Anda di halaman 1dari 1

SMK PEREMPUAN PUDU

2012

ARAHAN LATIHAN KEBAKARAN/KECEMASAN


1.

Sesiapa yang menyedari ada kebakaran di kawasan sekolah hendaklah


menjerit Api, Api, Api dan terus memberitahu kakitangan pejabat sekolah
untuk menelefon BOMBA NO : 999 dan membunyikan isyarat kebakaran.

2.

Kerani yang bertanggungjawab pada hari itu adalah bertanggungjawab


membuat aduan segera kepada pihak bomba yang berdekatan.

3.

Bunyi loceng kebakaran yang berpanjangan atau bunyi siren yang


berterusan menandakan isyarat kebakaran atau latihan kecemasan
kebakaran.

4.

Berhenti serta merta daripada kerja yang dilakukan, keluar dari kelas dan
bergerak dengan cepat ke Pusat Kawalan (padang sekolah).

5.

Guru-guru hendaklah memastikan semua suis elektrik, paip gas dan pintupintu ditutup dengan segera sebaik sahaja mendengar isyarat kebakaran.

6.

Semua guru dan pelajar hendaklah meninggalkan atau mengosongkan


semua bangunan sekolah dengan teratur dan pantas mengikut arah anak
panah yang ditunjukkan dalam pelan kebakaran sekolah.

7.

Semua barang seperti beg sekolah hendaklah ditinggalkan dalam bilik


darjah.

8.

Kakitangan pejabat akan membawa semua buku rekod kedatangan ke


tempat perhimpunan. Buku rekod kedatangan yang ada di dalam bilik darjah
adalah menjadi tanggungjawab guru yang mengajar ketika itu.

9.

Semua guru tingkatan hendaklah menyemak buku rekod kedatangan kelas


masing-masing dan melaporkan jika ada muridnya yang hilang kepada
penyelia tingkatan. Penyelia tingkatan hendaklah terus membuat laporan
kepada pengetua/pentadbir.

10. Guru-guru yang mengajar di bilik darjah dan bilik-bilik khas yang ada alat
pemadam api hendaklah memastikan bahawa alat itu dibawa ke tempat
berkumpul iaitu di Pusat Kawalan (padang sekolah).
11. Guru-guru yang tidak mengajar, staf sokongan makmal dan pejabat adalah
bertanggungjawab untuk mengendalikan alat pemadam api dan berkumpul di
pusat kawalan untuk menerima arahan.
12. Bunyi loceng tiga kali bererti kebakaran/latihan kebakaran telah berakhir dan
semua murid boleh kembali ke kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai