Anda di halaman 1dari 25

PERANAN PELAJAR DALAM PEMBENTUKAN SEBUAH KOMUNITI NPEMBELAJARAN KOLABORATIF Amelia Abdullah Universiti Sains Malaysia Mohamed Amin

Embi Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak

PENGENALAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan pemangkin perubahan pendidikan di Malaysia. TMK merupakan alat sumber dalam pengajaran dan pembelajaran. Wawasan 2020 menginginkan setiap individu di Malaysia mempunyai pelbagai kemahiran serta berilmu pengetahuan yang tinggi untuk sentiasa mampu bersaing dengan dunia luar (Abu Bakar 1994). Wawasan 2020 juga bertujuan untuk mewujudkan suatu persekitaran yang menjana inovasi teknologi untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar mampu mencapai tahap teknologi di luar jangkaan. Sejajar dengan itulah, Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor-MSC) dilancarkan. Dengan ketibaan era pengetahuan atau k-era (knowledge era) maka pendidikan menjadi lebih mencabar. Perkongsian idea-idea baru tidak lagi terhad kepada pendidikan dalam keadaan formal tetapi melalui perutusan elektronik yang dapat merentasi batasan waktu, sempadan geografi serta disiplin ilmiah (Dzulkifli 2003). Cetusan ekonomi berasaskan maklumat atau kekonomi melibatkan lebih banyak komunikasi serta transaksi dalam teknologi menggunakan media elektronik yang canggih dan terkini. Aspek perkongsian dan perangkaian adalah penting dalam k-ekonomi dan TMK dapat membantu usaha menubuhkan rangkaian bagi semua peringkat secara fizikal ataupun maya (Dzulkifli 2003). Johnson dan Johnson (1996) juga ada menyebut mengenai masyarakat kita yang telah berubah daripada kerjaya yang berlandaskan pengeluaran yang pekerjanya bekerja secara individu pada kerjaya yang berlandaskan teknologi dan informasi yang individu selalunya bekerjasama secara berkumpulan. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi setiap warga Malaysia dilengkapi dengan sifat sosial yang positif agar dapat bekerjasama secara kolaboratif.

LATARBELAKANG KAJIAN Keperluan untuk menimba ilmu pengetahuan secara berterusan pada alaf ini melibatkan bukan sahaja golongan pelajar yang masih berada di bangku sekolah malahan juga para pelajar yang dikategorikan sebagai nontraditional (Paloff & Pratt 2001) iaitu mereka yang telah bekerja dan masih ingin meneruskan pengajian mereka ataupun para pelajar yang tidak dapat mengikuti kelas di institusi pengajian atas sebab-sebab yang tertentu. Bagi para pelajar ini, keperluan untuk meneruskan pembelajaran adalah kerana kehendak kerjaya ataupun keinginan mereka sendiri untuk meningkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka. Bagi golongan ini, yang selalunya mempunyai kekangan dari segi masa dan tempat, kaedah pembelajaran yang sesuai ialah melalui Pembelajaran Jarak Jauh. Pembelajaran ini menawarkan kaedah pembelajaran yang fleksibel, tanpa mengira batasan yang terdapat pada kaedah pembelajaran tradisional. Pengaplikasian Internet dalam pendidikan di Malaysia merupakan suatu senario baru dan canggih terutama di institusi pengajian tinggi. Dari sini maka wujud istilah seperti virtual learning, online learning serta pembelajaran siber (Rosenberg 2001; Jones 1999), e-pembelajaran dan juga Networked Learning (Pembelajaran Berjaringan) atau n-pembelajaran. Kaedah pembelajaran berjaringan ini dilihat sebagai satu kaedah yang dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan global. Pembelajaran berjaringan atau npembelajaran dilihat sebagai penggunaan rangkaian komputer untuk menjalankan aktivitiaktiviti pendidikan (Harasim 1997). Bagi tujuan kajian ini, istilah yang akan diguna pakai ialah networked learning atau npembelajaran. Istilah ini digunakan kerana ia merujuk pembelajaran yang dijalankan melalui interaksi dalam perangkaian komputer yang menekankan pembelajaran kolaboratif di kalangan pelajar dan instruktor serta pembentukan sebuah komuniti pembelajaran yang berjaya (Harasim 1997). Keberkesanan kaedah pembelajaran ini dapat dilihat melalui dapatan kajian yang telah dilakukan oleh pakar pendidikan. Kajian Schutte (1996) serta Phipps dan Merisotis (dalam Paloff & Pratt 2001) telah menunjukkan bahawa para pelajar yang belajar dalam kelas virtual kolaboratif mempunyai pencapaian yang lebih cemerlang dalam penilaian berbanding para pelajar yang belajar secara bersemuka. Menurut Schutte lagi, perbezaaan pencapaian itu sebahagian besar datangnya daripada usaha para pelajar bekerjasama dan berkolaborasi dalam kelas. Pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu para pelajar untuk mencapai tahap pengetahuan yang lebih mendalam melalui pembentukan matlamat yang sama, perkongsian eksplorasi dan juga melalui kolaborasi dalam proses membina kefahaman (Paloff & Pratt 2001). Pembelajaran kolaboratif dikenal pasti sebagai kaedah yang efektif yang dapat menyediakan para pelajar untuk memasuki alam pekerjaan kerana pembelajaran kolaboratif menekankan kesefahaman dan perkongsian maklumat sesama para pelajar semasa proses pembelajaran sedang berjalan. Di samping pembelajaran kolaboratif, n-pembelajaran dilihat sebagai kaedah

yang dapat menepati kehendak pendidikan kini, kerana ia memberikan peluang kepada setiap lapisan masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan.

SOROTAN LITERATUR Perkembangan n-pembelajaran menyebabkan peranan instruktor dan pelajar mengalami perubahan yang agak besar. Dalam n-pembelajaran, para pelajar lebih bertanggungjawab dalam menguruskan pembelajaran mereka mengikut keperluan mereka sendiri. Instruktor hanya sebagai fasilitator yang membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran mereka. Seperti instruktor, dalam n-pembelajaran, para pelajar juga mempunyai pelbagai peranan yang seharusnya dimainkan, terutama apabila berada dalam satu komuniti pembelajaran kolaboratif. Paloff dan Pratt (2001) menyenaraikan beberapa peranan yang dimainkan oleh para pelajar: i. Penjana Pengetahuan (Knowledge Generators)

Para pelajar mendapat serta membentuk pengetahuan yang diperoleh dan kemudiannya menyesuaikan ilmu pengetahuan tersebut mengikut keperluan mereka. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh akan digunakan sebaik-baiknya dalam kehidupan sebenar mereka. ii. Kolaborator

Sebagai sebahagian daripada ahli sesebuah komuniti pembelajaran, para pelajar haruslah mampu bekerjasama dengan rakan dan instruktor untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Para pelajar seharusnya mampu untuk memberikan serta menerima maklumbalas di samping dapat membuat penilaian kendiri terhadap pencapaian mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Paloff dan Pratt (2001), dalam persekitaran n-pembelajaran para pelajar diharapkan agar dapat bekerjasama secara kolaboratif untuk menjana kefahaman yang lebih mendalam dan kritikal. iii. Penggerak dan Penutup (Initiator and Wrapper)

Para pelajar merupakan agen yang aktif dalam n-pembelajaran manakala penglibatan instruktor ialah minimum. Peranan pelajar sebagai penggerak dan penutup dipikul sebahagian besarnya oleh pelajar. Penggerak akan memulakan perbincangan sementara penutup akan merumuskan perbincangan. Oleh itu, dalam sesebuah komuniti pembelajaran kolaboratif, pelajar mestilah memainkan peranan sebagai penggerak dan penutup untuk memastikan pembelajaran berjalan dengan jayanya. Instruktor perlu menyerahkan sebahagian daripada autoriti kepada para pelajar melalui penurunan kuasa. Instruktor hanya perlu memantau proses pembelajaran agar proses tersebut berjalan dengan lancar.

