Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI MUZIK

Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada
aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada
bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.
Muzik adalah satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyibunyi vokal dan/atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dan Persekitaran
atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak
pemikiran dan emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.
Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak-kanak pra
sekolah dalam bentuk elemen muzik.
Muzik sememangnya sebati dalam jiwa manusia tidak mengira peringkat umur.
Bayi berumur lima bulan yang masih dalam kandungan ibu yang belum dilahirkan sudah
ditenteramkan oleh rentak irama degupan jantung ibu. Kebanyakkan bayi yang sudah
boleh duduk atau berdiri akan memperlihatkan pelbagai gelagat dan gerakan apabila
terdedah kepada muzik iklan. Maka, tidak hairanlah semua kanak-kanak mempunyai
keupayaan untuk memahami dan menikmati muzik. Mereka juga dilahirkan ke dalam
alam yang kaya dengan bunyi-bunyian dan sejak awal lagi mereka telah berinteraksi
dengan pelbagai bunyi. Dengan cara yang sama kanak-kanak belajar membezakan
bunyi, dan seterusnya mengenal dan memahami muzik. Akhiranya mereka mengalami
elemen-elemen muzik secara tidak langsung.
Kanak-kanak yang berada pada umur yang dapat mematuhi peraturan, mengikut
arahan, kebiasaannya pada umur empat tahun. Kanak-kanak pada umur ini dapat
mengajuk pic yang didengarnya dan mempunyai kawalan psikomotor untuk bermain
kibod. Mereka juga perlu mengenal, membaca, dan menulis huruf abjad A hingga G
kerana muzik hanya menggunakan huruf A hingga G sahaja. Maka, tidak hairanlah
kanak-kanak pada zaman sekarang ini sudah pandai menyanyi walaupun usia masih
kecil dan juga memasuki pertandingan nyayian untuk menyerlahkan lagi minat dan
bakat mereka dalam muzik.
Dalam proses menentukan proses menentukan pendidikan muzik bermutu dapat
diberikan kepada kanak-kanak prasekolah, pengetahuan dan penghayatan sesuatu ilmu
perlu dititikberatkan. Penghayatan yang mendalam akan menentukan pelaksanaan atau

penggunaan ilmu yang lebih berkesan. Walau bagaimanapun bahasa muzikal tidak
mempunyai peraturan yang tetap sejak dahulu lagi. Bahkan ia mengalami banyak
perubahan dan berkembang dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai