Anda di halaman 1dari 16

HBMS 1203

BACHELOR OF TEACHING ( PRIMARY EDUCATION ) WITH HONOURS

SEMESTER MEI 2021

PEPERIKSAAN AKHIR ( ESEI )

HBMS 1203

PENGAJARAN MUZIK 1

NAMA : TAMIL SELVI A/P GANASAN

NO. MATRIKULASI : 880620055116001

NO. KAD PENGENALAN : 880620-05-5116

NO. TELEFON : 0146210849

E-MEL : selvitamil762@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : 0UM SEREMBAN

1
HBMS 1203

ISI KANDUNGAN

BIL AKTIVITI MUKASURAT


1 BAHAGIAN A
Soalan 1
a 3

b 4-5

soalan 2
a 6–7
b 8
9
c
2 BAHAGIAN B
Soalan 1a 10 – 11
Soalan 1b 12 - 13
Soalan 2a 14
15 - 16
Soalan 2b

2
HBMS 1203

1. BAHAGIAN A
SOALAN 1 a

Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik,seseorang


guru perlu memahami aspek –aspek dalam nyanyian,permainan alat dan pergerakan
kreatif.Guru juga perlu memahami beberapa prinsip pembelajaran sebelum merancang
pengajaran dan pembelajaran.Terdapat lima aspek yang harus dipertimbangkan dalam
mengajar nyanyian.
Antaranya adalah,Guru harus memilih tajuk dan okjektif.Seorang guru muzik
mestilah memikirkan tajuk dan objektif aktiviti pada hari tersebut.Seterusnya Guru harus
menyesuaikan lagu dengan tema atau tajuk mingguan.Aktiviti muzik yang dipilih sebaik-
baiknya mempunyai kaitan dengan tema pelajaran mingguan berkenaan.
Selain itu,Guru harus memilih lagu yang sesuai.Guru haruslah memilih lagu yang
sesuai dengan pelajar.Guru harus bersedia fikirkan tajuk,senikata,renj atau peringkat
kemampuan pelajar. Akhir sekali,Guru harus mempelbagaikan teknik.Sesuatu aktiviti
boleh dijalankanberulang kali dengan pelbagai teknik penyampaian supaya pengajaran
menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan.Misalnya,aktiviti nyanyian dengan anggota
badan dan beraksi dengan gambar.

3
HBMS 1203

SOALAN 1 b

Searang guru berperanan dalam menentukan tahap keberkesanan PDP yang


dilaksanakan.Oleh itu,guru adalah pemudah cara,penggalak dan pembimbing dalam
proses PDP pendidikan muzik.Peranan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam bidang muzik tetapi
juga mempunyai pengetahuan,kemahiran ,dedikasi dan inovasi dalam pengendalian kelas
supaya PDP akan menjadi lebih kreatif dan mencapai objektif pelajaran.
Terdapat lima belas prinsip –prinsip pembelajaran yang perlu guru-guru muzik
fahami di sekolah.Yang pertama adalah pertalian.Pembelajaran mudah berlaku bagi
perkara yang mempunyai pertalian antara satu sama lain.Misalnya,perkara yang seiras,
sepadan.befrlawan dan berlaku di dalam jarak masa yang singkat.Yang kedua adalah
Pengulangan.Ianya seperti perkara yang kerap diulang-ulang dapat membantu proses
pembelajaran.Aktivi yang berulang akan memantapkan ingatan murid-murid.oleh
itu,murid senang hafal dan bertindak.Yang ketiga adalah Kepuasaan .Tindakan belajar
yang menghasilkan ganjaran dan kepuasan akan mendorongkan pembelajaran dan kekal
dalam ingatan.Yang keempat ialah Pengalaman Pembelajaran dan kefahaman lebih
mudah berlaku apabila pelajar pernah mengalami sendiri sesuatu aktiviti,misalnya
aktiviti yang memerlukan pelajar menggunakan organ derianya.
Yang kelima adalah Pelaziman .Kebiasaan membuat sesuatu berulang kali dapt
menghasilkan tindakan yang lazim dalam pembelajaran.Yang keenam adalah,Kesediaan
Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai kesediaan untuk
belajar.Paksaan tidak dapat menghasilkan pembelajaran berkesan.Yang ketujuh adalah
Penyertaan.Pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran akan
menghasilkan kefahaman yang berkesan dana pa-apa yang dipelajari itu dapat diingat
dengan lebih lama.
Yang kelapan ialah Peniruan.Pembelajaran boleh berlaku dengan meniru
perbuatan orang lain,misalnya menyanyi,melakukan aktiviti fizikal dan tingkah
laku.Yang kesembilan adalah Minat .Pembelajaran lebih mudah berlaku apabila
seseorang itu berminat ataupun sanggup mempelajari sesuatu.Yang kesepuluh ialah
Motivasi.Seseorang yang digerakkan (mempunyai motivasi) untuk belajar akan

4
HBMS 1203

menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan.Motivasi ini boleh wujud dalam bentuk
ekstrinsik (ganjaran luar) mahupun intrinsic(keinginan dalaman.
Yang ke sebelas adalah Peneguhan.Peneguhan yang sesuai dapat menambahkan
pembelajaran dan pengekalnya.Peneguhan positif seperti pujian lebih berkesan untuk
menggalakkan pembelajaran.Sebaliknya,peneguhan negatif seperti denda boleh
menimbulkan perasaan kurang sihat dan melemahkan semangat pembelajaran.Yang
keduabelas adalah Pemeringatan pembelajaran.Isi pelajaran hendaklah disusun secara
sistematik daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks untuk memudahkan
pembelajaran.Contohnya,daripada mudah kepada susah,maujud kepada mujarad,umum
kepada khusus dan daripada fakta kepada penaakulan.
Yang ketiga belas adalah kaedah Pembelajran Kaedah pengajaran guru yang baik
dan kaedah pembelajaran pelajar yang sesuai dapat menambahkan keberkesanan
pembelajaran.Yang seterusnya Maklum balas.Guru dan pelajar perlu mendapatkan
maklum balas berkaitan proses dan kemajuan dalam pdp masing –masing.Hal ini
membolehkan guru mrnyesuaikan kaedah pengajaranya sementara pelajar pula dapat
memperbaiki pembelajaranya.Akhir sekali,Pengalaman harian.Pelajaran yang
disampaikan hendaklah dihubungkaitkan dengan pengalaman seharian pelajar.Pelajaran
seperti ini lebih bermakna dan berguna kepada pelakar untuk menguasai sesuatu
pembelajaran.

5
HBMS 1203

2. BAHAGIAN A
SOALAN 2 a

Perkusi bermaksud alat muzik yang dihasilkan dengan cara diketuk, dipalu, di
goncang,di gores dan bermacam cara lagi yang bukan konvensional bagi menghasilkan
bunyinya.Alat muzik perkusi kebiasaanya didapati dalam muzik tradisional ataupun
dalam sesuatu muzik etnik suku kaum di Malaysia.Alat muzik sebegini bukan sahaja
memainkan rentak, bahkan juga melodi dan harmoni. Muzik untuk alat perkusi
berpic boleh ditulis dalam notasi staf dengan klef trebel dan bes yang sama seperti alat
muzik bukan perkusi lain, ataupun ditulis dengan klef neutral. Alat perkusi digolongkan
berdasarkan pelbagai ciri yang kadang-kadang bergantung pada pembinaan, asal-usul
bangsa, fungsi berdasarkan teori dan penyusunan orkestra atau kekerapan relatif
berdasarkan pengetahuan am.
Alat perkusi jenis ini boleh dimainkan sekurang-kurangnya 2 not dalam pic yang
tepat dan standard. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu.

CALESTE GLOKEN SPIEL

Alat muzik perkusi tanpa pic yang tergolong dalam permainan muzik perkusi boleh
digolongkan seperti diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang.Setiap alat menghasilkan satu ton
sahaja.Biasanya ia terdiri dalam keluarga “membranofon” dan “Ideofon”. Ianya Mudah dipelajari
dan diiringi oleh satu alat muzik utama sahaja seperti piano, melodian atau lain-lain yang
biasanya dimainkan oleh guru pengiring serta rakaman audio.