Peranan-peranan lain yang boleh dimainkan oleh pelajar dalam komuniti pembelajaran kolaboratif ialah: a. Mediator orang tengah yang cuba menyelesaikan perselisihan pendapat ahli komuniti lain, b. Pencabar - mencabar pelajar lain untuk memberikan respons atau idea mereka, c. Pencetus Perbincangan mengemukakan soalan-soalan yang dapat mencetuskan perbincangan, d. Pembentuk Jaringan Sosial menggunakan interaksi untuk membina sebua persekitaran sosial yang kondusif. Di samping peranan peranan positif yang disebutkan di atas, terdapat juga peranan negatif pelajar yang wujud dalam sesebuah komuniti pembelajaran kolaboratif iaitu: i. Lurkers Pelajar yang kurang atau tidak membuat sumbangan dalam komuniti pembelajaran. Lurkers hanya berdiam diri atau berperanan sebagai seorang yang pasif. Mereka juga hanya mengambil dan menyedut sumbangan pelajar lain untuk kepentingan diri sendiri. Adakalanya, mereka ini tidak langsung mengakses forum dan hanya sebagai ahli berdaftar pada nama sahaja. Menurut Salmon (2000), Lurkers ini terdiri daripada tiga kategori iaitu: a. freeloader mereka yang menggunakan sumbangan orang lain untuk kepentingan diri sendiri; b. sponge mereka yang memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran, norma dan cara berinteraksi dengan aktif dalam npembelajaran; dan c. lurkers yang mempunyai masalah akses dan kemahiran. Preece (2000) menyenaraikan beberapa punca pelajar tidak memberikan sumbangan dalam komuniti kolaboratif dan menjadi lurkers iaitu: a. tiada keyakinan untuk memberikan idea-idea dan selalu merasakan yang idea mereka tidak bernas atau tidak dapat diterima oleh rakan-rakan lain, b. kesulitan mengakses talian,

c. tidak memahami konsep komuniti pembelajaran dan tidak mempunyai hibungan yang akrab dengan ahli komuniti lain, d. mempunyai tahap motivasi yang rendah, e. lebih berminat untuk mendapatkan maklumat tanpa berinteraksi. Perbuatan sebegini dianggap sebagai suatu sikap pentingkan diri dan tiada komitmen serta kesungguhan yang tinggi terhadap komuniti n-pembelajaran dan boleh membawa perpecahan komuniti tersebut. ii. Flamers Flaming berlaku apabila pelajar mula berasa kecewa dengan keadaan lalu mereka menunjukkan ketidakpuasan hati mereka melalui kata-kata kasar atau membuli pelajar lain. Flamers juga akan memberikan komen yang menyinggung perasaan pelajar lain ataupun instruktor. Perbuatan ini, walaupun dilakukan secara bertulis ialah tidak profesional dan dapat mengganggu kelancaran proses pembelajaran. ii. Dominan Pelajar yang dominan ialah pelajar yang akan menguasai 50% atau lebih perbincangan yang diadakan. Pelajar yang dominan tidak semestinya yang mempunyai pengetahuan tinggi. Sesetengah pelajar gemar untuk menarik perhatian dan tidak memberikan peluang kepada pelajar lain untuk menyumbangkan idea dan pendapat mereka. Menurut Paloff dan Pratt (2001), terdapat dua jenis dominasi iaitu: a. Dominasi personal pelajar mendominasi perbincangan dengan perkaraperkara yang tiada kaitannya dengan pembelajaran; b. Dominasi akademik pelajar sangat berpengetahuan lalu mendominasi perbincangan akademik dan tidak mahu mempertimbangkan pendapat pelajar lain. Kedua-dua jenis dominasi ini dapat menghalang pelajar lain daripada turut serta dalam pembelajarn dan dapat menyekat pembentukan komuniti pembelajaran kolaboratif daripada berlaku. Namun begitu, tidak semua pelajar yang bersifat dominan memainkan peranan negatif. Adakalanya, pelajar dominan diperlukan untuk menggerakkan komuniti pembelajaran yang pasif. Peranan-peranan negatif ini, jika dibiarkan tanpa apa-apa intervensi daripada instruktor akan menghalang pembentukan komuniti pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, adalah menjadi tugas instruktor serta ahli komuniti yang lain untuk memantau dan memastikan bahawa perananperanan negatif ini terkawal.

OBJEKTIF KAJIAN 5

Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti peranan pelajar dalam pembentukan dan pengendalian komuniti pembelajaran kolaboratif melalui n-pembelajaran. PERSOALAN KAJIAN Apakah peranan pelajar dalam pembentukan dan pengendalian komuniti pembelajaran kolaboratif melalui n-pembelajaran? METODOLOGI KAJIAN Kajian yang dijalankan berbentuk kajian kualitatif untuk menjawab persoalan penyelidikan mengenai fenomena dan proses yang berlaku semasa pembentukan komuniti pembelajaran kolaboratif serta peranan pelajar dalam proses tersebut. Kajian kualitatif didapati sesuai untuk kajian ini kerana kajian digunakan untuk mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang sesuatu isu yang kurang diketahui secara meluas serta untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai situasi yang naturalistik yang tidak dapat diperoleh melalui kajian kuantitatif ( Strauss & Corbin, 1990). Kajian juga dilihat sebagai sebuah kajian yang menggunakan pendekatan interpretif iaitu berfokuskan kepentingan pemahaman terhadap keseluruhan mesej dalam interaksi serta kepentingan mengupas segala makna yang tersirat dalam interaksi tersebut (Gunawardena et al., 1997; Fontana & Frey, 1998; Hillman, 1999). a. Responden Seramai 23 orang pelajar pra siswazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan seorang instruktor terlibat dalam kajian ini. Kesemua pelajar ini terdiri daripada guru dalam perkhidmatan yang mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah masing-masing. Mereka mengikuti pengijazahan ini secara separuh masa. Instruktor yang terlibat pula menjadi tutor bagi kumpulan pelajar yang terlibat. Beliau mempunyai pengalaman mengajar atas talian selama setahun. Setiap pelajar diberikan kod nama sebagai identiti iaitu PA, PB, PC dan seterusnya sehingga PW. Manakala, instruktor pula dikenali dengan Puan S. Responden temu bual pula terdiri daripada empat pelajar daripada kumpulan di atas dan Puan S. b. Persekitaran Kajian Responden kajian menjalani pembelajaran dalam mod campuran yang sesi pembelajaran dijalankan dalam dua keadaan iaitu atas talian dan secara bersemuka. Bagi kajian ini, fokus hanya diberikan kepada benang-benang interaksi tidak segerak atas talian antara instruktor dan pelajar serta di kalangan sesama pelajar. c. Tempoh Kajian Kajian dijalankan selama 13 minggu (satu semester). d. Instrumen Kajian

i. Analisis interaksi tidak segerak. ii. Temubual separa berstruktur. e. Pengumpulan dan Analisis Data Data yang dikutip melalui interaksi tidak segerak atas talian dan temubual telah diarkibkan, ditranskripsi dan kemudiannya dikodkan mengikut skema pengekodan yang telah disediakan (Lihat Jadual 1a dan 1b). Peranan 1. Penggerak dan Penutup (Hara et al 1998) Tugas/Indikator Penggerak pelajar yang memulakan perbincangan. Penutup pelajar yang merumuskan perbincangan Mengemukakan soalan-soalan yang dapat mencetuskan perbincangan dan pertukaran idea sesama ahli komuniti. 1. Banyak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh instruktor. 2. Sering memulakan perbincangan. Menjadi orang menyelesaikan ketidaksefahaman. tengah konflik dalam atau

2. Pencetus Perbincangan

3. Penjana Pengetahuan

4. Mediator/Penyelesai Masalah 5. Pembentuk Jaringan Sosial ( Rourke 2001)

Membentuk persekitaran yang mempunyai kewujudan sosial.

Jadual 1a : Peranan Positif

Peranan Yang Mungkin Menghalang Pembentukan Komuniti Kolaboratif Yang Kondusif

Peranan Lurkers

Indikator Tidak memberikan sumbangan. Hanya masuk untuk mendapatkan pengetahuan atau memantau sahaja. Menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sesuai serta menyinggung perasaan ahli komuniti yang lain. 1. Hanya menyumbang secara rawak dan terhad. 2. Hanya mengiyakan sahaja pendapat pelajar lain tanpa menyumbang idea sendiri. Pelajar yang menguasai lebih 50% daripada perbincangan dan mesejmesejnya tidak semestinya berbentuk akademik sahaja

Flamers

Penyumbang Pasif

Dominan

Jadual 1b : Peranan Negatif DAPATAN Peranan Positif Peranan 1: Penggerak dan Penutup Penggerak merupakan pelajar yang memulakan perbincangan manakala penutup pula ialah pelajar yang merukuskan perbincangan dalam forum (Hara et al 1998). Melalui analisis interaksi, penyelidik mendapati bahawa seramai lapan orang pelajar dalam komuniti ini memainkan peranan sebagai penggerak. Mereka ini sering memulakan topik-topik baru untuk dibincangkan dalam forum. Di samping itu, terdapat dua daripada lapan orang pelajar yang seringkali menjadi penggerak setiap kali selepas sesi tutorial bersemuka dijalankan. PT merupakan penyumbang terbanyak dalam komuniti ini sementara PF pula merupakan pelajar yang aktif yang banyak mengutarakan soalan-soalan dan bukannya sekadar menjawab persoalan sahaja.

As we know, most of us cultivate reading habits from the reading materials that were interesting or with personal purposes. We read for info, pleasure and general knowledge in extensive reading. In short, extensive reading matters most in this world of knowledge. What is your take on this? (PF, M12, T1) Penggerak penting dalam komuniti n-pembelajaran kolaboratif untuk memastikan komuniti ini sentiasa berinteraksi. Dengan adanya penggerak, instruktor tidak perlu untuk sentiasa memulakan diskusi dan kawalan pembelajaran akan terletak pada bahu pelajar.

Menurut Hara et al. (1998) lagi, seorang yang berperanan sebagai penutup mempunyai tanggungjawab untuk merumuskan perbincangan atau mengakhiri diskusi untuk sesuatu topik. Selepas analisis interaksi dilakukan, penyelidik mendapati hanya lima orang pelajar sahaja yang dapat dikenal pasti sebagai penutup iaitu mereka ada membuat rumusan atas perbincangan yang dijalankan. Sebagai contoh: Contoh : Hi all, I agree with what Pn said. I like to sum it up by sharing with you using the book Tidy your room, Tanya for Yr 4. i had to try out the conversation between all the characters in the book as a short drama. Although it is simple and short but they really show their interest because they really enjoyed it. I think by doing this kind of activity, they can remember the story better and they are able to use the language. (PP, M24, T5) Penyelidik juga mendapati bahawa tidak semestinya pelajar yang banyak memberikan sumbangan merupakan pelajar yang berperanan sebagai penggerak mahupun penutup. Sebagai contoh, PJ merupakan pelajar kedua terbanyak sumbangannya dalam forum ini namun beliau tidak membuat sebarang posting memulakan ataupun merumuskan perbincangan. Beliau lebih cenderung menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh instruktor atau rakan sekomuniti. Peranan 2: Pencetus Perbincangan Pencetus perbincangan merupakan pelajar yang mengemukakan soalan-soalan yang dapat mencetuskan perbincangan. Terdapat sedikit perbezaan antara pencetus perbincangan dengan penggerak. 1. Pencetus perbincangan: a. Tidak memulakan diskusi. Membuat banyak persoalan ketika diskusi berjalan. b. Mengutarakan persoalan untuk mencetuskan perbincangan Penggerak: a. Memulakan diskusi atau topik baru b. Memulakan diskusi dengan pernyataan.

2.

Melalui analisis, penyelidik mendapati bahawa hanya terdapat empat orang pelajar sehaja yang menunjukkan ciri-ciri pencetus perbincangan iaitu PF, PQ, PI dan PG. PG merupakan pelajar yang agak lewat membuat posting dalam forum. Beliau hanya membuat posting selepas Tutorial Tiga. Namun begitu, apabila beliau mula melibatkan diri dalam forum, beliau didapati seorang penyumbang yang agak proaktif. Sebanyak 12 mesej yang dibuat beliau memperlihatkan persoalan-persoalan yang dapat mencetuskan perbincangan, seperti contoh dalam vignet di bawah:

10

In pre-reading activities, it should be able to activate students background knowledge. What do you think the kind of background knowledge we expect from our students in teaching Lit? Knowledge of the language or knowledge that relate to the poem or story? (PG, M20, T5) Mesej di atas telah dapat mencetuskan perbincangan yang panjang lebar mengenai topik tersebut. Sebanyak sepuluh respons telah diberikan oleh rakan-rakan sekomuniti. Seperti yang diutarakan oleh Responden Dua melalui temu bual, dalam komuniti atas talian, pelajar memang mempunyai banyak peranan. Rakan yang mempunyai lebih banyak idea akan memberikan soalan untuk difikirkan bersama. Satu lagi indikator yang menunjukkan seorang pelajar itu berperanan sebagai pencetus perbincangan ialah apabila pelajar tersebut mencabar atau membuat provokasi terhadap idea atau pendapat pelajar lain. Pencabar ini akan membuat pernyataan yang bersifat kontroversi agar pelajar-pelajar lain dapat menyahut cabaranyyan, contohnya memulakan perdebatan tentang sesuatu isu. Namun, hasil daripada analisis, penyelidik mendapati tiada mesej yang merupakan pernyataan provokasi. Penyelidik mengandaikan yang para pelajar dalam komuniti ini merasakan tidak perlu untuk memprovokasi respons daripada rakan-rakan. Hal ini kerana maklumat yang diberikan mencukupi dan terperinci. Provokasi yang tidak dibuat dengan baik juga boleh mencetuskan konflik. Oleh itu, ada kemungkinan pelajar tidak mahu suasan komuniti yang harmoni dicemarkan dengan konflik. Peranan 3: Penjana Pengetahuan Peranan sebagai penjana pengetahuan terbahagi kepada dua iaitu: i. ii. Banyak menjawab persoalan yang dikemukakan instruktor Sering berkongsi maklumat dengan menyumbangkan artikelm ilustrasi atau nota , dalam forum.

Melalui analisis interaksi, penyelidik mendapati terdapat tiga pelajar yang menepati ciri-ciri peranan (i). Ketiga-tiga mereka sering memberikan respons pada setiap persoalan yang diajukan oleh instruktor. Respons yang diberikan bernas dan dapat membanty meningkatkan kefahaman rakan-rakan lain. ...How does a stylistics approach differ from Literature as content approach? (Pn. S, M15, T2) Respons PC: Hi! A language based approach is studying of the text will help to integrate the language. Students will be involved in detailed analysis of the language to make meaningful interpretation. In content approach, the history and characteristics of literary movements, social, political and historical background, rhetorical devices are taught. (PC, M17, T2)

11

Bagi kategori (ii) pula, penyelidik mendapati seramai tujuh orang pelajar menunjukkan ciri-ciri peranan tersebut. Mereka ini berperanan sebagai penjana pengetahuan dengan berkongsi maklumat daripada pelbagai sumber dengan rakanrakan lain. Mereka membuat mesej yang mengandungi artikel, nota serta laman web yang sesuai untuk digunakan oleh setiap ahli komuniti. Penyelidik juga mendapati bahawa terdapat dua kategori penjana pengetahuan ini iaitu yang memberikan maklumat dengan terperinci dan yang hanya sekadar memberikan alamat lamat web sahaja atau memberikan informasi yang ringkas tanpa penjelasan. Sebagai contoh: Here, I like to share a short synopsis of The Drovers Wife. The Dorvers wife struggles to protect her children from a dangerous snake. She and her faithful dog bravely fight and kill the snake. There is no rejoicing. The story is set in the Aust. bush. We are introduced to a very harsh and rough nature. Moral of the story Life is a series of struggles and one must be brave and strong to overcome difficulties. (PP, M6, T4) 1. 2. 3. 4. Ive some ideas in text selection to share: Find natural boundaries if u need to divide it into sections. Break the long sentences into shorter ones. Remove as many adjectives as possible. Try to keep onlu content or keywords. (PA, M5, T1)

Penjana pengetahuan juga menunjukkan usaha untuk mendapatkan bantuan atau maklumat daripada pelajar lain. Ini menunjukkan kesanggupan pelajar tersebut untuk mengaku kekurangan yang dihadapi mereka serta keinginan untuk mengatasi kekurangan tersebut melalui bantuan daripada pelajar lain dan instruktor. Data menunjukkan seramai lapan pelajar yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Seperti yang diutarakan Bruffee (1993) dan Barnes (2003), pelajar telah berada dalam zon komuniti kolaboratif yang selesa jika mereka telah mampu untuk mengakui kekurangan yang ada dan mengharapkan bantuan rakan-rakan serta instruktor untuk mengisi kekurangan ilmu yang ada. Berikut merupakan contoh mesej yang merujuk peranan tersebut: Hi friends, Thank you for the ideas. But can you suggest any suitable methods or techniques that I can used for the lowest class? Not only to make it interesting but also to motivate my students to read more. (PN, M38, T1) Peranan 4: Penyelesai Masalah / Mediator Penyelesai masalah berperanan membantu memberikan cadangan atau saranan pada masalah yang dihadapi oleh rakan sekomuniti. Dapatan menunjukkan tidak terdapat pelajar yang spesifik 12

yang berperanan sebagai penyelesai masalah. Penyelidik mendapati peranan ini dimainkan oleh majoriti (15 orang) pelajar dalam komuniti tersebut. Setiap pelajar ini mengambil inisiatif untuk membantu rakan-rakan mereka tanpa menunggu respons daripada instruktor. Assalamualaikum, Im teaching primary school so it is difficult to me because some of them dont understand my communication. So how? Thanks . (PL, M72, T2) Since most of us are primary school teachers we can adapt to our students situation. Now in primary school in Yr 4 and 5, literature is introduced. What we can do is, start at most simple task as looking at the cover of the book, illustrations and ask your students to create their own cover and you will be surprised to see the result. (PM, M73, T2) Data juga menunjukkan bahawa ada ketikanya, pelajar ini juga ada bertanyakan soalan serta mengutarakan permasalahan dan kemudian pelajar lain pula akan menjadi penyelesai masalah mereka. Dapat dirumuskan di sini bahawa pelajar dalam komuniti ini tidak hanya memainkan satu peranan yang tetap. Peranan dimainkan diadaptasi mengikut situasi yang bersesuaian. Mediator pula agak berbeza peranannya daripada penyelesai masalah. Mediator merujuk pelajar yang menjadi orang tengah dalam menyelesaikan konflik atau ketidaksefahaman yang berlaku dalam kalangan sesama pelajar. Walau bagaimanapun, penyelidik tidak dapat mengesan manamana pelajar yang berperanan sebagai mediator melalui analisis interaksi. Situasi ini berlaku kerana tidak wujud sebarang ketidaksefahaman yang melampau dalam komuniti tersebut. Perbezaan pendapat yang wujud dapat diselesaikan tanpa bantuan mediator mahupun instruktor. Namun begitu, melalui temu bual, penyelidik mendapati ketidaksefahaman itu wujud dan kadangkalanya memerlukan mediator untuk menyelesaikannya. Kadangkala saya juga menjadi mediator; iaitu orang tengah bila ada perselisihan pendapat yang tidak dapat diselesaikan. Saya akan cuba untuk selesaikan masalah tersebut. Mungkin dengan memberikan idea yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak. Ambil jalan tengah. (R1, temu bual) Bila ada konflik, rakan-rakan lain cuba selesaikan supaya tidak melarat. Dalam komuniti mesti ada seorang mediator yang bagus. Kalau tiada, instruktorlah yang jadi mediator. Perbezaan pendapat bagus juga sebab minda akan lebih terbuka luas. (R2, temu bual) Peranan 5: Pembentuk Jaringan Sosial

13

Menurut Anderson (2000) dan Rourke et al. (2001), untuk membentuk sebuah komuniti npembelajaran kolaboratif yang kondusif, kewujudan sosial (social presence) perlu hadir. Kewujudan sosial merupakan cara pelajar mengekspresikan diri mereka dalam konteks sosial, melalui social cues iaitu pernyataan atau sebahagian daripada pernyataan yang tiada kaitannya dengan kandungan subjek pembelajaran (Henri, 1992). Dengan kata lain, untuk membentuk sebuah persekitaran yang mempunyai kewujudan sosial, pelajar mesti berperanan sebagai pembentuk jaringan sosial. Data melalui analisis interaksi menunjukkan bahawa pelajar menggunakan ayat-ayat yang tidak formal dalam interaksi mereka. Bahasa yang digunakan adalah mudah dan ada ketikanya mereka menggunakan singkatan seperti Lit. (Literature), Ss (Students) serta Ts (Teachers) dalam interaksi. Penyelidik beranggapan situasi ini berlaku kerana pelajar telah lama mengenali di antara satu sama lain dan hubungan mereka juga akrab. Melalui analisis interaksi juga penyelidik mendapati bahawa setiap pelajar yang melibatkan diri dalam forum ini berperanan sebagai pembentuk jaringan sosial. Dapatan menunjukkan pernyataan-pernyataan tersebut adalah seperti kata-kata aluan, kata-kata penutup serta pernyataan berbentuk penghargaan. Jadual 2 merujuk contoh-contoh tersebut: Kata-kata aluan 1. Hi all, I just want to know whether I need to summarise stanza by stanza? (PJ, M13, Tug) Penutup 1. ...Tq (PD, M40, T2) 2. ...Thanks. I get a clearer picture now. (PT, M16, T4) Pernyataan Berbentuk Penghargaan 1. Hi, thanks for sharing the ideas of understanding the poem. Through reading alone sometimes it is difficult to understand. By with guiding from our members and our tutor it had helped me a lot. Thank you again. (PL, M6, T4) Jadual 2. Contoh pernyataan yang merujuk social cues Di samping pernyataan-pernyataan di atas, social cues juga termasuklah pernyataan berbentuk sokongan, motivasi serta penggunaan jenaka dalam interaksi (Henri, 1992). Motivasi dan sokongan daripada rakan dapat membantu dan menggalakkan pelajar untuk terus berada atas talian kerana hal ini menunjukkan keprihatinan dan sikap kolaboratif yang positif yang menginginkan setiap pelajar dalam komuniti ini mendapat faedah daripada interaksi yang dijalankan dan bersama-sama mencapai kejayaan yang sewajarnya. Namun begitu, penyelidik tidak menjumpai mana-mana mesej berbentuk jenaka dalam interaksi ini. Penyelidik membuat andaian bahawa kemungkinan pelajar merasakan tidak sesuai untuk berjenaka dalam perbincangan yang bersifat akademik. Peranan Negatif Peranan 1 : Penyumbang Pasif 14

Penyumbang pasif merupakan pelajar yang hanya menyumbang secara rawak dan terhad. Di samping itu juga, pelajar yang hanya mengiyakan sahaja pendapat pelajar lain tanpa menyumbangkan idea sendiri juga dikenali sebagai penyumbang pasif. Melalui analisis interaksi, penyelidik dapat mengenal pasti seramai empat orang penyumbang pasif dalam komuniti ini (PG, PI, PN dan PO). Mereka telah menyumbangkan kurang daripada lima mesej setiap seorang. PG hanya membuat mesej dalam slot Tugasan (tiga mesej) iaitu untuk bertanyakan mengenai tugasan yang harus dilakukan dan satu mesej yang juga berbentu persoalan dalam slot Tutorial 5. Beliau tidak membuat mesej yang berbentuk penjelasan mahupun memberikan respons kepada persoalan rakan-rakannya serta instruktor. Hi, I also have difficulty in understanding the poem. Although I am teaching poem for my form one students but I still face the problem. I dont know how to interpret the poem. Can you help to give tips? (PG, M5, Tug) PI pula hanya membuat tiga mesej sahaja sepanjang kursus dijalankan. Tidak seperti PG, PI ada membuat inisiatif untuk cuba menjawab persoalan yang diajukan oleh instruktor. Melalui interaksi juga, penyelidik mendapati posting yang dilakukan oleh PI semuanya berbentuk pernyataan. Hi, a poem is very individual. The reader interprets the poem according to his own understanding. Therefore, we cannot say that someones interpretation is wrong if it is different from ours. (PI, M20, T5) PO telah membuat posting sebanyak lima mesej. Berbeza dengan PN, PI dan PO, mesej-mesej yang dilakukan oleh PO adalah mendalam dan lebih bernas. Beliau dilihat mempunyai pandangan yang sangat berguna. Agak malang kerana beliau merupakan penyumbang yang pasif kerana jika beliau aktif, beliau dapat membantu rakan dan memberikan manfaat kepada komuniti pembelajaran kolaboratif tersebut. Contoh mesej yang disumbangkan oleh PO: I feel the selection of texts by the teacher is an important factor. The selected text should be based on the students language competence, their background and interests. Only then they will be able to interact and enjoy the poems or short stories. Also, teachers must bear in mind other factors affecting the students like maturity, experience, educational and emotional state. (PO, M45, T3) Melihatkan interaksi atas talian tersebut, penyelidik mendapati bahawa kempat-empat pelajar ini menunggu sehingga T4 dan T5 untuk membuat posting. Walaupun PO ada membuat posting dalam T3, namun kekerapan mesej beliau terletak dalam slot T5. Penyelidik beranggapan bahawa pelajar-pelajar tersebut berbuat demikian kerana hanya ingin mendapatkan markah untuk interaksi atas talian dan mereka tidak berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli komuniti pembelajaran kolaboratif tersebut. Mereka membuat mesej tersebut sebagai syarat

15

untuk tidak mendapat markah kosong dalam forum dan bukannya bertujuan berkongsi idea dan pengetahuan bersama rakan-rakan lain. Hal ini jelas dilihat daripada kualiti mesej yang disumbangkan serta kekerapan mesej-mesej tersebut Peranan 2: Lurkers Salmon (2000) mengkategorikan lurkers ini pada tiga iaitu: i. freeloader mereka yang tiada sumbangan langsung tetapi memanfaatkan sumbangan pelajar lain untuk kepentingan diri sendiri, ii. sponge pelajar yang mula-mula hanya meninjau dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri namun menjadi aktif apabila telah selesa dengan persekitaran pembelajaran beliau. iii. mereka yang tidak menyumbang disebabkan mempunyai masalah akses atau kemahiran. Dapatan menunjukkan bahawa lurkers dalam kategori (iii) tiada dalam komuniti ini. Hal ini adalah kerana para pelajar bukanlah pelajar yang baru. Oleh itu, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dari segi kemahiran kerana mereka telah menggunakan forum untuk berinteraksi pada setiap sesi pembelajaran yang dijalani mereka. Namun begitu, melalui temu bual, penyelidik mendapati bahawa ada ketikanya pelajar-pelajar berdepan dengan masalah mengakses forum. Kesukaran ini melambatkan usaha mereka untuk berinteraksi dalam forum tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh responden-responden temu bual: R4: Kadang-kadang tidak boleh akses. Oleh itu, proses pembelajaran menjadi tidak lancar. Ianya mengganggu terutama bila ingin melihat soalan tugasan. R1: Susah untuk masuk forum walaupun guna ID dan kata laluan saya. Selepas berulang kali cuba baru dapat akses. Selalu kena lapor ke bahagian teknikal. Daripada respons di atas, dapat disimpulkan bahawa semua pelajar dalam komuniti ini mempunyai kemahiran yang cukup untuk menjalani pembelajaran secara berjaringan dan mereka semua telah menggunakan platform dan sistem pengurusan maklumat ini selama sembilan semester. Yang menjadi masalah pada kelancaran interaksi atas talian ialah gangguan sistem teknikal yang digunakan oleh institusi pendidikan tinggi tersebut yang merupakan suatu isu yang di luar bidang kuasa para pelajar tersebut. Penyelidik dapat mengenal pasti dua orang pelajar yang tergolong sebagai lurkers dalam kategori (i) iaitu PB dan PV. Kedua-dua pelajar ini langsung tidak membuat apa-apa posting sepanjang semester. Tidak dapat dipastikan dengan tepat sama ada mereka ada mengakses forum dan hanya meninjau sahaja ataupun mereka langsung tidak mengakses forum.

16

Temu bual dengan R4 (yang juga PB) memberikan penjelasan mengenai punca beliau tidak menyumbang dalam forum. R4 mengetahui betapa pentingnya penglibatan beliau dalam forum namun menurutnya, beliau tidak mempunyai masa untuk berada di hadapan komputer dan berinteraksi. Kerja sekolah yang banyak serta terpaksa bertanggungjawab atas kelas peperiksaan merupakan alasan R4 tidak dapat melibatkan diri dalam komuniti pembelajaran tersebut. Beliau merasakan agak terkilan kerana kehilangan 5% daripada markah yang disediakan tetapi menurut beliau, beliau terpaksa mengorbankan 5% kerana keadaan memaksa. Responden-responden temu bual lain juga ada menyatakan beberapa alasan ada dalam kalangan rakan-rakan mereka tidak masuk dalam forum. Di antara sebab-sebab tersebut adalah: i. Tanggungjawab kepada keluarga: anak-anak masih kecil dan memerlukan perhatian; tekanan daripada suami/isteri yang tidak memberikan sokongan. ii. Masalah kewangan: bil telefon yang tinggi kerana menggunakan talian telefon untuk Internet. iii. Kekangan masa. iv. Sikap: 1. tidak mengambil berat, 2. malas ke kafe siber apabila komputer tiada, 3. merasakan 5% tidak menjejaskan gred, 4. tidak begitu selesa berinteraksi atas talian, 5. tidak berminat dengan perkomputeran. Untuk PW (yang juga R1) pula, beliau merupakan pelajar yang tergolong dalam kategori (ii) iaitu sponge. Beliau mula menyumbangkan mesej agak lewat iaitu selepas T3. Walau bagaimanapun, beliau menjadi penyumbang yang agak aktif dengan menyumbang sebanyak 12 mesej keseluruhannya. Beliau mengambil masa untuk menyesuaikan diri dan berasa selesa dalam komuniti (R1, temu bual).

Beliau meninjau dan melihat interaksi rakan-rakan sebelum melibatkan diri beliau dalam forum tersebut. Beliau juga merasakan bahawa forum merupakan platform terbaik untuk berkongsi pengetahuan dan meluaskan lagi minda. Seperti yang dinyatakan R1: Memang saya mula agak lewat. Bila sudah biasa saya akan aktif. Forum ini banyak faedahnya. Yang penting adalah networking dengan rakan dan instruktor. Ilmu didapati dengan banyak kerana sumbernya tidak terhad. Respons dari rakan juga adalah pendorong untuk saya melibatkan diri dalam diskusi tersebut. (R1, temu bual). Pn. S juga memainkan peranan dalam memastikan agar lurkers ini menyumbang dalam komuniti. Data menunjukkan Puan S ada memberikan peringatan kepada para pelajar, khasnya untuk yang hanya berdiam diri agar membuat posting seawal mungkin dalam forum. Namun, penyelidik merasakan bahawa tanggungjawab yang sebenarnya terletak pada bahu pelajar itu sendiri untuk mula membuat posting seterusnya menjadikan diri mereka sebahagian daripada 17

ahli komuniti tersebut. Instruktor hanya boleh memantau dan memberikan nasihat serta peringatan sahaja. Melalui temu bual juga, penyelidik mendapati bahawa kehadiran lurkers (kategori freeloader) tidak begitu disenangi dalam komuniti tersebut. Lurkers dilihat sebagai pelajar yang mementingkan diri sendiri kerana tiada sumbangan yang dibuat. Apabila seorang pelajar telah mendaftarkan diri dalam sesuatu kursus atas talian, beliau telah menjadi ahli komuniti pembelajaran tersebut dan haruslah berperanan sebagai seorang ahli komuniti pembelajaran kolaboratif (McConnell 2006). Lurkers dianggap sebagai ahli yang tidak memegang tanggungjawab yang sepatutnya sebagai sebahagian daripada komuniti. Berikut merupakan pendapat yang diberikan oleh responden-responden temu bual mengenai lurkers: R3: Sepatutnya setiap orang memanglah kena sumbangkan sesuatu, barulah adil. Tetapi, ada yang tidak masuk langsung, ataupun setakat jadi penonton sahaja. Apabila kita telah mendaftar untuk belajar secara ini, kenalah cuba untuk memberikan sesuatu walaupun sedikit. Kena ambil inisiatif sebab kita bergerak sebagai satu pasukan. Tidak adil kepada yang lain jika mereka sahaja yang memberikan idea R1: Untuk saya, keadaan ini begini adalah tidak adil. Konsep berkongsi adalah asas kepada pembelajaran atas talian. Kalau tidak aktif pun tidak apa. Memadai dengan membuat satu posting seminggu. Ini usaha berkumpulan, oleh itu setiap pelajar ada peranan masing-masing untuk menggerakkan kumpulan itu. Orang yang hanya menggunakan idea orang lain tetapi tidak mahu berkongsi itu pentingkan diri sendiri namanya. Peranan 3: Flamers Flamers merupakan pelajar yang menggunakan kata-kata yang kesat serta kasar atau membuli pelajar lain melalui penulisannya. Di samping itu juga, komen-komen yang dilemparkan oleh flamers selalunya menyinggung perasaan pelajar lain. Melalui analisis interaksi, penyelidik mendapati bahawa tidak terdapat mesej yang memberikan indikasi terdapat pelajar yang berperanan sebagai flamers. Tidak terdapat mesej yang membawa konotasi yang negatif atau boleh menyinggung perasaan sesiapa. Walaupun tiada bukti melalui analisis interaksi yang menunjukkan bahawa wujudnya flamers dalam komuniti ini, namun melalui temu bual, penyelidik mendapati bahawa flamers wujud walaupun tidak secara terangterangan. Menurut R3: Flamers secara terang memang tiada. Selalunya ada pelajar yang gunakan sindiran dan perkataan sinis. Ada juga pelajar yang gaya penulisannya

18

seperti memperkecil-kecilkan idea orang lain. Tetapi, mungkin itu cara biasanya. Ada kebarangkalian mereka ini tidak biasa dalam penulisan atas talian, jadi penyampaiannya agak kasar. Untuk mengelakkan perselisihan faham berlaku, selalunya saya akan meminta penjelasan ataupun ignore sahaja. R2 juga mempunyai pendapat yang hampir sama dengan R3: Kadang-kadang ada yang membuat sindiran atau komen yang agak menyinggung dalam mesej tetapi tidaklah sampai mengeluarkan kata-kata kesat. Jadi, kita tidak boleh terus buat andaian yang seseorang itu kurang ajar, sebab kita tidak nampak. Mungkin dia bergurau. Cara yang paling baik ialah, minta dia jelaskan dengan lebih lanjut mengapa dia menulis sedemikian. Flamers boleh menegangkan persekitaran dan membuatkan pembentukan komuniti kolaboratif terganggu. Menurut Barnes (2003), berbanding lurkers yang tidak menyumbang, flamers merupakan pelajar yang boleh mengancam kesejahteraan sesebuah komuniti. Flamers boleh membawa perpecahan komuniti dan dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang tidak sihat. Pelajar yang menjadi flamers adalah merupakan mereka yang tidak puas hati dengan sesuatu isu dan tidak dapat menerima pendapat orang lain. Oleh sebab perkataan yang digunakan menyinggung perasaan orang lain, pelajar lain menjadi tawar hati dan tidak mahu akses ke dalam forum. Lama kelamaan, tiada pelajar yang melibatkan diri dalam interaksi dan komuniti akan terbubar dengan sendirinya. Melalui analisis, penyelidik berpendapat bahawa komuniti yang dikaji sangat beruntung kerana setiap pelajar saling menghormati di antara satu sama lain dan pembentukan komuniti pembelajaran kolaboratif dapat berjalan dengan lancar.

Peranan 4: Dominan Pelajar dominan merupakan pelajar yang menguasai lebih 50% daripada perbincangan dan mesej-mesej yang dibuat tidak semestinya berbentuk akademik. Terdapat dua jenis dominan (Paloff & Pratt 2001) iaitu akademik (mendominasi interaksi dengan perkara-perkara akademik) dan personal (mendominasi interaksi dengan perkara di luar skop pembelajaran). Dalam komuniti ini, PF merupakan penyumbang terbanyak. Beliau membuat 38 mesej secara keseluruhannya. Namun begitu, jika dilihat dari segi peratusan mesejnya, PF hanya menyumbang sebanyak 12.5% sahaja. Oleh itu, PF tidak boleh dikategorikan sebagai pelajar dominan. Beliau seorang penyumbang aktif dan beliau tidak mendominasi perbincangan yang dijalankan. Melalui analisis interaksi dan temu bual, penyelidik mendapati komuniti ini tidak mempunyai pelajar yang mendominasi perbincangan sama ada secara akademik mahupun secara peribadi. Setiap pelajar berpeluang untuk menyatakan pendapat, mengutarakan permasalahan atau 19

