Anda di halaman 1dari 3

Lampiran 1

PELAN TINDAKAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI

OBJEKTIF

Dengan adanya pelan tindakan kecemasan dan kebakaran ini diharap warga SKKM akan dapat :

a) Mengenalpasti sebarang kemungkinan timbulnya masalah ketika berlakunya kecemasan.


b) Memberi pendedahan kepada warga SKKM cara-cara bertindak dengan cepat dan selamat.
c) Melancarkan pergerakan warga SKKM ketika berlakunya kecemasan.
d) Memberi pendedahan tentang teknik-teknik memadam kebakaran.
e) Dapat menggunakan alat pemadam api dengan betul.

PERATURAN DAN TINDAKAN SEMASA BERLAKUNYA KECEMASAN

A. LOCENG/ SIREN BERBUNYI


a) Loceng atau siren dibunyikan secara berpanjangan tanpa henti selama beberapa minit.
b) Semua warga SKKM dikehendaki bersiap sedia untuk tindakan kecemasan kebakaran.

B. PENGOSONGAN BANGUNAN.

a) Dapat mengosongkan keseluruhan bangunan dalam tempoh tidak melebihi lima minit.
b) Semua guru telah ditugaskan menyelia bilik-bilik kelas dan bilik-bilik khas hendaklah menyelia
bilik-bilik tersebut seperti bilik muzik, bilik pemulihan, bilik sains, bilik pusat sumber, bilik
computer, tandas, bilik kaunseling dan lain-lain bilik.
c) Guru bertugas hendaklah memastikan setiap kelas dan bilik khas di setiap aras dikosongkan.
d) Pengurus kantin perlu memastikan semua kekitangannya telah mengosongkan bangunan kantin.
e) Semua pekerja am sekolah perlu bergerak pantas ke tempat perhimpunan.
f) Memastikan semua punca elektrik atau api ditutup.

C.PERGERAKAN BILIK

a) Apabila mendengar loceng atau siren, murid hendaklah beratur dihadapan kelas dengan
kedudukan murid perempuan di hadapan dan murid lelaki di belakang.
b) Guru-guru yang mengajar ketika itu hendaklah mengarahkan murid-murid bergerak melalui
laluan yang telah ditetapkan seperti dalam pelan tindakan kecemasan dan kebakaran. (rujuk
lampiran 2).
c) Murid-murid hendaklah berjalan cepat tanpa berlari dengan cara berpegangan tangan.
d) Murid-murid tidak dibenarkan membawa sebarang barangan ketika ke tempat perhimpunan.
e) Berjalan dengan senyap dan dilarang menjerit.

D. BEKALAN ELEKTRIK
Lampiran 1

a) Guru bertugas hendaklah menutup punca elektrik utama.


b) Guru dan ketua kelas hendaklah memastikan semua suis elektrik telah ditutup.
c) Tingkap dan pintu tidak perlu ditutup.
d) Pembantu tadbir hendaklah memastikan semua suis elektrik di pejabat telah ditutup sebelum
keluar.
e) Kakitangan kantin perlu memastikan semua suis elektrik dan dapur gas telah ditutup.

E. DOKUMEN PENTING

a) Pembantu tadbir hendaklah membawa buku kedatangan murid dan guru ke tempat perhimpunan.
b) Guru kelas hendaklah mengambil buku kedatangan murid dan memeriksa jumlah kedatangan
murid dengan segera.
c) Guru kelas hendaklah memastikan jumlah kehadiran hari tersebut sama seperti jumlah murid
yang berhimpun.
d) Jika bilangan murid tidak mencukupi, laporkan segera kepada guru bertugas.

F. PERHIMPUNAN

a) Murid hendaklah beratur mengikut kelas seperti dalam perhimpunan harian.


b) Murid hendaklah beratur mengikut bilangan di dalam kelas seperti dalam buku kehadiran.
c) Setelah selesai memerikasa bilangan murid di dalam kelas, semua murid hendaklah duduk di
tempat perhimpunan.
d) Gurur bertugas hendaklah memberi segala bentuk arahan yang diperlukan ketika itu.

G. KECEMASAN DAN PERTOLONGAN CEMAS

a) Guru kecemasan dan pertolongan cemas (Jawatankuasa Kesihatan) hendaklah membawa peti
pertolongan kecemasan ke tempat perhimpunan.
b) Guru tersebut hendaklah melalui mana-mana laluan terdekat untuk ke tempat perhimpunan.
c) Guru tersebut hendaklah membawa bersama kelengkapan yang perlu dan memberikan
pertolongan cemas kepada mereka yang tercedera.
d) Menjerit meminta pertolongan sekiranya ada murid atau guru yang terperangkap.
e) Sekiranya ada murid terbakar, ambil tindakan segera dan arahkan murid untuk bergolek di atas
lantai.
f) Murid-murid ahli PBSM sekolah yang terlatih juga boleh membantu memberikan pertolongan
cemas.

H. PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH

a) Pembantu tadbir hendaklah menghubungi pihak bomba dan polis dengan segera.
b) Membawa dokumen penting ke tempat berhimpun seperti buku kedatangan murid dan guru.
Lampiran 1

c) Menghubungi pihak hospital dengan segera jika perlu atau menghantar ke hospital sekiranya ada
murid atau kakitangan yang tercedera.
d) Buat laporan polis sekiranya kecederaan serius.
e) Menghubungi penjaga/ waris murid sekiranya berlakunya kecederaan.
f) Membuat tuntutan insurans kebakaran takaful dengan menyediakan slip hospital, laporan polis
dan borang takaful yang lengkap.

Anda mungkin juga menyukai