Anda di halaman 1dari 4

JENIS KESALAHAN DISIPLIN

Terdapat tiga kategori kesalahan iaitu kesalahan ringan, kesalahan sederhana dan kesalahan
berat
:
i) Kesalahan ringan menggunakan kod R
ii) Kesalahan sederhana menggunakan kod S
iii)Kesalahan berat menggunakan kod B

KOD JENIS SALAHLAKU
R01 Mencemarkan kawasan sekolah
R02 Memijak rumput di tempat yang terlarang
R03 Tidak mengendahkan sampah
R04 Datang lewat ke sekolah/ kelas
R05 Membuat bising dalam kelas
R06 Tidak membawa buku/ menyiapkan kerja sekolah/tugasan
R07 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar
R08 Berada di kantin atau tempat-tempat lain pada waktu persekolahan (kecuali
waktu rehat)
R09 Tidak mematuhi peraturan makmal/bengkel/bilik khas
R10 Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal
R11 Keluar dari kelas tanpa kebenaran
R12 Lewat ke surau
R13 Menyimpan misai, janggut dan jambang
R14 Berambut panjang atau menyerupai kumpulan-kumpulan tertentu
R15 Memakai barang kemas/perhiasan/alat solek
R16 Tidak memakai pakaian sekolah dengan kemas/lengkap
R17 Kesalahan lain yang ditafsirkan oleh guru besar termasuk dalam kategori ini
R18 Mewarnakan rambut
R19 Bermain dalam kelas, koridor atau kawasan larangan
R20 Menggunakan dan membawa keluar peralatan sekolah tanpa kebenaran
R21 Menyimpan atau menggunakan alat permainan sekolah tanpa kebenaran
R22 Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran
R23 Makan atau minum dalam kelas/bilik khas
R24 Berkeliaran pada masa persekolahan
R25 Membawa dan menggunakan telefon bimbit, MP3 dan MP4
R26 Menunggang atau memandu kenderaan bermotor dalam kawasan sekolah
R27 Membawa walkman/discman ke kelas
R28 Mengganggu awam
R29 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran
R30 Memesan dan membeli makanan dari luar tanpa kebenaran
R31 Kesalahan lain yang yang ditafsir oleh guru besar termasuk dalam kategori ini

S01 Menconteng harta benda sekolah
S02 Melakukan mana-mana kesalahan ringan kali ketiga
S03 Mengganggu guru semasa guru mengajar
S04 Lewat ke surau
S05 Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skinhead atau berwarna
S06 Menindik telinga/memakai subang lebih dari satu pada satu cuping telinga
S07 Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian/peperiksaan
S08 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah
S19 Kesalahan lain yang ditafsirkan oleh guru besar termasuk dalam kategori ini

B01 Merosakkan harta benda sekolah/guru
B02 Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga
B03 Ponteng kelas/sekolah/keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran
B04 Ponteng Solat
B05 Bertatu
B06 Biadap terhadap guru/pengawas
B07 Meniru tandatangan pengetua/warden/guru
B08 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan
dadah
B09 Menyimpan, membawa, menghisap atau mengedar bahan tembakau
B10 Menyimpan, membawa, atau menggunakan bahan letupan seperti mercun
B11 Menyimpan, mengedar atau meminum minuman keras/sebarang bahan yang
memabukkan/mengkhayalkan
B12 Menyebabkan atau melakukan pergaduhan dan kekerasan
B13 Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru atau
pelajar
B14 Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya
B15 Melakukan buli (peloncoan), penderaan atau paksaan terhadap pelajar lain
B16 Mencuri, merompak,memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan
B17 Melakukan perbuatan yang menyebabkan kecederaan kepada orang lain
B18 Mengganggu/menjejaskan kuasa guru besar, guru, warden atau pengawas yang
menjalankan tugas
B19 Membawa masuk tetamu dari luar sekolah tanpa kebenaran
B20 Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan
B21 Mencetak, menerbit, mempamerkan, mengedar atau menyimpan
rencana/majalah atau bahan multimedia terlarang
B22 Membabitkan diri dalam kumpulan haram
B23 Mencabul kehormatan guru/pelajar
B24 Melakukan zina, liwat atau hubungan diluar tabii
B25 Melacur, menjadi bohsia/bohjan/pondan
B26 Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral
B27 Berdua-duaan di tempat sunyi
B28 Melakukan perbuatan lucah
B29 Mengintai pelajar lelaki/perempuan
B30 Menyimpan, membawa, melukis, mempamer perkataan/gambar lucah
B31 Melakukan hubungan yang dicurigai
B32 Mengeluarkan kata-kata lucah/kesat
B33 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhar yang mencemarkan nama sekolah
B34 Menyalahgunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran
B35 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan/perhimpunan haram/merusuh
B36 Kesalahan lain yang ditafsir oleh guru besar termasuk dalam kategori ini
B37 Tidak menghormati lagu/bendera/jata sekolah, negeri, kebangsaan
B38 Menganjur atau memabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran
pihak sekolah

HUKUMAN

Hukuman yang akan dikenakan terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah
adalah mengikut jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Jenis hukuman yang akan
dilaksanakan adalah :

i) Amaran
ii) Denda
iii) Penahanan dalam kelas
iv) Hukuman Rotan (bagi pelajar lelaki)
v) Gantung Persekolahan
vi) Buang daripada sekolah