memberikan saranan dalam forum. Adakalanya, suatu komuniti itu memerlukan seorang pelajar yang dominan untuk menggerakkan komuniti tersebut. Walau bagaimanapun, komuniti ini tidak memerlukan pelajar yang dominan untuk membuat interaksi dengan lancar. Pelajar-pelajar dalam komuniti ini, walaupun bukan semua yang berdaftar melibatkan diri, berjaya menggerakkan perbincangan dan tidak bergantung kepada instruktor atau individu tertentu untuk mencapai matlamat tersebut. Secara keseluruhannya, untuk skop peranan pelajar, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar dalam komuniti n-pembelajaran kolaboratif ini memainkan pelbagai peranan iaitu peranan positif dan peranan negatif. Walaupun terdapat peranan negatif wujud dalam komuniti ini, namun hakikatnya peranan positif yang hadir dapat membantu membentuk komuniti pembelajaran yang kondusif. Peranan positif yang dimainkan tidaklah terhad kepada kepada pelajar-pelajar tertentu sahaja. Setiap pelajar yang menyumbang dalam komuniti tersebut didapati memainkan peranan yang berbeza pada masa yang berbeza. Para pelajar didapati memainkan peranan mengikut kesesuaian serta keperluan persekitaran pembelajaran tersebut. PERBINCANGAN Seperti seorang instruktor, pelajar juga perlu memainkan pelbagai peranan dalam pembentukan komuniti n-pembelajaran kolaboratif. Dalam komuniti kolaboratif, pelajar tidak belajar secara sendirian (Vygotsky 1978). Persekitaran konstruktivis mengkehendaki pelajar berkolaborasi untuk menghasilkan pengetahuan yang lebih mantap (Jonassen, Myers & McKillop 1996). Oleh yang demikian, pelajar dalam persekitaran kolaboratif perlu memainkan peranan yang positif dan proaktif agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Untuk kajian ini khususnya, peranan pelajar yang telah dikenal pasti terbahagi kepada dua kategori iaitu peranan positif dan peranan negatif. Peranan positif membantu membentuk sebuah komuniti n-pembelajaran kolaboratif manakala peranan negatif pula berkemungkinan dapat menghalang komuniti tersebut daripada terbentuk. Peranan positif yang pertama dikenal pasti adalah sebagai penggerak dan penutup perbincangan (Hara et al. 1998). Penggerak bertanggungjawab memulakan perbincangan dan seterusnya mengambil alih peranan instruktor untuk memulakan topik-topik baru sebagai bahan diskusi. Untuk penutup pula, tugas mereka adalah untuk merumuskan perbincangan atau mengakhiri sesuatu topik. Seramai lapan orang pelajar telah dikenal pasti sebagai penggerak dalam komuniti ini manakala seramai lima pelajar pula dikenal pasti sebagai penutup. Daripada jumlah tersebut, empat daripada mereka adalah penggerak dan penutup. Jumlah ini sebenarnya sudah memadai untuk komuniti tersebut untuk bergerak dengan aktif kerana menurut Lewis dan Allan a minimum of four or five members is required to launch off the interaction by providing the type of diversity of ideas and experience that will enable people to learn through collaboration (2005:112). Peranan seorang pencetus perbincangan lebih menjurus kepada mengutarakan persoalan untuk memulakan perbincangan. Jika diteliti, dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang menjadi pencetus perbincangan merupakan individu yang berbeza daripada penggerak. Hal ini bermaksud, setiap individu dalam komuniti n-pembelajaran mempunyai kekuatan masing20

masing. Kepelbagaian peranan ini dapat membantu membentuk sebuah komuniti npembelajaran yang aktif, sejajar dengan saranan Preece (2000) yang menegaskan setiap individu dalam komuniti tersebut mempunyai peranan yang tersendiri, yang dapat memberikan impak ke atas kewujudan dan perjalanan komuniti tersebut. Pelajar yang mempamerkan ciri-ciri perkongsian pengetahuan tersebut dikenal pasti sebagai penjana pengetahuan. Dapatan menunjukkan bahawa peranan sebagai penjana pengetahuan ini merupakan peranan yang dominan dalam kalangan pelajar komuniti yang dikaji. Seramai 18 orang pelajar telah dikenal pasti sebagai penjana pengetahuan. Walaupun kualiti maklumat yang diberikan oleh setiap penjana pengetahuan berbeza, yang penting adalah usaha yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut dalam perkongsian ilmu pengetahuan agar setiap ahli komuniti dapat memanfaatkannya. Perkongsian ilmu yang menepati ciri-ciri persekitaran konstruktivis yang disebut oleh Alavi dan Dufner (2005) iaitu pengetahuan dibentuk dan dikongsi secara efektif apabila pelajar berinteraksi sesama sendiri ketika sedang menyelesaikan tugasan. Peranan mediator perlu untuk menyelesaikan ketidaksefahaman yang berlaku. Untuk, komuniti ini, peranan mediator tidak dapat dikenal pasti kerana tiada berlakunya konflik atau ketidaksefahaman yang kritikal. Namun, peranan sebagai penyelesai masalah dimainkan oleh majoriti pelajar dalam komuniti ini. Penyelesai masalah memberikan saranan dan cadangan untuk membantu rakan-rakan mereka. Peranan ini menguatkan lagi persekitaran kolaboratif untuk komuniti ini kerana pelajar saling membantu dan berkongsi pengalaman dengan rakanrakan sekomuniti. Penyelesai masalah bertindak selaku instruktor dalam memberikan maklumat dan penyelesaian terhadap masalah pembelajaran yang dihadapi oleh rakan-rakan mereka. Dengan kehadiran penyelesai masalah, tugas instruktor menjadi lebih ringan dan instruktor hanya perlu memberikan intervensi jika diperlukan.

Kajian juga telah dapat mengenal pasti beberapa peranan yang berpotensi untuk menghalang pembentukan komuniti n-pembelajaran kolaboratif. Peranan-peranan tersebut merupakan penyumbang pasif dan lurkers. Dapatan menunjukkan terdapat seramai enam pelajar yang tergolong dalam kedua-dua kategori tersebut iaitu sebanyak 26.09 peratus keseluruhannya. Peratusan ini agak kecil jika dibandingkan dengan dapatan kajian Salmon (2000) iaitu sebanyak 30 peratus dan Preece (2000) iaitu sebanyak 80 hingga 90 peratus. Walaupun jumlahnya sedikit, data temu bual menunjukkan bahawa kewujudan mereka sedikit sebanyak mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar-pelajar lain dalam komuniti. Penyumbang pasif masih lagi boleh dianggap sebagai sebahagian daripada ahli komuniti kerana mempunyai usaha untuk membuat posting walaupun secara rawak. Lurkers dianggap sebagai mementingkan diri sendiri dan hanya memanfaatkan sumbangan pelajar lain tanpa berkongsi pengetahuan yang mereka ada (Salmon 2000). Graham dan Scarborough (1999) menegaskan bahawa lurkers tidak dianggap sebagai sebahagian daripada komuniti pembelajaran manakala Youngblood, Trede dan di Corpo (2001) beranggapan bahawa lurkers merupakan pelajar yang tidak berdisiplin. Lurkers merupakan suatu fenomena yang normal sekiranya pelajar-pelajar tersebut baru mengikuti pembelajaran atas talian, sebagai contoh pelajar semester pertama , dalam tahun pengajian yang pertama (Barnes 2003; Graham & Scarborough 1999; Lewis & Allen 2005; 21

Preece 2000). Pelajar baru sememangnya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri terutama dalam persekitaran pembelajaran yang belum pernah dilalui sebelum ini. Menurut Kimber (1999), pelajar akan menjadi aktif sebaik sahaja mereka telah berasa selesa dalam persekitaran pembelajaran tersebut. Oleh itu, adalah wajar untuk pelajar-pelajar baru diberikan kelonggaran sebagai lurkers sehingga mereka mendapat menyesuaikan diri mereka. Penyelidik berpendapat bahawa lurkers tidak sewajarnya wujud lagi untuk komuniti yang dikaji kerana para pelajar ini bukanlah merupakan pelajar yang baru. Bahkan mereka ialah pelajar yang berada dalam tahun akhir pengajian. Mereka telah menjalani proses n-pembelajaran selama sembilan semester dan seharusnya berkebolehan untuk berinteraksi secara aktif atas talian. Oleh itu, kehadiran dua orang lurkers dalam komuniti ini mengundang pelbagai persoalan pada pihak penyelidik. Untuk sesetengah komuniti, instruktor menjadi faktor mengapa pelajar tidak melibatkan diri dalam interaksi. Instruktor yang tidak efisyen dan efektif serta jarang memberikan respons menyumbang wujudnya golongan lurkers serta berlakunya keciciran pelajar (Mason 1991; McCabe 1998; McVay 2002; Nonnecke & Preece 2000; Salmon 2000). Namun untuk komuniti ini, instruktor tidak boleh dipersalahkan atas kewujudan lurkers. Dapatan telah menunjukkan Puan S memberikan masa, peluang serta peringatan yang cukup agar semua pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam forum. Hanya lurkers tegar seperti Pelajar B dan Pelajar V yang tidak menghiraukan peringatan yang diberikan oleh Puan S. Dapatan kajian juga telah mengenal pasti kategori lurkers yang wujud dalam komuniti ini iaitu freeloaders atau free riders (Graham, Scarborough & Goodwin 1999) - kategori pelajar yang tiada sumbangan langsung seperti Pelajar B dan Pelajar V, serta kategori sponge, iaitu pelajar yang bermula sebagai peninjau dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam komuniti tersebut, seperti Pelajar W. Kategori freeloader merupakan kategori yang dianggap boleh mengganggu pembentukan komuniti n-pembelajaran kolaboratif yang berjaya. Melalui temu bual, pelbagai alasan pelajar tidak melibatkan diri dalam forum telah dapat dikenal pasti. Alasan yang paling menonjol ialah kekangan masa dan mempunyai banyak tanggungjawab lain yang perlu dilunaskan, memandangkan pelajar-pelajar ini merupakan pelajar separuh masa. Sepatutnya, pelajar ini mampu untuk membahagikan masa antara pembelajaran dengan tanggungjawab lain. Masa perlu diperuntukkan khasnya untuk membuat posting dalam forum. Pelajar tidak perlu mengakses forum setiap hari. Menurut Preece (2000) dan Salmon (2000), memadai sekiranya pelajar mengakses dan membuat posting dalam forum setiap dua hari sekali. Pelajar B dan Pelajar V tidak sepatutnya mengambil sikap sambil lewa terhadap penglibatan atas talian walaupun markah yang ditetapkan untuk interaksi adalah kecil (sebanyak 5% daripada markah keseluruhan sahaja). Markah merupakan perkara kedua yang perlu dititikberatkan apabila mengikuti proses pembelajaran berjaringan. Untuk penyelidik, aspek yang paling penting ialah kolaborasi kerana ini akan memantapkan lagi pencarian ilmu pelajar tersebut, seterusnya dapat membuka minda mereka denga lebih luas lagi. McConnell (2000:42) telah menekankan kepentingan tanggungjawab setiap pelajar dalam persekitaran npembelajaran: Group members need to understand their roles in the mutual group, and believe that each student is equally important and vital for the success of the collaborative group. This form of collaboration requires high order of 22

involvement, high willingness to share and belief that individual development is enhanced by working together. PENUTUP Untuk membentuk sebuah komuniti n-pembelajaran yang berjaya, penglibatan pelajar yang optimum perlu hadir. Data telah menunjukkan tidak semua pelajar dalam komuniti yang dikaji melibatkan diri dalam interaksi. Walaupun jumlah pelajar yang berbuat demikian adalah kecil namun jika dibiarkan berlarutan boleh mengganggu kelancaran perjalanan proses pembelajaran. Pelajar yang bersifat pasif dan lurkers harus mengubah sikap mereka. Pendekatan yang lebih positif tentang proses pembelajaran mereka mesti diambil. Pembelajaran kolaboratif memanfaatkan setiap ahli dalam komuniti ini dan bukan hanya individu tertentu (Moll 1990; Vygotsky 1978;). Pelajar tidak seharusnya bersikap mementingkan diri sendiri. Dalam pembelajaran kolaboratif, perkataan indivisualistik tidak wujud. Apabila seseorang pelajar telah membuat keputusan untuk mengikuti pembelajaran secara berjaringan, maka beliau harus bersedia untuk memikul segala tanggungjawab yang ada. Pelajar tersebut harus berfikir sebagai satu komuniti iaitu saling membantu dan berkongsi idea untuk meningkatkan pengetahuan yang ada. Pelajar pula mempunyai tanggungjawab untuk menggerakkan komuniti tersebut tanpa terlalu bergantung kepada instruktor. Komuniti pembelajaran akan terbentuk jika pelajar dapat berkolaborasi sesama mereka dan juga dengan instruktor serta tidak mementingkan diri sendiri dalam proses pencarian ilmu. Setiap ahli dalam komuniti itu seharusnya melibatkan diri dalam interaksi dan tiada yang harus terkecuali. Namun, yang penting ialah perubahan sikap dan persiapan mental yang jitu oleh pelajar itu sendiri untuk menghadapi proses pembelajarannya. Rujukan Abu Bakar Noordin 1994. Reformasi dalam menghadapi cabaran 2020. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Alavi, M & Dufner, D. 2005. Technology-mediated collaborative learning: a research perspective. Di dalam R.S. Hiltz dan R. Goldman, (pnyt.) Learning together online : research on asynchronous learning networks. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Ms 192-214 Barnes, S.B. 2003. Computer-mediated communication: Human-to-human communication across the internet. Boston: Pearson Education Ltd. Bruffee, K. A. 1993. Collaborative learning: Higher education, interdependence and the authority of knowledge. Baltimore: John Hopkins University Press Dzulkifli Abdul Razak 2003. Out of the box: Memimpin dan memaknakan sebuah universiti penyelidikan dalam era k-ekonomi. USM, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

23

Fontana, A. & Frey, J.H. 1994. Interviewing: The art of science. Di dlm. N.K. Denzin & Y.S. Lincoln (pnyt.) Handbook of qualitative research. ms 361-376. Thousand Oaks, CA : Sage Graham, M. & Scarborough, H. 1999a. Computer mediated communication and collaborative learning in an undergraduate distance education environment, Australian Journal of Educational Technology. 15(1): 20-46. Gunawardena, C.N., Lowe, C.A. & Anderson, T. 1997. Analysis of a global online debate and the development of an interaction analysis model for examining social consrtuction of knowledge in computer conferencing. Journal of Educational Computing Research, 17 (4), 397-431. Hara, N., Bonk, C.J. & Angeli, C. 1998 Content analysis of online discussions in an Applied Educational Psychology. Centre for Research on Learning and Technology (CRLT) Technical Report No. 2-98. ms 1-33. Harasim, L., Hiltz, S., Teles, L. & Turoff, M. 1997. Learning networks: A field guide to teaching and learning online. Cambridge: MIT Press. Henri, F. 1992. Computer conferencing and content analysis. Dlm A.R. Kaye (pnyt.) Collaborative learning through computer conferencing: The Najaden Papers. ms 115136. New York : Springer. Hillman, D.C. 1999. A new method for analyzing patterns of interaction. The American Journal of Distance Education. 13(2) : 37-47. Hiltz, R.S. dan Goldman, R. 2005 (pnyt.) Learning together online: research on asynchronous learning networks. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Johnson, D.W. dan Johnson, R.T. 1996. Cooperation and the use of technology. Dlm. Jonassen, D.H. (pnyt.) Handbook of research for educational communications and technology. ms 1017-1044. Mehwah, NJ: Lawrence Erlbaum Jonassen, D.H., Myers, J.M. dan McKillop, A.M. 1996. From constructivism to constructionism: Learning with hypermedia rather than from it. Dlm. B.G. Wilson (pnyt.) Constructivist learning environments. ms 22-30. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications. Jones, S.G (pnyt.) 1999. Doing Internet research: Critical issues & methods on for examining the net. London: Sage Publications Lewis, D. dan Allan, B. 2005 Virtual Learning Communities a guide for practitioners. Berkshire, UK : McGraw-Hill. McConnell, D. 2006 E-learning groups and communities. Berkshire, UK: McGraw-Hill.

24

Moll, L.C. 1990 Vygotsky and education: instructional implications and applications of sociohistorical psychology. New York: Cambridge University Press. Palloff, R. M. & Pratt, K. 2001. Lessons from the cyberspace classroom: The realities of online teaching. California: Jossey-Bass Inc. Preece, J. 2000. Online communities: Designing usability, supporting sociability. West Sussex, England: John Wiley & Sons, Ltd. Rosenberg, M.J. 2001. E-Learning: Strategies for delivering knowledge in the digital age. New York: McGraw-Hill Salmon, G. 2000. E-Moderating: The key to teaching and learning online. London: Kogan Page Ltd. Strauss, A. & Corbin, T. 1990. Basics of qualitative research: Grounded theory procedures and techniques. London: Sage Publications Vygotsky, L.S. 1978. Mind in society . Cambridge, MA: Harvard University Press. Youngblood, P., Trede, F. & Di Corpo, S. 2001. Facilitating online learning: A descriptive study. Distance Education. 222):264-284

25

Anda mungkin juga menyukai