pemerhatian kanak-kanak mereka mendapati bahawa itik tersebut mempunyai saiz
yang berbeza-beza, ada gemuk ‘fat’ ada kurus ‘skinny’ , ada kecil ‘little’ dan ada yang
mempunyai saiz yang sama. Setelah kanak-kanak dapat membezakan saiz itik tersebut kanak-
kanak membilang sekumpulan itik yang terdapat dalam gambar tersebut. Kanak-kanak ini
mendapati bahawa terdapat 6 ekor itik yang berwarna kuning dan salah seekor daripada itik
tersebut mempunyai bulu di belakang badannya. Setelah selesai pemerhatian, guru
memperlihatkan lagu ‘Six little ducks’ kepada kanak-kanak dan mengedarkan lirik lagu ‘Six
Little Ducks’. Guru menyanyikan lagu secara humming dari satu baris ke satu baris,
manakala kanak-kanak mendengar dan mengikut guru menyanyi secara humming dengan
bimbingan. Setelah kanak-kanak mendapat rentak lagu tersebut guru mengajar kanak-kanak
membaca senikata lagu baris demi baris dan guru membimbing kanak-kanak menyanyi
dengan senikata lagu sebaris-demi sebaris secara berulang-ulang. Setelah kanak-kanak dapat
menghafal rentak dan senikata lagu secara keseluruhan, barulah Kanak-kanak dapat
menyanyi lagu dengan iringan muzik. Rajah dibawah menunjukkan cara bagaimana teknik
hafalan dijalankan di tabika:-

SIX LITTLE DUCKS


Six little ducks

10
That I once knew

Fat ones, skinny ones,

Fair ones, too

But the one little duck, With the feather on his back

He led the others, With a quack, quack, quack

1.5 TEKNIK-TEKNIK LATIHAN NYANYIAN DARI ASPEK PERNAFASAN


DAN POSTUR

11
PENAFASAN
Seseorang penyanyi yang baik, mempunyai pengurusan penafasan yang baik. Ini
kerana penghasilan ton yang berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat dapat
menghasilkan lontaran suara yang jelas dan baik. Sekiranya kanak-kanak dapat menguruskan
system penafasan seperti ini mereka dapat menyanyi frasa yang panjang dengan selesa.
Pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma merupakan proses penafasan.
Kemahiran mengawal penafasan boleh dibina melalui latihan yang berterusan. Latihan
penafasan perlu dilakukan semasa aktiviti persedian. Terdapat beberapa latihan penafasan
yang boleh dilakukan diantaranya ialah :-

 Menghembus dan menarik nafas - Hembuskan semua udara dari paru-paru sehingga
anda terasa anda diperlukan udara. Kemudian tarik nafas secara perlahan dan tenang.
 Hiss/Hoo - Sambil menarik nafas secara perlahan, angkat kedua-dua tangan ke atas
secara perlahan dan hembuskan nafas dengan bunyi “hiss”.
 Bernafas secara cepat - Biasanya apabila kita terkejut, kita akan menarik nafas dengan
cepat. Ulang perbuatan seperti ini beberapa kali.

POSTUR
Dalam nyanyian, tubuh badan kita berfunfsi sebagai alat muzik terpenting. Seseorang
penyanyi yang baik semestinya menginginkan mutu pengeluaran suara yang baik, haruslah
mengamalkan teknki vocal yang merangkumi cara penafasan yang betul. Cara penafsan yang
betul haruslah bergantung kepada postur badan seseorang itu. Postur terbahagi kepada 2 iaitu
berdiri dan duduk. Postur berdiri haruslah berdiri dengan tegak, kaki direnggang
sedikit.badan diimbang di kedua-dua belah kaki dan seluruh anggota badan dalam keadaan
yang selesa. Tidak lupa juga keadaan tangan semestinya berada di sisi badan. Dan bahagian
dada hendaklah dikehadapankan dengan bahu ke belakang. Manakala kepala ditegakan dan
dipandang lurus kehadapan.

Manakala keadaan duduk,haruslah duduk tegak dengan kaki direnggangkan sedit dan
pastikan kedua belah kaki diletakan diatas lantai dalam keadaan selesa. Tangan pula harus
diletak diatas paha, semasa duduk diataskerusi mestilah duduk 1/3 daripada keseluruhan
bahagian kerusi dan tidak boleh bersandai pada kerusi. Kedudukan dada pulak juga

12
hendaklah kehadapan dengan bahu kebelakang dan elakkan dari mengangkat bahu. Kepala
mestilah sentiasa tegak dan pandang lurus kehadapan.

1.6 PENUTUP
Kanak-kanak pada usia 4 sehingga 6 tahun sangat peka terhadap bunyi di sekeliling
mereka samada bunyi bising atau bunyi muzik. Pendedahan muzik pada peringkat awal dapat
memberi reaksi yang positif kepada kanak-kanak. Penglibatan kanak-kanak dalam muzik
secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya unutuk menggalakkan
perkembangan kognitif , afektif dan psikomotor kanak-kanak dan disamping dapat memupuk
nilai sosialisasi. Dari segi kognitif pula kanak-kanak mendapat pengetahuan dan kefahaman
tentang konsep muzik yang asas. Manakala dari aspek sosialisasi pula, aktiviti nyanyian,
bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan dapat memberi kesempatan kepada
kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Dengan cara ini kadar
peningkatan terhadap sosialisasi akan meningkat.
Muzik juga dapat membantu kanak-kanak menambahkan lagikemahiran yang sedia
ada pada mereka. Justeru itu, masyarakat pada hari ini perlulah memandang positif terhadap
pendedahan awal dalam pendidikan muzik kepada kanak-kanak bagi memperolehi minda
yang cerda, kesihatan yang sempurna dan juga kemahiran minda yang tinggi. Oleh yang
demikian, Masyarakat hari ini perlulah bersikap terbuka dalam mendorong minat anak-anak
mereka terhadap muzik

1.7 RUJUKAN
Mohd Noor Yusof. (1982). Kajian Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan
Pada Kanak-Kanak. Jernal Pendidikan Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan

13
dan Pemakanan Kuala Terengganu. 22(6):45-52.

Sufian Sukhairi & Osman Ali Rawa. (2008). Kajian Penggunaan Muzik Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan
IPGKTI. 9(4):27-31.

Zainuree Mohd Sa’ad. (2003). Kajian Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Di
Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi SMK Buyong Adil. Tesis
Diploma Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

14

Anda mungkin juga menyukai