Anda di halaman 1dari 16

APA yang penting, karya itu menjadi sebuah novel, ada cerita, ada dialog, ada ayat penerangan

dan lain-lain yang diperlukan. Begitulah kata seorang penulis yang sedang menghasilkan sebuah novel apabila ditanya sama ada berani atau tidak membuat eksperimen atau menggarap sesuatu yang baru terhadap novel yang sedang dihasilkan. Daripada penjelasan itu, ternyata penulis berkenaan tidak berani lagi membuat eksperimen atau sesuatu yang baru di dalam karya novelnya. Apatah lagi penulis novel itu masih tidak faham, apakah yang dimaksudkan dengan eksperimen atau pembaharuan itu. Setahunya, selama ini dia membaca novel-novel hanya sekadar ingin tahu jalan cerita dan tidak pernah mempersoalkan bagaimanakah penulis novel itu mempersembahkan ceritanya. Eksperimen atau pembaharuan boleh disifatkan seperti menampilkan kepelbagaian teknik dan penulisan untuk mempertingkatkan kesan dan mesej yang hendak disampaikan. Kepelbagaian teknik yang dimaksudkan ialah dengan memasukan unsur-unsur imbas kembali, imbas muka, monolong, monolog dalaman dan sebagainya sementara meleraikan cerita dengan satu kejutan, lain daripada kebiasaan yang dijangkakan. Ketidakberanian untuk mencuba kepelbagaian teknik menulis novel itu kerana bimbang akan menemui kegagalan dan ilmu yang kurang mencukupi untuk meredah belantara eksperimen yang lazimnya hanya berani diterokai penulis novel yang sudah mahir. Sesebuah novel yang mampu mencuit hati pembaca harus ada nada penceritaan yang pelbagai. Mungkin ia lebih berbentuk ironis, satira atau melodrama. Semua ini sememangnya memerlukan kemahiran yang hanya mampu diperolehi dengan melakukan percubaan dan penulis mesti berani melakukannya. Sesetengah penulis novel pula mempersoalkan, mengapa perlu melakukan pelbagai eksperimen? Bukankah ia akan memeningkan pemikiran? Tulislah novel yang mudah asalkan ada permulaan cerita, ada konflik dan ada penyelesaikannya, tidak kiralah bagaimana cara menulisnya. Jawapannya, jika anda mahu menjadi penulis novel yang mampu melonjakkan karya anda berbanding penulis novel lain, anda harus berani melakukan sesuatu yang lain dan jangan mengekori jalan yang sudah dilalui oleh penulis lain sebelum ini.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 8:11 PG0 ulasan

ISU CINTA HANYA SEBAGAI PERENCAH NOVEL


SEORANG penceramah di dalam satu bengkel penulisan novel yang menjalankan kajian terhadap 50 buah novel yang dipilih mendapati 68% peratus novel yang dikaji itu memaparkan tema cinta. Menurutnya, oleh kerana novel cinta mempunyia nilai komersil, membuatkan semua penerbit novel termasuk DBP menerbitkan novel seperti ini. Apa yang menyebabkan penerbit dan penulis menghasilkan novel sedemikian, kerana permintaan daripada pembaca sendiri yang mahukan novel yang ringan, tidak membebankan fikiran mereka dengan memikirkan novel yang berat-berat. Di antara novel-novel yang termasuk di dalam senarai kajian merupakan novel yang sudah diulang cetak sehingga lapan kali. Ini membuktikan bahawa permintaan pembaca terhadap novel-novel seperti ini sentiasa mendapat tempat. Tema cinta yang dimaksudkan di dalam kajian itu termasuklah sama ada cinta pandang pertama, cinta terhalang, putus cinta, cinta di antara dua darjat, cinta yang tidak kesampaian dan pelbagai lagi jenis cinta yang sememangnya dialami oleh setiap orang. Walaupun ada novel-novel yang mengungkapkan isu lain yang lebih besar, namun isu cinta masih juga digarap sebagai penambah rencah resepi novel dan tidak lengkap jika sesebuah novel tidak diselitkan dengan isu cinta walaupun hanya dikesampaingkan. Barangkali bukan satu yang wajar untuk menghalang para penulis novel supaya tidak menulis novel yang bertemakan cinta tetapi tema cinta wajar dijadikan bingkai sementara isu yang lebih besar dijadikan sandaran utama sesebuah novel. Ibarat sesuatu resepi makanan, garam itu ibarat cinta yang harus ada tetapi jika terlalu banyak garam sudah tentu akan menghilangkan keenakannya kerana bahan-bahan lain juga harus ada cuma kuantitinya yang perlu diambil kira.

Kesimpulannya, keseimbangan isu cinta dan isu-isu lain wajar ditetapkan kuantitinya supaya sesebuah novel itu tidak lebih berat kepada cinta tetapi hanya sebagai perencah untuk menyedapkan cerita.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 8:09 PG0 ulasan

NOVEL YANG BAIK HARUS MEMILIKI NILAI


SEBUAH novel yang baik harus mempunyai nilai. Begitu di antara yang ditekankan oleh *Pengerusi laporan Panel Hakim Hadiah Sastera Exxon Mobil 2006 ada menyenaraikan beberapa nilai yang harus ada pada hasil karya yang baik. Nilainilai ini harus ada di dalam sesebuah karya sastera termasuklah novel. Nilai-nilai yang dinyatakan itu ialah: 1. NILAI KOGNOTIF iaitu karya yang mampu menjana daya taakulan pembaca dan menawarkan pengalaman estetik. 2. NILAI PEMIKIRAN iaitu karya yang mampu mengemukakan karya positif, bervariasi atau sebaik-baiknya bervisi besar walaupun persoalannya berlatarbelakangkan tempatan, karya dapat juga berdialog di peringkat antarabangsa. 3. NILAI AKHLAK iaitu karya yang dapat menyumbangkan kepada pembinaan sahsiah khalayak. 4. NILAI KEPRIHATINAN iaitu karya yang peka terhadap aspirasi nasional, dinamika sosial dan isu kemanusiaan sejagat. 5. NILAI BAHASA iaitu karya yang memiliki bahasa indah, kreatif, imaginatif dan berkesan , kuat menunjang tema , bukan sahaja membawa makna cerita, bahkan bahasa itu sendiri merupakan idea, pemikiran dan ideologi. 6. NILAI KREATIVITI iaitu karya yang mengungkapkan idealisme dan pemikiran yang asli dan fasih serta berupaya membawa makna berlapis dan tafsiran yang pelbagai. 7. NILAI KESEIMBANGAN iaitu karya yang terbina secara harmonis antara subjek dan teknik dan pengolahan. *(Warna Perang, Nor Azah Abd Aziz dan Rozlan Mohamed Noor, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2007). Bagi mereka yang bercadang menulis novel untuk sayembara, boleh menjadikan nilai-nilai yang disebutkan di atas sebagai panduan asas di samping memperbaiki lagi hasil penulisan supaya lebih mantap dan berjaya menarik perhatian ahli panel sayembara.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 8:06 PG0 ulasan SABTU, 9 OKTOBER 2010

EBOOK CARA MUDAH MENULIS NOVEL MASIH BOLEH DIMILIKI

SAYA masih menerima SMS dan emel yang bertanyakan adalah ebook Cara Mudah Menulis Novel yang saya hasilkan masih dijual lagi? Dan adakah ebook ini boleh didapati di kedia-kedai buku? Ya, ebook Cara Mudah Menulis Novel masih dijual lagi. Harganya masih sama iaitu RM 40.00. Mereka yang ingin memilikinya boleh menulis emel atau SMS ke 013-3635560 untuk mendapatkannya atau melayari blog ini kerana semua makluman mengenai pembelian ebook ini ada dinyatakan. Mereka yang membeli ebook ini akan menerima satu novel percuma sebagai bonus pembelian berjudul Sebening Airmata

selain 10 Tip Bimbingan Menulis Novel yang akan dikirimkan secara berperingkat-peringkat. Anda tidak rugi memiliki ebook CARA MUDAH MENULIS NOVEL ini kerana banyak manfaat yang akan anda perolehi. Anda akan diterangkan sesuatu topic bersertakan contoh sekali untuk mudah difahami. Mereka yang ingin memiliki ebook PERCUMA Panduan Menulis Novel Berdasarkan Kisah Benar juga masih boleh berbuat demikian. Anda boleh emelkan permintaan anda itu ke alamat: mnasd_326@yahoo.com atau SMS ke 013-3635560 dengan memberikan alamat emel anda. Selain itu, sebuah lagi ebook yang masih boleh dimiliki ialah 50 TIP PANDUAN MENULIS NOVEL berharga RM 20.00. Ebook ini mengandungi tip-tip yang berguna kepada mereka yang ingin menghasilkan novel.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 7:51 PG0 ulasan

DIALOG DALAM NOVEL ADALAH ISI HATI PENGARANGNYA


APA jua dialog yang dihasilkan oleh penulis, kesemuanya adalah hasil dari hati nurani penulisnya. Jika dialog itu dituturkan oleh seorang pengemis, seorang pelacur, seorang tokoh agama dan sebagainya, semuanya dihasilkan dari hati nurani penulisnya. Penulis boleh menjadi watak apa sahaja di dalam novelnya. Oleh yang demikian penulis wajar memiliki batasannya ketika menyelami watak-watak yang ditulisnya. Itulah kelebihan penulis yang jarang ada pada orang lain. Penulis boleh menjadi sepuluh watak atau lebih di dalam novelnya. Sempadan atau batasan tidak wajar dicampur adukan. Sebagai contoh adegan seorang guru agama sedang menasihati seorang pelacur supaya bertaubat. Pada masa yang sama penulis menyelami watak guru agama. Ketika menyelami watak guru agama, penulis harus menjadi seorang guru agama dan bukannya seorang pelacur untuk menyampaikan tazkirahnya. Selesai menyampaikan tazkirahnya, penulis juga kemudian menyelami watak seorang pelacur yang ingin kembali ke jalan yang benar. Pada ketika ini, penulis akan meletakkan dirinya sebagai pelacur. Kadang-kadang tanpa disedari, pelacur pula yang memberi nasihat kepada guru agama untuk kembali ke jalan yang benar. Begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun hal seperti ini jarang-jarang berlaku kerana sebagai penulis, mereka harus bijak meletakan dirinya pada pihak yang mana ketika berdialog. Sebab itulah ketika menuturkan dialog harus ada pro dan kontra. Siapa yang pro dan siapa yang kontra, penulis juga yang menetapkan wataknya. Jika watak A yang kontra, watak B yang pro, jangan pula pada adegan selepasnya berlaku keterbalikan. Pembaca akan menjadi keliru. Bagaimanapun, hal-hal seperti ini akan dapat diperbetulkan setelah manuskrip siap, dan kerja-kerja membaca semula atau mengedit dilakukan sebelum manuskrip dihantar ke penerbit.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 7:47 PG0 ulasan

CONTOH DIALOG BERKONFLIK


MASIH lagi membicarakan fasal dialog. Sebelum ini sudah dibincangkan mengenai dialog kosong dan dialog berisi. Kali ini akan dibincang mengenai dialog ada konflik dan dialog tiada konflik. Bagaimanakah ingin mengetahui dialog ada konflik dan dialog tiada konflik. Dialog lazimnya diucapkan oleh dua watak atau lebih.Jika satu watak yang beridalog, itu dinamakan monolog dalaman, di mana watak akan berkata-kata dengan dirinya. Hal ini akan dibincangkan pada lain ketika. Contoh dialog tiada konflik. Katakanlah A bertemu dengan B di sebuah pasaraya. Perbualan itu mungkin seperti ini. Kau apa khabar? A bertanya. Baik. Kau pula apa khabar? B menjawab dan bertanya soalan yang sama. Anak berapa orang? A bertanya lagi. Empat orang. Dua lelaki dan dua perempuan. B menjawab. Contoh dialog di atas jelas tiadak ada konflik dan dialog kosong yang tidak ada konflik. Cuba pula bandingkan dengan dialog

berikut. Kisahnya masih sama, pertemuan di antara A dan B di sebuah pasaraya. Hei Kimi, apa khabar? Haikal bertanya setelah lama tidak menegur. Baru sekarang nak tanya khabar? Selama ini bila kau Nampak aku dari jauh, kau pura-pura pandang tempat lain. Kau ingat aku tak perasaan? Hakimi menjawab sambil memandang wajah Haikal yang nampak berubah. Kau sengaja nak cari fasal, Kimi. Perkara dah lepas, biarlah lepas. Aku pun tak nak fikirkan peristiwa lalu. Aku ingat kau pun sama tapi nampaknya kau masih nak berdendam, balas Haikal memandang kea rah lain. Aku tak boleh lupa apa yang pernah kau buat pada aku dulu, Sampai sekarang pedihnya masih terasa, kau tahu tak? Bukankah aku dah minta maaf. Kau pun dah maafkan. Apalagi yang kau mahu? Dialog di atas ialah dialog berisi yang ada mesej. Babak di atas boleh dikembangkan pada bab-bab selepas ini dengan mewujudkan peristiwa yang telah berlaku sehingga tercetus adegan ini dan apa yang akan berlaku seterusnya. Anda tentu boleh bezakan dua contoh dialog yang diberikan. Adegan di atas boleh diteruskan atau dimatikan sahaja di mana kesinambungannya ditulis pada bab-bab selepas ini. Bolehlah dibuat kesimpulan, apabila dua watak sedang menuturkan dialog biarlah ada pententangan pendapat, barulah wujud konflik bukannya watak hanya mengiakan sahaja apa yang dikatakan oleh watak seorang lagi.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 7:42 PG0 ulasan JUMAAT, 8 OKTOBER 2010

MENGENALI KELEMAHAN NOVEL


SEBAGAI penulis novel, mungkin kita sendiri tidak menyedari kelemahan novel kita tulis. Oleh yang demikian, para pembaca yang mahir sahaja dapat melihat di mana kelemahan novel. Sekiranya novel itu belum diterbitkan, mungkin ia boleh diperbaiki tetapi jika sudah terbit barulah disedari kelemahannya, cuba baiki kelemahan itu pada novel akan datang. KELEMAHAN BAHASA Kelemahan ini dapat dilihat sebaik sahaja kita mula membaca novel berkenaan. Sama ada bahasanya sesuai atau tidak dengan sasaran membaca, penilaian boleh dipastikan ketika ini. KELEMAHAN PENGOLAHAN Kelemahan seperti ini hanya dapat dipastikan apabila kita selesai membaca novel itu sama ada membaca sebehagian novel atau keseluruhan novel ini. Pengolahan yang tidak tersusun akan mengelirukan pembaca. Ini berlaku kerana penulis tidak menyediakan format atau garis panduan sebelum menulis novel. KELEMAHAN WATAK UTAMA Menenggelamkan peranan watak utama sebaliknya watak pembantu pula yang menonjol akan menjejaskan novel ini. Watak utama wajar diberi peranan yang lebih sesuai dengan wataknya, watak pembantu hanya sebagai pendokong. KELEMAHAN JALAN CERITA Penulis tidak mewujudkan persoalan atau konflik sehingga kelihatan perjalanan novel mendatar. Sebaik-baiknya perjalanan novel ada turun naik seperti geraf dan persoalan demi persoalan ditonjolkan sehinggakan pembaca tidka sabar untuk mengetahui apakah yang akan berlaku selanjutnya. KELEMAHAN JIWA WATAK UTAMA Watak utama digambarkan sebagai orang yang lemah, tidak bersemangat tidak sesuai dengan peranannya sebagai hero. Hero ialah orang yang kuat, tabah, sedia berhadapan dengan cabaran di mana akhirnya mencapai kejayaan walaupun pada awalnya lemah tetapi akhirnya bangkit dan mencapai kemenangan. Apa yang dinyatakan di atas merupakan kelemahan sesebuah novel yang dapat dikesan. Tetapi sebenarnya banyak lagi kelemahan yang boleh diperolehi jika seseorang rajin membuat kajian. Sebagai latihan, cuba baca sesebuah novel kemudian catatkan apakah bentuk kelemahan itu. Kemudian buat pula catatan bagaimanakah pula untuk mengatasi kelemahan itu. Penulis novel seperti juga manusia lain, ada kelemahan dan ada

kehebatannya. Mencari kelemahan dan cuba mengatasi kelemahan itu akan mematangkan penguasan terhadap penulisan novel.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 8:15 PG1 ulasan

KEPENTINGAN BAB AWAL NOVEL


JIKA anda berhajat ingin menyertai mana-mana sayembara menulis novel, jangan abaikan kepentingan bab-bab awal novel. Bab-bab awal novel seperti bab 1,2,3,4 dan 5 perlu diberi perhatian. Ini kerana bab awal merupakan magnet atau daya penarik untuk ahli panel membaca keseluruhan cerita. Bayangkan jika bab 1 sehingga bab 4, ahli panel masih tidak dapat menangkap apa yang hendak disampaikan oleh penulis dalam novelnya. Kegagalan penulis akan menyebabkan ahli panel tidak meneruskan pembacaan kerana merasa bosan dan penulis lambat hendak menyampaikan mesej. Perlu diingatkan setiap ahli panel bukan hanya membaca sebuah novel sahaja, mungkin lebih daripada 10 manuskrip. Untuk menjimatkan masa, hanya novel-novel yang menarik sahaja akan mendapat perhatian. Sekira pada bab pertama, ahli panel sudah dihidangkan dengan kejutan, suspen dan mendebarkan sudah tentu ahli panel akan tertarik untuk mengetahaui apakah yang akan berlaku seterusnya. Bagaimanapun untuk memastikan bab-bab awal mengandungi mesej dan kejutan, ia memerlukan kemahiran penulis mengolah cerita di mana setiap bab akan diakhiri dengan persoalan. Persoalan itu pula akan dijawab pada dua atau tiga bab selepas itu. Untuk memahirkan diri mengetahui teknik seperti ini, penulis disarankan agar membaca novel-novel yang pernah memenangi sayembara. Kaji gaya penulisan, pengolahan, bahasa dan sebagainya. Di dalam satu-satu sayembara pihak penganjur akan menerima puluhan manuskrip. Sekiranya manuskrip anda berjaya termasuk dalam sepuluh yang terbaik, di peringkat akhir, itu sudah cukup membanggakan. Oleh yang demikian kepada yang berniat ingin menyertai mana-mana sayembara penulisan novel, pastikan bab-bab awal novel anda itu mampu memikat ahli panel untuk membaca sehingga ke akhir.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 8:13 PG0 ulasan

DIALOG BERISI DAN DIALOG KOSONG


APAKAH dialog berisi dan dialog kosong? Dialog berisi ialah dialog yang mengandungi mesej yang hendak disampaikan atau dialog yang mengandungi konflik dan perlu diselesaikan. Manakala dialog kosong ialah dialog yang tidak mempunyai mesej atau konflik yang tidak perlu ditonjolkan. Dialog yang tidak penting ini kadang-kadang disebut juga dialog klise yang tidak ada kena mengena dengan jalan cerita. Jika tiada, ia tidak menjejaskan jalan cerita. Contoh dialog penting: Apakah pesakit skizofrenia ini akan mengalami kesakitan sepanjang hayatnya dan tidak boleh disembuhkan, doktor? Encik Fairuz inginkan kepastian daripada doktor yang merawat anak gadisnya. Skiofrenia ialah penyakit kecelaruan mental yang serius di mana tanda-tanda seseorang itu akan mengalami kemerosotan tugas dan peranannya sebagai manusia yang produktif, jawab Dr. Iz Taufik, doktor pakar yang merawat Iffah Filzah. Apakah penyakit ini boleh mempengaruhi pemikiran pesakit itu doktor? Tanya Encik Fairuz lagi. Ya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh mempengaruhi emosi, persepsi, tingkahlaku, personality dan pemikiran, jawab Dr. Iz Taufik sambil memandang wajah Encik Fairuz yang resah memikirkan masa depan anak gadisnya. Contoh dialog di atas adalah fakta yang memerlukan kesimbungan cerita apakah yang berlaku selepas itu dan apakah yang menyebabkan seseorang itu terjebak dengan penyakit itu. Kesimbangungan cerita di atas tidak semestinya berkahir pada babak berkenaan sahaja tetapi wajar juga diselitkan pada bab-bab seterusnya.

Contoh dialog kosong: Man, kau apa khabar, lama tak jumpa? Idrus bertanya kepada Man ketika terserempak di sebuah pasaraya. Aku baik saja. Kau apa khabar? Sejak kita habis kursus setahun lepas, kau tak hubungi aku. Kerja di mana sekarang? Man bertanya sambil bersalaman. Aku macam nilah. Sejak habis kursus keusahawanan dulu, aku bisnes kecil-kecilan. Tapi nasib aku malang, bisnes aku gagal, ujar Idrus seolah-olah kecewa. Aku pulak masih kerja tempat lama. Jadi kerani cabuk, nak berniaga tak berani lagi, takut gagal macam kau, balas Man. Dialog di atas tidak ada mesej penting yang hendak disampaikan hanya sekadar bertanya khabar dan perkembangan terbaru di mana dialog seperti di atas sudah klise atau sudah biasa. Sebagai penulis novel cuba elakkan dialog yang tidak penting, apatah lagi tidak ada kena mengena dengan jalan cerita. Dalam erti kata lain, dialog itu tidak menjejaskan cerita jika ditiadakan tetapi jika ditulis juga, sudah tentu ia tidak memberih kesan apa-apa, hanya sekadar untuk memanjang-manjangkan cerita. Di dalam kehidupan kita sehari-harian, kita sudah tentu dapat membezakan mana satukah perbualan kita yang ada kena mengena dengan diri kita atau perbualan kosong yang tidak memberikan faedah apa-apa. Dalam erti kata lain, dialog penting ialah dialog atau perbualan yang jarang kita ucapkan ketika perbualan sehari-harian dan dailog itu pula mengandungi isi yang hendak disampaikan. Manakala dialog kosong pula merupakan dia yang sudah biasa diucapkan seperti: Sudah makan? Belum. Nak belanja? Sudah minum? Sudah, minum air kosong saja. Dari mana? Tak dari mana-mana. Saja jalan-jalan cari makan.. Diharapkan, pembaca dapat membuat perbandingan. Cuba tuliskan dalam satu kertas perbezaan dialog penting dan tidak penting sebagai latihan.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 8:10 PG0 ulasan RABU, 15 SEPTEMBER 2010

TEKNIK MENULIS DIALOG DALAM NOVEL


SAYA hanya akan datang apabila dijemput, kata Hazifah sambil menggaru-garu keningnya ketika ditanya mnenai keinginannya untuk menghadiri majlis perjumpaan itu . Hazifah mengggaru-garu keningnya lalu berkata, Saya hanya akan datang apabila dijemput. Cuba bezakan kedua-dua ayat tersebut. Bezanya hanyalah, ayat pertama, dialog dahulu dituturkan kemudian barulah dijelaskan siapa yang menuturkan. Manakala ayat kedua pula, orang yang berkata dulu dijelaskan, kemudian barulah dialog dituturkan. Di dalam istilah penulisan novel, orang yang berkata disebut pekata. Contoh ayat pertama di atas, biasa kita temui di dalam penulisan novel masa kini, di mana dialog dahulu dituturkan kemudian barulah dijelaskan siapa yang menuturkan. Bagaimanapun contoh ayat kedua amat jarang dilakukan oleh penulis dalam penulisan novel masa kini. Kemungkinan mereka tidak biasa menggunakan teknik seperti ini. Tetapi jika kita mengkaji cerita-cerita di dalam al-Quran, kebanyakkan

