Anda di halaman 1dari 15

KESELAMATAN DIRI MURID

SEMASA PERGI DAN BALIK


SEKOLAH
PERANAN MURID
1. Anda mesti memastikan kenderaan yang anda
naiki ke sekolah adalah selamat.
2. Anda mesti mematuhi arahan pihak yang
mengawal kenderaan seperti pemandu dan
polis.
3. Memahami dan mengamalkan peraturan
mengenai keselamatan diri dalam perjalanan
ke sekolah.
4. Anda hendaklah sepanjang masa
mengamalkan langkah-langkah keselamatan
seperti berikut:
Sentiasa sedar dan peka tentang
kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah
ke atas diri anda.
Berjalan dalam kumpulan dan menggunakan
laluan yang selamat.
Melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran seni mempertahankan diri.
5. Mengelakkan diri daripada berinteraksi
(berbual-bual) dengan orang yang tidak
dikenali.
6. Melaporkan kepada pihak pentadbir (guru
besar) sekiranya terdapat sesuatu yang
mencurigakan.
7. Tidak menumpang kenderaan orang yang tidak
dikenali.
Tatacara murid
Pergi dan balik dengan berjalan
kaki
Melintas Jalan
Cari tempat terdekat dan selamat untuk
melintas jalan.
Hendaklah berdiri di atas kaki lima jalan.
Undur ke belakang dua langkah apabila
melihat kenderaan besar.
Ikut arahan trafik warden (jika ada)
Apabila hendak melintas jalan lihat kanan,
lihat kiri dan lihat kanan semula. Melintas
apabila sudah pasti tiada kenderaan.
Tempat yang selamat melintas jalan raya
Lintasan pejalan kaki (lintasan belang/zebra)
Laluan bawah
Jejantas
Dekat lampu isyarat
Di tempat-tempat yang terdapat anggota
polis, warden trafik dan pengawal lalu lintas.
Jangan melintas jalan di celah-celah
kenderaan.
Cara Melintas Jalan di Lintasan Pejalan Kaki
Nampakkan diri anda kepada pemandu
kenderaan.
Setelah semua kenderaan berhenti, barulah
melintas dengan cermat.






Berjalan Kaki Pada Waktu Hujan
Pakai baju hujan.
Jika menggunakan paying, pegang dengan
betul supaya tidak menghalang pandangan
hadapan.
Berjalan dengan cermat terutama di tempat-
tempat yang licin. Jangan berlari.
Sekiranya hujan terlalu lebat, tuimpang
berteduh di tempat selamat seperti di pondok
menunggu bas atau lain-lain bangunan.
Jangan berteduh di bawah pokok.
Jangan menggunakan paying jika hujan rebut
dan angin kencang.
Jangan bermain-main dalam hujan.
Berjalan Kaki Di Tempat Sunyi/Semak
Berjalan dalam kumpulan sekurang-kurangnya
dua orang.
Murid perlu ada pengetahuan seni
mempertahankan diri.
Sekiranya berlaku kecemasan, jangan panic,
menjerit meminta tolong/cuba pertahankan
diri/lari menyelamatkan diri.
Laporkan kejadian kepada guru untuk
tindakan selanjutnya.










Dihantar Oleh Ibu Bapa / Penjaga
Jika menggunakan kereta atau
van, pastikan pintu kenderaan ditutup
sempurna sebelum kenderaan
bergerak.
Gunakan tali pinggang keledar/
topi keledar
Jangan bermain/ bergurau
semasa kenderaan bergerak.
Memastikan kenderaan betul-betul
berhenti sebelum turun/ naik
kenderaan.
Jika perlu melintas jalan, pandang
kanan, kiri dan kanan sebelum
melintas.







tatacara murid
Pergi dan balik dengan
menggunakan bas sekolah/
kenderaan awam
Kenal pasti kenderaan yang biasa dinaiki
amasa ada melalui nombor plat, pemandu,
kelindan atau identity khas.
Memastikan kenderaan betul-betul berhenti
apabila turun atau naik.
Berbaris dan tidak berebut/ tunggu giliran
semasa turun atau naik dan tidak bertolak-
tolak dengan rakan.
Sekiranya duduk di kerusi, duduklah dengan
tertib.
Sekiranya tiada tempat duduk dan terpaksa
berdiri, pastikan berdiri dalam keadaan stabil
dengan memegang pemegang yang
disediakan dan jangan berdiri di tangga.















Jangan bergurau senda, bermain, melambai
tangan keluar, mengeluarkan atau
menjengokkan kepala, mencampak barang
keluar atau lain-lain perbuatan yang boleh
membahayakan diri dan orang lain.
Setelah tiba di destinasi, turunlah dari
kenderaan yan dinaiki setelah betul-betul
rhenti dan jangan berebut/bertolak-tolak
dan terus menuju ke rumah/sekolah.
Sekiranya perlu menyeberang jalan, pastikan
tiada kenderaan kiri dan kanan.
Apabila berlaku kemalangan, ikut panduan
Tatacara Berlaku kemalangan.









BERADA DALAM KUMPULAN
BERADA DI TEMPAT YANG TERANG
BERPAKAIAN SOPAN
TIDAK MEMAKAI
BARANG KEMAS /
PERHIASAN.
MELAYANI ORANG
YANG DIKENALI
SAHAJA.
BERPEGANG KUAT
PADA AJARAN
AGAMA.
MENGAMALKAN
NILAI-NILAI MURNI
MEMATUHI PERATURAN
SEKOLAH.
BERJUMPA DENGAN
GURU UNTUK
MENYELESAIKAN
MASALAH.
SENTIASA BERWASPADA


* MOHON SEMUA GURU KELAS MENAMPAL
TATACARA INI DI DALAM KELAS. JIKA
TATACARA INI TIDAK DITAMPAL DI DALAM
KELAS, ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB
GURU KELAS BERKENAAN JIKA BERLAKU
SEBARANG MUSIBAH.

* MOHON JUGA SETIAP GURU KELAS MEMBERI
PENERANGAN KEPADA MURID MENGENAI
TATACARA INI.
* KERJASAMA ANDA AMATLAH KAMI
HARAPKAN.

TERIMA KASIH












TATACARA KEBAKARAN
Kebakaran yang berlaku disebabkan oleh litar
pintas, pembakaran terbuka dan kecuaian
pengguna.
Jangan panik dan laporkan kepada guru
sekiranya ada kelihatan tanda-tanda
kebakaran.
Tutup suis utama
Susun kerusi meja supaya ada ruang laluan.
Murid-murid diminta segera meninggalkan
kelas apabila mendengar loceng kecemasan.
Sila tutup pintu dan tingkap sekiranya ada
kesempatan.
Sila tutup pintu dan tingkap sekiranya ada
kesempatan.
Ikut laluan kecemasan yang
diberikan/disediakan.
Ketua kelas memastikan bilangan murid
menyamai jumlah kehadiran pada hari
tersebut.
Laporkan kepada guru
sekiranya bilangan ahli
kelas tidak mencukupi.
Pihak pentadbiran sekolah
dikehendaki
menghubungi bomba
Menjerit meminta tolong
sekiranya murid
terperangkap.
Murid jangan lari ke
dalam bilik air.


Sekiranya ada murid terbakar, ambil tindakan
segera dengan mengarahkan murid bergolek
di atas lantai. Siram/jiruskan air.
Guru boleh menggunakan alat pemadam api
sekiranya kebakaran kecil atau menunggu
kedatangan ahli bomba.
Hantar ke hospital dengan segera sekiranya
ada murid yang megalami kecederaan.
Pihak sekolah segera menghubungi
penjagaan murid yang terlibat.
Buat laporan polis sekiranya kecederaan
serius.
Buat tuntutan insurans kebakaran takaful
dengan menyediakan
Slip hospital
Laporan polis
Boring Takaful yang lengkap.













TATATERTIB SEMASA DI DALAM
BILIK KELAS
Murid-murid mestilah sentiasa senyap,
berdisiplin dan bersedia untuk belajar.
Keluar masuk kelas dilarang semasa
ketiadaan guru.
Kebersihan kelas adalah tanggungjawab
bersama. Kebersihan sekitar kerusi dan
meja dijaga oleh murid yang duduk
disitu.
Murid-murid tidak dibenarkan berada di
dalam bilik darjah bila murid-murid pada
masa itu perlu berada di kelas lain.
Lima minit sebelum loceng akhir
berbunyi, murid-murid hendaklah
bersihkan meja masing-masing, kelas
dan bakul sampah. Pastikan kipas
,lampu, tingkap dan pintu ditutup.












TATATERTIB PENGGUNAAN TANDAS
Murid-murid tidak digalakkan
menggunakan tandas kecuali waktu
rehat, sebelum sekolah bermula dan
waktu persekolahan berakhir.
Dilarang membuang sampah ke
dalam mangkuk tandas.
Tutup paip air sebaik sahaja
digunakan.
Murid perempuan dilarang
membuang tuala wanita di dalam
tandas. Tuala wanita yang sudah
digunakan hendaklah dibungkus dan
dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan.
Dilarang membuat bising di dalam
tandas.




a)Jika berlaku kemalangan / kecurian di
kawasan sekolah perlu dilaporkan dengan
segera kepada Guru Kelas / Guru Besar / P.
Kanan / Guru yang bertugas.
b)Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan
berhenti di tengah-tengah pintu pagar sekolah
supaya tidak mengganggu lalulintas.
c)Kereta ibu bapa yang menghantar dan
mengambil anak dari sekolah tidak dibenarkan
masuk dalam kawasan sekolah kecuali pada hari
hujan sahaja.
d)Kenderaan tidak boleh diletak sepanjang
bahu jalan berhadapan dengan pagar sekolah.
e)Murid-murid tidak dibenarkan memakai
barang kemas kecuali jam tangan.
f)Murid-murid tidak digalakkan membawa wang
yang banyak.
g)Murid-murid dilarang berlari di kawasan
sekolah kecuali di padang sekolah.



a)Murid-murid hendaklah menjaga
harta benda sekolah dengan sebaik-
baiknya dan bertanggungjawab
mengganti harta benda sekolah yang
dihilangkan atau dirosakkan.
b)Segala benda yang rosak / pecah
hendaklah dilaporkan kepada guru
bertugas.
c)Murid-murid tidak dibenarkan
menconteng perabot, papan kenyataan
atau dinding sekolah.
d)Kerusi / meja tidak boleh
dipindahkan dari suatu tempat kecuali
dengan kebenaran.
e)Telefon awam hendaklah dijaga
dengan baik dan boleh digunakan
semasa rehat, sebelum sekolah
bermula dan selepas waktu
persekolahan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai