Anda di halaman 1dari 9

Prosedur Kawad Kebakaran

PROSEDUR KAWAD KEBAKARAN


Setiap sekolah hendaklah menjalankan kawad kebakaran dan kecemasan disekolah masing-masing.
Kawad kebakaran tersebut hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali di dalam masa setahun.

Diantara tujuan utama diadakan kawad kebakaran dan kecemasan di bangunan-bangunan adalah:
a. Supaya murid yang terancam boleh bertindak dengan tenang dan teratur
b. Supaya jalan keluar dan tangga keselamatan (routes of escape) digunakan mengikut
kaedah yang dirancang.
c. Supaya tindakan pengosongan bangunan dilaksanakan dengan cepat dan teratur.
d. Melatih AJK Pengurusan Krisis yang dilantik menjalankan tugas dengan sempurna dan
mengikut prosedur.
e. Supaya dapat menguji keupayaan bertindak serta kekesanan alat-alatan kebombaan
dan kecemasan pada sesebuah bangunan tersebut.
Langkah-langkah Pencegahan Kebakaran
Pemastian alat pemadam api dan saluran bantu mula dalam keadaan sempurna.
Guru-guru kelas mengumpul dan merekod murid yang selamat/tidak selamat..

Notis-notis arahan dipaparkan pada papan kenyataan.

Laluan Kecemasan

a. Pemastian laluan kecemasan yang sedia ada mencukupi untuk mengatasi sebarang
kecemasan dan tidak dihalangi.
b. Tempat perhimpunan yang selamat.

c. Semua penghuni terlibat - kaedah menyelamat penghuni cacat/cedera hendaklah

diadakan.
d. Semua aktiviti latihan direkodkan.
Persediaan-persediaan berikut hendaklah dipastikan bagi menjalankan kawad kebakaran:

1. Mewujudkan Jawatankuasa bertindak di setiap bangunan/bahagian dan melantik


AJK Pengosongan Bangunan dan Penolong-Penolongnya.
a. Sebagai tanda pengenalan/pengecaman, AJK Pengosongan Bangunan hendaklah
memakai topi/helmet yang bewarna merah umpamanya.
b. Bertanggungjawab kepada semua penghuni semasa pengosongan bangunan
sehngga dipastikan keadaan bangunan selamat untuk dihuni semula atau sehingga
tanggungjawab tersebut diambilalih oleh pegawai pasukan perkhidmatan sama
ada yang berkaitan kebakaran atau lain-lain kecemasan.
c. Memastikan bantuan pertolongan cemas pertama diberikan, jika perlu.
2. Menyediakan pelan lantai (floor plan) dan rancangan tindakan.

Tindakan Sewaktu Menjalankan Latihan


Bunyikan loceng kecemasan
TINDAKAN MEREKA/PENGHUNI YANG MENDENGAR AMARAN MENGOSONGKAN BANGUNAN
a.Keluar dari bangunan mengikut pintu yang paling dekat dan selamatkan diri dengan
seberapa cepat yang boleh

b. Laporkan diri di tempat perhimpunan dan pastikan nama anda dipanggil semasa
perbarisan.

c. Semasa mengosongkan bangunan TIDAK dibenarkan:i. Berhenti atau berpatah balik untuk mengambil barang-barang.
ii. Pintas memintas atau tolak menolak antara satu sama lain.
iii. Jangan bergurau senda atau melawak.
iv. Jika terdapat penghuni yang sakit, cedera atau cacat, bantu mereka untuk keluar dari
bangunan.
v. Hanya selepas bangunan anda diisytiharkan selamat, barulah anda boleh masuk semula ke dalam
bangunan dengan teratur.
d. Guru Tingkatan, panggil baris dan periksa kehadiran murid masing-masing di tempat perhimpunan dan

lapor kepada AJK Pengosongan Bangunan.

e. AJK Pengosongan Bangunan laporkan kepada Setiausaha Pengurusan


Krisis/Pegawai Bomba faktor masa, cara-cara pengosongan/ menyelamat
dijalankan/ulasan.
Penutup
Kebakaran atau apa-apa kecemasan di bangunan-bangunan boleh berlaku pada bila-bila
masa dan keadaan tanpa diduga.Kebakaran dan kecemasan boleh meragut nyawa,
mencederakan dan memusnahkan harta benda.Latihan kawad kebakaran dan kecemasan
adalah merupakan suatu langkah persediaan atau berjaga-jaga bagi menghadapi segala
kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku. Di dalam apa jua keadaan sekalipun,
perlu dingatkan bahawa menyelamat nyawa adalah lebih penting daripada menyelamat
harta benda.

