Anda di halaman 1dari 26

PERKEMBANGAN

SOSIO-EMOSI

Interaksi 10:

Perkembangan
Moral

PERKEMBANGAN MORAL
* Perkembangan moral melibatkan perubahan
pemikiran, perasaan dan tingkahlaku terhadap nilai
kebenaran atau kesilapan.
* Ia mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan
regulasi dalaman seseorang individu dan interpersonal
yang melibatkan interaksi sosial dengan orang di
persekitaran.
* Pemikiran, tingkahlaku, perasaan dan personaliti
seseorang saling berkait dalam penilaian moral
seseorang individu.

Teori-teori Perkembangan Moral

1. Teori Perkembangan Moral Jean


Piaget
2.Teori Perkembangan Moral Kohlberg

Jean Piaget

4
Lawrence Kohlberg

Tiga peringkat Perkembangan


Moral Piaget
1. Pra-moral (0 to 3 tahun)

Kanak-kanak kurang memahami


konsep moral / peraturan.

2. Moraliti Luaran/Realisme (Heteronomous morality


or moral realism)
(4 to 7 years)
.Peringkat pertama perkembangan moral
* Kanak-kanak melihat peraturan sebagai sesuatu yang
telah ditetapkan dan tidak boleh diubah.
* Mereka menilai sesuatu tindakan melalui akibat cth:
kemas barang mainan kerana takut dimarah.
* Kanak-kanak mementingkan akibat yang akan diterima
daripada sesuatu perbuatan.

* Peringkat transisi (7 10 tahun)

Mempunyai ciri-ciri peringkat


sebelumnya tetapi sudah mula
beralih ke peringkat seterusnya.

3. Moraliti Dalaman/Relativisme (Autonomous


morality / Moral relativism) (10 tahun ke atas)

* Mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang


dicipta oleh manusia dan bukan sesuatu yang mutlak.
* Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan
akibat.
* Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral
berdasarkan aspek-aspek lain niat, perasaan,
keadilan dan tingkahlaku.
8

B. Teori Perkembangan Moral Lawrence


Kohlberg
Kohlberg berpendapat penaakulan moral berkait
dengan perkembangan kognitif individu walaupun
kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang
tidak menjamin kepada peningkatan dalam tahap
penaakulan moral seseorang.
Peringkat perkembangan moral Kohlberg
terbahagi kepada 3 tahap dan setiap tahap
mengandungi 2 peringkat.

Tahap 1: Pra-Konvensional
Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan
Hukuman
Peringkat 2: Orientasi Ganjaran Peribadi
Tahap 2: Konvensional
Peringkat 3: Orientasi Kanak-kanak Baik
Peringkat 4: Orientasi Autoriti
Tahap 3: Pos-Konvensional
Peringkat 5: Orientasi Kontrak Sosial
Peringkat 6: Orientasi Prinsip Sejagat

Tahap 1: Pra-Konvensional (peringkat kanak-kanak)


* Pada tahap ini perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan
hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.
* Ada 2 peringkat:
Peringkat 1: Orientasi Kepatuhan dan Hukuman
Pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan egosentrik
yang mementingkan diri sendiri.
* Mereka lebih mementingkan kesan fizikal.
* Kanak-kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana
takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar
peraturan.

Peringkat 2: Orientasi Ganjaran Peribadi


* Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan
untuk mendapatkan balasan.
* Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak
sendiri.
* Kanak-kanak melakukan sesuatu kerana ganjaran
yang bakal diterima.

Tahap 2: Konvensional (Peringkat kanak-kanak dan


remaja)
* Tahap pertengahan. Individu sudah mula mengaplikasikan
peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh
ibubapa, guru dan komuniti.
Tahap ini mengandungi 2 peringkat:
Peringkat 3: Orientasi Kanak-kanak Baik
* Kanak-kanak/remaja mengaplikasikan ukuran moral yang
telah ditetapkan oleh ibubapa, guru atau orang di
persekitaran.
* Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan
terhadap peraturan yang ditetapkan.

Peringkat 4: Orientasi autoriti


* Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan,
undang-undang dan ketetapan yang telah ditetapkan
oleh masyarakat.
* Pada peringkat ini individu percaya terhadap keutuhan
undang-undang.
* Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk
menjaga kesejahteraan komuniti.

Tahap 3: Pos-Konvensional
* Tahap penaakulan moral paling tinggi
Individu mula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain
dalam penaakulan moral.
* Mula mempunyai kod moral dan etika tersendiri
Peringkat 5: Orientasi kontrak sosial
* Individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip.
* Mereka menilai undang-undang yang ditetapkan berdasarkan hak individu
* Pemikiran moral pada peringkat ini adalah berkaitan dengan usaha untuk
mempertahankan hak-hak asasi, nilai-nilai yang telah dipersetujui dalam
sesebuah masyarakat.
* Mereka melihat undang-undang sebagai sesuatu yang fleksibel dan
mempunyai alternatif.
* Undang-undang dipatuhi sekiranya ia menepati hak-hak individu.

Peringkat 6: Orientasi prinsip sejagat


* Peringkat tertinggi dalam perkembangan moral
ia melibatkan soal falsafah tentang moral
seseorang.
* Pada peringkat ini individu telah mempunyai
kod-kod moral dan etika yang tersendiri yang
menepati hak-hak individu sejagat.
* Mereka mementingkan kesamaan hak kepada
semua individu dan menghormati maruah dan
prinsip individu.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan


Moral
i. Institusi kekeluargaan
* Permulaan perkembangan, kanak-kanak mencuba
untuk memahami konsep moral. Cubaan ini perlu
ditunjukajar oleh orang yang lebih dewasa supaya kanakkanak dapat menunjukkan dan menaakul perlakuan
moral yang seimbang.
* Ibubapa bertanggungjawab memberi asuhan yang baik
dan membimbing anak-anak supaya menjadi individu
yang harmonis.
* Kanak-kanak bertanggungjawab mematuhi niali-nilai

Perlekatan yang selamat (secure attachment)


memainkan peranan penting dalam
perkembangan moral kanak-kanak.
Melalui perlekatan yang selamat kanak-kanak
dapat memahami dan mengaplikasi kehendak
atau etika yang diterapkan oleh ibubapa.
Cara ibubapa mendisiplinkan anak-anak juga
memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan moral kanak-kanak.

Beberapa corak mendisiplinkan anak-anak:


i. menjarakkan kasih sayang (love withdrawal)
- ibu bapa menjarakkan perhatian/kasih sayang terhadap
anaknya tidak bercakap atau menyatakan rasa tidak
gemar/tidak suka perbuatan anaknya.
ii. menunjukkan kuasa
- ibubapa menunjukkan kuasa dalam mengawal
perlakuan atau mengambil tindakan ke atas perlakuan
anaknya.
iii. dorongan
- ibubapa mendorong anak-anak memikirkan sebab dan
menerangkan akibat dari perbuatannya

* Martin Hoffman (Berg, 2003), teknik menjarakkan kasih sayang dan


menggunakan kuasa akan membangkitkan ketegangan emosi kanakkanak.
* Menjarakkan kasih sayang boleh menimbulkan keresahan kepada kanakkanak dan penggunaan kuasa akan membangkitkan rasa benci dan
pemusuhan kepada ibubapa.
* Teknik dorongan kurang membangkitkan ketegangan emosi kanakkanak. Kanak-kanak lebih difokuskan kepada akibat yang akan dialami
daripada perbuatannya bukannya atas kesalahan yang dilakukan.
* Teknik dorongan juga menggalakkan kanak-kanak menaakul dan berfikir
tentang perlakuannya.
* Teknik dorongan lebih membawa kepada perkembangan moral yang
positif di kalangan kanak-kanak
* Strategi proaktif juga boleh digunakan. Ia digunakan untuk mengalih
perhatian kanak-kanak daripad situasi bermasalah atau mengalih
perhatian mereka kepada alternatif yang lain.

