Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 9 / TAHUN 2020

HBMT 2203

Soalan tugasan
1. Kenal pasti ukuran unit bukan piawai daripada tajuk sukatan. Bina SATU
rancangan pengajaran yang lengkap dengan melibatkan kemahiran proses
matematik.
2. Nyatakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk menyokong pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Anda perlu menunjuk langkah-langkah
penggunaan dengan terperinci dan dalam bentuk gambar.
3. Berikan justifikasi bagaimana aktiviti yang dicadangkan dalam rancangan
pengajaran tersebut dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
secara berkesan dalam kalangan murid.

NO. MATRIKULASI : 850202085622001


NO. KAD PENGENALAN : 850202-08-5622
NO. TELEFON : 016-5992513
E-MEL : mayhua85cheah@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : Seberang Jaya Learning Centre
Bil Isi Kandungan Muka surat

1 Pengenalan 1-2

Kenal pasti ukuran unit bukan piawai daripada tajuk sukatan.


2 2-3

3 Rancangan Pengajaran 4-9

4 Lampiran 10

5 Nyatakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk 11-12


menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Anda
perlu menunjuk langkah-langkah penggunaan dengan
terperinci dalam bentuk gambar.

6 Berikan justifikasi bagaimana aktiviti yang dicadangkan 13-14


dalam rancangan pengajaran tersebut dapat memupuk
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) secara berkesan dalam
kalangan murid.

7.0 Kesimpulan 15

8.0 Rujukan 16

Pengenalan
Pengukuran memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita
tidak kira zaman dahulu mahupun sekarang. Sejak zaman dahulu, semasa manusia
menetap dari gaya hidup nomad, manusia mula menggunakan bahan-bahan bangunan,
tanah pendudukan dan perdagangan dengan jiran-jiran. Semua aktiviti manusia tidak
dapat menjauhi pengukuran. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak
benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang sesuai, rekaan pakaian,
atau penurakan bahan makanan. Pelbagai pengukuran dilakukan seperti pengukuran
panjang, berat dan isipadu. Cara pengukuran yang digunakan oleh manusia berbagai-
bagai dan semakin maju serta tepat. Pada masa sekarang, manusia sebagai masyarakat
yang sudah berorientasikan teknologi, ketepatan pengukuran yang lebih tinggi diperlukan
untuk pelbagai kegunaan dan bidang seperti mikro-elektronik untuk planet bermula.
Persoalannya, cara lama iaitu unit bukan piawai masih penting untuk masyarakat?

Pada zaman purba, terdapat banyak sistem ukuran yang tidak munasabah atau
mustahil yang berbeza-beza dan bebeza maju di tempat-tempat yang berlainan. Ukuran
pengajaran panjang purba adalah berdasarkan pada tubuh manusia, seperti panjang kaki,
panjang langkah itu, jengkal dan keluasan ibu jari. Pada masa awal, kebanyakan cara
pengukuran dicipta dan digunakan hanya dalam kawasan kecil, misalnya hanya dalam
puak-puak sendiri. Salah satu yang mendapat status universal tertentu ialah hasta Mesir
dibangunkan di sekitar 3000 SM. Berdasarkan pada tubuh manusia, ia diambil sebagai
panjang lengan dari siku ke hujung jari panjang. Di samping itu, orang Perancis dan
Inggeris juga menggunakan beberapa bahagian badan manusia untuk mengukur
pengajaran panjang pada zaman purba. Seawal pertengahan abad ke-10, ia dipercayai
bahawa raja Saxon, Edgar, mempunyai satu "piawai bandingan" di Winchester sebagai
standard ukuran rasmi. Di England sekitar abad ke-13, mereka menggunakan tubuh
badan King Henry l(1100-1135) sebagai rujukan, iaitu bermula dari tengah hidung hingga
ke ibu jari ketika tangan diluruskan dan ia disebut 1 yard. Setelah menggunakan tubuh
badan King Henry l sebagai rujukan, tidak ada lagi masalah ukuran tidak sama panjang.

1
Pada zaman sekarang, pelbagai unit piawai telah dicipta dan memudahkan
komunikasi antara manusia, pelbagai isu dapat dibincang dan berkomunikasi dengan
berkesan dan lebih senang. Contohnya, semasa menguruskan perdagangan antarabangsa,
kita menggunakan unit piawai yang dikenal pasti seperti metre, inch, kilogram dan
sebagainya. Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan,
sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second (FPS)'. Dalam sistem unit
ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai
untuk mengukur panjang, jisim dan masa. Namun begitu, walaupun pelbagai unit piawai
telah diguna sebagai unit antarabangsa, kita tidak boleh melupakan unit bukan piawai
sebaliknya kemahiran serta pengetahuan mengenai unit bukan piawai adalah amat
penting untuk memahami konsep pengukuran sebelum mempelajari unit piawai yang
rumit.

