Anda di halaman 1dari 10

3.

PENGENALAN
Konsep kemahiran berfikir adalah suatu jenis kebolehan atau kemahiran. Pemikiran

merupakan proses menyusun, mempergunakan maklumat dan pengetahuan menggunakan


akal untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Menurut pendapat Edward De Bono (1976),
pemikiran merupakan kemahiran yang berkaitan dengan pemikiran lateral. Ianya
membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam
sesuatu situasi tertentu. Sementara itu, menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal
yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi.
Kesimpulannya, definisi pemikiran ialah sesuatu proses menggunakan minda untuk mencari
makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang timbul.
Permasalahan ini diselesaikan dengan pelbagai cara, membuat pertimbangan dan
keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami oleh
seseorang.
Terdapat beberapa jenis pemikiran yang akan saya bincangkan bagi membezakan
pemikiran seseorang individu. Antaranya ialah Pemikiran Lateral, Pemikiran Kritis, Pemikiran
Konvergen, Pemikiran Kreatif, dan Pemikiran Reflektif.

3.1

PEMIKIRAN LATERAL
Pemikiran Lateral ialah satu cara penyelesaian masalah yang menggunakan daya

imaginasi dan bukan secara logik atau tradisional. Pemikiran Lateral ini diasaskan oleh Dr.
Edward De Bono yang merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan dan pemikiran.
Beliau memperkenalkan corak berfikir lateral setelah mendapati terdapat banyak halangan
pada corak pemikiran konvensional. Pemikiran ini bukan bertujuan menyingkirkan corak
pemikiran yang sedia ada tetapi ianya adalah untuk mencari jalan terpantas dan lebih
berkesan untuk menyelesaikan masalah yang menepati kriteria yang dikehendaki.
Terdapat beberapa faktor penting yang diambil kira dalam pemikiran lateral.
Antaranya ialah mengenalpasti idea-idea dominan utama dalam masalah yang dihadapi.
Kedua, melihat sesuatu masalah daripada sudut-sudut yang berlainan, ketiga melonggarkan
cara-cara pemikiran yang terkawal, dan keempat menggunakan idea-idea yang diberikan
oleh orang dalam membuat penyelesaian masalah.
Dr. De Bono juga memperkenalkan teori lima prinsip Revolusi Positif yang digunakan
untuk mengatasi sifat-sifat negatif berdasarkan konsep lima jari tangan manusia iaitu, Ibu

jari melambangkan keberkesanan (Effectiveness), Jari telunjuk melambangkan sikap


membina (Constructive), Jari tengah melambangkan sikap menghormati (respect), Jari
manis

melambangkan

pembaikan

diri

(self-Improvement),

dan

Jari

kelingking

melambangkan sumbangan (contribution).


Sementara itu, terdapat lima teknik pemikiran yang digunakan dalam pemikiran
lateral. Antaranya ialah teknik perkaitan bebas, teknik reversal, kaedah cabaran, dan
menganalisa

masalah.

Teknik

perkaitan

bebas

biasanya

berlaku

dalam

proses

sumbangsaran. Contohnya, semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P), guru boleh


membincangkan satu topik perbincangan berkaitan isu semasa. Murid-murid bebas
menghasilkan idea atau pandangan semasa aktiviti ini dijalankan malah murid-murid juga
bebas menghasilkan idea-idea. Namun begitu, idea-idea dan pandangan murid-murid ini
perlu direkodkan atau dicatatkan sebelum mengemukakan pendirian tentang keputusan bagi
sesuatu permasalahan yang dibincangkan kepada guru. Sementara keputusan yang
dihasilkan adalah keputusan bersama. Teknik pemikiran lateral yang digunakan dalam bilik
darjah ini dapat menggalakkan proses pemikiran kreatif dan meningkatkan kemahiran
kognitif murid-murid.
Seterusnya, kaedah reversal iaitu kaedah yang digunakan untuk menilai sesuatu
keadaan yang biasa secara terbalik. Teknik pemikiran yang digunakan ini membolehkan
murid tidak perlu mencari jawapan yang betul tetapi penyusunan maklumat akan
menggalakkan murid-murid melihat cara-cara yang berbeza untuk menilai sesuatu situasi
atau menyelesaikan masalah.
Selain itu, kaedah objek fokal juga digunakan dalam penyelesaian sesuatu masalah.
Kaedah ini membolehkan murid memilih sesuatu objek secara rawak dan mengaitkan objek
tersebut dengan masalah yang dikaji. Penggunaan strategi pemusatan bahan membolehkan
murid memahami pelajaran dengan lebih bermakna apabila dapat mengaitkan bahan yang
disediakan oleh guru untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
Teknik

seterusnya

ialah

menggunakan

kaedah

cabaran.

Dalam

membuat

penyelesaian masalah, murid boleh mencabar cara-cara atau sesuatu perkara yang
dilakukan menggunakan cara atau keadaan sedia ada. Ianya bermaksud pemikiran murid
tidak terhad kepada pemikiran yang sedia ada tetapi berfikir secara luar kotak. Murid perlu
berfikiran terbuka dan berfikir secara positif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Seterusnya ialah menganalisa masalah. Proses pemikiran yang dilakukan adalah


dengan cara memecahkan masalah kepada bahagian yang lebih kecil. Dalam penyelesaian
sesuatu masalah, seseorang murid dapat menyusun semula situasi masalah menggunakan
cara penyelesaian masalah yang baru dan berbeza antara seorang individu dengan individu
yang lain.
Sementara itu, guru juga berperanan dalam merangsang kepelbagaian pemikiran
murid. Ianya bertujuan untuk menggalakkan proses pemikiran kreatif dalam kalangan murid.
Selain itu, guru perlu menggalakkan murid menyelesaikan masalah melalui pelbagai
perspektif dengan cara memecahkan sesuatu masalah kepada bahagian yang lebih kecil
untuk penyelesaian yang unik dan berbeza. Antara kaedah yang boleh digunakan ialah
menyediakan senarai rujuk sesuatu masalah, permainan dan latihan, kaedah metafor dan
analogi.
Dr. Edward De Bono telah menyediakan beberapa garis panduan dalam membuat
keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Murid dan guru boleh mengunakan garis
panduan ini semasa P&P dalam bilik darjah. Antaranya ialah sentiasa bersikap positif dan
konstruktif, berfikir secara perlahan-lahan dan secara mudah serta jangan memudahkan
sesuatu perkara. Selain itu, murid dan guru juga perlu melupakan ego, jangan biarkan ego
bercampur aduk semasa berfikir, menentukan tujuan berfikir, menukarkan pemikiran otak
untuk berfikir secara logik dan pemikiran kreatif, menentukan hasil yang hendak dicapai.
Seterusnya ialah sentiasa fikirkan alternatif yang lain, memberi tempat kepada perasaan,
menukar ganti pemikiran secara luas dan terperinci, membezakan perkara yang sepatutnya
dengan yang mungkin, mengambil kira pendapat orang lain, dan melibatkan nilai dalam
semua jenis tindakan yang hendak diambil dalam membuat sesuatu keputusan.
Oleh itu, sebagai guru adalah perlu menerapkan konsep pemikiran lateral ini dalam
P&P terutamanya dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah

3.2

PEMIKIRAN KONVERGEN
Pemikiran konvergen dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau berpandu. Pemikiran

konvergen terdiri daripada satu proses yang menggabungkan idea-idea yang berlainan
berdasarkan tema yang tertentu dalam satu struktur yang tersusun dan yang boleh difahami.
Pemikiran konvergen menjuruskan kepada satu penyelesaian sahaja, dan digunkan
dengan kerap dalam penyelesaian ujian-ujian anika jawapan. Pemikiran ini sesuai untuk

mata pelajaran sains, matematik dan teknologi. Soalan-soalan konvergen terdiri daripada
solan-soalan yang dapat menganalisiskan satu sumber maklumat. Kebiasaannya, solansoalan konvergen terdiri daripada soalan-soalan yang bermula dengan perkataan: Mengapa,
atau dalam cara apa?
Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan-soalan di atas ialah
menerangkan, menyatakan, membandingkan serta membezakan. Guru-guru harus
menggalakkan pemikiran konvergen kerana dalam pemikiran ini. Murid-murid membuat
pilihan daripada banyak jawapan/respon/alternatif-alternatif yang berbeza.
Murid-murid yang pandai mengamalkan pemikiran konvergen ialah mereka yang
dapat mengintergrasikan maklumat daripada pelbagai sumber yang membentuk satu
penyelesaian yang betul. Oleh yang demikian, pemikiran konvergen sangat sesuai
diaplikasikan dalam mata pelajaran sains. Pemikiran ini juga banyak diuji dalam
peperiksaan-pperiksaan awam.
Guru

harus

memberi

soalan-soalan

tertutup

yang

menekankan

satu

jawapan/cadangan/cara penyelesaian sahaja. Guru juga boleh menggunkan aktiviti


pembelajaran dengan arahan yang jelas, ringkas dan lengkap. Guru harus tumpukan
pembelajaran kepada perkara-perkara fakta dan teknikal.Guru juga boleh menggunakan
teknik penyoalan tertutup tau berstruktur. Guru boleh menggunakan kaedah induktif dan
deduktif untuk menggalakkan pemikiran konvergen. Seterusnya guru boleh memberikan
soalan-soalan berasaskan peraturan atau konsep-konsep tertentu untuk memperoleh
jawapan yang tepat.

3.3

PEMIKIRAN KRITIS
Pemikiran kritis ialah suatu penerokaan yang bertujuan untuk mengkaji situasi,

fenomena, dan persoalan untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat
yang ada. Ianya merupakan kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan
sesuatu situasi dan melibatkan kebolehan menganalisis nilai sesuatu. Penerokaan yang
berlaku bagi kalangan pemikiran kritis sangat berkaitan dengan pengalaman yang dialami
melalui bahan bacaan, pemerhatian, mendengar, dan melihat atau menempuhinya sendiri.
Sementara sumber yang diperolehi ini akan diaplikasi pada pelbagai situasi yang sedang
dihadapi.
Pemikiran kritis merupakan aspek yang penting dalam menjana ilmu pengetahuan
yang baru. Ianya melibatkan pemikiran secara reflektif, produktif dan menilai bukti-bukti
untuk memperoleh dapatan yang logik dan tepat. Menurut pendapat John Dewey (1933),

beliau mencadangkan idea kepada murid untuk memikirkan secara reflektif. Murid diberi
galakkan untuk memberi jawapan dengan menerangkan secara tepat sementara guru pula
memberi galakkan kepada murid untuk bertanya dan bersoal jawab bagi mendapatkan
jawapan berdasarkan bukti terhadap maklumat yang disampaikan oleh murid. Sementara
itu, Winn (2004) pula berpendapat, cara untuk menggalakkan murid memikirkan secara kritis
adalah apabila guru mengemukakan artikel-artikel yang memaparkan isu yang boleh
didebatkan dengan baik.
Menurut pendapat Nosch (2001) terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan dalam
P&P di dalam bilik darjah. Antaranya ialah kaedah bertanya soalan, cuba menjawab soalan
dengan memikirkan tentang jawapan, dan percaya penaakulan seseorang. Sementara,
Santrock (2004) pula menyatakan ada tujuh cara untuk mengukuhkan pemahaman murid
tentang pemikiran kritis. Antaranya ialah, bertanya bukan sahaja apa yang terjadi, tetapi juga
bagaimana dan mengapa, memeriksa fakta-fakta untuk mengenal pasti sama ada wujud
bukti untuk menyokongnya, berbincang dengan cara bersebab dan bukan emosi, sedar
bahawa kadangkala wujud lebih daripada satu jawapan atau penerangan yang betul.
Seterusnya ialah perlu membandingkan jawapan dan soalan antara seorang murid dengan
murid yang lain, memilih jawapan yang terbaik, menilai dan bertanya apa yang disebut oleh
orang lain daripada menerimanya sebagai sesuatu yang benar secara tergesa-gesa, serta
bertanya pelbagai soalan dan cuba berspekulasi lebih lanjut tentang apa yang telah
diketahui oleh murid untuk mewujudkan idea-idea dan informasi yang baru.
Pemikiran kritis penting dalam dunia yang mencabar. Murid harus belajar
mengaplikasikan pemikiran kritis semasa berhujah tentang apa jua topik perbincangan.
Murid harus digalakkan untuk berusaha secara intelektual untuk berfikir dengan cara
kompleks. Sementara guru pula harus merangsang keupayaan murid untuk memikirkan
masalah dalam konteks pemikiran kritis. Contohnya, dalam P&P berkaitan tanaman
hirdoponik, murid yang berfikiran kritis akan bertanya dengan guru bagaimana tanaman ini
boleh mendapatkan sumber makanan untuk pertumbuhan dan pembesarannya. Ini kerana
jika sebelum ini mereka mempunyai pengetahuan sedia ada bahawa tanaman sayuran
hanya ditanam menggunakan tanah tetapi dalam P&P ini guru mengunakan bekas takungan
air untuk menanam sayuran. Jadi, seorang guru yang berfikiran kritis perlu memberi
jawapan kepada murid supaya murid dapat membuat perbandingan antara tanaman biasa
dengan tanaman hidroponik.
Semua pihak perlu berusaha ke arah mencapat matlamat untuk melatih murid
menjadi pemikir yang baik. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menerapkan

