Anda di halaman 1dari 11

PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH KODALY, ORFF, DAN DALCROZE Pengenalan : Ciri-ciri Bangsa Lahir/mati Umur Bidang DALCROZE Swiss

1865-1950 85 tahun Semua cabang seni KODALY Hungary 1882-1967 85 tahun Linguistik,muzik ORFF German 1895-1982 87 tahun Lingustik, muzik Pendekatan Eurismik, improvisasi do bergerak, isyarat Penerokaan, perkusi tangan, irama Bahan Buku Semua muzik Tiada nama Muzik rakyat Kodaly-bartok Muzik kanak-kanak Orff-Schulwerk pertuturan- badan, solfa tarian,

Jaques Dalcroze berkata : Setiap murid harus memperkembangkankebolehan untuk melahirkan apa yang didengarinya dengan kedamaian, berkesan dan penuh pengetahuan melalui gerakan sebelum menukarkan bentuk perasaan/fizikal kepada hasil muzikal ( suara atau permainan alat muzik ) atau tahap pengetahuan muzik ( solfa, solfa berirama, dan improvisasi )

Zoltan Kodaly berkata : Melalui nyanyian murid berpeluang : 1. Menjadi seorang yang berliterasi muzikal, berkebolehan mendengar dari skor dan melihat skor melalui bunyi 2. Mengetahui idea dan mencintai warisan muzik rakyatnya serta

sumbangannya kepada dunia

Menurut Carl Orff : Semua murid harus tahu cara yang betul untuk melahirkan sesuatu melalui muzik, samada secara individu atau dalam kumpulan ensemble. Pengalaman muzikal merupakan objektif yang paling penting.

Kreativiti : Dalcroze Kodaly Orff : pergerakan adalah asas kepada kreativiti : kreativiti datang dari pengetahuan :untuk mencipta muzik merupakan proses yang kompleks. Perlu banyak masa untuk mengharap murid yang kreatif

Pergerakan Tubuh Badan : Dalcroze Kodaly : semua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan : asas muzik ialah nyanyian bukan gerakan, gerakan dibuat untuk membantu nyanyian sahaja Orff : gerakan hendaklah bebasdan dicipta sendiri oleh murid

Latihan Instrumental : Dalcroze : telinga dan tubuh adalah alat muzik pertama dipelajari, kemudian diikuti suara, kemudian diikuti alat muzik biasa Kodaly : suara adalah alat muzik yang utama dan mesti dikuasai dahulu sebelum belajar alat muzik sebenar Orff : pengalaman awal bukanlah alat muzik itu sendiri, tetapi gerakan tubuh badan, pertuturan dan lagu. Alat muzik diperkenalakan apabila sampai tahap tertentu tetapi dengan pengubahsuaian contohnya Glokenspil

Membaca Dan Menulis Notasi Dalcroze : diajar secara sistematik melalui latihan solfa dan solfa berirama, do (pic C) tetap digunakan Kodaly : hanya diajar pada tahunh ke-3 persekolahan, notasi lidi digunakan, sistem do bergerak digunakan Orff : tiada keselarasan dalam kaedah Orff dalam mengajar membaca dan membaca notasi. Boleh dikatakan bahawa ia diajar apabila

pengetahuan murid mencukupi. Institut Orhh di Eropah, Amerika dan di Germansendiri mengamalkan kaedah yang berbeza.

Jenis Muzik Yang Digunakan : Dalcroze Kodaly lagu rakyat Orff : lagu kanak-kanak dari seluruh dunia : dalam eurismik, semua muzik digunakan : hanya muzik yang terbaik sahaja digunakan dan penggunaan

Kesamaan Kesemua Tokoh : Semua aktiviti muzikal seperti nyanyian,mendengar muzik, membaca dan menulis muzik, gerakan, pertuturan berirama ada digunakan tetapi pada tahap yang berbeza.

Kaedah Pengajaran Dalcroze : i. Guru-guru menggunakan kaedah Dalcroze dilatih supaya mengurangkan percakapan. Gunakan masa yang berharga dengan latihan pendengaran atau aktiviti muzikal ii. Arahan seperti jalan, henti, duduk, angkat tangan, lari, dengar, nyanyi, berfikir, membuat bulatan dan berbaris tidak menggunakan percakapan sebaliknya menggunakan pergerakan tubuh. Arahan juga boleh dibuat

menggunakan melodi khas yang telah dipersetujui semua murid. Latihan aktiviti bermula dari yang mudah kepada yang lebih kompleks. Disiplin diri yang tinggi kepada murid amat diperlukan dalam sesebuah kelas Dalcroze. Arahan juga boleh diberikan melalui kad imbasan, grafik atau permainan melodi melalui alat muzik seperti kibod iii. Dalam pengajaran konsep dinamik, Dalcroze menekankan kaedah

penerokaan secara bebas oleh murid. Guru menggunakan kreatviti murid yang sesuai untuk mengambarkan konsep pengajaran dan pembelajaran. iv. Dalam eurismik, murid tidak boleh diperlakukan sebagai penonton malah mereka seharusnya diperlihatkan sebagai artis muda dan diharap mampu mengembangkan potensi mereka dengan sendiri v. Murid dalam satu darjah mempunyai tahap kebolehan sendiri dan sumbangan setiap mereka boleh disatukan dalam satu persembahan yang bermutu jika dikoordanisasikan dengan betul Kaedah Pengajaran Kodaly i. Pengajaran dan pembelajaran muziki mengikut Kodaly hendaklah

dikendalikan oleh guru terlatih dengan menggunakan kaedah Kodaly yang dijalankan kepada kanak-kanak menggunakan lagu rakyat atau muzik yang bermutu. Masa yang mencukupi diperlukan untuk mencapai tahap yang tinggi bermula dari peringkat awal kanak-kanak. ii. Kodaly memerlukan ruang/bilik yang mencukupi untukmembuat gerakan lokomotor. kaedah Kodaly boleh dijalankan dengan baik dalam sebuah bilik darjah biasa di sekolah Malaysia dengan 30 orang murid atau kurang iii. Alat iringan muzik seperti piano/gitar/kibod kurang digunakan pada peringkat awal peringkat kanak-kanak iv. Guru yang menggunakan kaedah Kodaly sepatutnya mempunyai ketepatan pic yang tinggi, jika boleh seorang perfect pitch. Untuk itu Tuning Fork A = 440 hendaklah sentiasa ditangan guru sebagai panduan. Ia harus mahir dengan penggunaan pic solfa yang betul. Kaedah isyarat tanpa John Spencer Curwen digunakan bagi membantu murid merasai aras pic v. Sama seperti kaedah Dalcroze, Guru Kodaly kurang bercakap untuk memberi arahan atau menerangkan sesuatu. Arahan diberikan dalam ayat yang mempunyai melodi, atau gerakan tubuh badan. Jika ada soalan, soalan

hendaklah dalam bentuk yang menjurus kepada tahap analisis : ( not akhir lebih tinggi atau lebih rendah? Bolehkah kamu tuliskan lakaran naik turun (kontur) melodinya? vi. Bagi meminta sesuatu yang lebih tinggi daripada keupayaan murid, misalnya dalam menepuk irama Kodaly menyarankan soalan seperti berikut : (tepuk tangan bersama saya, cuba hingga kamu dapat menepuk tangan seperti saya) jika arahan terpaksa diberi secara ayat, guanakan ayat yang ringkas, contohnya : (sekarang, kontraskan melodi rangkai lagu pertama) vii. Jangan sesekali menerangkan sesuatu menggunakan ayat sekiranya ia bolehdilakukan sendiri dengan aktiviti muzikal viii. Guru Kodaly bukanlah menunjukkan ia seorang performer di pentas. Ia adalah seorang fasilitator, murid yang sebenarnya performer. Murid belajar melalui pengalamannya sebagai seorang performer ix. Semua muird mempunyai kebolehan muzik, sentiasa tanamkan dalam diri murid sikap yang positif I/we can do it x. Di antara aktiviti yang digunakan oleh Guru Kodaly ialah : Menyanyi dalam unison, solo atau berlapis Membaca dan menulis notasi ( bermula dengan notasi lidi) Latihan mendengar Pendengaran dalam Kemahiran mengingat irama/melodi dengan mengajuk Mengenal dan menggunakan bentuk-bentuk (form) muzikal Membuat gerakan berdasarkan muzik Mendengar muzik Improvisasi dan penciptaan

Kaedah Pengajaran Orff 1. Pengajaran pembelajaran muzik dalam sebuah kelas dikendalikan oleh seorang guru Orff yang cukup terlatih, berpengetahuan tinggi dalam muzik dan kaedah Orff Guru Orff menggunakan pertuturan berirama, arahan melalui gerakan/ reaksi tubuh, gerakan tubuh murid, nyanyian permainan alat perkusi. Penyertaan murid adalah pada tahap maksima tetapi bebas dan kreatif.

Pertukaran idea antara guru dan murid akan menjelaskan konsep muzik. Soalan dalam bentuk penerokaan dan murid berfikir untuk mencapai satu kesimpulan konsep Apakah kemungkinan akhirnya? , atau Apa selepas itu?. Ada pembelajaran yang diarahkan oleh guru. Tetapi, pembelajaran bukanlah melalui penerangan guru secara lisan, sebaliknya melalui pengalaman melalui arahan terancang guru. Guru mestilah mempunyai pendengaran dan pengelihatan yang tajam yang boleh membetulkan dengan serta merta untuk merangsang pembentukan konsep yang betul dalam diri murid. Sebarang pembetulan hendaklah dibuat dalam bentuk positif bagi mengekalkan respon yang baik dari murid.

Rancangan Pengajaran Dalcroze Dalam merancang pengajaran pembelajaran, guru Dalcroze harus mempunyai anggapan bahawa : 1. Kanak kanak mungkin mempunyai sedikit pengetahuan formal, tetapi ia cerdik, sensitive dan artistic dan mampu belajar apa sahaja asalkan ia ingin tahu sesuatu perkara itu. 2. Bagaimana kanak kanak boleh ditolong untuk menemui sesuatu, dan ianya menjdai suatu kenangan. 3. Jika seseorang kanak kanak itu keliru ia bukanlah disebabkan oleh murid itu bodoh, tetapi ia disebabkan oleh guru tidak menggunakan cara yang betul bagi menerangkan sesuatu perkara. 4. Murid akan gembira jika Berjaya mempelajari sesuatu dalam setiap langkah, ia akan ingin belajar lagi dan lagi.

Semasa menjalankan pengajaran, guru harus 1. Menggunakan langkah langkah kecil (step by step). 2. Mengajak semua murid dalam kelas itu bersama menyelesaikan sesuatu masalah seorang murid, jika ada. Bersama sama membetulkannya.

3. Mengulangi persembahan lama, disini murid dapat melihat peningkatan kemahirannya dan rasakan keseronokannya. Suruh murid Tahun 5 main KLM Pengakap Muda. Mereka akan bermain dengan mudah dan ingat semasa Tahun 4 mereka terasa sangat sukar untuk memainkannya. 4. Sentiasa peka kepada tanda tekanan (tension) dan keletihan yang ditunjukankan oleh murid dan membuat tindakan segera, mungkin dengan menukar aktiviti. 5. Sentiasa pastikan pemilihan bahagian tubuh yang sesuai untuk membuat gerakan berdasarkan tempo, irama dan jenis gerakan. 6. Banyak berlatih kemahiran. Gunakan berbagai dinamik dan tempo untuk membina konsep dan cara penggunaannya dalam sesuatu persembahan. 7. Pilihlah tempo yang sesuai. Salah memilih tempo akan menyebabkan aktiviti mudah menjadi sukar. 8. Tukar aturan permaianan, walaupun sedikit akan membina permainan yang baru. 9. Bercakap dalam pertuturan berirama, tetapi ingat : demostrasi dapat menjimatkan masa dan pertuturan dan ia lebih difahami. 10. Ulangi aktiviiti, ia boleh sahaja meningkatkan hafalan. Tetapi awas! juga meningkatakan kebosanan. Pengajaran pembelajaran Dalcroze dapat membantu murid: 1. Menggunakan semua fakulti / deria apabila belajar. 2. Meneroka gerakan tubuh badan mereka. 3. Menggunakan imaginasi dalam kreativiti. 4. Menjadi lebih peka kepada ruang sekelililng mereka. 5. Lebih fleksibel dalam membina koordinasi keupayaan motor. 6. Membina satu kesedaran kepekaan tubuh yang menyeluruh. 7. Meluahkan perasaan melalui gerakan tubuh dan bunyi. 8. Membina kemahiran muzikal. 9. Menggunakan minda bagi mengawal tubuh. 10. Membina kemahiran seperti yang diarahkan. 11. Membina kemahiran berfikir. 12. Memenuhi keperluan pemahaman konsep muzik. 13. Mengembang teknik dan ekspresi muzikal.

14. Mengembangkan kewaspadaan dan konsentrasi. 15. Merasai tinggi / rendah pic muzik. 16. Merasa senag dan sedar muzik adalah satu tenaga yang boleh memberi kesenangan fikiran kepada manusia.

Rancangan Pengajaran Kodaly Matlamat utama rancangan pengajaran Kodaly ialah: 1. Membina literasi muzikal kebolehan berfikir, membaca, menulis dan mencipta menggunakan bahasa tradisioanl muzik iaitu notasi. 2. Memasukkan unsur tradisional kepada murid. Menghargai warisan rakyat negara sendiri. Memahami setiap negara / budaya mempunyai tradisi muzik yang berbeza. 3. Mendorong keupayaan muzikal murid menyanyi dalam kelas, koir, mengambil bahagian dalam ensemble muzik. Memperkaya nilai hidup dengan pengetahuan dan penyertaan dalam muzik. 4. Mencipta muzik artistik yang menyumbang kepada kebahagiaan dunia.

Rancangan Pengajaran Orff Rancangan pengajaran Orff mempunyai agenda tersembunyi melalui kurikulum yang terancang begitu rapi. Matlamat rancangan pengajaran Orff ialah : 1. Kesedaran / naluri berkomuniti. Salah satu jenis muzik ialah jenis permainan kanak kanak. Permainan memerlukan setiap pemainnya mempunyai kesedaran untuk berkomuniti, rasa kekitaan dan terikat dengan peraturan. Satu permainan yang berjaya mestilah disertai oleh semua kanak kanak dalam kumpulan itu - komuniti dalam kelas ada aktiviti mendengar, melihat, pemimpin, pengikut dan lain lain akan wujud.

2. Memahami konsep konsep organisasi muzik. Memahami wujudnya awal dan akhir, pendek dan panjang. Penerimaan dan penggunaan sifat tertentu adalah satu kemahiran penting untuk bermain muzik secara sedar (musical inteligent). Untuk mencapai matlamat kedua ini murid perlulah berkerja secara tekal. Bagi pemimpin, pertuturan dan arahan disampaikan mestilah jelas.

3. Menilai muzik sebagai satu hasil seni / artistik. Lebih tinggi pengetahuan kanak kanak dalam muzik, lebih mudah ia menggunakan ilmu itu untuk dipratikkan. Mereka dapat menikmati

keseronokan dan menilai hasil seni muzik dengan lebih mudah.

4. Kebebasan muzikal. Murid dididik melalui aktiviti aktiviti yang dijalankan di kelas atau berkumpulan, membantu mencipta irama atau melakar melodi dan ini diikuti dengan tarian atau gerakan menurut kreativiti kanak kanak.

5. Perkembangan muzikal dalam diri murid. Setiap kanak kanak diberi peluang untuk berkembang dengan baik di dalam setiap komuniti. Perkembangan yang sistemantik teknik teknik bercakap, menyanyi, bermain muzik, menari mestilah dimasukan dalam kurikulm sekolah. Melalui penguasaan kemahiran tersebut setiap individu dapat berkembang dengan bebas dan kreatif.

6. Kebolehan bermain muzik / menyanyi. Kepuasan bermain muzik adalah asas untuk perkembangan muzik yang berterusan. Persembahan adalah asas kaedah Orff bukan untuk penonton, tetapi untuk kepuasan diri iaitu dengan mencapai matlamat tertentu, misalnya dapat menghabiskan sesuatu lagu walaupun ianya lagu mudah. Kepuasan bersama juga boleh dicapai bila bermain dalam ensembel.

7. Menghargai diri sendiri.

Murid dapat menghargai diri sendiri dengan cara mengetahui kebolehan dan kelemahan dirinya sendiri.

Program Muzik Yang Menyeluruh Matlamat kepada profesion perguruan (muzik) dalam program muzik secara menyeluruh ialah : Memasukkan program muzik menyeluruh kepada semua sekolah di Malaysia. Pembelajaran muzik yang melibatkan semua peringkat umur di sekolah. Persediaan yang berkualiti oleh pendidik muzik. Menggunakan sumber dan teknik paling berkesan dalam pengajaran pembelajaran muzik.

Suatu program muzik yang menyeluruh haruslah: 1. Merancang dan mentadbir untuk memberi setiap murid peluang untuk memperkembang potensi muzik dengan sepenuhnya. Ia meruoakan proses tanpa henti dari awal kanak kanak hingga dewasa. 2. Bermula dari asas muzik yang mudah pada waktu yang betul. 3. Merancang dan mereka program yang boleh mengekalkan minat dan ppengelibatan semua murid dari semua peringkat umur. 4. Merancang dan implimen berdasarkan objektif yang jelas bagi setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran. 5. Tidak membataskan pengajaran muzik kepada zaman (period), bentuk atau stail tertentu sahaja. 6. Menggunakan teknik, kaedah atau pendekatan baru yang sesuai. 7. Menyediakan persekitaran yang mendorong kepada inovasi, percubaan dan penyelidikan dikalangan pendidik. 8. Memastikan hasilan dalam bidang pendidikan muzik. 9. Penggunaan kaedah pembelajaran berpusatkan murid bukan berpusatkan guru atau berpusatkan muzik. budaya,

10. Membangunkan program

pembelajaran yang dapat mengaitkan bidang

persembahan, penciptaan, analisis dan pendengaran tanpa sebarang batasam yang tidak perlu. Bagi mendapatkan pengalaman yang menyeluruh, murid hendaklah : 1. Mengambil bahagian secara aktif dlaam persembahan muzik sama ada secara individu atau berkumpulan. 2. Mendengar pelbagai jenis muzik dan dapat menghayati serta menikmati keseronokan mendengar muzik. 3. Melihat skor / rujukan sambil mendengar sesuatu muzik. 4. Improvisasi atau mencipta muzik sendiri. 5. Mengetahui pentingnya muzik. Misalnya mesejnya, budayanya, sejarah muziknya, kumpulan etniknya dan sumbangan muzik. 6. Dapat menilai muzik sebagai satu bentuk komunikasi dan cara meluahkan perasaan. 7. Menyokong secara aktif bahawa muzik adalah salah satu bidang pendidikan yang penting. Memberi sumbangan kepada pendidikan muzik. 8. Menggalakkan literasi muzikal dalam diri. 9. Menggunakan muzik sebagai suatu bentuk rekreasi.

Anda mungkin juga menyukai