TEKS TAKLIMAT LATIHAN KAWAD PENGUNGSIAN BANGUNAN (EVACUATION DRILL FOR


SAFE SCHOOL)
Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis
Selamat sejahtera
Yang Berusaha Puan Anita Bt Suhaimi, penolong kanan petang, rakan-rakan guru dan
murid-murid.
Saya, Pn. Tan Sok Chan, mewakili Jawatankuasa Keselamatan Sekolah memohon
perhatian semua warga SMK Puchong Permai, baik guru ataupun murid supaya dapat
mengikuti taklimat ringkas tentang latihan kawad pengungsian bangunan yang bakal
dilaksanakan pada minggu ini.
Mengikut prosedur biasa Jabatan Bomba dan Penyelamat, sesebuah premis jabatan
kerajaan mestilah mempunyai pelan keselamatan kebakaran dan mengadakan latihan
mengikut pelan berkenaan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun.Akta Bomba
memperuntukkan kuasa kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk
memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi tanpa gagal. Maksudnya proses undangundang boleh digunakan terhadap jabatan kerajaan yang cuai. Premis sekolah tidak
terkecuali.
2 Konsep Latihan
Sebenarnya banyak tahap latihan yang perlu dilalui oleh warga sekolah. Ini termasuk
ujian masa dan simulasi kebakaran. Namun demikian latihan kali ini akan memberi
fokus terhadap ujian masa dalam konteks pengungsian bangunan. Pihak sekolah
mengharapkan kerjasama sepenuhnya dari seluruh warga sekolah sama ada pihak
pengurusan, guru, kakitangan dan murid. Kejayaan kita memenuhi kehendak latihan
akan menggambarkan bahawa SMK Puchong Permai benar-benar merupakan sekolah
selamat dan warganya mempunyai tahap kepekaan dan persediaan yang tinggi dalam
menghadapi kemungkinan risiko kebakaran.
3 Maksud Pengungsian Bangunan
Dalam bahasa yang mudah, pengungsian bangunan bererti bahawa para penghuni
sesebuah bangunan keluar daripada bangunan berkenaan secara tenang dan teratur
mengikut pelan laluan menuju tempat berkumpul dengan hanya membawa dokumen
terpenting sahaja.Ringkasnya, sehelai sepinggang. Mengikut piawai latihan
kebakaran, masa maksimum yang diambil untuk berkumpul di tempat yang ditetapkan
ialah tujuh minit sahaja.

4 Modus Operansi Latihan Keselamatan Kebakaran SMK Puchong Permai 2013


Pihak sekolah telah memutuskan bahawa latihan akan diadakan secara mengejut, iaitu
pada minggu bermula 17 Ogos 2015. Apabila deringan loceng atau penggera
dibunyikan secara berterusan pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung, semua aktiviti bilik darjah, makmal, bengkel dan seumpamanya hendaklah
dihentikan. Guru yang sedang mengajar hendaklah mengarahkan murid beratur
mengikut pelan laluan yang ditetapkan dan menuju tempat berkumpul.Hanya dokumen
pengenalan diri yang perlu dibawa bersama-sama.Ketua tingkatan hendaklah
memastikan bahawa buku kawalan kelas dibawa bersama.Murid perlu beratur dalam
dua barisan, satu barisan lelaki dan satu barisan perempuan dan bergerak seiring.Murid
diingatkan supaya tidak bersenda gurau, bertolak-tolak atau berebut-rebut ketika
bergerak, terutamanya apabila hendak menuruni tangga. Murid juga tidak dibenarkan
menggunakan sebarang jalan pintas atau dengan sengaja menghilangkan diri dalam
latihan ini. Tindakan disiplin akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar arahan.
Untuk latihan kali ini pihak sekolah menggunakan gelanggang bola keranjang dan
kawasan padang yang bersebelahan dengannya sebagai tempat berkumpul. Murid
dikehendaki bergerak menuju ke gelanggang bola keranjang.Murid yang berada di
tingkat atas bangunan hendaklah bergerak dan menuruni tangga yang mengarah ke
tempat berkumpul sahaja. Semua guru dan staf sokongan juga perlu bergerak mengikut
laluan pelan blok ketika itu. Patuhi pelan laluan yang telah disediakan di setiap kelas.
Pembantu tadbir akan membawa semua buku kedatangan (register) ke kawasan
berkumpul dan edarkan kepada penyelaras tingkatan.
Guru yang sedang mengajar tadi hendaklah mengawal pergerakan murid sehingga tiba
di tempat berkumpul. Setibanya di tempat berkumpul, penyelaras tingkatan dan guru
tingkatan akanmenyemak kehadiran murid di tempat berkumpul, serta melaporkannya
kepada pegawai panggilan baris (Pn. Tan Sok Chan) yang seterusnya
bertanggungjawab melaporkan kepada pegawai insiden.Pegawai insiden ialah Tuan
Pengetua dan dibantu oleh Penolong Kanan Petang. Pegawai panggilan Baris akan
menerima laporan lisan kehadiran setiap kelas,
Setelah selesai, murid yang berkumpul dikehendaki mendengar ulasan dan penilaian
latihan oleh Tuan Pengetua/ PK Petang. Jika beliau tidak berpuas hati, latihan
pengungsian bangunan berkenaan akan diulangi serta-merta. Saya percaya warga
SMK Puchong Permai boleh melakukannya sekali sahaja. Sekian, terima kasih

SMK PUCHONG PERMAI: CARTA ALIRAN LATIHAN


LOCENG KECEMASAN DIBUNYIKAN

P & P DIHENTIKAN SERTA-MERTA

GURU DALAM KELAS ARAH MURID BERATUR

BERGERAK MENGIKUT LALUAN KE TEMPAT BERKUMPUL

TEMPOH PERGERAKAN DICATAT OLEH PEGAWAI LATIHAN

SERAHAN BUKU DAFTAR MURID DAN SEMAKAN OLEH GURU

PROSES MELAPOR KEPADA PEGAWAI INSIDEN

PENILAIAN LATIHAN OLEH PUAN PENGETUA

KAWAD DAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN


(1) BILA KEBAKARAN BERLAKU
Sesiapa iaitu samada murid guru atau kakitangan sekolah yang lain yang ternampak kebakaran
hendaklah memberitahu pihak pentadbir dengan segera supaya loceng isyarat kecemasan dibunyikan
secepat mungkin.
(2) MEMBUNYIKAN LOCENG ISYARAT
Isyarat kebakaran iaitu bunyi loceng elektrik yang terus menerus selama 3 minit.Apabila bekalan elektrik
terputus, isyarat adalah bunyi Loceng Manual yang dibunyikan oleh kakitangan-kakitangan yang berada
di pejabat.
(3) MENGOSONGKAN BANGUNAN
1. Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid hendaklah menunggu guru yang
berada di dalam bilik itu.Guru itu akan memberi arahan untuk keluar dari bagunan itu
dengan selamat.
1. Murid-murid dari setiap kelas hendaklah disusun dalam dua barisan dan kemudian
meninggalkan bilik itu mengikut jalan yang ditentukan.
1. Semasa bergerak, murid-murid hendaklah senyap, tidak terburu-buru, tidak berlari
atau potong jalan.
1. Guru yang berkenaan akan mengiringi barisan murid-murid di kelas yang tertentu
lalu membawa mereka keluar bersama-sama.
1. Jika terdapat murid yang sakit dan tidak boleh bergerak sendiri, maka guru itu
hendaklah mengarahkan murid-murid yang lain membawanya keluar bersama-sama.
1. Semua ketua darjah hendaklah menyediakan satu senarai nama murid-murid di
dalam kelasnya dan menyimpan di dalam loceknya setiap masa di sekolah supaya ia
dapat digunakan untuk mengambil kedatangan jika buku kedatangan tidak dapat
dicari pada masa kecemasan itu.
1. Murid-murid yang sedang mengadakan Pendidikan Jasmani di Gelanggang bola
keranjang sekolah pada masa itu hendaklah berhenti dan berkumpul di hadapan guru
mereka. Guru itu akan menyuruh murid-murid itu bergerak ke tempat berkumpul.
1. Guru-guru dan pekerja-pekerja yang lain hendaklah keluar dari bangunan dan
bergerak ke tempat berkumpul dengan segera.
1. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng kecemasan
berbunyi, mereka hendaklah pergi terus ke tempat berkumpul dengan segera,
kemudian berada bersama-sama dengan rakan-rakan sedarjah.
1. Tiada seorang pun dibenarkan memasuki semula ke bangunan ini untuk mengambil
barang-barang seperti baju, buku dan lain-lain melainkan mendapat kebenaran
daripada Pegawai Bomba atau Guru Besar.
(4) KECEMASAN PADA WAKTU REHAT
1. Jika isyarat kecemasan berbunyi pada waktu rehat, maka murid-murid yang berada di
kantin hendaklah membiarkan makanan mereka di atas meja dan berhenti bercakap.
Kemudian mereka hendaklah bergerak ke tempat berkumpul dengan teratur. Mereka
harus mematuhi arahan-arahan daripada guru-guru yang bertugas di situ. Pengawas-

pengawas yang bertugas di kantin hendaklah membantu guru-guru dengan


mengarahkan murid-murid keluar dari antin dengan teratur.
1. Murid-murid yang berada di tempat lain hendaklah bergerak ke tempat berkumpul
dengan tidak terburu-buru. Guru-guru yang tidak bertugas khas pada masa itu
hendaklah bergerak ke tempat perhimpunan bersama-sama dengan murid-murid.
1. Pengawas-pengawas hendaklah memastikan tiada seorang pun berada di bilik darjah
berdekatan dengan tempat bertugas mereka sebelum mereka meninggalkan
bangunan itu.
(5) TEMPAT BERKUMPUL
Kawasan yang telah ditetapkan sebagai tempat berkumpul pada masa kebakaran berlaku hendaklah
diikuti dengan sepenuhnya supaya tindakan yang sewajarnya akan diambil pada bila-bila masa.
(6) JALAN-JALAN YANG HALUS DIIKUTI
Pada masa kebakaran berlaku jalan-jalan dan pintu-pintu yang ditetapkan seperti yang ditunjukkan dalam
peta mesti diikuti oleh setiap orang murid.
(7) PANGGILAN BARIS
Setelah murid-murid dan kakitangan sampai di tempat berkumpul panggilan baris akan dilakukan.
Sebaik-baiknya nama-nama dipanggil mengikut susunan di buku kedatangan murid-murid. Jika terdapat
nama murid yang dipanggil itu tidak berada di tempat berkumpul, maka kawan-kawan sedarjahnya
hendaklah mencarinya dengan segera.
LATIHAN KECEMASAN
Matlamat : Melatih dan memastikan bahawa murid-murid dapat bergerak dengan
beratur semasa kecemasan.
Langkah-langkah :
1. Loceng terus-menerus dibunyikan.
2. Guru-guru yang sedang mengajar dikehendaki membawa murid ke tempat
berkumpul.
3. Guru-guru menyemak dan memastikan kehadiran murid di tempat berkumpul.
4. Guru-guru yang tiada kelas(free period)dikehendaki meronda kelas untuk
memastikan tidak ada murid yang tertinggal dalam kelas.
5. Kalau berlaku kecemasan pada waktu rehat, murid-murid boleh terus bergerak ke
tempat berkumpul. Guru darjah akan memastikan kehadiran murid.
6. Murid-murid tidak perlu mengambil beg sekolah semasa keluar dari kelas.
7. Murid-murid hendaklah berdisiplin semasa keluar dari kelas.

Anda mungkin juga menyukai