pemikiran kritis kepada murid-murid. Antaranya ialah menggunakan strategi berpusatkan


murid. Tujuannya supaya murid dapat membuat penilaian yang bernas dan mencari
penyelesaian optimal. Seterusnya ialah menguruskan fakta secara sistematik dan tersusun,
menggunakan soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitif murid supaya murid dapat
menilai semua fakta untuk tujuan menyelesaikan masalah.
Selain itu, guru perlu memberi soalan-soalan yang lebih sukar kepada murid yang
lebih bijak untuk menggalakkan tahap pemikiran kritikal yang lebih tinggi, menggalak
perbincangan dan aktiviti menyelesaikan masalah dalam bilik darjah, dan memastikan
murid-murid memahami penaakulan yang digunakan, serta menggalakkan murid-murid
membuat perbandingan isi jawapan yang diberikan oleh rakan sebaya sama ada baik atau
lemah. Disamping itu, guru-guru juga perlu menggalakkan murid-murid untuk melihat
perspektif yang berbeza-beza dan memastikan murid-murid membuat pertalian yang
signifikan serta mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam dunia sebenar.
Kesimpulannya, guru-guru juga perlu mengunakan beberapa strategi untuk
meningkatkan pemikiran kritis di kalangan murid. Antaranya ialah guru berperanan untuk
membantu dalam mengkonstruk pemikiran muridnya sendiri. Guru perlu menilai soalansoalan murid dengan serius, mendapatkan pandangan, penerangan, dan keinginan atau
minat murid dengan tekun untuk membantu menganalisis situasi-situasi pembelajaran yang
mencabar. Guru juga harus menganalisis strategi mengajar iaitu mengemukakan soalansoalan berdasarkan pemikiran dalam pembelajaran. Ianya dapat membantu murid
memahami dengan lebih mendalam topik yang dibincangkan. Seterusnya ialah guru juga
perlu menyediakan model peranan yang positif. Guru perlu menjemput tokoh-tokoh model
yang boleh berkongsi pengalaman sebenar mereka supaya murid dapat berinteraksi dengan
idea-idea sebagai maklumat primer dalam mengatur strategi pemikiran pembelajaran yang
efektif dan dan berkesan. Justeru itu, pemikiran kritis melibatkan kebolehan menganalisi nilai
sesuatu. Oleh itu, seseorang perlu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas
tentang sesuatu perkara yang tertentu. Bagi membuat sesuatu kritikan, seseorang itu perlu
berfikir secara teliti, mengumpulkan maklumat, membuat pengamatan yang tajam, berfikiran
terbuka, tidak bersikap berat sebelah, cekap menganalisis dan menyimpulkan rumusan.

3.4

PEMIKIRAN KREATIF
Pemikiran kreatif didefinisikan sebagai operasi berfikir yang dapat mengembangkan

idea atau mencipta idea, hasil, metafora, analogi dan definisi, ataupun mereka-cipta sesuatu

yang baru. Ianya merupakan satu jenis pemikiran di mana seseorang dapat memikirkan
pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Seorang guru perlu cekap dalam menjana pemikiran kreatif di kalangan muridmuridnya. Contohnya, guru perlu memberikan peneguhan positif dalam bentuk ganjaran dan
hadiah apabila murid-murid dapat melahirkan idea-idea yang kreatif dan unik.
Pemikiran kreatif terbahagi kepada beberapa ciri. Dalam pemikiran kreatif,
keberanian adalah diperlukan untuk menjana idea yang baru dan pelbagai tanpa
dikongkong oleh idea-idea yang lama. Oleh itu, seseorang yang berfikiran kreatif, akan
berfikir secara terbuka, sanggup menerima risiko, dan kritikan daripada orang lain dalam
membuat keputusan menyelesaikan sesuatu masalah. Kedua, pemikiran kreatif juga
mengandungi ciri imaginasi yang mencapah serta kemahiran sintesis untuk mencantum
idea-idea yang sedia ada bagi menghasilkan idea-idea yang baru. Ketiga ialah
mengandungi ciri perkembangan idea. Melalui pemikiran kreatif pelbagai alternatif idea yang
baru dapat disediakan dalam membuat penyelesaian masalah. Seterusnya ialah pemikiran
kreatif yang mengandungi ciri reka cipta. Reka cipta yang dihasilkan adalah berasaskan
kemahiran sintesis untuk menghasilkan idea yang baru. Selain itu, pemikiran kreatif juga
menjadikan seseorang itu mampu mengandaikan sesuatu di luar jangkaan orang lain,
berfikiran secara autonomi, memiliki daya fokus yang tinggi dan berterusan, pelbagai dan
dinamik, holistik, dan kaya dengan idea baru.
Teknik

yang

boleh

digunakan

untuk

merangsang

pemikiran

kreatif

ialah

menggalakkan pemikiran kreatif secara individu dan kumpulan. Guru perlu mewujudkan
situasi yang membolehkan murid-murid menyatakan idea-idea kreatif melalui teknik
sumbangsaran. Teknik ini sesuai untuk mendapatkan pandangan dan pendapat yang bernas
tanpa mengkritik idea-idea daripada rakan sebaya semasa perbincangan. Teknik
sumbangsaran juga dapat membina semangat berpasukan yang kuat di kalangan murid.
Strategi kreatif yang baik dapat dihasilkan melalui kewujudan idea-idea yang banyak
disamping persekitaran yang dapat membantu melahirkan keinginan secara semulajadi
melalui aktiviti berkumpulan dan latihan yang disediakan oleh guru.

3.5

PEMIKIRAN REFLEKTIF
Pemikiran reflektif adalah satu cara pemikiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah

secara peringkat, kritis, kreatif, imbas kembali pengalaman yang berkaitan dan penilaian
terhadap kemungkinan penyelesaian atau refleksi. Menurut pendapat Birchall (1992),

pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman sedia ada untuk menimbangkan


kemungkinan

tindakan

alternatif

yang

boleh

digunakan

untuk

mencapai

objektif

penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan yang seterusnya.


Sementara itu, Wilson J & Wing Jan L (1993) pula, menyatakan pemikiran reflektif
berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain iaitu pemikiran kritis dan kreatif
yang digunakan sebagai pendekatan penyelesaian masalah.
Komponen

dan

proses

pemikiran

reflektif

yang

boleh

digunakan

dalam

menyelesaikan sesuatu masalah ialah melalui beberapa peringkat. Antaranya ialah


peringkat membaca dan mentafsir maklumat dengan cara memahami masalah melalui
pemikiran kognitif. Seterusnya ialah proses menentu dan menyusun maklumat dengan cara
memproses dan menganalisis data dengan pemikiran secara kritis. Kemudiannya ialah
mencari hubungan masalah dengan cara mengingat kembali perhubungan pengalamanpengalaman yang sedia ada dengan penyelesaian masalah melalui cadangan hipotesis.
Semasa membuat cadangan hipotesis, pemikiran kritis dan kreatif digunakan untuk mencari
idea yang baru berpandukan pemikiran sedia ada dan mencari pelbagai kemungkinan
penyelesaian bagi masalah tersebut. Kemungkinan-kemungkinan ini hendaklah dinilai
menggunakan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan atau menetapkan sesuatu
tindakan.
Cara-cara yang boleh digunakan untuk meningkatkan pemikiran reflektif ialah
memperkenalkan masalah secara terbuka. Guru boleh mengemukakan sesuatu topik
pengajaran di dalam bilik darjah untuk dikenalpasti punca sesuatu masalah. Contohnya, isu
berkenaan masalah jerebu, murid-murid boleh membuat aktiviti sumbangsaran bagi
membincangkan masalah ini. Peranan guru ialah membimbing murid untuk berfikir secara
kritis, menganalisis dan mantafsir data berkaitan punca masalah jerebu dan cara-cara untuk
mengatasi masalah ini. Murid-murid boleh mengunakan pengalaman mereka dalam
membentuk hipotesis serta menghasilkan pelbagai kemungkinan penyelesaian yang wajar
dalam mengatasi masalah ini. Guru juga boleh mengunakan teknik penyoalan untuk
meningkatkan daya pemikiran reflektif murid berhubung sesuatu isu atau topik yang
dibincangkan.
Selain itu, terdapat lima strategi yang telah dibuat oleh Beyer (1987) untuk
meningkatkan pemikiran reflektif. Antaranya ialah penggunaan log pembelajaran individu
untuk merekod maklum balas pembelajaran murid dalam bilik darjah, log double entry
untuk merekod fakta pelajaran yang mengandungi soalan-soalan murid dan refleksinya,

serta log pembelajaran dialog yang digunakan untuk membuat catatan refleksi di antara dua
orang atau lebih. Log ini berkaitan maklum balas pembelajaran antara guru dan murid.
Seterusnya ialah pemetaan konsep yang melibatkan penggunaan peta minda dan
pengurusan grafik. Murid-murid boleh menggunakan kaedah ini untuk membuat catatan
tentang sesuatu topik pembelajaran bagi memudahkannya untuk mengimbas kembali topik
pembelajaran lepas. Malah kaedah seperti peta minda ini juga dapat membantu murid untuk
mengingat sesuatu fakta dan menarik minat murid melalui kreativiti yang dihasilkan. Selain
itu, pembelajaran rundingan juga dapat meningkatkan pemikiran reflektif murid. Ianya
melibatkan aktiviti pembelajaran yang memerlukan penggunaan refleksi kendiri dan
pemikiran

refleksi

dalam

proses

perbincangan,

penilaian

dan

membuat

keputusan. Disamping itu, jurnal reflektif juga dapat meningkatkan pemikiran murid melalui
catatan tentang sesuatu peristiwa dan masalah yang dihadapi. Guru boleh membuat
refleksi, menilai serta menggunakan jurnal ini untuk mengambil tindakan susulan bagi
mengatasi sesuatu masalah pengajaran dan pembelajaran.

3.6

PENUTUP
Secara keseluruhanya, saya dapati bahawa jenis-jenis pemikiran yang saya

bincangkan ini saling berkaitan cuma kaedah dan cara pengunaannya untuk menyelesaikan
masalah adalah berbeza. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus bijak dalam
mengunakan cara pemikiran untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Guru-guru
harus berfikir secara kritis dan kreatif bagi mengembangkan bakat murid secara holistik ke
tahap yang maksima merangkumi semua aspek dan membina potensi individu. Selain itu,
persekitaran yang selesa dan kondusif juga akan membantu murid untuk menjana idea
kritis, dan kreatif. Malah penggunaan pemikiran dan amalan refleksi dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat mempertingkatkan kemahiran seseorang guru dalam menangani
permasalahan murid dan penyelesaian sesuatu masalah dalam bidang pendidikan.

RUJUKAN
Mok Soon Sang. 2001. Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan (Semester 1).
Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Edisi pertama.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009. Siri pendidikan Guru
(Murid dan Alam Belajar). Oxford Fajar Sdn Bhd.
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (PhD). 2012. Pedagogi (Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI).
Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Edisi pertama.
Mohd Taufiq b. Ahmad Sobri & Mohd Hasrul b. Mat Husin. Strategi Pemikiran Kreatif dan Kritis.
Pelajar Falkuti Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai