Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

PENGENALAN
Badan pengawas adalah sebuah badan penguatkuasaan
undang-undang dan peraturan sekolah. Badan ini terletak di
bawah seliaan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Ia
merupakan satu organisasi kepimpinan pelajar yang ditubuhkan
di setiap sekolah bagi membantu pihak sekolah. Badan ini
mempunyai beberapa orang guru penasihat yang bertindak
sebagai tempat rujukan mahupun menerima nasihat dan motivasi
bagi para pengawas sepanjang memikul tanggungjawab yang
telah diberikan. Bilik Pengawas adalah satu bilik khas yang
diperuntukan kepada Badan Pengawas Sekolah untuk
mengadakan perjumpaan dan aktiviti yang dapat memupuk sifat
kepimpinan.
OBJEKTIF
1) Melahirkan pengawas sekolah yang memiliki tahap disiplin
yang tinggi di samping pencapaian akademik yang cemerlang.
2) Mewujudkan satu pasukan yang sentiasa memberikan
komitmen yang tinggi terhadap semua tanggungjawab yang
diberikan.
3) Membentuk individu yang memiliki jatidiri yang tinggi menerusi
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
VISI
Melahirkan pengawas sekolah yang berkarisma serta
berketrampilan dalam apa jua bidang samada bidang akademik
mahupun bukan akademik, agar dapat memberi sumbangan
kepada sekolah, agama, bangsa dan negara.
MISI
Menjadikan pengawas sebagai satu modal insan yang unggul
melalui disiplin diri yang tinggi dan aktiviti-aktiviti yang dapat

melahirkan pelajar yang berkebolehan serta berketrampilan dari


segala aspek.
SLOGAN
Kami Endah (We Care)
RASIONAL
Bilik Pengawas merupakan sebuah bilik khas untuk menjalankan
aktiviti khusus para pengawas seperti mesyuarat, perjumpaan
kumpulan, perbincangan berkaitan dan sebagainya.
PIAGAM PELANGGAN
1) Membimbing dan membentuk pengawas dengan ciri-ciri
kepimpinan unggul melalui bimbingan dan aktiviti-aktiviti
kepimpinan.
2) Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan dan
teguran yang membina ke arah melahirkan pengawas yang
berwibawa.

Anda mungkin juga menyukai