Anda di halaman 1dari 19

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

Tema :Sekali berpengakap, terus berpengakap.


Perasmian Penutup : Tuan Hj. Mat Rohani B. Kamar
UNIT : PENGAJIAN ISLAM 1
1

AMBILAN : JUN 2011

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

DISEDIAKAN OLEH: 1. 2. 3. 4. 5. ZALWANA BINTI MUDA SUHANA BT PAKAIR NORHAMIZAH BT SAHARI SALINA BT SAIMAN SITI NURANI BT ABD. GHANI (SK. YAMTUAN HITAM) (SK.KEPIS JOHOL) (SK YAMTUAN LENGGANG) (SK. KING GEORGE V) (SK.PANCHOR)

1. Pendahuluan Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia. Ia telah ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan diperturunkan dari generasi ke generasi secara tersusun dan memiliki struktur pentadbirannya yang tersendiri. Untuk itu, kumpulan kami berhasrat mengadakan program perkhemahan selama tiga hari dua malam di Kem Rimba Ilmu Juasseh. Dalam program perkhemahan ini, ahli pengakap akan didedahkan dengan ilmu yang berkaitan dengan asas perkhemahan. Peserta-peserta perkhemahan juga dilatih menjalani kehidupan sosial yang sihat dan tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang telah disusun dan diatur. 2. Tarikh 13, 14 & 15 Julai 2012 3. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad 4. Tempat Kem Pusako Hassan Basir Sungai Jelutong Batu kikir, Negeri Sembilan. 5. Rasional Memupuk perpaduan, kerjasama dan kesefahaman akan hanya terbentuk apabila sekumpulan masyarakat berkumpul dan menjalankan aktiviti secara bersamasama. Semakin kerap masyarakat itu bekerja bersama, semakin eratlah hubungan dan persefahaman di antara mereka. Oleh itu, aktiviti perkhemahan merupakan satu
3

daripada ratusan aktiviti yang mengasuh dan membentuk murid menjadi insan yang bertolak-ansur, tolong-menolong, peka dan sebagainya. 6. Objektif Objektif perkhemahan ini adalah seperti berikut: 1. Memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan seperti memasang dan membuka khemah, menjaga dan melindungi diri daripada bahaya, memasak dan menguruskan diri. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Merealisasikan Persetiaan dan undang-undang pengakap setiap masa. .Melatih ahli pengakap kemahiran asas kebombaan dan pencegahan kebakaran. Memupuk kesedaran terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk menghadapinya. Memyemai kemahiran berkomunikasi dalam situasi yang pelbagai. Menanam sikap berdisiplin dan menepati masa. Menerapkan kesedaran tentang pentingnya mematuhi peraturan, undangundang dan jadual yang telah ditetapkan. 7. Tema Sekali Berpengakap Terus Berpengakap 8. Kumpulan Sasaran 25 orang peserta Tahun lima yang merupakan ahli pengakap dari sekolah : 1. SK Yamtuan Hitam Terachi 2. SK Kepis 3. SK Yamtuan Lenggang 4. SK KGV Seremban 5. SK Panchor

9. Keselamatan Aspek keselamatan merupakan perkara penting dalam melaksanakan program perkhemahan. Untuk itu kami akan memaklumkan senarai nama kumpulan perkhemahan kepada balai polis terdekat. Selain itu kepada pihak-pihak lain yang bertanggungjawab : Ketua kampung / mukim Jabatan perhilitan Jabatan Perhutanan dan Klinik Kesihatan terdekat. 10. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi : Tuan Haji Mat Rohani bin Kamar (Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Pilah) : En. Abdul Kudus b. Abdullah ( Penolong Pengarah Pusat Ko-Kurikulum ) :1. Pn Norhayah Bt Mohd Rahim ( Guru Besar SK Yamtuan Lenggang 2. Pn Hajah Hamijah bt Hassim (Guru Besar SK. Yamtuan Hitam) 3. Pn. Hodijah Bt Johari (Guru Besar SK. Kepis ) 4. Puan Hajjah Siti Fatimah bt Yacob (Guru Besar SK. Panchor ) 5. En. Mohd Tamyes B. Saimun (Guru Besar SK. King. George v) Setiausaha Naib setiausaha Bendahari : Pn Norhamizah bt Sahari : Pn. Zalwana binti Muda : Pn. Suhana bt Pakair

11. Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Pengakap Kem Komandan Quatermaster Keselamatan/Disiplin Hadiah/Cenderahati Buku Program Sijil Juru Acara Tempat Ibadat Perasmian Penutup Aktiviti Malaysia Cergas Pn Zalwana bt Muda (SK Yamtuan Hitam ) Pn Suhana bt Pakair (SK Kepis) LDK Ice Breaking Pn Norhamizah Sahari (SK. Yamtuan Lenggang) Pn. Norhayati Sahari (SK. Yamtuan Lenggang) LDK Mendirikan, Melipat Dan Menyimpan Khemah Pn. Siti Nurani Bt Abd. Ghani Pn. Zalwana Bt Muda Pn. Suhana Bt Pakair Pn. Salina Bt Saiman Pn. Norhamizah Bt Sahari LDK Logo, Motto, Visi dan Misi
6

: Pn Siti Nuraini bt Abd. Ghani : Pn. Salina bt Saiman : En. Mohd Fahmi b. Md. Darus : Pn. Rosmayanty bt. Rosly Cik Nor Hafizah bt. Md. Razi : Cik Norhidayah bt Sayuti : En. Khairil Anuar b. Mohammad Razi : En. Mohd. Norsani b. Mahat : Pn. Siti Nur Hasnizah bt. Abd. Rasid : En. Arifin B. Mohd Nor :

Pn Salina Saiman Dan Fasilitator LDK Ikatan Dan Simpulan Pn. Norijah bt. Lokmat (SKP) Pn. Nuraini bt. Abd. Hadi (SKSH2) Pn. R. Tamil Selvi (SJKT LSH) LDK Kembara dan Orientaring ( Aktiviti Air ) Pn. Salina Bt Saiman ( SK. King George v ) Pn. Siti Nurani bt Abd. Ghani (SK Panchor) En. Arifin b. Mohd (SKYTL) LDK Kembara Malam Pn. Suhana Bt Pakair Pn. Norhamizah Bt Sahari Pn. Salina Bt Saiman

Giliran Bertugas Malam : Jumaat Pn. Zalwana Muda Pn Salina Saiman Pn Siti Nurani Pn Norhamizah Sahari Pn Suhana Bt Pakair En. Khairil Anuar B. Majid Pn. Rosmayanty Bt Hamid Cik Norhafizah Bt Johari Sabtu Pn. Zalwana Bt Muda
7

Pn Salina Bt Saiman Pn Siti Nurani Abd. Ghani Pn Norhamizah Bt Sahari Pn Suhana Bt Pakair En. Md. Zolman B. Naim En. Syed Zulkepli B. Musa Ahad Pn. ZalwanaBt Muda Pn Salina Bt Saiman Pn Siti Nurani Bt Abd. Ghani Pn Norhamizah Bt Sahari Pn Suhana Bt Pakair

12. Program Dan Aktiviti: JUMAAT


8

02.30tgh

: Berkumpul : Pendaftaran peserta : Taklimat Perkhemahan : Mendirikan khemah

(Semua guru)

04.00ptg

: Minum petang : Solat

QM

05.00ptg

: Ice Breaking

Pn. Norhamizah

07.00mlm

: Pengurusan diri, solat dan tazkirah : Makan malam

En. Norsani
QM

09.00mlm Fasilitator 10.30mlm

: LDK Logo, Motto, Misi dan Visi : Kembara Malam

Pn Salina Saiman Dan Pn Suhana Pn Norhamizah Pn Siti Nurani

11.30pg

: Tidur

Guru bertugas

SABTU 05.00pg : Pengurusan diri, tazkirah dan solat


9

Pn Suhana

07.00 07.45pg 08.00pg 10.00pg 12.30tgh

: Malaysia Cergas Senamrobik Lagu Patriotik : Sarapan

Pn Zalwana QM

: LDK mendirikan, melipat dan menyimpan khemah . Pn. Siti Nurani :LDK Ikatan Dan Simpulan : Makan tengahari : Pengurusan diri dan solat Pn Zalwana Pn Suhana QM

02.00ptg 04.00ptg

: LDK Kembara dan Orientaring ( Aktiviti Air ) Pn Salina & fasilitator : Minum petang : Solat Asar QM

05.00ptg 07.00mlm

: Latihan persembahan kumpulan : Makan malam : Pengurusan diri dan solat

semua guru/kumpulan QM

09.00mlm 11.00mlm

: Malam Kebudayaan : Minum malam : Tidur

Semua guru QM

AHAD 05.00pg : Pengurusan diri dan solat


10

En. Norsani

07.00pg 07.45pg 08.00pg 10.00pg

: Malaysia Cergas Nyanyian patriotik & kawad kaki : Sarapan Pagi : Ceramah Kesihatan Awal Remaja : Membuka khemah dan membersihkan kawasan

Pn. Zalwana Pn Siti Nurani QM Dr. Mohd Faiz b. Jamli (Hosp. Kuala Pilah) Semua guru

11.00pg 11.30pg

: Minum pagi : Perasmian Penutup oleh PPD KP : Penyampaian Hadiah : Jamuan Makan Tengahari : Bersurai

QM Semua guru Semua guru

13. Anggaran Perbelanjaan

PERKARA

KOS

JUMLAH RM

JUMAAT Minum petang Makan malam PERKARA 1.20 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator). 4.00 X 40 orang (murid,guru dan fasilitator). KOS RM 048.00 RM 160.00 JUMLAH RM SABTU Sarapan 2.00 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator).
11

RM 080.00

Minum pagi Makan tengahari Minum petang Makan malam

1.20 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator.) 4.00 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator.) 1.20 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator.) 4.00 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator.)

RM 048.00 RM 160.00 RM 048.00 RM 160.00

AHAD Sarapan Minum pagi 2.00 x 40 orang (murid,guru dan fasilitator.) 1.20 x 40 orang( murid,guru dan fasilitator.) RM 080.00 RM 048.00

Hadiah penyertaan Cenderamata perasmi Jamuan penutup Backdrop Runcit JUMLAH BESAR 14. PENUTUP

RM 2.00 X 68 RM 30 x 1

RM 136.00 RM 030.00

RM 4.00 X 30

RM 120.00 RM 030.00 RM 100.00 RM 1248.00

Kerjasama dan hubungan rapat antara semua pihak yang terlibat dalam mengelola dan menjayakan Program Perkhemahan Pengakap amatlah diharapkan. Semoga dengan adanya komitmen dari semua akan menjadikan program perkhemahan pada tahun ini . Adalah diharap ahli pasukan pengakap akan terus berdisiplin dan bijak mengurus masa seterusnya menjadi warga Negara Malaysia yang berketrampilan dan berhemah tinggi.

12

LAPORAN AKTIVITI RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah satu program atas kerjasama semua sekolah rendah yang melibatkan semua kaum di Malaysia. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi tujuan menyatupadukan semua kaum di Malaysia, samada dari sudut kerjasama yang ditunjukkan dan
13

persefahaman yang terjalin. Semua ini mampu membentuk sekumpulan masyarakat yang saling bantu-membantu dan memahami antara satu sama lain. Antara aktiviti yang dirancang adalah Program kecemerlangan Akademik, Sukan dan Permainan, Perkhemahan dan Lawatan, Perayaan dan Perhimpunan serta Program Khidmat Masyarakat. Bagi tahun 2007 ini, Sekolah Kebangsaan PULAPAH dipertanggungjawabkan bagi mengelola salah satu program iaitu Perkhemahan Silang Budaya RIMUP yang mana program ini telah berjalan pada 11, 12 dan 13 MEI 2007 (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Program ini dijalankan berdasarkan objektif yang ingin dicapai oleh pihak sekolah khasnya dan negara amnya. Antara objektif tersebut adalah memupuk kesedaran murid terhadap pelbagai karenah manusia dan cara terbaik untuk menghadapinya, menyemai kemahiran komunikasi dalam situasi yang pelbagai, menanam sikap berdisiplin dan menepati masa serta memberi pengetahuan mengenai teknik-teknik perkhemahan Kumpulan sasaran melibatkan 20 orang peserta tahun 6 dari sekolah ahli yang mana melibatkan badan-badan beruniform sekolah seperti Pengakap dan Tunas Puteri. Jumlah semua murid yang mengikuti perkhemahan ini adalah seramai 60 orang yang melibatkan 3 buah sekolah termasuk sekolah ahli atau tuan rumah. Jawatankuasa kerja bagi perkhemahan ini meliputi beberapa tugas yang dikelola oleh beberapa orang guru. Tugas tersebut adalah : Kem Komanden Keselamatan dan Disiplin Tempat Ibadat Hadiah dan Cenderahati Buku Program Sijil Juru Acara Quartermaster
14

PA Sistem Senarai semak setiap tugasan boleh dilihat pada lampiran yang disediakan. Anggaran belanjawan untuk melaksanakan program ini adalah sebanyak RM 386.80. Ia melibatkan perbelanjaan untuk hadiah cenderamata perasmi, hadiah penyertaan, jamuan penutup, backdrop dan belanja runcit. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam program ini adalah Bengkel Nyanyian Lagu-lagu Rakyat, Bengkel Tarian Asli, Bengkel Selera Tradisional, dan Bengkel Permainan Etnik. Semua aktiviti ini dikelola atau diketuai oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Walaubagiamanapun sekolah ahli telah menambah satu aktiviti sampingan yang tidak terdapat dalam jadual aktiviti yang dirancang. Aktiviti tersebut adalah berjalan malam yang mana ia bertujuan untuk menanam sikap berani dan bertanggungjawab pada barang amanah yang diberi. Ia melibatkan semua guru termasuk guru pengiring dari sekolah-sekolah yang terlibat. Objektif ini tercapai dan diharap aktiviti seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang. Bagi giliran bertugas malam, semua guru terlibat dan bertanggungjawab keatas semua perkara termasuk keselamatan murid sepanjang malam. Tuan rumah telah menetapkan 5 atau 6 orang guru untuk berjaga pada setiap malam. Tapak perkhemahan telah dibuat persedian awal sehari sebelum aktiviti perkhemahan berlangsung iaitu pada pada hari Khamis, 10 Mei 2007. Pelan tapak perkhemahan adalah seperti disediakan dalam lampiran. Majlis Penutup dirasmikan oleh wakil dari Pegawai Pendidikan Daerah Jempul / Jelebu (PPDJJ) pada hari Sabtu, 13 Mei 2007 dan majlis selesai pada jam 12.30 tengahari.

15

Disediakan oleh SETIAUSAHA RIMUP

REFLEKSI

RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ialah satu program yang diadakan pada setiap tahun di sekolah-sekolah rendah di Malaysia amnya dan di daerah Jempol khasnya. Perkhemahan Silang Budaya RIMUP ini menggabungkan beberapa sekolah yang rata-rata pelajarnya berbilang kaum dan melibatkan badanbadan beruniform sekolah seperti Pengakap, Tunas Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan sebagainya. Sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan PULAPAH sangat bertuah kerana pada tahun ini, sekolah saya dapat menjadi tuan rumah bagi program Perkhemahan
16

Silang Budaya RIMUP 2007 dan ditugaskan untuk membantu melancarkan program ini. Seramai 60 orang pelajar terlibat dalam program ini yang melibatkan 3 buah sekolah termasuk tuan rumah iaitu SJKT Ladang Serting Helier, SK Serting Hilir 2 (F)dan SK PULAPAH. Sepanjang program ini berlangsung terdapat beberapa kelebihan yang dapat saya lihat terutamanya objektif program ini. Yang mana ia dapat membantu menyatu padukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan memahami gaya hidup dan budaya masing-masing serta mampu berkomunikasi sesame mereka dengan komunikasi yang baik. Pengurusan kendiri yang teratur dan sempurna dapat dipupuk melalui aktivitiaktiviti yang dirancang dalam program ini. Contohnya kemahiran mengurus diri dari sudut pemakaian, pemakanan dan yang paling utama adalah sikap murid yang berdisiplin dengan menepati masa dapat disemai bermula dari akar umbi. Aktiviti yang diatur dan disusun oleh pihak tuan rumah mengikut masa yang ditetapkan menjadikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan menarik. Tapak perkhemahan yang berhampiran dengan bangunan sekolah memudahkan muridmurid dan guru-guruuntuk berulang-alik ke tandas, surau, dewan dan pejabat bagi urusan-urusan tertentu. Aktiviti yang dijalankan juga menarik dan penuh keseronokan. Semua murid terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang. Antara aktiviti terebut adalah bengkel nyanyian lagu-lagu rakyat, bengkel tarian asli, bengkel tarian tradisional dan bengkel permainan etnik. Keistimewaan kesemua aktiviti ini ialah ia dikelola oleh guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam dalam setiap bengkel atau aktiviti yang disusun. Selain itu, kerjasama yang ditunjukkan oleh guru-guru melancarkan aktiviti yang dirancang. Kesediaan guru-guru membimbing saya dalam mengelola sebahagian aktiviti ini membantu saya menyumbang kepada hasil yang menarik dan berkesan. Walaubagaimanapun, setiap aktiviti yang dirancang mempunyai kelemahankelemahannya yang tersendiri. Kelemahan yang dapat saya lihat adalah dari sudut alatan perkhemahan yang sepatutnya disediakan oleh pihak tuan rumah tidak
17

mencukupi. Contohnya tempat tidur atau khemah guru dan peralatan memasak yang mana terpaksa dipinjam daripada pihak Pusat Latihan Polis(PULAPOL). Selain itu, kemudahan untuk guru membuat kerja-kerja persiapan untuk perkhemahan ini sangat terhad. Sebagai contoh penggunaan komputer untuk kerjakerja menaip bagi menyiapkan buku program sangat terhad. Hanya satu komputer sahaja dibekalkan dalam bilik guru. Hujan yang turun pada hari pertama perkhemahan melemahkan semangat murid-murid untuk meneruskan aktiviti yang dirancang. Namun begitu, perkhemahan ini masih diteruskan dan murid-murid terpaksa bermalam dalam keadaan padang yang basah. Makanan yang disediakan oleh tuan rumah sama ada makan tengah hari atau malam tidak dapat diselaraskan menunya disebabkan sebahagian guru dan murid India mengamalkan menu vegetarian dalam kehidupan mereka. Ini sedikit menyukarkan tuan rumah untuk menempah dan menyediakan makanan. Kesudahan perkhemahan yang tidak teratur. Setiap khemah terpaksa dijemur dahulu di dalam dewan sebelum disimpan kerana basah. Keadaan ini menjadikan waktu untuk mengemas khemah-khemah ini terpaksa ditunda keesokan hari iaitu pada hari persekolahan ini mengganggu aktiviti P&P pada hari tersebut. Setelah diteliti setiap kelemahan yang ada, dapatlah diberi cadangan penambahbaikkan bagi membantu menyempurnakan sesuatu program. Persediaan yang mencukupi samaada dari sudut fizikal dan mental perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh tuan rumah. Pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak kemudahan komputer dalam bilik guru bagi memudahkan guru untuk menyiapkan sesuatu kerja. Dengan penambahan kemudahan ini kerja yang terhasil pun akan lebih cepat dan berkualiti. Bagi peralatan perkhemahan, khasnya untuk keperluan guru, pihak pentadbir atau tuan rumah perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 atau 3 khemah bagi membantu guru menyempurnakan tugasan mengawal murid pada waktu malam. Selain itu, peralatan yang digunakan untuk memasak perlu dititikberatkan, memandangkan aktiviti ini adalah satu aktiviti yang wajib diikuti murid. Semua
18

peralatan ini perlu disediakan lebih awal daripada tarikh perkhemahan ini berlangsung. Perancangan tarikh untuk aktiviti perkhemahan ini perlu dilihat pada keadaan cuaca atau musim. Keadaan cuaca yang baik mengundang suasana yang ceria dan bersemangat buat para peserta. Selain itu, dari sudut penyediaan makanan, sekolah-sekolah yang menyertai perkhemahan ini perlu memaklumkan lebih awal berkenaan menu makanan mereka sepanjang program ini berlangsung. Terutamanya murid-murid dan guru-guru daripada kaum India. Tindakan awal ini membantu tuan rumah membuat persediaan awal dan dapat menempah makanan seperti yang dikehendaki. Persediaan yang secukupnya membantu melancarkan sesuatu program yang dianjur. Program perkhemahan ini adalah suatu program yang menarik untuk diikuti, diharap program ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang. Setiap kelemahan yang ada dapat dibaiki secara berperingkat-peringkat.

19

Anda mungkin juga menyukai