Ciri-ciri ibubapa yang boleh membantu perkembangan moral


kanak-kanak:
i. menunjukkan kemesraan dan memberi sokongan bukannya
hukuman. Berikan sebab mengapa sesuatu perkara tidak patut
dilakukan dan beri sokongan kepada setiap perlakuan baik
yang ditunjukkan.
ii. menggunakan teknik dorongan dalam mendisiplin anakanak. Mendorong anak-anak untuk memberi sebab dan akibat
daripada perbuatan yang dilakukan.
iii. memberi peluang kepada kanak-kanak belajar tentang
perasaan dari perspektif orang lain. Asuh anak-anak untuk
menilai perasaan orang lain. Nilai empati perlu ditanamkan
semenjak kecil.

iv. melibatkan kanak-kanak dalam proses membuat


keputusan tentang perlakuan moral yang dipersetujui.
Tanya anakanak tentang keputusan yang diambil dan
rujuk kepada keputusan yang telah dipersetujui
bersama semasa mengambil sesuatu tindakan.
v. menunjukkan contoh perlakuan moral yang baik.
vi. memberikan maklumat tentang perlakuan moral
yang diingini dan yang tidak diingini.
vii. mengembangkan kesedaran moral secara intrinsik.

ii. Sekolah
a. Kurikulum tersembunyi
* KBSR dan KBSM telah mengaplikasikan penerapan nilainilai murni merentasi kurikulum.
* Setiap guru harus menerapkan nilai-nilai murni secara
tersebunyi (implisit) dalam strategi dan isi kandungan
P&P.
b. Pembinaan Modal Insan
* Berdasrkan FPK, pembinaan modal insan menjadi
antara agenda utama dalam merealisasikan agenda FPK.
* Aktiviti-aktiviti ilmu pengetahuan akademik, kokurikulum, perkhemahan ibadat dan motivasi, bulan
moral dan nilai-nilai murni, bengkel-bengkel kemahiran

c. Sekolah Penyayang
* Kesemua murid sekolah adalah penting dan perlu diberi
layanan yang sama rata
* Guru pemberi ilmu, mengambil peranan ibubapa,
pembimbing dan pendengar yang baik, memberi nasihat
d. Iklim Sekolah
* Paandangan dan saranan murid diambil kira.
* Beri peluang kepada murid menerangkan sebab salahlaku.
* Guru berbincang dengan murid sebab-sebab dan akibatakibat yang akan dihadapi jika melanggar peraturan disiplin
* Persekitaran sekolah yang tenang tanpa ugutan boleh
membangkitkan rasa selamat di kalangan murid-murid.

e. Khidmat Sukarela
* Adakan program-program pembimbing rakan sebaya
(PRS), lawatan ke rumah kebajikan, menjadi sukarelawan.
* Kesukarelawan membantu murid supaya tidak
mementingkan diri dan memberi kesedaran bahawa
ramai lagi golongan yang tidak bernasib baik dan
memerlukan bantuan.
* Keterlibatan dalam kesukarelawan membuatkan muridmurid mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi, rasa
tanggungjawab dan kemahiran sosial yang baik.

Implikasi Perkembangan Sosio-Emosi terhadap


proses P&P
* Bantu pelajar menilai permasalahan yang mereka
sedang dan akan hadapi.
* Bantu pelajar menilai berdasarkan perspektif orang
lain.
* Bantu murid membuat hubungkait antara nilai yang
dinyatakan dengan tingkah laku yang dibuat.
* Pastikan semasa aktiviti P&P murid saling mendengar
antara satu sama lain.
* Pastikan kelas anda menunjukkan kesedaran dan
keprihatinan terhadap isu-isu moral dan nilai sejagat.

Anda mungkin juga menyukai