Anda di halaman 1dari 6

beberapa panduan yang merupakan tabiat saya ketika membaca: 1.

Saya sarankan agar semua pembaca bertanya kepada diri sendiri Apakah tujuan saya membaca buku ini? setiap kali ingin memulakan pembacaan. Sentiasa ingat Begin with the end in mind (salah satu tabiat dalam 7 Habits of Highly Effective People). Untuk itu, biasakan diri dengan membaca sinopsis buku terlebih dahulu yang biasanya dicetak pada bahagian kulit belakang buku. 2. Bacalah dari kulit ke kulit. Habiskan pembacaan anda termasuklah nota-nota kaki dan glosari yang disediakan oleh penulis. Ini penting untuk anda mengetahui sumber dan rujukan yang digunakan oleh penulis serta untuk tujuan kefahaman yang lebih walau pun buku yang anda baca sekadar novel fiksyen. Rujukan yang ada disertakan oleh penulis sebenarnya menunjukkan kesungguhan penulis untuk menghasilkan satu-satu karya dan bagi membuktikan apa yang beliau perkatakan adalah berasaskan fakta atau kajian dan bukanlah omong kosong. 3. Pastikan sekeping kertas kosong berukuran A4 yang dilipat (agar senang untuk diselitkan di dalam buku) atau buku catatan kecil dan sebatang pen atau pensel sentiasa berada di sisi anda ketika anda membaca. Ini bagi memudahkan anda membuat catatan sekiranya sepanjang pembacaan anda ada yang menarik perhatian anda dan untuk mencatatkan sebarang kesilapan yang ada seperti kesilapan ejaan atau susun atur ayat yang tergantung dan tidak lengkap. Anda juga boleh menandakan terus di dalam buku tersebut, sekiranya buku itu adalah milik anda. Kepada anda yang merasakan kesilapan ejaan dan susun atur ayat ini tidak penting, maka abaikan sahaja. 4. Hayati pembacaan dengan mengenal pasti watak dan perwatakan, plot cerita dan cuba rungkaikan maksud sebenar penulis menghasilkan karya tersebut. Saya pasti satu-satu karya yang dihasilkan dengan mempunyai objektif tertentu kerana penulisan bagi saya bukan sekadar gabungan huruf, perkataan atau ayat yang disusun indah tetapi juga sarat dengan mesej perjuangannya yang tersendiri. Maka sebagai pembaca kita harus lebih kreatif dan kritis untuk menghuraikan yang tersirat di sebalik yang tersurat. Tidak ada gunanya penulis menghabiskan banyak masa untuk menghasilkan satu-satu karya sekiranya pembaca tidak dapat memahami maksud yang hendak disampaikan. 5. Seusai membaca, saya percaya anda tidak akan menghadapi banyak masalah untuk membuat ulasan kerana apa yang anda ingin perkatakan sudah ada dalam catatan anda. Anda hanya perlu membuat penilaian sama ada penulisan tersebut menepati objektif anda atau pun tidak. Seterusnya, garap dan sampaikanlah ulasan anda dengan hati dan fikiran yang terbuka dan semestinya diolah dengan gaya bahasa yang baik dan menarik agar mudah difahami oleh semua yang membaca ulasan anda. 6. Jangan sekali-kali mengutuk dalam membuat ulasan. Elakkan menggunakan 'ulasan buku' sebagai lesen untuk anda melampiaskan rasa tidak puas hati terhadap apa yang anda baca. Gunakan kebijaksanaan anda untuk membuat teguran dan kritikan yang membina kerana tujuan anda membuat ulasan adalah untuk membuat penilaian terhadap penulisan yang anda baca sama ada menepati objektif pembacaan atau pun tidak. Sekiranya tidak, sarankan bagaimana penulis boleh memperbaiki penulisan beliau agar hala tuju penulisan tersebut dapat difahami dan menepati objektif pembacaan. Sejujurnya, saya bukanlah seorang yang suka masuk bakul, angkat sendiri tetapi saya membuat catatan ini dengan tujuan ingin berkongsi dengan anda apa yang saya lakukan ketika membaca seterusnya bagaimana saya membuat ulasan terhadap apa yang saya baca. Mungkin ada yang mengatakan Kalau rasa diri itu pandai sangat, kenapa tak menghasilkan karya?. Ketika ini, belum terlintas di hati saya untuk berkarya kerana untuk berkarya bagi saya, kita harus ada visi dan misi. Maksud saya, kita harus ada perjuangan dan perjuangan itu harus diterjemahkan dalam

bentuk karya penulisan. Tambahan pula, saya bukanlah datang daripada aliran sastera. Saya bukan memberikan alasan kerana penghasilan karya tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi yang pasti, pada masa kini saya tidak berminat dan belum bersedia serta saya lebih suka mengatakan Biarlah saya menjadi pembaca yang kritis kerana siapalah penulis tanpa pembaca seperti saya. :-)

Menulis ulasan buku


Julai 30, 2006 at 12:35 am | Dikirim dalam Galaksi penulisan | 10 Komen

1. Serlahkan segala yang unik-unik. Unik lebih utama daripada penting. Lebih baik satu perenggan satu poin. Untuk dapatkan poin unik, buatlah sedikit nota (boleh aplikasi peta minda). 2. Lagi baik buat petikan. Sebagai contoh: On page 204, Idris summarizes them by saying, It is obvious that the cosmological doctrines and the theory of human souls are the foundations of Ibn Sinas political philosophy, whereas the prophet and his laws become fundamental elements in his theory. 3. Intro mesti mengancam. Lihat contoh berikut: - Saya tak pernah pergi ke Taiping, tapi novelis X telah membuatkan saya seolah-olah berada di sana, di pinggir tasik yang damai lagi mendamaikan pada musim durian tahun 80-an. - Bagi saya buku ini beharga lebih daripada RM 100 ribu lantaran telah membolehkan saya menyelamatkan kereta saya daripada meletup dan terbakar. Segala tip dan panduan yang termaktub dalamnya amat saya hagainya dan akan dikenang sampai bila-bila. 4. Ulasan buku bukan sekadar jawab persoalan apakah isi unik dan utama, tapi harus jawab persoalan apakah perasaan terhadap buku dan mengapa rasa begitu. 5. Buatlah sedikit kajian mengenai penulis dan apa yang ditulis. Elok buat cross reference. Sebagai contoh: - Penulis sering meletakkan saintis sebagai hero dalam karya-karyanya. - Buku ini buku merupakan buku kelima yang dihasilkan oleh penulis dalam bidang kejuruteraan bunyi setempoh dua dekad dan boleh dianggap karya terbaik beliau dalam bidang berkenaan.

- Tanggapan pertama saya terhadap penulis ialah lelaki yang berbadan sasa lagi kacak di samping sering giat dengan aktiviti aerobik. Namun, setelah weblognya saya lawati, ternyata penulis terlantar sakit di rumah. Tubuhnya kurus kering. Wajahnya cengkung dan lesu. Sangkaan beliau sebagai lelaki macho tenyata meleset! 6. Anggap pembaca sebagai kawan sehingga dia timbul minat membaca dan membeli buku yang diulas! 7. Penutup juga mesti mengancam. Ada kesan aura di hati pembaca. Baca dengan kuat bila sunting sendiri.

SINOPSIS BAHAN BACAAN ILMIAH (Latihan Dalam Perkhidmatan) Nama Pengulas : Mohd Mustakim bin Kamarudin Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Bahan Ilmiah) Tarikh : 15-April-2011 Masa diambil : 1 minggu (1 April - 08hb April 2011) Tajuk Buku : Menulis Ulasan Buku Untuk Akhbar Majalah Dan Jurnal Ilmiah Keluaran : Pustaka Yamien Sdn.Bhd. (2009) Penulis : Roosfa Hashim Bilangan m/s : 133 (termasuk indeks) No. Siri ISBN : 978-967-5024-84-9 Harga : RM 20.70 Sumber : Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Lahad Datu

SINOPSIS Kaedah untuk menulis ulasan ataupun sinopsis bagi suatu bahan bacaan tidak diketahui secara umum dan tiada pula cara yang tetap yang menunjukkan standard bagi suatu penulisan ilmiah tersebut. Melalui buku yang ditulis oleh Roosfa Hashim ini diterangkan beberapa perkara dan garis panduan yang dapat kita gunakan untuk menulis dengan teratur dan baik langkah demi langkah. Setelah beliau berkecimpung dalam menulis ulasan buku selama 20 tahun yang lalu banyak memberi panduan dan penambah baik dalam kaedah-kaedah penulisan yang berkualiti. Untuk itu, buku yang ditulis oleh beliau ini kita dapat gunakan dengan sebaik mungkin sebagai rujukan ketika membuat sinopsis dan menulis ulasan bagi sesuatu bahan bacaan. Terdapat 10 bab utama dalam buku ini dan perkara yang ingin ditekankan di sini ialah beberapa aspek yang perlu diambil berat dalam menulis ulasan buku dan kaedah menulis bahan bacaan ilmiah secara khusus. Dalam buku ini juga diterangkan cara untuk mengulas bahan yang berunsurkan buku (1)Kanak-kanak dan remaja, (2)Karya kreatif dan fiksyen, (3)Sejarah dan bukan fiksyen, (4)Biografi dan memoir, (5)Karya terjemahan, (6)Ucapan dan syarahan, (7)Untuk jurnal ilmiah, (8)Mengenang pemergian penulis dan karyanya, dan (9)Ulasan yang mengundang perbahasan. Dengan beberapa jenis bahan yang hendak di tulis, menunjukkan bahawa buku ini mempunyai daya kreatif dan pengukuhan dari segi kajian dan kefahaman untuk mengulas sesuatu bahan bacaan mengikut pengamatan dan pengalaman penulis. Dengan penulisan sinopsis atau lebih tepat jurnal bahan ilmiah dapat mempertingkatkan dan menyuburkan korpus ilmu pengetahuan khususnya kepada para pendidik dalam mencapai manfaat yang boleh dikecapi oleh semua pihak dan meningkatkan industry perbukuan Negara. Rantaian ilmu

yang dinyatakan dalam buku ini ialah proses membaca, menelaah dan murujuk. Justeru itu, adalah diharapkan agar pengulas dapat membawa jurnal dan ulasan yang baik terhadap buku atau bahan yang baik manfaatnya sahaja berbanding daripada isu kontroversi.

Beberapa ciri ringkas yang dapat diambil perhatian ialah

(1) meringkaskan ulasan dan memadatkan kandungan sebuah buku,

(2)membuat penilaian kritikal terhadap kandungan buku, dan

(3)dapat mencadangkan kepada pembaca manfaat yang boleh diperolehi.

Dalam pada itu teknik untuk memilih buku termasuklah perhatikan kepada judul buku dan bidangnya, prakata atau pengenalan dan juga senarai kandungan yang memberi gambaran kepada buah fikiran pengarangnya. Ini adalah kerana kadangkala kita sering tidak beri perhatian terhadap perkaraperkara yang disebutkan tadi walhal adalah amat penting dalam memberi gambaran sebenar tentang kebolehan dan keupayaan seorang pengarang buku tersebut. Sedikit pedoman yang disenaraikan sebagai panduan kepada kita untuk menulis ulasan buku adalah seperti lampiran yang disertakan dalam penulisan ini (rujuk lampiran A). Perkara ini penting dalam menentukan samada seorang pengulas dapat memerhatikan perkara yang utama hendak disampaikan secara menyeluruh ataupun ringkas.

Tambahan dalam pedoman yang dapat dikongsikan bersama ialah

(1)Ulasan atau synopsis bahan ilmiah memancarkan pandangan pengulasnya

(2)Boleh ditulis sesingkat 50-100 perkataan atau boleh pula panjang hingga mencecah 1500 perkataan bergantung kepada tujuan ulasan itu dibuat.

Dalam buku ini dinyatakan dengan jelas panduan kepada bakal penulis untuk mengulas buku untuk jurnal ilmiah. Ini juga memudahkan kepada kita dalam menyediakan satu sinopsis yang padat ringkas dan berkesan bagi tujuan menyahut program membaca dan menulis sebagai bahan program latihan dalam perkhidmatan. Sila rujuk lampiran B yang disediakan. Maka, dengan pelbagai dan corak yang ditunjukkan dalam buku ini memberi kita sedikit keterbukaan minda dalam menulis bahan ilmiah dengan lebih mudah. Dengan itu tindakan aktif boleh diambil dalam kalangan kita untuk teruskan budaya membaca dan membentuk satu fenomena yang baru dalam sebuah kehidupan yang lebih sihat juga bleh dijadikan sebagai satu hobi.

Lampiran (A)

Teknik menulis ulasan buku (am) 1) Ulas buku yang telah dibaca dan difahami kandungannya. 2) Mulakan dengan menyertakan judul buku, nama pengarang, penerbit, tahun terbit jumlah halaman, harga, ISBN dan sebagainya. 3) Mulakan dengan pembuka ayat yang menarik. 4) Berterus terang dengan pandangan dan pendapat anda berkenaan buku tersebut. 5) Tulislah maklumat tentang pengarang dan hubungannya dengan buku itu serta gunakan kelulusan dan pengalaman pengarang. 6) Fikirkan siapa yang akan membaca ulasan anda. 7) Buatkan garis kasar kandungan buku itu. 8) Pilih tema yang terbaik untuk diulas. 9) Petiklah atau rujuk bahagian tertentu buku tersebut bagi mengukuhkan ulasan anda. 10) Beri penilaian dan komentar yang kritis tentang buku itu. 11) Bandingkan buku itu dengan buku lain oleh pengarang yang sama atau tulisan dan buku terkini oleh pengarang lain. 12) Kaitkan karya tersebut dengan keperluan semasa masyarakat. 13) Bincangkan kedudukan buku itu dalam trend atau perkembangan yang sedang berlaku dalam masyarakat. 14) Kesimpulan anda patut meringkaskan atau mungkin memasukkan penilaian anda tentang buku itu. 15) Merenung kembali buku itu sebelum mula menulis bagi mendapatkan perspektif yang baik. 16) Sunting dan rombak ulasan itu sebelum diterbitkan. Lampiran (B) Teknik menulis ulasan buku (untuk Jurnal Ilmiah) 1) Mulakan ulasan anda dengan menyatakan judul buku, nama pengarang, penerbit, imprint (tahun terbit), No. ISBN, harga dan maklumat lain yang perlu contohnya , Melvyn P.Leffler, The Specter of Communism: The United States and the Origins of the Cold War, 1917-1953. New York: Hill and Wang, 1994. 147pp. 2) Ringkaskan kandungan utama atau sumbangan penting atau apa yang baru tentang isi buku itu. Tulislah kelebihan dan kebaharuan buku yang baru itu dalam konteks ilmunya. 3) Bincangkan kekuatan dan kelemahan buku, nyatakan saja dengan berani dan terus terang jika anda dapati pengarang menggunakan pendekatan lama dalam kajian dan tulisannya. Sebaliknya, jika pengarang kelihatan inovatif dan menampilkan perubahan dan pembaikan, bincangkanlah perkara tersebut dengan jelas. 4) Bincangkan juga kewibawaan pengarang dalam tulisannya. 5) Semak sumber rujukan yang digunakan oleh pengarang. 6) Adun dan sulam komen anda bagi mengelakkan daripada membuat ringkasan atau penilaian bab demi bab yang membosankan kerana menampakkan sebagai amalan amatur dan mentah serta membazir ruang. 7) Tunjukkan sikap anda yang sopan dan professional. Mengkritik secara professional dan membina. Komuniti dalam mana-mana bidang kesarjanaan adalah kecil, janganlah bakar jambatan sesiapa. 8) Ulasan buku anda janganlah hingga melebihi 3 atau 4 halaman, langkau dua baris, 12 point. 9) Berikan ukuran mutu buku baik, sederhana, buruk dan sebagainya. 10) Nyatakan samada buku itu menghiburkan, menginsafkan, sarat dengan maklumat dan sebagainya. 11) Ulaslah denga adil dan elakkan serangan peribadi. 12) Jurnal ilmiah menerbitkan sebuah ulasan dan ringkasan buku yang berbentuk kritikal. Langkah penting yang perlu diambil ialah (a)Pengenalan, (b)Bahagian Utama-Perbincangan dan Ringkasan,

dan (c)Analisis Kritikal.

Anda mungkin juga menyukai