Tiap jenis alat perkusi tidak berpic ini terdiri daripada berbagai bentuk dan saiznya. Alat
perkusi tidak berpic yang bentuk dan saiz yang berbeza manghasilkan bunyi ton yang tidak

6
HBMS 1203

sama. Ada yang menghasilkan bunyi yang tinggi dan ada yang rendah tonnya.Contohnya bunyi
gendang di mana lebih besar permukaan gegendangnya maka rendahlah bunyinya. Jika kecil
permukaan gegendangnya maka tinggi atau nyaringlah bunyi yang dihasilkannya.

Alat muzik perkusi tanpa pic menggunakan klef perkusi. Ia tidak menggunakan baluk
lima garisan. Ia tidak memerlukan ruang atau garisan untuk menyatakan pic-pic muzik. Ada alat
muzik perkusi yang dibina satu unit atau set berpasangan. Contoh alat muzik satu unit ialah
tamborin, dram samping, dram bes, simbal dan lain-lain. Skor alat muzik seperti ini hanya
menggunakan baluk satu garisan sahaja. Baluk dua garisan biasanya digunakan untuk alat muzik
set berpasangan 7(d) Drumset dan aksesori (misalnya conga dan bongo).

BAHAGIAN A
SOALAN 2 b

7
HBMS 1203

Alat perkusi mempunyai pelbagai sifat bunyi. Antara sifat bunyi yang boleh
dikategorikan adalah bunyi lanjut dan bunyi tidak lanjut. Bunyi lanjut merupakan bunyi atau
getaran alat perkusi yang berlanjutan dalam satu-satu tempoh sehinggakan ianya sukar untuk
diberhentikan sehinggalah bunyi tersebut berhenti sendiri ataupun kita hentikan dengan cara
memegang alat perkusi tersebut. Ciri-ciri subjektif persepsi manusia terhadap bunyi
membolehkan kita menonjolkan sifat bunyi muzik berikut:

 Tinggi (bermaksud bunyi) - bergantung pada frekuensi getaran;


 Timbre - bergantung pada bentuk gelombang suara;
 Loudness - bergantung pada amplitud gelombang suara;

Selain itu, durasi suara juga dirujuk pada sifat bunyi muzik.Dalam muzik, bunyi dengan nada
tertentu dibezakan (suara sebahagian besar alat muzik, serta nyanyian) dan suara dengan nada
tidak tentu (bunyi sebilangan alat perkusi, seperti gendang, simbal, beberapa bunyi elektronik, dll

Contoh alat perkusi yang mempunyai sifat bunyi lanjut adalah tamborin, kerincing, simbal
dan lain-lain lagi. Sifat bunyi yang kedua ialah bunyi tidak lanjut. Bunyi tidak lanjut
merupakan bunyi atau getaran pendek yang dihasilkan oleh sesuatu alat perkusi. Bunyi tidak
lanjut ini akan terhasil cuma pada ketika kita memainkan alat perkusi tersebut. Antara alat
perkusi yang mengeluarkan bunyi tidak lanjut adalah kastanet, kayu tik tok, dram samping
dan sebagainya.

8
HBMS 1203

BAHAGIAN A
SOALAN 2 c

Alat perkusi diibaratkan sebagai media untuk ekspresi diri, mempelajari konsep
muzik, mengapresiasi muzik, menjana kreativiti, membina kemahiran dan pengalaman
muzikal. Permainan alat perkusi dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan
memberi peluang kepada murid untuk mengakses kepada alat muzik tanpa rasa takut,
berasa bimbang tentang bunyi sumbang atau tidak muzikal. Di samping itu ia akan
membuatkan murid bermain secara bebas dan mengikut naluri masing-masing.
Selain daripada itu, permainan perkusi juga menjana kreativiti seseorang murid
untuk bebas meneroka dan menemui potensi sesebuah alat perkusi. Murid-murid akan
berpeluang untuk mencuba pelbagai cara tersendiri untuk membunyikan alat tersebut
secara kreatif. Selain daripada itu, murid-murid juga boleh mengeksperimen bunyi dan
membuat improvisasi muzik dengan alat perkusi.
Menerusi permainan perkusi juga murid mempelajari teknik bermain alat muzik
dengan cara konvensional dan bukan konvensional. Murid dapat membina kemahiran
memainkan alat muzik dengan lebih bermakna.

9
HBMS 1203

BAHAGIAN B
SOALAN 1 a

a) Perletakan suara dikenali sebagai tingkat ‘register’ suara. Terdapat tiga tahap perletakkan
suara di kalangan penyanyi iaitu kepala, tengah dan dada. Dalam Bahasa Inggeris ia
dikenali sebagai ‘Voice Placement’. Mengikut Steven Fraser (2001), suara kepala ialah
suara yang digunakan untuk menyanyi not-not yang berada pada register tinggi. Suara
kepala adalah berbeza untuk setiap orang. Ini adalah kerana setiap orang mempunyai renj
yang berlainan. Suara kepala biasanya menghasilkan bunyi yang ringan seakan alat tiupan
flute. Kawalan pernafasan yang cukup dan betul adalah mustahak untuk menghasilkan
suara kepala yang betul. Renj suara kepala ialah dari not B ke not G.
Suara tengah adalah suara yang berada diantara suara kepala dan suara dada.
Nyanyian menggunakan suara tengah, kod vocal akan dipendekkan dan ia bertemu di
tengah-tengah. Bunyi untuk suara ini dihasilkan di bahagian rongga mulut dan bergerak
ke bahagian belakang lelangit lembut di belakang mulut. Pergerakan udara ini
menghasilkan gema di bahagian mulut dan juga di bahagian kepala yang menghasilkan
campuran suara kepala dan suara dada. Renj untuk suara tengah ialah dari not C ke not
C’.
Suara dada pula suara yang digunakan semasa percakapan. Kebanyakan penyanyi
menggunakan suara dada untuk bercakap. Ia dikenali sebagai suara dada kerana pic bagi
suara ini bergema di seluruh rongga dada. Apabila seseorang menyanyi dengan
menggunakan suara dadanya, kod vocal tidak bersentuhan maka pergerakan udara adalah
bebas di sepanjang rongga kod vocal. Suara dada juga digunakan untuk menyanyi not-not
berpic rendah. Jika suara dada tidak dinyanyi dengan betul ia boleh merosakkan suara
penyanyi terutamanya kanak-kanak apabila ia dihasilkan tanpa pernafasan yang baik.
Renj untuk suara dada adalah dari not C ke not A bawah.
Berdasarkan skor lagu ‘Watermelon Man’, saya memilih frasa lagu yang keempat.

10
HBMS 1203

Saya memilih frasa lagu keempat ini adalah kerana dalam frasa lagu tersebut terdapat dua
not rendah dan dua not tinggi. Not rendah adalah not C dan A manakala not tinggi adalah
not D dan E. Sewaktu menyanyikan frasa ini, kita akan menggunakan suara mulut, suara
dada dan suara kepala. Bar pertama dalam frasa keempat ini dinyanyikan dengan
menggunakan suara dada dan suara kepala. Bar kedua pula dinyanyi dengan suara tengah
dan suara dada manakala bar ketiga dan keempat dinyanyikan dengan suara dada. Dalam
frasa ini suara dada digunakan secara maksimum kerana ia akan menyenangkan artikulasi
penyanyi terutama kanak-kanak ketika menyanyi. Ini adalah kerana pergerakan udara
adalah bebas di sepanjang rongga kod vocal. Pada masa yang sama, nyanyian akan
menepati pic yang ada dalam frasa tersebut.

11
HBMS 1203

BAHAGIAN B
SOALAN 2 b
Terdapat 3 resonator utama iaitu kepala, mulut dan dada .Resonans memberi kuasa
pembesar kepada bunyi yang dihasilkan.Resonans kepada bunyi yand dihasilkan.Resonans ialah
getaran udara  dalam suara rongga. suatu rongga yang menghasilkan resonans  disebut resonator.
rongga yang berlainan menghasilkan bunyi nyaring. 
Perletakan suara dikenali sebagai tingkat register suara terdapat tiga tahap perletakkan
suara di kalangan penyanyi iaitu Kepala tengah dan dada. perletakan suara dikenali sebagai voice
Placement.
 suara kepala ialah suara yang digunakan  untuk menyanyi not-not yang berada pada
register tinggi. suara kepala adalah berbeza untuk setiap orang. ini adalah kerana setiap orang
mempunyai renj yang berlainan.maka,penyanyi lelaki akan mempunyai suara kepala yang
berlainan dengan penyanyi perempuan. 
Menyanyi melalui suara kepala dapat menghasilkan suara kepala jika ia digunakan
dengan betul dalam mekanisme nyanyian.Suara kepala biasanya menghasilkan bunyi yang
ringan seakan alat tiupan flute. Untuk menghasilkan suara kepala yang betul,kawalan pernafasan
yang cukup dan betul adalah mustahak.Semsa seseorang menyanyi not-not pada register yang
tinggi dengan menggunakan suara kepala, biasanya bahagian tulang pipi atau pasu-pasu
(cheekbone) akan bergema.Renj untuk suara kepala ialah dari not B dan not G.
Suara tengah adalah suara yang berada di antara suara kepala dan suara dada.Semasa
menyanyi dengan menggunakan suara tengah,kod vokal dipendekkan dan ia bertemu di tengah-
tengah.Bunyi untuk suara ini biasanya dihasilkan di bahagian rongga mulut dan bergerak ke
bahagian belakang lelangut lembut di belakang mulut.Pergerakan udara ini menghasilkan gema
di bahagian mulut dan juga di bahagian kepala yang menghasilkan campuran suara kepala dan
suara dada.Ole sebab fenomena ini,suara ini dikenali sebagai suara tengah.Renj untuk suara
tengah ialah dari not C ke not C.
Suara dada adalah suara yang biasanya digunakan semasa percakapan.Kebanyakan
penyanyi menggunakan suara dada untuk bercakap.Ia dikenali sebgai suara dada kerana
pic bagi suara ini bergema di seluruh rongga dad.Tonal kualiti bagi suara dada biasanya
digambarkan sebagai suara yang kaya dan penuh dengan menggunakan suara

12
HBMS 1203

dadanya,kod vokal tidak bersentuhan maka pergerkan udara adalah bebas di sepanjang
rongga kod vokal.

13
HBMS 1203

BAHAGIAN B
SOALAN 2 a

Alat muzik recorder digital pada abad ke-15 di Eropah. penggunaan rekoder
soprano dalam aktiviti pembelajaran muzik di dalam bilik darjah adalah bertujuan
memberi pengalaman muzikal secara amali bagi pelajar mengembangkan kefahaman
bahasa muzik melalui pengalaman muzikal. Bahan yang dicadangkan dapat membantu
proses pembelajaran bagi mengukuhkan kemahiran dan penguasaan bermain recorder.
Terdapat banyak sebab mengapa murid-murid tidak dapat menghasilkan
permainan yang memuaskan bagi sesebuah lagu. sebab pertama adalah murid tidak peka
akan kedudukan jari Sepertimana yang kita tahu kedudukan jari yang rapi atas rekoder
akan memudahkan murid bermain not dengan pelbagai gaya. ianya seperti cepat lambat
kuat ataupun lembut. kedudukan jari melambatkan permainan lagu yang tidak
memuaskan.
sebab kedua adalah teknik meniup rekoder yang salah kemahiran lidah yang tidak
dilatih secara tersusun akan mengakibatkan ‘ double tonguing ‘.Bunyi yang dikeluarkan
oleh murid semasa meniup recorder menjadikan Not itu dari pendek dan salah. Ia juga
akan menyebabkan permainan muzik yang tidak memuaskan.
Seterusnya murid meniup recorder dengan keras kuat ataupun lemah murid tidak
menutup lubang rekoder dengan sepenuhnya ianya menyebabkan menyebabkan intonasi
muzik menjadi tidak baik bunyi rekoder yang sumbang mengakibatkan mutu
persembahan yang tidak memuaskan.
selain itu guru juga tidak meneliti panduan pengajaran recorder secara tersusun
dan teliti apabila guru tidak mengikut permulaan pembelajaran rekoder dengan tersusun
masalah pencarian dan pernafasan dan tidak dapat diselesaikan
Akhir sekali murid tidak ingat ataupun tidak peka dengan not-not muzik lagu
yang dimainkan.

14
HBMS 1203

BAHAGIAN B
SOALAN 2 b

Setiap masalah mempunyai penyelesaian. guru mendapati murid-murid masih tidak dapat
menghasilkan permainan yang memuaskan bagi sesebuah lagu.
perkara pertama untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah guru harus mengambil
lebih masa untuk mengajar permulaan pembelajaran rekoder. murid-murid harus dipraktikkan
dengan latihan pernafasan dan latihan penjarian secara kerap. guru juga harus memberi Perhatian
terhadap pemilihan lagu. Sebagai contoh penjarian rupa huruf, perasaan yang sukar dan lagu
yang sedih akan menyusahkan murid-murid.  apabila murid diberi latihan pernafasan, latihan
pelonggaran otot jari murid akan lebih aktif meletakkan jari mengikut skor lagu yang diberikan.
Selain itu, Guru harus menggalakkan murid menyanyikan setiap frasa bagi lagu
yang akan Lagu yang akan dimainkan oleh murid nanti. apabila murid melatih menyanyi dan
membuat  penjarian rekoder murid akan senang dipraktikkan untuk mengenal pic lagu tersebut.
proses itu akan memudahkan murid lebih faham dan senang meniup rekoder mengikut frasa yang
diberikan. guru  juga harus membina kemahiran asas penjarian rekoder secara
menyeluruh .Sebagai contohnya pengulangan aktiviti penjarian asas recorder berserta menyanyi
frasa lagu yang akan dimainkan akan membantu murid-murid mengingati lebih mendalam.
Proses ini akan melatih murid untuk mengingatkan not not lagu secara terperinci kaedah ini juga
akan memudahkan murid meniup rekoder secara sungguh baik.
Seterusnya, murid juga boleh dilatih dengan latihan pengukuhan terhadap latihan
pengukuhan tulisan not terhadap latihan penjarian dengar rekorder.Ianya seperti latihan
dengan tempo lambat, cepat dan sederhana.Latihan penjarian dengan dinamik lembut(p)
dan kuat(f)
Di sini juga dapat diperhatikan kesungguhan dan minat pelajar terhadap muzik
sebenarnyaamat membanggakan dan sepatutnya ia haruslah juga diberi tempat dalam
sistem pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik jika murid
benar#benar bersedia untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik.Penggunaan kaedah
demonstrasi, adalah diharapkan dapat membantu murid menguasai pelbagai kemahiran
dalam rekoder mengikut gaya pembelajaran yang betul terutamanyasemasa sesi
pembelajaran di kelas.

15
HBMS 1203

Akhir sekali, Tugas guru adalah memudahkan pembelajaran pelajarnya. Oleh itu
guru haruslah menyediakan kaedah pembelajaran yang mudah dan harmonis dan
pengajaran yang berkesan untuk merangsang minat pelajarnya. Guru perlu menentukan
pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan
perkembangan dan kebolehan pelajar. Guru juga perlu menarik perhatian pelajar dalam
sesuatu pengajaran, aktiviti – aktiviti yang menarik agar pembelajaran pelajarnya
berkesan dan bermakna agar dapat mempengaruhi intelek,emosi dan minat pelajar secara
berkesan.Oleh itu guru perlu tahu teknik demonstrasi yang sesuai perlu diajar disekolah
supaya murid memahami pembelajaran rekoder dengan mudah agar pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar. Dengan ini proses permainan rekorder muzik pun dapat
berjalan lancar.

16

Anda mungkin juga menyukai