Anda di halaman 1dari 9

APRESIASI NYANYIAN MUZIK PRASEKOLAH

1.0 PENGENALAN
Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek
pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan
kanak-kanak prasekolah dalam bentuk elemen muzik. Muzik sentiasa menjadi sebahagian
penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan
irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak
apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti menyanyi bersama yang
dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini
memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak. Muzik boleh
memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik
kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.
Apresiasi Nyanyian Muzik Prasekolah bertujuan untuk meningkatkan kebolehan dan
minat untuk menyanyi lagu kanak-kanak dan dapat memilih lagu-lagu yang sesuai untuk
nyanyian murid-murid prasekolah. Mata pelajaran ini dapat meningkatkan tahap sensitiviti,
kebolehan dan minat dalam apresiasi nyanyian. Disamping itu, ianya juga dapat memberi
pengalaman estetik dan membina potensi kreatif dan inovatif. Muzik nyanyian sangat baik untuk
mengembangkan bahasa kanak-kanak. Nyanyian adalah aktiviti muzikal yang paling awal. Di
dalam nyanyian, tubuh badan manusia sama seperti alat muzik. Ia perlu diposisikan dengan
tepat agar ia dapat berfungsi dengan betul. Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang
menyeronokkan pada kanak-kanak. Suara adalah alat muzik semula jadi. Kanak-kanak dapat
meluahkan perasaan mereka melalui nyanyian. Umumnya kanak-kanak memang suka
menyanyi. Kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam
kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagaibagai jenis lagu. Kebiasaannya muzik dicipta bagi memenuhi tema-tema tertentu dalam
pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri utama lagu kanak-kanak ialah lirik yang sederhana,
mengandungi perkataan atau lirik berulangan dan melodi atau irama lagu yang menarik dan
senang diingati. Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran.

2.0 ULASAN APRESIASI

Saya telah memilih dua orang kanak-kanak untuk menyanyi secara spontan iaitu
seorang budak lelaki yang menyanyi tanpa muzik dan seorang lagi budak perempuan yang
menyanyi dengan iringan muzik. Budak lelaki tersebut telah memilih Lagu Bapa Ku Pulang
manakala budak perempuan telah memilih Lagu Rama-rama.
Ulasan apresiasi saya terhadap nyanyian budak lelaki tersebut ialah seperti berikut.
Sebelum menyanyi budak lelaki itu nampak agak serius dan tidak senyum. Dari aspek
pernafasan dan perangkaian agak kurang terkawal maka, ton suara agak kurang berkualiti,
sebutan yang kurang jelas serta nada dan pic yang mendatar. Oleh itu, pernafasan yang
terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Budak lelaki ini kurang membuka mulut dan
kerongkong dengan luas menyebabkan hasil ton yang kurang baik semasa menyanyi.
Ketepatan penggunaan vokal dan pic bagi budak lelaki tersebut juga adalah terhad. Faktor
dalaman seperti jantina dan umur juga mempengaruhi pic budak lelaki tersebut. Pic merujuk
kepada ketinggian atau kerendahan sesuatu bunyi muzik yang dihasilkan. Ketepatan
penyesuaian pic boleh diertikan sebagai kebolehan untuk menyesuaikan tinggi rendah sesuatu
bunyi muzik.
Dari aspek artikulasi pula, budak lelaki tersebut dapat menggetarkan bunyi pita suara
dengan agak terkawal. Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk bunyi menjadi
konsonan dan vokal. Sebutan adalah penting di dalam nyanyian. Namun, apa yang dapat
didengar dalam sebutan nyanyi budak lelaki tersebut jelas kedengaran sebutannya agak baik.
Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut.
Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten dan berterusan.
Dari aspek postur pula, budak lelaki tersebut telah menyanyi dalam postur berdiri.
Semasa menyanyi, budak lelaki tersebut telah berdiri dengan tegak. Postur nyanyian yang baik
adalah kunci kepada pernafasan yang baik serta penghasilan ton yang berkualiti. Semasa
menyanyi, postur adalah amat penting. Postur mempengaruhi cara pernafasan, mutu
pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian budak lelaki tersebut. Postur yang baik dapat
membantu pengurusan pernafasan yang baik serta menguatkan lagi alat suara seterusnya ton
yang dihasilkan akan menjadi lebih bermutu. Postur nyanyian yang baik bukan sahaja dirasai
baik oleh budak lelaki tersebut tetapi ia juga akan kelihatan menarik oleh penonton. Ia juga
mempengaruhi sikap, penampilan diri dan imej.

Ulasan apresiasi terhadap nyanyian budak perempuan pula adalah seperti berikut.
Kelihatan budak perempuan ini menyanyi dengan lebih santai dan seronok. Budak perempuan
tersebut telah menyanyi bersama dengan iringan muzik. Dari aspek pernafasan dan
perangkaian ialah pernafasan yang terkawal adalah asas nyanyian yang baik. Dengan
pengurusan pernafasan yang baik, budak perempuan tersebut dapat menghasilkan ton yang
berkualiti, sebutan yang jelas serta nada dan pic yang tepat. Di samping itu, budak perempuan
tersebut dapat menyanyikan frasa yang panjang dengan selesa. Proses pernafasan melibatkan
pengembangan pada rangka rusuk, abdomen dan diafragma. Dalam nyanyian, mulut,
kerongkong perlu dibuka dengan luas untuk memberi laluan udara yang banyak bagi
menghasilkan ton yang lebih resonan.
Artikulasi ialah penghasilan bunyi daripada getaran sesuatu. Dari aspek artikulasi pula,
budak perempuan tersebut dapat mengeluarkan bunyi, vocal cords (pita suara) akan dikawal
supaya ia dapat menggetarkan udara yang melaluinya. Dengan cara itu, suatu bunyi akan
terhasil. Gabungan antara gigi, lidah dan bibir akan membentuk bunyi menjadi konsonan dan
vokal. Suara budak perempuan tersebut terhasil daripada getaran pita suara yang terdapat
pada kerongkong. Pita suara bergetar disebabkan oleh udara yang keluar daripada paru-paru.
Bunyi itu diolah oleh bahagian mulut (gigi, lelangit lembut, lelangit keras, lidah dan bibir bagi
menghasilkan pelbagai suara). Sebutan adalah penting di dalam nyanyian. Organ-organ yang
terlibat di dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Kejelasan sesuatu
sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ tersebut. Di dalam nyanyian
budak perempuan tersebut, pernafasan dan bentuk mulut yang betul dapat menghasilkan bunyi
vokal, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir sesuatu
perkataan juga jelas. Mulut dan kerongkong perlu dibuka luas semasa menyanyi supaya
memberi laluan udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk
menghasilkan ton yang lebih resonan. Sebutan nyanyian budak perempuan juga sangat baik.
Ton nyanyian bermula dengan tenaga atau kuasa pengeluaran pernafasan. Budak perempuan
tersebut dapat memberi ton yang bergema dan intonasi yang baik.
Dari aspek postur pula, budak perempuan tersebut telah menyanyi dengan postur
berdiri. Semasa menyanyi, postur adalah amat penting. Postur mempengaruhi cara pernafasan,
mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian. Semasa berdiri, budak perempuan
tersebut telah berdiri dengan tegak. Secara keseluruhan, badan hendaklah mendapat sokongan
daripada bawah iaitu dari lantai ke atas dan perasaan regang/ tegang (strecth) dari pinggang.

3.0 APLIKASI DALAM AMALAN

3.1 Pertandingan Bintang Kecil Peringkat Sekolah bertemakan Lagu Rakyat.


Pertandingan Bintang Kecil peringkat sekolah akan diadakan bersempena dengan
sambutan Hari Guru Tahun 2015. Tema pertandingan tersebut ialah Lagu Rakyat. Tempat
pertandingan akan diadakan di tapak perhimpunan sekolah. Pertandingan Bintang Kecil ini
adalah anjuran Unit Kelab Kebudayaan dan Kesenian Sekolah. Pertandingan ini terbuka
kepada semua murid dari prasekolah hingga tahun enam. Pertandingan ini juga terbahagi
kepada tiga kategori iaitu kategori prasekolah, kategori tahap satu dan kategori tahap dua.
Rasional Pertandingan Bintang Kecil adalah seperti berikut. Setiap murid mempunyai
bakat terpendam. Program yang disusun ini bertujuan untuk menggilap potensi diri murid dalam
bidang kokurikulum. Melalui program ini semua murid diberi peluang untuk mengetengahkan
potensi diri mereka. Program yang diwujudkan ini dapat membentuk sahsiah diri murid yang
harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Matlamat pertandingan adalah untuk melahirkan murid yang cekap dan
berkemahiran tinggi dalam bidang ko-akademik agar potensi diri, minda dan personaliti mereka
lebih menyerlah, berketrampilan serta membawa kepada daya kreativiti dan kepimpinan yang
berkesan di samping menimbulkan rasa keseronokan dan budaya muafakat. Objektif
pertandingan tersebut ialah untuk memupuk budaya murid cemerlang dalam pelbagai bidang,
membina keyakinan dan self-esteem yang tinggi, memperkaya dan mempertingkatkan kualiti
dan kreativiti murid dan mengilap serta menyerlahkan bakat dan potensi murid ke arah yang
lebih mencabar.
Fungsi lagu rakyat dalam masyarakat adalah seperti berikut. Lagu-lagu rakyat yang
wujud dalam masyarakat kita mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ada di antara lagu-lagu itu
yang digunakan oleh bomoh dalam jampi mentera bagi menyembuhkan pesakit yang diserang
sakit samada sakit ringan mahupun sakit yang berat. Selain itu, lagu-lagu ini digunakan bomoh
untuk

memagar

kampung

halaman

mengikut

kepercayaan

aninisme

masing-masing.

Bagaimanapun, Berdah (berdikir rebana) dipercayai boleh menghindar sesebuah masyarakat


daripada penyakit jika diadakan upacara ini. Berdikir rebana juga menyerikan sesebuah majlis
perkahwinan. Kadang-kala berdikir rebana digunakan semasa majlis atau upacara pinang
meminang. Biasanya pada waktu ini akan berlaku situasi berbalas pantun.

Lagu rakyat juga dinyanyikan ketika musim menuai atau waktu mengampin padi muda.
Rentak menepuk . Dalam pada itu ,Lagu Pujuk Lebah digunakan untuk memujuk lebah supaya
tidak menyengat ketika hendak diambil manisan dari sarangnya. Kaedah yang hampir serupa

digunakan untuk memujuk ikan kalui supaya timbul dipermukaan air supaya mudah untuk
ditangkap kaedah ini distilahkan masyarakat dahulu sebagai Siul Kalai . Lagu-lagu rakyat turut
mempunyai pelbagai fungsi seperti untuk memikat anak gadis. Pada masa dahulu,pemuda
yang pandai berdikir rebana akan mendapat perhatian atau menjadi perhatian gadis idaman
yang cantik. Orang-orang muda menggunakan lagu-lagu yang sesuai untuk menunjukkan atau
memperdengarkan suaranya kepada gadis idamannya. Sewaktu persembahan berlangsung
anak gadis akan mengangkat hidangan untuk orang-orang yang berdikir dan pada ketika itulah
gadis atau teruna pendikir akan mencuri pandang. Lagu rakyat turut menjadi permainan kanakkanak. Mereka menyanyikan lagu-lagu ketika bermain contohnya permainan nenek-nenek.
Ibu-ibu turut menggunakan lagu-lagu sewaktu hendak menidurkan anaknya dalam buaian
manakala nenek pula menyanyikannya untuk melelapkan mata cucu-cucunya. Dalam hubungan
ini jugalah lagu-lagu rakyat akan dapat digunakan untuk membentuk pekerti yang mulia orangorang yang mendengarnya.
Kesimpulannya, budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui
budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan.
Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan
mendapat iktibar. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat
kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam.
Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.

3.2 Program Kemerdekaan Lagu Patriotik.

Aktiviti Kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam melengkapkan lagi
kecemerlangan menyeluruh setiap murid. Bagi memenuhi keperluan ini, maka Panitia Kajian
Tempatan, Panitia Pendidikan Sivik, dengan kerjasama dengan Panitia Moral dan Panitia
Pendidikan Seni dan pihak pengurusan sekolah, akan melaksanakan program Kemerdekaan
2015. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair, mengasah dan
menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga
guru-guru. Objektif program tersebut ialah menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan
tanahair, berdisiplin dan bekerjasama. Kedua, melahirkan murid kreatif dan inovatif. Ketiga,
mengalakkan aktiviti berkelompok (kemasyarakatan). Program tersebut akan diadakan pada
bulan Ogos 2015 bersempena dengan bulan kemerdekaan. Sasaran penyertaan adalah di
kalangan murid prasekolah, murid tahap 1 dan murid tahap 2.
Ciri-ciri dan nilai lagu patriotik ialah pembentukan warga negara yang mempunyai
semangat patriotik adalah berasaskan amalan ciri-ciri berikut. Pertama, bersemangat cinta akan
negara dan bangsa. Kedua, berbangga sebagai rakyat Malaysia. Ketiga, bersemangat kekitaan.
Keempat, berdisiplin dan kelima ialah berusaha dan produktif. Senikata atau lirik lagu patriotik
lebih berfokus kepada semangat atau cinta kepada negara, raja dan tanah air dan bersemangat
kekitaan. Kebanyakkan lagu-lagu patriotik adalah berentak Mac, asli dan masri. Manakala mud
yang disampaikan adalah bersemangat. Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini
akan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan
dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan tidak menjejaskan proses
pengajaran dan pembelajaran. Jawatankuasa acara sambutan bulan kemerdekaan juga telah
ditubuhkan.
Kanak-kanak harus didedahkan kepada nilai cinta akan negara dan sifat-sifat patriotik.
Mereka perlu disedarkan bahawa kepentingan semangat patriotisme. Ibu bapa harus mendidik
mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang
berjuang demi tanah air. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran dan ikut kata ibu bapa.
Sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga dewasa. Semangat patrotik
yang disemaikan dalam jiwa bakal pemimpin negara turut akan diingati dan dipraktikkan oleh
mereka pada masa hadapan. Ibu bapa wajar menjadi teladan kepada kanak-kanak. Mereka
harus menerapkan semangat patriotik dalam kehidupan. Kanak-kanak yang cepat belajar
daripada ibu bapa akan mengikut jejak mereka dengan mengamalkan semangat patriotik .
Secara tidak langsung, perbuatan membelot negara akan dikeji dan lahirlah keinginan rakyat
untuk memberi sumbangan untuk kepada negara. Dengan semangat itu, negara kita dapat
membangun dengan pesat dan menjadi negara maju. Selain itu, pengaruh guru turut beperanan
penting dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa rakyat negara ini semenjak

kanak-kanak. guru-guru yang mengajar di sekolah patut menekankan unsur-unsur patriotik


terutamanya dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral. Mereka perlu mendorong
kanak-kanak lahir perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan negara.
Mereka perlu mendedahkan amalan yang mengandungi unsur patriotisme kepada kanak-kanak.
Maka wujud patriotisme dalam pembentukan sahsiah insan-insan mulia.
Pengajuran sambutan bulan kemerdekaan ini memerlukan kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha
membentuk imej sekolah yang positif. Kesimpulannya, semangat patriotik mesti disemaikan
dalam jiwa rakyat negara ini semenjak mereka kanak-kanak. Demikianlah perbuatan derhaka
dapat dicegahkan dan kukuh semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Maka wawasan
2020 dapat dicapai dan Malaysia akan menjadi negara gemilang. Rasa bangga sebagai
warganegara Malaysia semasa Jalur Gemilang dikibarkan.

4.0 PENUTUP
Muzik merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik maka akan
dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran.
Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang
memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa, dan meneroka
sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran. Kanakkanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui.
Oleh itu, kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan.
Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran,
sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vocal diadakan bagi
seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama
diutamakan dalam kegiatan ensemble.penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu
terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia. Konsep muzik
yang ditegaskan dalam bidng ialah melodi dan irama.
Muzik sememangnya sebati dalam jiwa manusia tidak mengira peringkat umur. Bayi
berumur lima bulan yang masih dalam kandungan ibu yang belum dilahirkan sudah
ditenteramkan oleh rentak irama degupan jantung ibu. Kebanyakkan bayi yang sudah boleh
duduk atau berdiri akan memperlihatkan pelbagai gelagat dan gerakan apabila terdedah
kepada muzik iklan. Maka, tidak hairanlah semua kanak-kanak mempunyai keupayaan untuk
memahami dan menikmati muzik. Mereka juga dilahirkan ke dalam alam yang kaya dengan

bunyi-bunyian dan sejak awal lagi mereka telah berinteraksi dengan pelbagai bunyi. Dengan
cara yang sama kanak-kanak belajar membezakan bunyi, dan seterusnya mengenal dan
memahami muzik. Akhiranya mereka mengalami elemen-elemen muzik secara tidak langsung.
Kanak-kanak yang berada pada umur yang dapat mematuhi peraturan, mengikut arahan,
kebiasaannya pada umur empat tahun. Kanak-kanak pada umur ini dapat mengajuk pic yang
didengarnya dan mempunyai kawalan psikomotor untuk bermain kibod. Mereka juga perlu
mengenal, membaca, dan menulis huruf abjad A hingga G kerana muzik hanya menggunakan
huruf A hingga G sahaja. Maka, tidak hairanlah kanak-kanak pada zaman sekarang ini sudah
pandai menyanyi walaupun usia masih kecil dan juga memasuki pertandingan nyayian untuk
menyerlahkan lagi minat dan bakat mereka dalam muzik. Dalam proses menentukan proses
menentukan pendidikan muzik bermutu dapat diberikan kepada kanak-kanak prasekolah,
pengetahuan dan penghayatan sesuatu ilmu perlu dititikberatkan. Penghayatan yang mendalam
akan menentukan pelaksanaan atau penggunaan ilmu yang lebih berkesan. Walau
bagaimanapun bahasa muzikal tidak mempunyai peraturan yang tetap sejak dahulu lagi.
Bahkan ia mengalami banyak perubahan dan berkembang dari semasa ke semasa.

RUJUKAN
Pra Budidharma. (2001). Metode vokal profesional. Jakarta: Seri Pustaka Musik

Farabi.

Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Choksky, L. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.
Taylor, E. (1989). The AB guide to music theory, (Part 1). Great Britain: Associated Board.
Choksky, L. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice Hall.
Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th Ed.). New York: McGraw-Hill Companies, Inc.
www.skpp11satu.eduputrajaya.net/?p=458 Cached Karnival Kesenian Murid 1Malaysia ...
id.scribd.com/doc/43963572/Kertas-Kerja-Bintang-Kecil-2010 Cached Kertas Kerja Bintang
Kecil 2010. Kertas Kerja Bintang Kecil 2010. ...
kumpulan4a.blogspot.com/2010/03/pengenalan-muzik.html
retibasa.blogspot.com/2010/08/lagu-tradisi.html
sevenofus-fikaisa.blogspot.com/2009/...contoh-semangat-patriotik.html

Anda mungkin juga menyukai