pekata disebutkan dahulu kemudian barulah diikuti dengan dialog yang dituturkan. Contohnya: Lalu Zulaikha berkata kepada Yusuf ,Keluarlah! Temui perempuan-perempuan itu. (Merujuk surah Yusuf ayat 31). Contoh lain: Berkata Yusuf, Dialah yang mengajak saya. (Merujuk surah Yusuf ayat 26). Teknik seperti ini juga berlaku kepada cerita-cerita lain di dalam al-Quran. Apa yang membezakan di antara kedua-dua contoh ayat 1 dan ayat 2, hanya teknik sahaja manakala maksud yang disampaikan masih sama. Tujuan perbezaan penyampaian ini ditonjolkan kerana penulis wajar untuk mencari pembaharuan atau variasi penulisan supaya pembaca tidak terasa jemu dengan teknik penulisan yang sama. Jika ditanya mengapa di dalam al-Quran, pekata diletakkan di hadapan dan dialongnya dibelakangnya, hanyalah Allah yang tahu. Kita sebagai penulis sememangnya wajar untuk mengikuti dan mematuhi apa yang terkandung di dalam al-Quran tetapi jika dapat menggunakan teknik penulisan dalam al-Quran itu juga satu kewajaran. Kita bukan sahaja mematuhi isi yang terkandung di dalam al-Quran tetapi juga mengikuti cara penulisan al-Quran. Jika kita sebagai penulis mampu untuk melakukan perubahan di dalam penulisan, maka kitalah yang akan menjadi pelopornya.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 6:42 PG3 ulasan

KEPERLUAN MENULIS DIALOG DALAM NOVEL


UNTUK satu-satu babak atau adegan di dalam novel, manakah yang lebih mudah menulis menggunakan dialog atau menulis secara naratif? Persoalan ini walaupun nampak remeh dan kecil tetapi mempunyai kesan terhadap pembacaan. Daripada kajian yang dilakukan, pembaca lebih gemar kepada novel yang ditulis dengan dialog kerana ia lebih cepat faham dan lancar serta cepat jalan cerita berbanding dengan penulisan secara naratif yakni berbentuk karangan. Bagaimanapun ia bergantung kepada adegan yang dipaparkan. Jika sesuatu adegan itu berbentuk pertemuan, perbincangan, pergaduhan, perdebatan dan yang seumpamanya di mana lazimnya diselang-selikan dengan aksi, lebih baik ditulis dengan dialog. Ketika dialog dituturkan, penulis boleh menggambarkan apakah reaksi atau aksi watak yang terbabit. Berbanding ketika penulis sedang membayangkan atau menuliskan mengenai isi dalaman watak yang tidak berkomunikasi dengan sesiapa, tentulah tidak wajar dituliskan dialog kerana watak berkenaan tidak bercakap dengan sesiapa kecuali jika bercakap dengan dirinya sendiri. Sebagai contoh adegan yang tidak melibatkan watak lain kecuali watak utamanya. Ketika Ulfah meninggalkan rumah itu, tidak ada yang difikirkan kecuali untuk mencari rumah sepupunya di sebuah taman perumahan yang tidak jauh dari situ. Tetapi masalahnya, dia sendiri tidak tahu apakah alamat rumah sepupunya itu dan dia sendiri tidak ada nombor telefon untuk dihubungi. Ketika fikirannya berkecamuk, barulah dia menyesal kerana selama ini dia tidak pernah berniat untuk meminta nombor telefon dan alamat tempat tinggal sepupunya itu. Peristiwa yang menimpanya juga tidak pernah terlintas di fikirannya akan berlaku. Hanya setelah dihalau keluar dari rumah itu, barulah dia teringat untuk menghubungi sepupunya. Oleh kerana tidak ada cara lain, dia hanya berpandukan nama taman tempat tinggal sepupunya. Mujur juga dia tahu nama taman tempat sepupunya tinggal, jika tidak, dia sendiri tidak tahu ke mana hendak mengadu nasib. Sebaik sahaja sampai di jalan besar, dia segera menahan teksi dan meminta pemandu teksi itu menghantar ke Taman Seri Puteri tempat sepupunya itu tinggal. Sesampai sahaja di taman itu, Ulfah turun dari teksi dan termangu-mangu sendirian. Dia terpaksa bertanyakan penghuni rumah di taman itu sama ada mengenali sepupunya atau tidak. Lebih daripada enam orang ditemui tetapi mereka memberitahu tidak mengenali sepupunya itu. Tetapi Ulfah tidak berputus asa. Dia akan bertanya kepada lebih ramai orang selagi tidak bertemu dengan rumah sepupunya itu.

Adegan di atas tidak banyak memerlukan dialog. Jika ada pun dialog dengan pemandu teksi atau orang-orang yang ditemui tetapi dialog seperti itu tidak perlu kerana ia akan habis di situ dan tidak akan wujud lagi pada adegan lain. Adegan atau babak di atas tidak memerlukan dialog kerana watak tidak berkomunikasi dengan sesiapa. Manakala jika watak berkomunikasi dengan watak lain, sebaiknya gunakan menulis dengan dialog sahaja.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 6:40 PG0 ulasan ISNIN, 13 SEPTEMBER 2010

SEDIAKAN GARIS PANDUAN SEBELUM MENULIS NOVEL


RAMAI di kalangan calun penulis novel bertanyakan kepada saya, betapa mereka berminat menulis novel tetapi tidak tahu di mana harus bermula kerana di dalam satu masa banyak perkara yang hendak ditulis. Menurut mereka, jika hendak diturutkan, keseluruhan cerita hendak ditulis di dalam bab permulaan. Hal ini berlaku kerana penulis tidak mempunyai garis panduan atau guide line. Apabila tidak ada garis panduan, penulis tidak ada arah mana satu yang hendak dtuls dahulu dan bahagian mana yang hendak ditulis kemudian. Cara paling mudah ialah, tuliskan cerita anda itu bermula daripada mula sehingga akhir atau dari A ke Z. Ketika di bangku sekolah, anda sudah tentu diajar menulis karangan berdasarkan kepada pengalaman atau cerita yang diberi. Pengalaman asas itu boleh dijadikan panduan. Kemudian pecahkan cerita itu kepada tiga bahagian. Pertama: Bahagian permulaan. Kedua: Bahagian tengah atau isi cerita. Ketiga: Bahagian akhir cerita. Bahagian permulaan, pecahkan pula kepada beberapa bab. Sebagai contoh, cerita bermula dari A sehingga J. Kemudian bahagian kedua bermula dari K sehingga R dan bahagian ketiga bermula S sehingga Z. Kebiasaannya, bab permulaan hanya menceritakan tentang watak-watak yang akan muncul sepanjang novel itu kemudian dikembangkan sedikit demi sedikit, selain memperkenalkan siapakah watak-watak utama dan watak pembantunya. Pada bahagian kedua penulis perlu menceritakan perjalanan cerita secara mendalam di samping mencetuskan konflik kemudian menyelesaikan secara perlahan-lahan. Manakala pada bahagian ketiga dan terakhir, penulis perlu menyelesaikan konflik yang timbul sepanjang perlajanan novel itu. Mana-mana ada konflik dan persoalan harus diselesaikan dengan baik dan jangan ada yang tergantung kecuali jika novel itu ada lanjutannya. Panduan rigkas ini diharapkan dapat membantu mereka yang masih teraba-raba untuk menulis novel. Jika masih kurang faham, mereka boleh mendapatkan ebook CARA MUDAH MENULIS NOVEL. Cara untuk mendapatkan ebook berkenaan boleh di dapati di dalam blog ini atau menulis emel ke : mnasd_326@yahoo.com.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 9:58 PTG0 ulasan

SEIMBANGKAN WATAK JAHAT DALAM NOVEL


SEBAGAIMANA tema di dalam drama dan filem, tema di dalam novel juga terdapat watak hitam atau watak jahat di samping putih atau watak baik. Apa yang menjadi persoalannya, sejauh manakah kejahatan watak-watak hitam ini perlu ditonjolkan sebelum ia dikalahkan oleh watak baik? Menjadi kebiasaan di dalam mana-mana cereka, watak jahat semestinya akan dikalahkan oleh watak baik ketika pengakhiran cerita. Ini untuk menunjukkan konsep yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Untuk memantapkan sesebuah cerita d dalam novel, berapa kalikah watak-watak jahat ini memainkan peranan sebelum berjaya dikalahkan oleh watak baik? Sebagai contoh, seorang perogol, perlukah ia melakukan perbuatan seumpama itu tiga atau empat kali atau cukup sekali di samping melakukan perbuatan kejahatan yang lain, seperti merompak, menipu, memeras ugut, rasuah dan sebagainya? Penonjolan perbuatan jahat yang berulang-ulang sebelum watak itu menyedari kesilapan adakalanya perlu dan ada kalanya tidak perlu. Ia bergantung kepada jalan cerita dan keperlan perbuatan jahatnya itu dalam cerita.

Mungkin cukup sekali watak berkenaan melakukan kejahatan seperti pembunuhan kemudian ditangkap, di penjara selepas itu insaf dan dibebaskan. Selepas dibebaskan, perlukah watak berkenaan melakukan kejahatan yang lain? Kalau kita mengkaji cerita-cerita di dalam al-Quran kebanyakan kejahatan yang dilakukan oleh pelakunya hanya dilakukan sekali sahaja. Di dalam novel, mungkin tidak cukup dengan sekali melakukan kejahatan kemudian watak itu di cop sebagai penjenayah. Bagaimanapun di dalam dunia realiti, kejahatan banyak dilakukan berulangkali oleh pelakunya sebelum dia insaf dan menjadi ahli masyarakat yang berguna. Bagaimanapun di dalam penulisan novel, jangan terlalu menggambarkan kejahatan yang terlampau seolah-olah kita menggalakan perbuatan kejahatan walaupun sebenarnya tujuan penulis hanya mahu menggambarkan betapa watak berkenaan memang terlalu jahat. Sebagai penulis, kita wajar untuk menseimbangkan keperluan watak jahat supaya jangan berlebihan sebaiknya tonjolkan perbuatan kebaikan kerena novel diibaratkan sebagai mendidik dan bukan pendorong kepada perlakuan kejahatan.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 9:57 PTG0 ulasan

FUNGSI BAB AKHIR NOVEL


KEPENTINGAN bab-bab akhir atau klimaks novel rasanya tidak perlu untuk diperkatakan lagi kerana mereka yang sudah mengenali ciri-ciri sesebuah novel pasti tahu apakah fungsinya. Bagaimanapun ada baiknya, kita imbas semula perlajaran ini supaya kita tidak terlepas mengetahui kepentingan bahagian bab-bab akhir sesebuah novel. Bahagian akhir novel merupakan benteng terakhir plot sesebuah novel. Sebelum menghampiri ke bab-bab akhir, pastikan dahulu segala persoalan dan konflik pada bab-bab yang lepas diselesaikan satu persatu, jangan sampai ada yang tertinggal. Sekiranya ada konflik atau persoalan yang tidak terjawab, ini akan menyebabkan pembaca kurang berpuas hati. Pihak editor yang penyunting manuskrip ini pasti akan dapat mengesan ada konflik atau persoalan yang tidak diselesaikan kecuali sengaja dibiarkan dengan niat novel itu akan bersambung. Oleh kerana bahagian akhir juga merupakan jambatan di antara bab tengah dengan bab akhir, pastikan tidak ada lubanglubang yang sengaja dibiarkan. Ini akan mencacatkan plot cerita. Bagaimana cara penulis menyelesaikan novelnya, itu bergantung kepada kebijaksanaan penulis. Ada sesetengah penulis sengaja mahu menggantung cerita dengan harapan, pembaca akan berfikir sendiri mencari jawapannya. Ada juga juga penulis yang mengakhiri novelnya dengan happy ending di mana segala konflik dan persoalan dijawab dengan sebaik mungkin. Manakala watak hitam pula menerima pembalasan akibat perbuatannya sementara watak putih yang pada mulanya menerima tekanan akhirnya mencapai kemenangan. Ada juga penulis yang mengakhiri cerita dengan babak kesedihan dengan harapan mendapat simpati pembaca. Bagaimana pun semua itu bergantung kepada cerita novel itu sendiri, adakah ia wajar ditamatkan dengan cara yang sudah diduga oleh pembaca atau sebaliknya.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 12:17 PG0 ulasan

FUNGSI BAB TENGAH NOVEL


SEBAGAIMANA bab awalan, bab-bab pada bahagian tengah novel juga ada kepentingannya. Apakah kepentingan itu? Kita cuba kaji satu persatu. Sama ada disedari atau tidak, kebanyakan penulis mengabaikan kepentingan bab tengah novel kerana memberi lebih tumpuan kepada awalan dan klimaks (akhir) novel. Perlu diingatkan, kepentingan cerita pada bab-bab tengah bukanlah hanya sekadar sebagai pelengkap novel yakni ada awal, tengah dan klimaks sahaja. Ia sama pentingnya dengan bahagian depan dan belakangnya. Sebagai contoh jika novel berkenaan mempunyai 30 bab. Bab 1 -10 merupakan bab awal. Manakala bab 11 21 merupakan bab pertengahan sementara bab 22 30 merupakan bab akhir atau klimaks. Secara amnya bahagian tengah novel diumpamakan sebagai puncak konflik yang sering membawa keregangan di mana

bermula dari sini, tolakan akan berlaku kepada bab-bab seterusnya sehingga klimaks. Pada bahagian pertengahan ini perkembangan watak utama sudah nampak jelas sama ada dari segi sikap dan tindakannya. Manakala bab-bab seterusnya akan mendedahkan keseluruhan perkembangan watak dan perkembangan isi cerita. Watak-watak sampingan pada peringkat ini juga perlu selaras dengan perkembangan watak utamanya. Jika pada bab awalan, tetamu dibawa untuk singgah di ruang tamu, pada bab pertengahan ini tuan rumah (pengarang) akan membawa tetamu (pembaca) masuk lebih dalam ke seluruh isi rumah, bahagian tengah, bilik mandi dan bahagian dapur. Membawa pembaca menyelami isi cerita sebelum ke bahagian akhir, ibarat mambawa tetamu melihat sekitar isi ruang rumah. Seandainya tetamu berasa teruja dan berasa dihargai oleh tuan rumah, sudah tentu tetamu kemungkinan akan bermalam di rumah itu.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 12:15 PG0 ulasan

FUNGSI BAB AWAL NOVEL


IBARAT pentingnya pintu di dalam sesebuah rumah, begitulah juga pentingnya bab permulaan bagi sesebuah novel. Oleh kerana pintu merupakan tempat untuk tetamu masuk ke dalam rumah, bab permulaan juga ibarat pembaca yang mahu membaca novel itu. Secara ironinya bab awalan lebih merupakan daya tarikan pembaca untuk terus membaca novel berkenaan sehingga ke akhirnya. Ia juga lebih merupakan dekorasi ruang tamu untuk sesebuah rumah. Jika ruang tamu kemas, bersih, cantik, harum dan susuan perabot tersusun rapi sudah tentu tetamu yang datang akan duduk lama di ruang tamu. Tetapi jika ruang tamu berselerak, kotor, tidak pernah dikemas, perabot berhabuk, sudah tentu tetamu yang datang akan segera beredar kerana situasi begitu tidak menyenangkan. Dekorasi di ruang tamu yang kemas juga akan menggambarkan keseluruhan isi rumah berkenaan di mana sudah tentu setiap ruang rumah itu dalam keadaan bersih, cantik dan sedap mata memandang. Tetapi jika melihat setting di ruang tamu yang kotor dan berselerak, tetamu akan beranggapan tuan rumah tidak begitu mementingkan kebersihan. Begitu juga apabila membaca bab awalan novel, tidak ada satu daya tarikan, sudah tentu pembaca tidak berminat untuk meneruskan pembacaan sehingga akhir novel itu. Kita harus ingat, pembaca mengeluarkan modal untuk memiliki novel tersebut tetapi apabila membacanya, seolah-olah tidak ada apa yang menarik dan berasa tertipu. Sama juga halnya dengan kita yang ingin menginap di hotel, kita mengeluarkan belanja untuk bermalam di hotel dengan harapan bilik hotel kemas, cantik, bersih, harum bilik mandi serta cukup dengan kelengkapan. Perlu diingatkan apabila membaca bab awalan sesebuah novel, pastikan apakah yang hendak disampaikan oleh pengarangnya. Adakah pengarangnya mahu memperkenalkan watak-wataknya atau mahu memperkenalkan konflik di dalam novel itu? Gambaran yang diberikan itu dapat dibuat kesimpulan bahawa pengarangnya akan menonjolkan salah satu daripada yang disebutkan itu. Oleh yang demikian, pengarang perlu memberikan gambaran awal supaya pembaca dapat dipandu, ke arah mana pengarang mahu membawa pembaca menyelami isi novel. Jangan biarkan pembaca tercari-cari apakah sebenarnya yang mahu disampaikan oleh pengarang. Ada beberapa cara pengarang memulakan menulis novel. Ada yang terus dengan prolog, monolog dan imbas kembali. Tidak salah pengarang menggunakan cara seperti itu tetapi sebaik-baiknya biarlah pengarang itu mahir. Bagi mereka yang baru hendak menulis novel, ada baiknya menggunakan cara yang biasa. Menulis mengikut kronologi. Prolong lazimnya ditulis sebagai permulaan cerita yang tidak mengikut susunan keseluruhan cerita. Imbas kembali pula ditulis pada awalan cerita, di mana bab-bab seterusnya ditulis mengikut cerita yang telah berlaku. Sebagai contoh, bab awalan, watak A sedang menaiki keretapi menuju ke satu destinasi jauh untuk membawa diri. Sepanjang perjalanan di dalam keretapi, watak A terkenangkan apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan dia

membawa diri. Kemungkinan watak A kecewa dengan sikap orang-orang di sek ekeliling apabila menyedari dia bekas banduan yang ingin memulakan hidup baru di kampung halamannya. Walaupun sudah insaf, penerimaan masyarakat sekeliling membuatkannya terpaksa berhijrah ke tempat lain. Kebiasaannya novel seperti ini ditulis oleh mereka yang sudah mahir menulis novel dan ingin kepelbagaian teknik dalam penulisan novelnya. Kemahiran adalah penting untuk mengolah cerita seperti ini supaya pembaca tidak berasa keliru dan bingung.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 12:31 PG1 ulasan SELASA, 22 JUN 2010

FORMULA SIAPKAN SATU NOVEL SEBULAN


SEORANG editor novel meminta anda menyiapkan sebuah novel dalam masa sebulan yang tebalnya sekitar 300 halaman ke atas. Editor berkenaan sudah menggariskan secara kasar ciri-ciri novel yang dimahukan. Mampukah anda menulisnya? Penulis yang sudah biasa menulis novel, mungkin tidak menjadi masalah tetapi bagaimana jika anda baru sebuah dua menghasilkan novel? Anda boleh menerima dan anda boleh menolak jika anda tidak yakin boleh menyiapkannya. Anda boleh menerimanya atas beberapa sebab. 1. Anda yakin mampu menyiapkannya kerana anda pernah mencubanya. 2. Anda sudah tahu bagaimanakah cara menulis dengan cepat dan mudah. 3. Anda penulis sepenuh masa. 4. Anda sudah ada cerita dari awal sehingga akhir. 5. Anda sudah ada formula bagaimana untuk menyiapkan novel itu dalam tempoh yang ditetapkan. Apakah formula untuk menyiapkan novel berkenaan da;lam tempuh sebulan? Cuba gunakan teknik ini. Katakan novel anda itu tebalnya 350 Halaman. Anda sudah merangka untuk menjadikan novel itu 40 bab. Ini bermakna, Ini bermakna 350 bahagi 40, jawabnya satu bab mengandungi 8.75 (9 halaman). Satu bulan ada 30 hari. Bermakna setiap hari, anda perlu menyiapkan sekurang-kurangnnya 1 bab setengah. Untuk lebih mudah, tulis 2 bab sehari. Tidak bolehkah anda menulis 2 bab sehari yang mengandungi 18 halaman? Dalam masa sebulan jika anda menulis 2 bab sehari bermakna, anda mampu menyiapkan novel sebanyak 40 bab dalam masa 20 hari. (20 hari X 2 bab sehari = 40 bab). Ini bermakna novel anda sudah siap dalam masa 20 hari. Sesudah novel anda siap, anda masa 10 hari untuk menghantar kepada editor. 10 hari anda gunakan untuk membaca semula, mengedit atau membuat perubahan jika perlu. Apa yang penting sekali di sini ialah disiplin. Jika anda dapat pastikan menyiapkan 2 bab sehari, anda sudah berjaya melakukannya. Cuba cabar diri anda sendiri untuk melakukannya!
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 7:56 PG0 ulasan

MUDAHKAH MENULIS NOVEL CINTA


BERDASARKAN kepada lambakan novel-novel cinta di pasaran dan banyaknya penerbit berlumba-lumba menerbitkan novel seperti itu membayangkan seolah-olah sesiapa sahaja boleh menulis novel cinta. Ini juga membayangkan tema novel cinta tidak pernah kering atau ketandusan untuk ditulis atau tema yang sama diulang tulis oleh penulis lain. Hakikatnya tidaklah semudah itu untuk menulis novel cinta. Jika setakat menulis novel cinta yang biasa-biasa seperti putus cinta, kecewa, dendam, benci dan sebagainya sesiapa pun boleh menulis. Tetapi apakah mesej yang hendak disampaikan? Tambah menghairankan jika penulis itu sendiri tidak pernah bercinta, bagaimanakah hendak menghasilkan novel cinta yang baik? Penulis yang bijak menulis novel cinta, hanya menjadikan tema cinta sebagai bingkai cerita sedangkan isi cerita yang sebenar bukanlah mengenai cinta semata-mata. Cinta di dalam novel hanya dijadikan sebagai penyedap ibarat cili, garam, bawang merah, bawang putih dan belacan dalam masakan.

Bayangkan jika sesuatu masakan tidak ada cili, garam, belacan dan bahan-bahan asas yang lain, apakah rasanya? Masakan akan menjadi tawar. Jika masakan tawar, siapa yang hendak menjamahnya? Isi cerita sebenarnya mungkin mengisahkan perjuangan seorang watak untuk mengejar kejayaan dalam hidup. Untuk berjaya, watak utama menghadapi pelbagai cabaran dan kerap mengalami kegagalan. Kegagalan dalam bercinta hanyalah satu sub plot dan bukan menjadikannya sebagai plot utama. Dari halaman pertama sehingga halaman akhir 400 halaman umpamanya, apakah penulis hendak menceritakan mengenai kisah percintaan sahaja. Tentulah tidak. Mungkin kisah percintaan watak utamanya hanyalah sebagai sampingan. Sampingan itulah yang diibaratkan sebagai bingkai manakala gambarnya ialah isi cerita yang sebenar. Penulis novel cinta yang baik bukan setakat bijak bermain kata-kata sahaja, tetapi bijak bermain emosi sehingga pembaca berasakan ia bernar-benar berlaku dan dialami oleh diri sendiri. Bagaimanpun semudah itukah hendak memainkan emosi sehingga pembaca terpaku? Mampukah seorang penulis yang tidak romantik menghasilkan sebuah novel cinta yang agung? Sesiapa yang mengenali penulis dan membacanya novel cinta yang dihasilkan hanya akan tahu adakan keromantikannya atau tidak di dalam novelnya hanyalah imaginasi atau watak sebenarnya.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 7:54 PG0 ulasan

PERLUKAH HERO DAN HEROIN DALAM NOVEL MESTI KACAK ATAU CANTIK
SESETENGAH orang menonton filem kerana hendak melihat heronya yang kacak atau macho dan heroinnya yang cantik jelita. Ada juga yang menonton filem bukan kerana heronya yang kacak atau heroinnya yang jelita tetapi kerana ingin tahu ceritanya. Apalah guna heronya yang kacak atau heroinnya yang jelita jika lakonan dan ceritanya hancur? Berlainan pula dengan novel. Membeli dan membaca novel bukan kerana hero atau heroinnya yang kacak atau jelita. Tetapi kerana ingin tahu gaya penceritaan dan jalan ceritanya. Bagaimanapun sudah menjadi kelaziman penulis novel, akan menggambarkan bahawa heronya mesti kacak dan heroinnya mesti cantik atau jelita. Mengapa begitu? Membaca novel sukar hendak menggambarkan bagaimana kacak dan jelitanya hero dan heroinnya. Kebijaksanaan penulis melukiskan personality hero dan heroinnya mampu mengajak pembaca membayangkan bagaimanakah rupa paras hero dan heroinnya. Perlukah mesti menggambarkan hero dan heroinnya yang kacak dan jelita dalam novel? Sebenarnya ia banyak bergantung kepada cerita. Jika novel untuk sasaran remaja sudah tentulah gambaran hero dan heroinnya mesti kacak dan cantik. Ini kerana sifat pembaca remaja itu sendiri yang lelaki gemar heroinnya cantik, bagi perempuan mahukan heronya kacak dan tampan. Bagi novel dewasa hero dan heroinnya tidak semestinya kacak atau cantik. Ia bergantung kepada jalan cerita. Walaupun tidak digambarkan sebagai kacak atau cantik, tetapi kesempurnaan watak dan jalan ceritanya yang bagus akan mempengaruhi keinginan pembaca. Bagaimanapun kebiasaannya heronya yang kacak akan menjadi kegilaan para wanita manakala heroinnya yang cantik akan menjaid buruan lelaki. Begitu juga jika heronya yang hodoh atau tidak kacak, ia akan menjadi bahan ejekan. Manakala heroinnya yang tidak cantik akan menjadi bahan cerita orang. Kacak atau hodoh sesuatu watak hero dan heroinnya secara tidak langsung akan mempengaruhi jalan cerita. Cantik atau kacak akan menjadi buruan, manakala hodoh akan menjadi bahan ejekan. Meneliti kebanyakan novel-novel di pasaran hari ini rata-rata menggambarkan hero dan heroinnya mesti kacak dan cantik. Tidak bolehkah jika menampilkan heronya yang yang biasa-biasa sahaja dan heroinnya yang tidak menarik mata memandang? Apakah yang tidak kacak dan tidak cantik, tidak layak dijadikan hero dan heroinnya di dalam novel? Berlainan dengan filem dan drama, pengarah dan penulis skrip mesti akan menampilkan watak yang kacak dan heroinnya yang cantik? Sebabnya, kacak dan cantiknya wajah hero dan heroinnya akan mampu menarik wang ke kantung penerbit filem. Siapakah yang ingin menonton filem jika hero dan heroinnya hodoh?
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 7:52 PG0 ulasan

AHAD, 20 JUN 2010

MENULIS APA YANG PEMBACA MAHU ATAU MENULIS APA YANG PENULIS TAHU
PEMBACA sebenarnya ada hak untuk memilih novel yang bagaimana mereka mahu. Sebagai penulis novel, adakah saudara hanya mahu menulis apa yang saudara tahu sahaja atau menulis apa yang pembaca mahukan sedangkan saudara tidak tahu menulis apa yang mereka mahukan? Sebagai penulis, sewajarnya saudara perlu serba tahu. Jika saudara tidak tahu mengenai sesuatu topik, saudara perlu ambil tahu dan mendapatkan maklumat daripada mana-mana sumber. Contohnya jika saudara diminta menulis novel mengenai alam sekitar, adakah saudara mampu melakukannya sedangkan saudara tidak tahu topik itu manakala anda lebih mahir menulis novel cinta atau kekeluargaan. Sebenarnya tidak susah jika saudara bijak mengolah cerita. Cerita yang berunsurkan cinta boleh diselitkan menghenai alam sekitar, begitu juga sebaliknya. Walau apapun cerita, pengarang perlu bijak mengolah crita sebagaimana yang pembaca mahukan. Ia ibarat seorang tukang masak yang boleh memasak apa juga jenis masakan untuk pelangannya. Jika masakan daging ayam contohnya. Daging itu boleh dimasak kari. Masak lemak, masak kicap. Daging ayam kurma, ayam goring bersalut madu dan pelbagai jenis masakan yang asalkan bermula daripada daging ayam. Menulis novel juga begitu. Ia boleh diolah dengan pelbagai teknik dan cara asalkan pengarang pintar mengolahnya. Di sini tidak timbul, seorang penulis novel popular tidak mampu menulis novel Islami, atau novel sejarah atau novel seram dan sebagainya. Apabila membaca tajuk di atas, ia boleh ditafsir sebagai dua perkara yang berbeza. Pertama: Penulis wajar menulis apa yang pembaca mahukan. Kedua: Penulis juga wajar menulis apa yang mereka tahu. Bagaimana hendak menulis sesuatu jika penulis tidak tahu apa yang hendak ditulis? Oleh yang demikian, tulislah apa yang penulis tahu saja. Tetapi penulis wajar juga untuk belajar apa yang mereka belum tahu supaya tahu. Kesimpulannya, penulis memang perlu menulis apa yang pembaca mahukan kerana itu merupakan satu permintaan. Penulis juga wajar menulis apa yang mereka tahu sahaja dan belajarlah menulis apa yang mereka tidak tahu supaya mereka tahu. Apabila penulis menulis sesuatu yang di luar pengetahuan, sudah tentu apa yang ditulis itu hanyalah luaran sahaja sedangkan pembaca ingin tahu apa yang berlaku di dalam.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 8:12 PG0 ulasan

MENULIS TIGA NOVEL DALAM SATU MASA


MEMBACA tajuk di atas bukan mustahil untuk dilakukan. Tetapi bagi penulis novel yang baru hendak menulis novel, tidak digalakan untuk berbuat demikian. Memang ada penulis novel yang mampu berbuat demikian, tetapi mereka adalah penulis yang sudah mahir dan sudah melahirkan beberapa buah novel. Penulis novel yang baru menceburi bidang ini digalakan menyiapkan sebuah novel dahulu. Apabila novel itu sudah siap, barulah mulakan menulis novel baru. Ini untuk mengelakkan proses penulisan bertindih akhirnya cerita menjadi bercelaru. Jangan terlalu rakus untuk menyiapkan tiga novel sekaligus jika tidak berkemahiran dan cukup ilmu menulis novel. Mereka yang menulis tiga novel sekaligus kerana sudah menyediakan jadual sejak awal penulisan. Contohnya: Pengarang menulis novel B setelah menulis novel A 70 peratus siap.

Pengarang memulakan menulis novel C setelah menulis novel B 50 peratus siap. Apabila novel A siap 100 peratus, novel B sudah siap 70 peratus manakala novel C siap 50 peratus. Setakat ini, sebuah novel (A) sudah siap manakala novel B meningkat kepada 70 peratus dan novel C meningkat 50 peratus. Apabila novel B siap 100 peratus, tinggal sebuah lagi novel (novel C) sudah meningkat ke 70 peratus. Kerja menulis tiga novel sekaligus ini dilakukan apabila pengarang berasa jemu atau tiada idea menulis novel A. Dia beralih ke novel B. Begitulah seterusnya, jika tiada idea menulis novel B, pengarang beralih menulis ke novel C pula. Ada baik dan ada keburukannya menulis tiga novel sekaligus. Baiknya, Masa yang sepatutnya dapat menyiapkan sebuah novel, sebaliknya dapat menyiapkan tiga buah novel. Keburukannya pula, ada kemungkinan perwatakan watak-watak utama pada ketiga-tiga novel itu akan saling bercelaru jika pengarang tidak bijak mengawal perwatakan. Perwatakan novel A kemungkinan menjelma pada watak novel B, begitu juga dengan watak-watak lain. Tetapi jika pengarang bijak mengawal pergerakan watak-watak dalam novel berkenaan, ia tidak menjadi masalah. Keburukan lain, pengarang tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada satu-satu novel kerana terpaksa mengerakan tiga novel dalam satu masa. Pengarang mungkin ada jadual. Minggu pertama, menulis Novel A. Minggu kedua menulis novel B dan minggu ketiga menulis novel C pula. Begitulah seterusnya berpatah balik ke novel A oada minggu keempat. Perbuatan seperti ini, ibarat seorang yang menggunakan tiga pedang untuk menewaskan musuh yang sama. Manakah yang lebih mudah menewaskan musuh dengan satu pedang atau tiga pedang? Menggunakan satu pedang lebih mudah memberikan tumpuan. Manakala menggunakan tiga pedang mungkin sukar kerana kita hanya ada dua tangan, bagaimana hendak memegang satu pednag lagi? Mungkin ada yang memberikan jawapan, bagaimana jika pedang pertama patah atau terpelanting? Bukankah kita ada pedang kedua sebagai gantinya? Jika pedang kedua pula terpelanting, kita masih ada satu peluang dengan pedang ketiga. Bagaimanapun cara di atas tidaklah salah jika dilakukan. Terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing menggunakan helah untuk berjaya.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 11:29 PTG0 ulasan Label: 2010., Hakcipta Terpelihara

MEMILIH ADEGAN ATAU BABAK YANG PERLU DITULIS


SETIAP kita mempunyai masa yang sama dalam masa 24 jam sehari. Tetapi dalam masa yang panjang itu, berapa banyak masakah yang benar-benar penting di dalam kehidupan kita? Ditolak masa tidur, bekerja, berehat, mandi, makan dan sebagainya berapakah banyak masa yang tinggal? Mungkin hanya satu atau dua jam sahaja yang benar-benar penting di dalam hidup kita. Selebihnya banyak masa terbuang dengan perkara-perkara yang kurang berfaedah di dalam hidup kita sehari-hari. Jika mengambil kira masa bagi satu-satu watak di dalam novel yang perlu dituliskan, sudah tentulah hanya masa yang penting sahaja perlu ditulis. Tidak mungkin di dalam keseluruhan hidup sehari-hari, apa yang dilakukan oleh watak berkenaan perlu ditulis. Sebagai penulis novel, wajar untuk memilih waktu yang penting sahaja. untuk ditonjolkan di dalam satu-satu babak. Itu pun mesti ada kaitan dengan plot cerita atau isi yang sedang

dibicarakan. Sebagai contoh jika plot novel itu sedang membicarakan soal perebutan anak di antara suami atau isteri yang sudah berpisah, dialog atau adegan yang perlu ditonjolkan mesti ada kaitan dengan masalah yang sedang dibicarakan. Tentulah agak janggal, jika isu di atas sedang dibicarakan, tiba-tiba ada dua watak sedang membicarakan soal bermain futsal yang tidak ada kena mengena dengan plot. Bagaimanapun isu ini boleh ditonjolkan di gelanggang futsal. Contohnya dua watak yang baru selesai bermain futsal, ketika sedang berehat watak A bertanya dengan watak B mengenai perkembangan dengan masalah penjagaan anak B yang belum selesai. Apa yang penting ditonjolkan ialah isu penjagaan anak yang penting manakala permainan atau gelanggang futsal sebagai latar, bukannya watak A dan B sedang berbicara mengenai kekalahan bermain futsal dan mengenepikan masalah penjagaan anak.. Contoh lain, watak A bertanya kepada watak B mengenai masalah perebutan anak dengan bekas isterinya ketika sama-sama berjongging di taman tasik. Bukan fasal jogging yang hendak dibincang tetapi masalah perebutan anak yang perlu ditonjolkan.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 11:26 PTG0 ulasan Label: 2010, Hakcipta Terpelihara SABTU, 23 JANUARI 2010

BAHASA YANG SUKAR DIFAHAMI


KEPADA saudara, sila fikir-fikirkan komen mengenai tanggapan ini. Bahasa undang-undang lazimnya sukar difahami oleh orang biasa. Kita sukar memahaminya kerana ilmu yang ada pada kita tidak sampai untuk mengetahui maksud sebenar bahasa undang-undang itu. Ini kerana kita sendiri bukan pengamal undang-undang. Tetapi bagi pengamal undang-undang, bahasa yang digunakan itu adalah bahasa yang betul dan tepat. Ia tidak menjadi masalah kepada mereka sebab ilmu mereka cukup untuk memahami bahasa undang-undang itu. Begitu juga halnya dengan bahasa karya sastera sama ada puisi, cerpen atau novel. Bagi mereka yang mendiami geografi sastera, bahasa sastera yang sukar difahami itu memang perkara biasa kepada mereka. Bagi mereka, itulah bahasa sebenar dan tidak menjadi masalah kerana ilmu mereka cukup dan mampu untuk menangkap apakah maksud yang hendak disampaikan oleh pengarang. Tetapi bagi orang biasa yang berada di luar lingkungan dunia sastera, menganggap bahasa sastera terlalu sukar untuk difahami. Oleh kerana perbezaan jurang bahasa inilah yang kadang-kadang menyebabkan ramai yang tidak mahu mendekati sastera terutamanya puisi. Mereka tidak faham apakah yang hendak disampaikan oleh penulis melalui bait-bait puisi yang dihasilkan. Dalam hal ini siapakah yang hendak disalahkan. Pengarang itu sendiri atau khalayak pembaca? Penulis akan bertegas mengatakan, apa yang ditulis itulah sebenarnya bahasa sastera manakala khalayak pembaca tetap mahukan bahasa yang mudah difahami.

Untuk lebih berlaku adil, kita tidak wajar untuk menyalahkan sesiapa. Seperti juga bahasa undang-undang, kita tidak wajar menyalahkan pengamal undang-undang. Jika kita tidak faham, adalah lebih baik kita belajar untuk memahami. Sikap ini tidak merugikan diri sendiri tetapi membawa kebaikan kerana ilmu kita secara tidak langsung bertambah. Begitu juga dengan bahasa sastera, kita tidak wajar untuk menyalahkan penulis kerana itulah bahasa sastera yang digunakan. Kepada mereka yang tidak faham bahasa sastera, memahami dengan mempelajarinya adalah lebih baik kerana ia adalah ilmu. Kita tidak rugi mencari ilmu. Untuk menyalahkan pembaca kerana tidak faham, juga tidak adil. Sebagai pembaca, mereka perlukan sesuatu yang mudah difahami sesuai dengan taraf kehidupan dan pendidikan yang sederhana, tidak berpelajaran tinggi umpamanya. Perlu disedari pembaca terpaksa mengeluarkan duit untuk membeli sebuah novel. Tetapi apabila membacanya, pembaca sukar hendak memahami apa yang disampaikan oleh pengarang. Dia berhak untuk mendapatkan sesuatu yang mudah difahami setelah mengeluar duit untuk membeli novel itu. Supaya lebih adil kepada semua pihak sama ada pengarang atau pembaca, lebih baik penulis mengambil jalan tengah yakni, semua golongan pembaca tidak sama taraf pendidikannya. Ada pembaca yang mahukan bahasa sastera di dalam karya-karya sastera malah ada juga pembaca yang mahukan bahasa yang mudah difahami. Oleh yang demikian, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh penulis untuk lebih berlaku adil. Memang amat sukar untuk memuaskan semua pihak, Jika satu pihak berpuas hati, satu pihak lagi tidak akan berpuas hati. Bagaimanakah caranya untuk memuaskan hati semua pihak? Penulis harus mengambil jalan tengah sebaik mungkin. Penulis harus menyelami jiwa seorang pembaca yang taraf pendidikannya yang tidak setinggi mana dan menyelami jiwa sebagai pembaca yang berpelajaran tinggi.
Dicatat oleh Muhd Nasruddindi 7:59 PG

Anda mungkin juga menyukai