Anda di halaman 1dari 4

SENARAI JENIS KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR

MENGIKUT PENGKELASAN DAN JENIS HUKUMAN SERTA TINDAKAN


YANG BOLEH DIAMBIL OLEH GURU BESAR/ HEM/ GURU DISIPLIN

Kesalahan Berat:
1. Kurang sopan, biadap, melawan guru
2. Mencuri
3. ‘Ragging’/Buli
4. Mengugut/melawan/memukul pengawas
5. Memeras wang pelajar lain
6. Menipu tandatangan guru
7. Menganggotai kumpulan haram
8. Meniru dalam peperiksaan
19. Terlibat dengan dadah
10. Tidak menghormati Lagu Negaraku / Negeri Pahang
11. Berjudi
12. Memukul guru, pelajar
13. Bergaduh/bertumbuk/berkelahi
14. Minum minuman yang memabukkan
15. Vandalism (merosakkan harta benda) sekolah/menconteng dinding bangunan sekolah
16. Membawa, menyimpan dan menyebar gambar lucah
17. Melakukan perkara yang tidak baik yang boleh merosakkan akhlak
18. Mengintai pelajar perempuan dalam tandas
19. Merokok, menghisap rokok, curut atau paip
20. Membawa senjata merbahaya
21. Memeluk pelajar perempuan/lelaki
22. Bercangkrama/bercumbu-cumbuan
23. Pelacuran, hamil, mengadakan hubungan seks, kahwin atau nikah
24. Berkhalwat di kawasan sekolah atau di luar sehingga didenda di mahkamah
25. Mengganggu pelajar-pelajar yang boleh menimbulkan rasa malu terhadapnya
26. Tidak menghormati guru dengan mengeluarkan kata-kata lucah dan lain-lain
27. Mengeluarkan kata-kata lucah, mencarut/menulis atau melukis perkara-perkara yang
dianggap lucah

Hukuman:
1. Rotan 4. Dibawa ke pengetahuan polis
2. Gantung sekolah 5. Menahan Sijil Berhenti Sekolah, Surat Akaun
3. Buang sekolah
Kesalahan Sederhana Berat:
1. Bermain mercun di sekolah
2. Bising/mengganggu kelas
3. Menipu/bercakap bohong
4. Keluar kelas tanpa kebeanaran
5. Sengaja tidak menepati masa
6. Membotakkan kepala kerana disuruh bergunting
7. Ponteng sekolah/ponteng kelas
8 Berambut panjang
9. Bermain terup
10. Berpakaian tidak kemas atau tidak sopan
11. Percubaan untuk melakukan satu kesalahan itu
12. Bersubahat dalam kesalahan bererti meredai kesalahan itu
13. Berebut-rebut di kantin/makmal dan semasa menaiki bas
14. Mengubah markah yang diperolehi dalam sesuatu peperiksaan
15. Tidak menghormati pengawas sekolah
16. Tidak menghormati kakitangan sekolah
17. Meminjam tanpa kebenaran
18. Membeli barang-barang curi atau menyimpan barang-barang yang telah curi
19. Menghilangkan harta benda sekolah yang dipinjam
20. Sengaja tidak membuat atau menyiapkan kerja rumah/sekolah
21. Sengaja tidak membawa balik buku teks
22. Sengaja mengotori sekolah/kelas/bilik khas/kawasan sekolah
23. Sengaja berada di luar kelas sewaktu guru tiada dalam kelas
23. Ponteng perhimpunan/acara rasmi sekolah
24. Benci dan tidak menghormati peraturan sekolah
25. Sengaja tidak membawa buku teks/buku latihan dan lain-lain keperluan pelajaran

Hukuman
1. Rotan tidak lebih daripada 3 kali
2. Gantung sekolah
3. Gunting rambut
4. Dipecat dari jawatan pengawas/ketua kelas (jika berkaitan)
5. Dan lain-lain yang difikirkan bersesuaian
Kesalahan Ringan:
1. Datang lewat ke sekolah
2. Tidak membayar yuran sekolah
3. Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar
4. Tidak membuat kerja rumah
5. Mengusik /mengganggu pelajar lain
6. Merayau-rayau
7. Makan dalam kelas
8. Melompat pagar sekolah
9. Membeli dari penjaja luar sewaktu belajar
10. Bermain basikal dalam sekolah
11. Menulis surat cinta
12. Menghalang atau menggagalkan usaha untuk menyiasat pelajar yang bersalah
14. Bermain permainan berbahaya
15. Tidak menunjukkan semangat kekitaan atau sayangkan kepada sekolah
16. Lain-lain kesalahan yang seakan-akan sama
17. Sengaja mengotorkan kawasan sekolah
18. Pakaian seragam sekolah tidak lengkap/kemas (tiada tanda nama, lencana sekolah, tali
leher)
19. Sengaja tidur di dalam kelas sewaktu belajar
20. Sengaja memakai selipar /sandal tanpa sebab
21. Berada dalam kelas sewaktu rehat (kecuali dengan kebenaran)
22. Lain-lain kesalahan ringan

Hukuman
1. Nasihat
2. Diberi amaran
3. Hukuman dan rotan tidak lebih daripada 3 kali
4. Denda membayar balik bahan yang merosakkan
5. Dan lain-lain yang difikirkan berpatutan

* Semua hukuman berat dan sederhana berat akan dilaporkan kepada ibubapa atau penjaga
pelajar-pelajar dan akan direkodkan di dalam fail rekod displin pelajar serta fail merit demerit
pelajar yang terlibat.
* Kesalahan ringan yang diulang-ulang melebihi 5 kali akan dikategorikan sebagai
kesalahan sederhana berat.
SISTEM PEMBERIAN MARKAH (MERIT)

Sumbangan Markah Bonus

1. Menyelamatkan insan dalam bahaya ....................... 10


2. Peningkatan prestasi akademik ....................... 10
3. Menyumbang pingat emas dalam aktiviti
MSSD/MSSP ....................... 10
4. Kelakuan baik sepanjang tahun ....................... 10
5. Melaporkan kegiatan kecurian, merokok
sehingga tertangkap pelaku tersebut ....................... 10
6. Khidmat sosial terpuji ....................... 10
7. Kehadiran 100% ....................... 10
8. Sikap bertanggungjawab ....................... 5
9. Kehadiran/penglibatan ibu bapa
dalam aktiviti sekolah ....................... 5
10. Kerja Amal ....................... 5
11. Lain-lain yang difikirkan patut
oleh Badan Disiplin ....................... 5

Anda mungkin juga menyukai