Anda di halaman 1dari 8

Profil peribadi

NAMA NO. IC KELAS KURSUS TARIKH LAHIR NO. TELEFON PENGKHUSUSAN

: NURAIN BINTI MOHD NASIR : 900905-02-5792 : 6 PISMP PEMULIHAN : PISMP-IPG/SEM 6/ AMBILAN JANUARI 2010 : 5 SEPTEMBER 1990 : 010-2218854 : MAJOR : PENDIDIKAN PEMULIHAN

ELEKTIF 1 : BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH ELEKTIF 2 : MATEMATIK SEKOLAH RENDAH ALAMAT RUMAH : 359 G PADANG TEMUSU, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. MATLAMAT : INGIN BERJAYA DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT.

ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT

KANDUNGAN

PROFIL PERIBADI

1.0 PENGENALAN

3-4

2.0 REFLEKSI (PENILAIAN KENDIRI)

5-8

1.0 PENGENALAN

MATLAMAT
Program ini bertujuan dan berhasrat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

OBJEKTIF

1.1

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

1.2

Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.

1.3

Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran

berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. 1.4 Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai , etika, dan akhlak keguruan. 1.5 Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan

mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. 1.6 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal ,mental,

emosi,rohani dan sosial. Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti pendidikan.

2.0 REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 6 PISMP SEMESTER 6/2012 (LAWATAN PENANDA ARAS & BENGKEL GURU INIVATIF)

REFLEKSI BIG SEMESTER 6 Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurnia dapat juga saya dan rakan-rakan menjalani Program Bina Insan Guru Fasa 6 iaitu Penanda Aras Benchmarking bagi Tahun 2012 dengan jayanya. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya dapat sepanjang mengikuti Program Bina Insan Guru Fasa 6 ini. Untuk pengetauna semua, Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Pada 19 Julai 2012, kami dari unit Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengajian Pemulihan Semester 6 telah mengikuti lawatan penanda aras di Sekolah Rendah Kampung Buluh, Setiu. Lawatan yang merupakan salah satu silibus wajib Bina Insan Guru telah disertai seramai 19 orang guru pelatih dan diiringi oleh tutor kami iaitu Encik Sarifuddin b.Salleh. Lawatan Penanda aras di sekolah ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama guru cemerlang Bahasa Melayu SK Kampung Buluh iaitu Encik Hanif b.Mohd Nor yang juga merupakan mantan pensyarah kami di IPG Kampus Sultan Mizan Ianya, adalah sebagai persediaan kepada bakal-bakal guru yang akan pergi ke sekolah nanti. Melalui program ini guru-guru pelatih dapat belajar bagaimana cara untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan

lebih berkesan di sekolah nanti Ketibaan peserta lawatan telah disambut oleh badan tertinggi pentadbiran yang terdiri daripada Guru Besar Sk Kampung Buluh, serta beberapa orang guru dan staf sekolah. Program pada hari tersebut bermula dengan taklimat daripada Guru Besar . Beliau telah memperkenalkan setiap guru yang hadir pada sesi tersebut dan menerangkan serba sedikit tentang budaya pembelajaran di sekolah ini. Beliau juga turut mengucapkan ucapan terima kasih terhadap kunjungan kami dan baginya kunjungan tersebut adalah salah satu bentuk pengiktirafan terhadap sekolah.. Peserta lawatan telah mendapat ilmu tambahan hasil daripada taklimat tersebut.
6

Kemudian kami diberi peluang untuk melihat pengajaran Encik Hanif selaku guru cemerlang di SK Kampung Buluh. Banyak kelebihan yang saya dapat ketika melihat cara pengajaran daripada En Hanif. Beliau begitu bijak menarik perhatian murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan juga sesuai untuk tahap murid sekolah rendah. Apa yang dapat saya katakan, penggunaan ICT di dalam kelas seperti tayangan video mengenai kisah teladan dapat memberikan kefahaman yang kukuh kepada murid-murid kerana mereka menggunakan multi sensori ketika belajar. Selain itu, Encik Hanif juga sangat bijak mengawal kelasnya. Sifatnya yang mesra dan kadangkalanya agak tegas kepada murid yang nakal menunjukkan beliau sangat prihatin terhadap aspek disiplin di dalam kelas sewaktu pengajaran Bahasa Melayu tersebut berlangsung. Selain daripada itu, kami juga turut berpeluang mendengar ceramah mengenai keseluruhan aspek pengurusan dan pentadbiran dalam bidang perlaksanaan budaya kerja yang cemerlang daripada wakil staf di SK Kampung Buluh. Ceramah beliau juga disokong oleh bukti-bukti seperti memperkenalkan kemudahan dan infrastruktur dan suasana fizikal yang kondusif yang membolehkan para pelajar mengekalkan pencapaian keputusan yang cemerlang. Beliau juga menerangkan tentang budaya kerja cemerlang oleh setiap guru bagi memastikan peningkatan keputusan dari setahun ke setahun. Para guru pelatih berasa amat beruntung kerana mendapat perkongsian ilmu tambahan mengenai alam persekolahan dan pekerjaan yang sebenar ini yang bukan senang untuk didapati. Terdapat beberapa kekuatan yang dikenalpasti melalui lawatan penanda aras (benchmarking) ini. Para guru pelatih akan dapat didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah, serta memahami dan mengenalpasti setiap jawatankuasa dan bidang tugas masing-masing. Para guru pelatih juga diberi pendedahan mengenai kepentingan suasana yang kondusif dalam usaha

menentukan kecemerlangan pelajar. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan program yang telah dikenalpasti antaranya seperti, tempoh masa lawatan yang agak singkat. Melalui tempoh yang singkat ini, guru pelatih hanya mendapat ilmu yang diperlukan secara terhad sahaja.

Justeru itu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi memastikan perlaksanaan program sebegini yang lancar pada masa hadapan. Cadangan penambahbaikan yang pertama adalah memanjangkan tempoh masa lawatan. Pemanjangan tempoh masa lawatan dapat memberikan peserta lawatan

kesempatan dan ruang bagi mereka untuk menimba lebih banyak lagi ilmu yang diperlukan dalam bidang keguruan. Selain daripada aktiviti penanda aras ini, kami juga turut terlibat dalam Program Bina Insan Guru Fasa 6 yang kedua iaitu bengkel yang bertajuk Guru inovatif. Bengkel tersebut diadakan pada 9 Oktober 2012, iaitu pada hari selasa bertempat di dewan Ibnu Khaldun. Semua guru pelatih semester 6 diwajibkan hadir bagi mendengar ceramah yang bertajuk Guru Inovatif yang disampaikan oleh Encik Latif. Encik Latif telah menerangkan serba sedikit mengenai peranan guru bagi mendidik generasi yang akan datang. Banyak input berguna yang telah diperolehi sepanjang bengkel itu berlangsung. Kami juga telah diberikan satu soal selidik bagi mengenalpasti personaliti masing-masing dan keputusannya akan dikaitkan dengan personaliti yang sepatutnya ada pada seorang guru. Kesimpulannya, sebagai seorang bakal guru, perkara yang terpenting adalah komitmen yang tinggi dan berterusan amat diperlukan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh daripada program BIG ini merupakan persiapan yang baru sedikit jika hendak dibandingkan dengan cabaran yang akan ditempuhi pada masa hadapan. Justeru itu, saya yakin program BIG ini dapat memperbaiki kekurangan dalam diri saya.

YANG BENAR,

................................................... (NURAIN BINTI MOHD NASIR)

Anda mungkin juga menyukai