Anda di halaman 1dari 2

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

SMA AL-IRSYADIAH
W.D.T 40, 89308 RANAU.SABAH

KERTAS CADANGAN
KURSUS MOTIVASI KEMAHIRAN MENCATAT NOTA
PELAJAR TINGKATAN 3 dan 5
1.0

Pendahuluan
Setiap pelajar inginkan pencapaian akademik yang cemerlang. Bagi
memenuhi impian tersebut pelajar perlu mempunyai kemahiran mencatat
nota yang berkesan. Sehubungan itu, pelajar-pelajar perlu didedahkan
dengan kemahiran mencatat nota kerana kemahiran ini dapat membantu
pelajar yang inginkan kecemerlangan akademik.

2.0.

Matlamat
Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran mencatat nota yang
berkesan supaya pelajar dapat menggunakannya dalam proses
pembelajaran sepanjang hayat.

3.0

Objektif
Di akhir kursus ini pelajar dapat;
3.1 Memahami dan mencatat nota pelajaran yang berkesan.
3.2 Memahami faedah membuat nota.
3.3 Mengenal pasti jenis-jenis nota dan menggunakannya mengikut
kesesuaian.
3.4 Mengenal pasti ciri-ciri nota yang baik.

4.0.

Sasaran
Semua pelajar tingkatan 5

5.0.

Pengisian Program
5.1 Penerangan dan bengkel tentang:
5.1.1 Definisi mencatat dan catatan
5.1.2 Faedah mencatat dan membuat nota
5.1.3 Ciri-ciri nota yang baik.
5.1.4 Bentuk-bentuk nota.
5.1.4.1 Peta Minda i-THINK

6.0

Cadangan Jadual Pelaksanaan Kursus.


Kursus ini dicadangkan untuk dilaksanakan di dalam jadual waktu biasa
persekolahan. Guru Kaunseling sekolah akan menjadi penceramah di

dalam program ini. Sehubungan itu, di bawah ini disertakan cadangan


jadual waktu pelaksanaan kursus tersebut.
Bil
Tarikh
1 19 Jan 2016
2 21 Jan 2016

7.0

Hari
Selasa
Khamis

Ting
5
3

Masa
10.20-11.30 pg
6.45.8.5 g

Penilaian Program
Pelajar tingkatan 3 ditugaskan untuk membuat nota untuk subjek Sains
Pelajar tingkatan 5 ditugaskan untuk membuat nota untuk subjek Sejarah,
dan akan disemak oleh guru subjek.

8.0

Penutup
Kursus ini di harap akan dapat membantu pelajar mengalami proses
pembelajaran secara lebih berkesan dan seterusnya meningkatkan
kecemerlangan pelajar dan juga sekolah.

Disediakan oleh:

Disemak disokong oleh:

(NURHIDAYA BINTI AHMAD)


Guru Bimbingan dan kaunseling
SMA Al-Irsyadiah

(ZAINAB HJ OTHMAN)
PK Kurikulum
SMA Al-Irsyadiah

Diluluskan oleh,

(USTZH HJH NURIDAH AMIT)


Pengetua.
SMA Al-Irsyadiah

Anda mungkin juga menyukai