Anda di halaman 1dari 1

Jurnal Mingguan

Bilangan Jurnal : 1
Minggu Internship : Pertama ( 5/2/2-17-9/2/2017)
Tajuk Jurnal : Masalah Menganalisis Hasil Dapatan Kajian Tindakan

Masalah / Peristiwa
Pada minggu pertama ini, masalah ini berlaku semasa proses kajian berlaku di dalam kelas.
Semasa ujian diagnosis dibuat untuk mengenalpasti murid lemah dalam kajian saya, saya sukar
untuk mengenalpasti murid yang perlu saya kategorikan dalam kumpulan rawatan. Ini kerana
ujian mereka dilihat kurang memuaskan dan semua hampir di tahap yang sama.

Analisis
Malasah ini timbul mungkin kerana bentuk soalan yang dirangka oleh saya kurang difahami oleh
murid dan bukan di tahap mereka. Kebarangkalian soalan ujian yang dibina itu agak kabur.

Cadangan untuk Memperbaiki


i. Saya sepatutnya merujuk kepada pensyarah pembimbing terlebih dahulu bagaimana
untuk membina soalan yang jelas.
ii. Saya akan menemuramah guru prasekolah bagi kelas tersebut untuk mengenalpasti
murid yang lemah dalam bidang Matematik.
iii. Di samping itu, saya akan memperbanyakkan membaca rujukan yang mengenai dengan
bagaimana merancang sesuatu ujian dan menganalisis hasil dapatan.

Tempoh masa
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin . Sekiranya tindakan lambat dibuat, maka
kajian ini akan terjejas.

Penilaian Kejayaan
Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang
keberkesanan kaijian saya di samping meminta pandangan dari rakan sebaya.

Tindakan Susulan
Semasa harus menelitidata dan menganalisis data secara berkesan.

Anda mungkin juga menyukai