Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN DAN PANDUAN LATIHAN

KAWAD KECEMASAN (PENGUNGSIAN BANGUNAN)

A) LOCENG KECEMASAN

1. Sebaik sahaja kebakaran dikesan, loceng kecemasan akan dibunyikan.


(Loceng panjang, 30 saat berterusan selama 3 minit)
2. Jika api itu kecil dan tidak mengancam keselamatan, lawan api itu menggunakan alat
pemadam api.
3. Jika kebakaran itu besar, guru/ kakitangan bertanggungjawab/ bertugas hendaklah
menghubungi BOMBA dengan segera.
4. Pengosongan bangunan hendaklah dilakukan dengan segera. Semua warga sekolah
hendaklah mengambil tindakan pantas seolah-olah berada dalam keadaan kecemasan/
kebakaran sebenar.
5. Murid-murid, kakitangan, guru dan semua yang berada di mana-mana sahaja dalam
bangunan sekolah hendaklah bergerak ke tempat berkumpul dengan segera
menggunakan laluan keselamatan terdekat.
6. Pentadbir bertanggungjawab membawa Buku Jadual Kedatangan Murid ke tempat
berkumpul supaya guru-guru dapat mengambil kedatangan murid.
7. Jika terdapat murid-murid yang berada di dalam tandas semasa berlakunya kecemasan,
guru harus membawa murid-murid itu ke tempat berkumpul dengan segera.

B) PENGOSONGAN BANGUNAN
Apabila mendengar isyarat/ loceng kecemasan, peraturan-peraturan berikut hendaklah
dipatuhi:
1. Berhenti daripada membuat semua kerja.
2. Murid-murid hendaklah berdiri di sisi meja tanpa megemas sebarang alatan
persekolahan.
3. Buat barisan dan berjalan menuju ketempat berkumpul dengan cepat, senyap dan tanpa
kekecohan.
4. Guru merupakan orang terakhir keluar selepas memastikan tiada murid tertinggal.
5. Jangan berlari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.
6. Apabila sampai di tempat berkumpul, buat barisan mengikut tingkatan masing-masing.
7. Murid-murid yang berada di bilik lain seperti di padang, tandas, perpustakaan, kantin dan
pejabat hendaklah bergerak terus ke tempat berkumpul.
8. Semua penghuni hendaklah keluar ke tempat-tempat berkumpul dengan cepat, licin dan
tanpa kekecohan.
9. Bila berkumpul di kawasan selamat, murid-murid mesti mengawal disiplin diri dan
sentiasa mematuhi arahan guru-guru.

C) TAKLIMAT
Dalam keadaan sebenar atau sesi latihan melibatkan BOMBA, sesi taklimat akan diadakan
mengikut keperluan.

Anda mungkin juga menyukai