Anda di halaman 1dari 4

Nama: Aimi Affiza binti Jaini

No. kad pengenalan: 950526-13-5372

Unit: TESL Semester 8

Ulasan kritis

Nyanyian solo (Lagu: Terima Kasih Cikgu)

Ulasan kritis ini adalah berdasarkan konsep-konsep muzik yang berikut:

Melodi

Pelajar tersebut melakukan kesilapan semasa menyanyikan sesetengah not rendah. Pelajar
tersebut telah menyanyikan not yang rendah agak tinggi daripada not yang sepatutnya.

Cara mengatasi:

Untuk mengatasi masalah nyanyian pelajar tesebut, latihan yang berterusan adalah
diperlukan untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Bimbingan dan latihan nyanyian yang
berterusan dengan menggunakan kibod daripada guru adalah perlu untuk memastikan
pelajar tersebut dapat menyanyikan not-not yang rendah seperti yang sepatutnya agar
melodi nyanyian menjadi lebih sempurna.

Harmoni

Dalam persembahan nyanyian tersebut, tiada harmoni berlaku kerana nyanyian tersebut
diadakan secara solo.

Irama

Dalam persembahan solo tersebut, sebutan pelajar tersebut adalah lancar dan setiap
perkataan dapat didengari dengan jelas. Namun begitu, panjang untuk sesetengah not tidak
mencukupi akibat nafas pelajar tersebut yang agak pendek dan mengakibatkan not yang
panjang menjadi pendek.

Cara mengatasi:

Masalah paling nyata yang dialami oleh pelajar tersebut ialah pernafasan yang pendek
sehingga menyebabkan not yang panjang tidak dapat dinyanyikan mengikut panjang yang
sepatutnya. Untuk mengatasi masalah tersebut, pelajar tersebut seharusnya sentiasa
membuat latihan nyanyian untuk memanjangkan lagi nafas agar not yang panjang dapat
dinyanyikan seperti yang sepatutnya. Pelajar tersebut juga seharusnya mempraktikkan
teknik-teknik untuk memanjangkan pernafasan semasa nyanyian agar not-not yang panjang
dapat dinyanyikan mengikut panjang not-not yang sepatutnya.

Ekspresi

Ekspresi pelajar tersebut tidak menepati mud lagu yang dinyanyikan. Lagu yang
dinyanyikan adalah bersifat ceria, akan tetapi pelajar tersebut tidak menunjukkan muka yang
ceria. Sebaliknya ekspresi yang terpamer adalah gementar.

Cara mengatasi:

Untuk mengatasi masalah ekspresi tersebut, pelajar tersebut hendaklah lebih banyak
membuat latihan di hadapan pelajar-pelajar lain agar perasaan gemuruh dan gementar
dapat dihilangkan ketika membuat persembahan di khalayak ramai.

Bentuk

Lagu yang dinyanyikan oleh pelajar tersebut mempunyai beberapa rangkap dan satu
rangkap adalah korus.

Warna ton

Warna ton suara pelajar tersebut adalah nyaring dan terang. Hal ini menyebabkan sebutan
dalam nyanyian pelajar tersebut menjadi jelas.

Jalinan

Jalinan yang ditunjukkan dalam persembahan tersebut ialah homofoni. Hal ini kerana
terdapat beberapa alat muzik seperti gitar dan set drum telah mengiringi persembahan
nyanyian pelajar tersebut.

Nyanyian secara berkumpulan (Lagu: Dirgahayu Tanah Airku)

Melodi

Dalam nyanyian berkumpulan tersebut, beberapa kesilapan pic telah berlaku. Ketika
nyanyian berkumpulan berlangsung, nyanyian pada pic yang tinggi tidak sampai pada
hampir keseluruhan lagu yang dinyanyikan. Ahli kumpulan telah menyanyikan lagu pada pic
yang tinggi lebih rendah daripada pic yang sepatutnya.
Cara mengatasi:

Untuk mengatasi masalah tersebut, bimbingan dan latihan nyanyian berterusan daripada
guru dengan menggunakan kibod hendaklah dilakukan agar pic yang dinyanyikan adalah
betul mengikut pic asal.

Harmoni

Dalam nyanyian berkumpulan ini, tiada konsep harmoni berlaku kerana nyanyian dilakukan
mengikut melodi asal lagu, Dirgahayu Tanah Airku.

Irama

Dalam persembahan nyanyian berkumpulan tersebut, sebutan nyanyian kumpulan tersebut


adalah lancar dan jelas didengari. Walaupun nyanyian adalah secara berkumpulan, namun
lirik yang dinyanyikan dapat dikenalpasti melalui sebutan yang jelas oleh ahli-ahli kumpulan
tersebut.

Ekspresi

Ekspresi ahli kumpulan tersebut semasa menyanyikan lagu tersebut adalah serius. Mud
dan ekspresi yang dipamerkan adalah bersesuaian dengan mud lagu yang berunsurkan
patriotik. Selain daripada ekspresi yang bersesuaian, kumpulan tersebut juga membuat
pergerakan yang bersesuaian dengan lirik lagu yang dinyanyikan. Namun begitu, nyanyian
dalam kumpulan tersebut adalah tidak mengikut tempo pada beberapa bahagian lagu.
Kumpulan tersebut menyanyikan lagu lebih laju daripada tempo asal untuk lagu tersebut.

Cara mengatasi:

Untuk mengatasi masalah nyanyian yang tidak mengikut tempo, seorang konduktor
hendaklah dilantik untuk memastikan nyanyian dalam kumpulan tersebut adalah mengikut
tempo yang dinyanyikan. Dengan adanya konduktor untuk mengetuai persembahan
nyanyian secara berkumpulan, maka nyanyian secara berkumpulan tersebut akan dapat
dilakukan mengikut tempo yang sepatutnya. Hal ini kerana ahli kumpulan akan mengikut
arahan daripada konduktor yang berada di hadapan mereka semasa persembahan
nyanyian diadakan.

Bentuk

Lagu yang dinyanyikan secara berkumpulan ini mengandungi beberapa rangkap dan satu
rangkap korus.
Warna ton

Warna ton untuk nyanyian dalam kumpulan tersebut adalah nyaring dan halus. Hal ini
kerana, persembahan tersebut adalah terdiri daripada murid-murid perempuan sekolah
rendah. Warna ton halus boleh didengari ketika nyanyian secara solo berlaku dalam
kumpulan tersebut.

Jalinan

Jalinan yang ditunjukkan dalam persembahan secara berkumpulan tersebut ialah polifoni.
Hal ini kerana nyanyian tersebut adalah diiringi dengan muzik latar yang memainkan alat
muzik yang pelbagai.

(663 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai