Anda di halaman 1dari 11

KAWAD DAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN

(1) BILA KEBAKARAN BERLAKU


Sesiapa iaitu samada murid guru atau kakitangan sekolah yang lain yang ternampak kebakaran
hendaklah memberitahu pihak pentadbir dengan segera supaya loceng isyarat kecemasan
dibunyikan secepat mungkin.

(2) MEMBUNYIKAN LOCENG ISYARAT


Isyarat kebakaran iaitu bunyi loceng elektrik yang terus menerus selama 3 minit. Apabila bekalan
elektrik terputus, isyarat adalah bunyi Loceng Manual yang dibunyikan oleh kakitangan-kakitangan
yang berada di pejabat.

(3) MENGOSONGKAN BANGUNAN


1. Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid hendaklah menunggu guru yang
berada di dalam bilik itu.Guru itu akan memberi arahan untuk keluar dari bagunan
itu dengan selamat.
1. Murid-murid dari setiap kelas hendaklah disusun dalam dua barisan dan kemudian
meninggalkan bilik itu mengikut jalan yang ditentukan.
1. Semasa bergerak, murid-murid hendaklah senyap, tidak terburu-buru, tidak
berlari atau potong jalan.
1. Guru yang berkenaan akan mengiringi barisan murid-murid di kelas yang tertentu
lalu membawa mereka keluar bersama-sama.
1. Jika terdapat murid yang sakit dan tidak boleh bergerak sendiri, maka guru itu
hendaklah mengarahkan murid-murid yang lain membawanya keluar bersama-
sama.
1. Semua ketua darjah hendaklah menyediakan satu senarai nama murid-murid di
dalam kelasnya dan menyimpan di dalam loceknya setiap masa di sekolah supaya
ia dapat digunakan untuk mengambil kedatangan jika buku kedatangan tidak
dapat dicari pada masa kecemasan itu.
1. Murid-murid yang sedang mengadakan Pendidikan Jasmani di Gelanggang bola
keranjang sekolah pada masa itu hendaklah berhenti dan berkumpul di hadapan
guru mereka. Guru itu akan menyuruh murid-murid itu bergerak ke tempat
berkumpul.
1. Guru-guru dan pekerja-pekerja yang lain hendaklah keluar dari bangunan dan
bergerak ke tempat berkumpul dengan segera.
1. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng
kecemasan berbunyi, mereka hendaklah pergi terus ke tempat berkumpul dengan
segera, kemudian berada bersama-sama dengan rakan-rakan sedarjah.
1. Tiada seorang pun dibenarkan memasuki semula ke bangunan ini untuk
mengambil barang-barang seperti baju, buku dan lain-lain melainkan mendapat
kebenaran daripada Pegawai Bomba atau Guru Besar.
(4) KECEMASAN PADA WAKTU REHAT
1. Jika isyarat kecemasan berbunyi pada waktu rehat, maka murid-murid yang
berada di kantin hendaklah membiarkan makanan mereka di atas meja dan
berhenti bercakap. Kemudian mereka hendaklah bergerak ke tempat berkumpul
dengan teratur. Mereka harus mematuhi arahan-arahan daripada guru-guru yang
bertugas di situ. Pengawas-pengawas yang bertugas di kantin hendaklah
membantu guru-guru dengan mengarahkan murid-murid keluar dari antin dengan
teratur.
1. Murid-murid yang berada di tempat lain hendaklah bergerak ke tempat berkumpul
dengan tidak terburu-buru. Guru-guru yang tidak bertugas khas pada masa itu
hendaklah bergerak ke tempat perhimpunan bersama-sama dengan murid-murid.
1. Pengawas-pengawas hendaklah memastikan tiada seorang pun berada di bilik
darjah berdekatan dengan tempat bertugas mereka sebelum mereka
meninggalkan bangunan itu.
(5) TEMPAT BERKUMPUL
Kawasan yang telah ditetapkan sebagai tempat berkumpul pada masa kebakaran berlaku hendaklah
diikuti dengan sepenuhnya supaya tindakan yang sewajarnya akan diambil pada bila-bila masa.
(6) JALAN-JALAN YANG HALUS DIIKUTI
Pada masa kebakaran berlaku jalan-jalan dan pintu-pintu yang ditetapkan seperti yang ditunjukkan
dalam peta mesti diikuti oleh setiap orang murid.

(7) PANGGILAN BARIS


Setelah murid-murid dan kakitangan sampai di tempat berkumpul panggilan baris akan dilakukan.
Sebaik-baiknya nama-nama dipanggil mengikut susunan di buku kedatangan murid-murid. Jika
terdapat nama murid yang dipanggil itu tidak berada di tempat berkumpul, maka kawan-kawan
sedarjahnya hendaklah mencarinya dengan segera.

LATIHAN KECEMASAN
Matlamat : Melatih dan memastikan bahawa murid-murid dapat bergerak
dengan beratur semasa kecemasan.
Langkah-langkah :
1. Loceng terus-menerus dibunyikan.
2. Guru-guru yang sedang mengajar dikehendaki membawa murid ke tempat
berkumpul.
3. Guru-guru menyemak dan memastikan kehadiran murid di tempat berkumpul.
4. Guru-guru yang tiada kelas(free period)dikehendaki meronda kelas untuk
memastikan tidak ada murid yang tertinggal dalam kelas.
5. Kalau berlaku kecemasan pada waktu rehat, murid-murid boleh terus bergerak ke
tempat berkumpul. Guru darjah akan memastikan kehadiran murid.
6. Murid-murid tidak perlu mengambil beg sekolah semasa keluar dari kelas.
7. Murid-murid hendaklah berdisiplin semasa keluar dari kelas.
TEKS TAKLIMAT LATIHAN KAWAD PENGUNGSIAN
BANGUNAN (EVACUATION DRILL FOR SAFE SCHOOL)
Terima kasih saudara pengacara majlis
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera
Yang Berusaha Tuan pengetua, penolong-penolong kanan, guru kanan, guru dan Michaelian
sekalian.

Saya, Cikgu ____________________, mewakili Jawatankuasa Keselamatan Sekolah


memohon perhatian semua warga SMI, baik guru ataupun murid supaya dapat mengikuti
taklimat ringkas tentang latihan kawad pengungsian bangunan dan demonstrasi memadam
kebakaran yang bakal dilaksanakan pada minggu hadapan.

Mengikut prosedur biasa Jabatan Bomba dan Penyelamat, sesebuah premis jabatan kerajaan
mestilah mempunyai pelan keselamatan kebakaran dan mengadakan latihan mengikut pelan
berkenaan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Akta Bomba memperuntukkan kuasa
kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memastikan bahawa peraturan ini
dipatuhi tanpa gagal. Maksudnya proses undang-undang boleh digunakan terhadap jabatan
kerajaan yang cuai. Premis sekolah tidak terkecuali.

2 Konsep Latihan

Sebenarnya banyak tahap latihan yang perlu dilalui oleh warga sekolah. Ini termasuk ujian
masa dan simulasi kebakaran. Namun demikian latihan kali ini akan memberi fokus terhadap
ujian masa dalam konteks pengungsian bangunan. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama
sepenuhnya dari seluruh warga sekolah sama ada pihak pengurusan, guru, kakitangan dan
pelajar. Kejayaan kita memenuhi kehendak latihan akan menggambarkan bahawa SMK St
Michael, Ipoh benar-benar merupakan sekolah selamat dan warganya mempunyai tahap
kepekaan dan persediaan yang tinggi dalam menghadapi kemungkinan risiko kebakaran.

3 Maksud Pengungsian Bangunan

Dalam bahasa yang mudah, pengungsian bangunan bererti bahawa para penghuni sesebuah
bangunan keluar daripada bangunan berkenaan secara tenang dan teratur mengikut pelan
laluan menuju tempat berkumpul dengan hanya membawa dokumen terpenting sahaja.
Ringkasnya, sehelai sepinggang. Mengikut piawai latihan kebakaran, masa maksimum yang
diambil untuk berkumpul di tempat yang ditetapkan ialah tujuh minitsahaja.

4 Modus Operandi Latihan Keselamatan Kebakaran SMK St Michael, Ipoh 2011

Pihak sekolah telah memutuskan bahawa latihan akan diadakan secara mengejut, iaitu
bermula pada hari Isnin, 21.2.2011. Apabila deringan loceng secara berterusan dibunyikan
pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, semua aktiviti bilik darjah,
makmal, bengkel dan seumpamanya hendaklah dihentikan. Guru yang sedang mengajar
hendaklah mengarahkan pelajar beratur mengikut pelan laluan yang ditetapkan menuju
tempat berkumpul. Hanya dokumen pengenalan diri yang perlu dibawa bersama-sama.
Pelajar diingatkan supaya tidak bersenda gurau, bertolak-tolak atau berebut-rebut ketika
bergerak, terutamanya apabila hendak menuruni tangga. Pelajar juga tidak dibenarkan
menggunakan sebarang jalan pintas atau dengan sengaja menghilangkan diri dalam latihan
ini. Tindakan disiplin boleh dikenakan terhadap mereka yang ingkar arahan.

Untuk latihan kali ini pihak sekolah menggunakan padang sebagai tempat berkumpul. Pelajar
dikehendaki bergerak menuju depan astaka. Pelajar yang berada di tingkat atas bangunan
hendaklah bergerak dan menuruni tangga yang mengarah ke tempat berkumpul sahaja.
Semua guru juga perlu bergerak mengikut laluan pelan blok ketika itu. Patuhi pelan laluan
yang telah disediakan di setiap kelas.

Guru yang sedang mengajar tadi hendaklah mengawal pergerakan murid dan akan menyemak
kehadiran pelajar di tempat berkumpul, serta melaporkannya kepada pegawai panggilan baris
yang seterusnya bertanggungjawab kepada pegawai insiden. Pegawai insiden ialah Tuan
Pengetua, dan dibantu oleh Penolong Kanan HEM. Pegawai panggilan Baris (Guru PKBM)
akan menerima laporan lisan kehadiran setiap kelas, kemudian melaporkan jumlah
kesemuanya kepada pegawai insiden.

Setelah selesai, pelajar yang berkumpul dikehendaki mendengar ulasan dan penilaian latihan
oleh tuan pengetua. Jika beliau tidak berpuas hati, latihan pengungsian bangunan berkenaan
boleh diulangi serta-merta. Saya percaya warga SMI boleh melakukannya sekali sahaja,
insya-Allah.

SMK ST MICHAEL, IPOH: CARTA ALIRAN LATIHAN

LOCENG KECEMASAN DIBUNYIKAN

P & P DIHENTIKAN SERTA-MERTA

GURU DALAM KELAS ARAH PELAJAR BERATUR

BERGERAK MENGKUT LALUAN KE TEMPAT BERKUMPUL


TEMPOH PERGERAKAN DICATAT OLEH PEGAWAI LATIHAN

SERAHAN BUKU DAFTAR PELAJAR DAN SEMAKAN OLEH GURU

PROSES MELAPOR KEPADA PEGAWAI INSIDEN

PENILAIAN LATIHAN OLEH TUAN PENGETUA


Latihan Kawad Kebakaran Kali Kedua Tahun 2016
Mengikut Pelan A (11/11/2016, Jumaat)

Anda mungkin juga menyukai