Anda di halaman 1dari 2

PROSEDUR LATIHAN KEBAKARAN

1. Loceng kebakaran (panjang) akan dibunyikan.

2. Guru yang berada di dalam kelas mengarahkan supaya kelas dikosongkan,


tingkap dan pintu ditutup.

3. Murid-murid beratur di luar bilik darjah.


3.1 Barisan pelajar yang berada jauh dari dekat dari Kawasan terlibat perlu
digerakkan serta merta melalui pintu keluar paling hampir
3.2 Barisan pelajar yang lain digerakkan melalui jalan keluar lain atau sama ke
Kawasan berkumpul. Guru yang tiada waktu mengajar semasa itu pastikan
berada di semua laluan murid.
3.3 Memastikan barisan pelajar lancar dan bergerak dalam satu baris terutama
di tangga, susur gajah dan persekitaran sempit.

4. Murid - murid berjalan dengan cepat menuju ke tempat selamat dengan


bantuan guru.
4.1 berjalan secara sehala sahaja mengikut pelan kawad pergerakan keluar
dan masuk

5. Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing. Guru dan ketua darjah


akan mengira bilangan murid berpandukan jadual kedatangan.

6. Bila didapati kurang dari yang sepatutnya, 3 orang guru hendaklah mencari
dan menyelamatkan tidak pergi secara berseorangan.

7. Murid- murid yang lain tetap beratur di tempat selamat yang telah ditetapkan
(Rujuk Pelan Kawad Kebakaran).
8. Cara- cara mengawal dan memadamkan kebakaran.
a) Salah seorang guru/ pekerja/ guru bertugas pergi menelefon pihak bomba
yang berhampiran untuk meminta bantuan.
b) Guru-guru dan pekerja akan cuba memadamkan kebakaran dengan
alatan yang ada sementara pihak bomba tiba.
c) Bila pasukan bomba tiba, guru-guru dan pekerja bersama-sama
membantu memadamkan kebakaran.
d) Guru-guru yang lain, hendaklah mengawal murid-murid supaya mereka
sentiasa dalam keadaan selamat.
e) Pengawalan pelajar boleh dilakukan di Kawasan lapang sesuai dengan
penjarakan pelajar dalam bentuk baris panjang atau berkelompok dengan
mengambil kira penjarakan sosial 1 meter bahu ke bahu.

9. Apabila api telah dipadam, semua guru, pekerja dan murid-murid tidak
dibenarkan menghampiri atau masuk ke dalam bangunan atau kawasan yang
telah musnah. Ini adalah untuk menjaga keselamatan.

10. Murid-murid yang cedera (sekiranya ada) hendaklah diberikan rawatan


kecemasan. Sekiranya ramai yang tercedera, panggilan kecemasan MERS999
hendaklah dilakukan. Kemudian mereka hendaklah dibawa ke pusat kesihatan
atau hospital yang berhampiran.

11. Murid-murid lain dibenarkan pulang.

Anda mungkin juga menyukai