Anda di halaman 1dari 4

PERANAN MUZIK DALAM PERKEMBANGAN KANAK KANAK

Perkembangan setiap kanak kanak adalah unik dan komplek. Mengikut sejarah,muzik
digunakan untuk membantu perkembangan kanak kanak dari segi sikap,watak dan
emosi serta untuk mengajar konsep pembelajaran dalam kehidupan. Muzik adalah
sesuatu yang sedia ada dalam diri kanak kanak. Menurut Monroe(1900), ibu bapa juga
memainkan peranan untuk memperkenalkan muzik kepada kanak kanak supaya
mereka mesra dengan bunyi bunyian. Selain itu,mereka juga boleh mengembangkan
perkembangan kanak kanak

PERKEMBANGAN MUZIKAL KANAK KANAK BERUMUR 2 HINGGA 3 TAHUN

Pada tahap umur ini,kanak kanak akan mula bergerak mengikut muzik,selain itu
mereka akan mengeluarkan suatu yang bunyi yang menyerupai suku kata perkataan
contohnya ‘cucu’ untuk susu. Mereka juga akan menyanyi satu atau dua lagu yang
mereka minati. Mereka juga akan mula melibatkan diri dengan sajak dan lagu. Pada
tahap ini juga, mereka boleh mencipta lagu melalui alatan – alatan muzik seperti
makasar,dram dan kerincing. Malah mereka juga dapat mencipta bunyi melalui
mengetuk sudu dan pinggan,menghentak kaki,menepuk dan meniup. Selain itu,mereka
juga mulai mendengar lagu lagu pendek dengan sepenuh perhatian. Ini menunjukkan
bahawa muzik juga membantu kepada perkembangan kanak kanak
PENDAPAT TOKOH

Menurut Dr. Lihana Borhan yangmerupakan pensyarah perkembangan kanak kanak di


Universiti Malaya, kepelbagian muzik sangat berguna untuk masa hadapan kanak
kanak kerana ianya memupuk kemahiran menulis,membaca dan perbahasan. Ini
menunjukkan bahawa kesesuaian muzik untuk bayi dan kanak kanak tidaklah
terhad,aslkan muzik itu tidak terlalu kuat dan menyakitkan telinga.

Manakala menurut Barlow (1997), beliau percaya bahawa muzik adalah satu elemen
penting dalam kurikulum dan beranggapan bahawa muzik perlu diajar dalam
pembelajaran untuk mendorong mereka untuk menyanyi,cintakan muzik agar aktiviti
yang mereka sertai menjadi lebih seronok. Prinsip yang perlu ada dalam pendidikan
muzik harus bermula sejak lahir lagi, memberi anggapan bahawa menyanyi merupakan
aktiviti yang menyeronokkan, beri peluang kepada kanak kanak menyanyi dengan lebih
kerap, mengajak mereka mencipta lagu sendiri dan mulakan muzik dengan lagu yang
mudah.
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

PENGENALAN MUZIK
 Definisi Muzik
 Pendapat Tokoh

PERANAN MUZIK DALAM PERKEMBANGAN KANAK KANAK


 Kebolehan yang mereka miliki
a) Menyanyi
b) Pergerakan
c) Bermain
d) Mendengar

PERKEMBANGAN KANAK KANAK UMUR 2 HINGGA 3 TAHUN


DARI SEGI:
 Fizikal
 Kognitif
 Social
 Emosi

RUMUSAN

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai