Anda di halaman 1dari 3

NURAIN BT MOHD NASIR 2 PISMP PEMULIHAN Refleksi 1 (Gotong-royong di Pantai Bukit Kluang) Alhamdulillah Akhirnya saya berjaya menjalani

Program Bina Insan Guru bagi semester 2 ini dengan jayanya. Secara keseluruhannya saya yakin program ini mampu mendidik saya untuk lebih menghargai alam serta berinteraksi baik dengan masyarakat luar. Semua aktiviti yang saya lalui amat berkesan dan mempunyai rasional yang tersendiri. Selain itu saya dapat merasakan hubungan antara kami menjadi semakin akrab. Pensyarah yang penuh dengan dedikasi juga membuatkan saya merasakan amat senang untuk melakukan pelbagai aktiviti sepanjang program ini. Melalui program ini juga, saya menyedari kelemahan yang saya ada dan berjanji untuk memperbaikinya kelak.

Perjalanan program kami iaitu pada 25/9/2010, kelas kami telah mengadakan satu program BIG iaitu gotong-royong di Bukit Kluang. Pada waktu itu, kami telah bermula seawal jam 8.00 pagi. Sebelum memulakan perjalanan ke pantai, kami telah menikmati sarapan pagi terlebih dahulu. Selepas itu barulah kami beramai-ramai menuju ke pantai Bukit Kluang. Sepanjang perjalanan, kami telah diminta untuk mengutip sampah yang ada. Setelah selesai mengutip sampah, kami mengadakan sukaneka kecil. Pelbagai permainan telah kami jalankan bertujuan untuk memupuk sikap kerjasama dalam kumpulan. Sepanjang aktiviti dijalankan, pelbagai perkara baru yang telah saya pelajari, antaranya seperti kepentingan menjaga alam sekitar, sikap kerjasama, tolong menolong dan sebagainya.

Saya dapati, alam sekitar memang perlu dijaga bertujuan untuk mengelakkan pencemaran daripada berlaku. Seterusnya, saya merasakan bahawa pantai Bukit Kluang perlu dijaga memandangkan ramai pengunjung yang dating ke pantai tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan permandangan yang kurang baik dan mengurangkan tanggapan buruk masyarakat setempat mengenai kebersihan pantai tersebut. Kemudian, saya dapati aktiviti seperti ini menjadikan saya dan rakan-rakan lebih berkerjasama dalam melakukan pelbagai perkra. Ini kerana kami bersama-sama membersihkan kawasan sekitar pantai. Selain itu juga, sikap tolong menolong dalam menjalankan aktiviti gotong royong ini dapat disemai. Kami saling tolong menolong bukan sahaja sewaktu gotong ronyong malahan sepanjang aktiviti-aktiviti lain dijalankan. Saya juga berpendapat program seperti ini baik untuk meningkatkan insan guru dalam diri bakal guru. Aktiviti bergotong-royong juga amat baik dalam mengikat tali persaudaraan serta menghargai alam semula jadi. Aktiviti seperti ini juga mampu mengelakkan kesan pemanasan global yang sedang hangat diperkatakan oleh seluruh dunia kini. Secara peribadi, saya dapat menimba pelbagai ilmu dan pengalaman baru. Kertas kerja kami juga pernah ditolak sekali kerana tempat kami dikatakan tidak sesuai. Selain itu, banyak lagi cabaran yang terpaksa kami lalui dalam melaksanakan program ini. Namun, saya gembira kerana akhirnya program ini berjaya dilaksanakan.

Refleksi 2 (Ceramah)

Setelah selesai menjalankan BIG kedua iaitu ceramah yang diadakan pada 28/10/2010, saya telah belajar banyak perkara. Pertama, saya telah mendapat satu cara baru untuk menjadi guru yang prihatin. Ini kerana dalam ceramah yang diberikan, penceramah jemputan telah menggunakan pendekatan keprihatinan. Beliau telah meminta kami membaca cerpen yang berkaitan dengan keprihatinan seorang guru dan kami diminta untuk membincangkan cerpen tersebut di dalam kumpulan. Selain itu juga, melalui hal ini, saya dan rakan-rakan menjadi lebih kreatif keana kami diminta membentangkan hasil tugasan yang kami siapkan dengan cara berbeza. Memandangkan kumpulan yang saya sertai mempunyai ahli yang ramai, kami bersepakat untuk memulakan perbentangan kami dengan sebuah sketsa dan nyanyian. Sebelum perbentangan dijalankan, kami telah berbincang mengenai isi yang perlu dibentangkan. Mujurlah perbentangan kami berjalan dengan lancar. Setelah selesai perbentangan kelima-lima kumpulan, saya dapati sikap prihatin sememangnya penting dalam diri seorang guru. Ini kerana sebagai seorang guru, dia bukan sahaja mengajar malahan mendidik dan menjaga murid-muridnya sehabis baik. Sekiranya murid menghadapi masalah, dia perlulah berusaha untuk membantu mereka. Jadi, wajarlah sikap prihatin ini ditanam sejak awal lagi dalam jiwa para guru di Malaysia. Akhirnya, saya sangat gembira kerana diberi peluang untuk mengikuti ceramah yang sangat bermakna ini kerana saya telah mempelajari pelbagai perkara baru. Selain itu juga, saya amat berharap agar pengalaman dan perkara yang saya pelajari ini akan dapat membantu saya kelak.

Anda mungkin juga menyukai