Kenal pasti ukuran unit bukan piawai daripada tajuk sukatan.

Menurut Kamus Bahasa Melayu, piawai bermaksud diterima sebagai yg rasmi


dan sah (bukan sesuatu sukatan, mutu barang-barang dll); standard. Selain itu, piawai
juga bermaksud ditetapkan atau yang menjadi asas(bukan sesuatu sukatan, mtu dan lain-
lain) kerana sudah diuji. Jelaslah bahawa maksud perkataan piawai ialah ukuran, darjat,
biasa, lazim, dan mutu. Unit piawai bermaksud unit yang biasa dan lazim digunakan di
dunia ini oleh semua pihak. Ini dapat memudahkan sebarang komunikasi, penterjemahan
atau pelaporan bagi satu-satu perkara. Unit piawai adalah unit yang telah ditetapkan
ukurannya untuk kegunaan semua atau sedunia. Jadi, pengunaan unit piawai memainkan
peranan yang amat penting dalam pengukuran supaya memudahkan komunikasi
antarabangsa dan kehidupan seharian kita.

Ukuran unit bukan piawai daripada tajuk sukatan merupakan sebarang ukuran
panjang arbitrari yang dijadikan sebagai satu unit dan tidak ada nombor pada alat.
Contohnya: bahagian badan seperti jengkal(dari hujung ibu jari ke hujung jari kelengkeng
bagi jari yang diluaskan pembukaannya), tapak kaki, panjang lengan, depa(dari hujung
jari
2

hantu ke hujung jari hantu bagi tangan yang satu lagi apabila tanagn didepakan), dan
hasta(dari siku ke hujung jari hantu). Selain itu, objek-objek seperti pensel, pen, klip
kertas, rod, lidi dan sebagainya.Orang zaman dahulu menggunakan ukuran bukan piawai
dalam kehidupan seharian sehinggalah manusia mencipta pembaris. Namun, orang zaman
dahulu juga berasa penggunaan ukuran bukan piawai tidak senang dan kadang-kadang
tidak tepat. Oleh hal yang demikian, di England sekitar abad ke-13, mereka
menggunakan tubuh badan King Henry l sebagai rujukan. Bermula dari tengah hidung
hingga ke ibu jari ketika tangan diluruskan, ia disebut 1 yard. Setelah menggunakan
tubuh badan King Henry l sebagai rujukan, tidak ada lagi masalah, ukuran tidak sama
panjang.

Ukuran unit bukan piawai daripada tajuk sukatan juga termasuk unit bukan piawai
yang diguna untuk mengukur panjang, jisim, dan isipadu cecair. Unit bukan piawai jisim
ialah sebarang ukuran arbitrari jisim yang digunakan sebagai satu unit. Contoh objek
yang lazim digunakan adalah kekacang, biji getah, klip kertas, paku tekan, dan batu
kelikir. Unit piawai jisim pula merupakan kilogram, pound, auns dan gram. Unit bukan
piawai isipadu cecair ialah sebarang ukuran isipadu arbitrari yang digunakan sebagai satu
unit. Contohnya, bekas yang biasa digunakan untuk mengukur isipadu cecair ialah sudu,
cawan, mangkuk, dan baldi. Unit piawai isipadu cecair yang diterima di peringkat
antarabangsa terdapat litre, gelen, pint, dan kuart.
3
Rancangan Pengajaran

Mata Pelajaran : Matematik

Kelas : 1 Bestari

Tarikh : 24.02.2020 (Isnin)

Masa : 10.40a.m. – 11.40a.m.

Bilangan Murid : 36 orang (16 orang lelaki, 20 orang perempuan)

Bidang : Sukatan dan Geometri

Tajuk : Topik 6 Ukuran dan Sukatan

Standard Kandungan : 6.1 Menggunakan Unit Relatif untuk Mengukur Panjang

Standard Pembelajaran :

(a) Membuat pengukuran objek menggunakan unit bukan piawai.

(b) Membanding dua atau lebih ukuran objek mengunakan unit bukan piawai.

(c) Menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata ukuran panjang dalam


konteks.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid


dapat:

(a) Memberi contoh unit bukan piawai.

(b) Menggunakan unit relatif untuk mengukur panjang

(c) Menyatakan cara menggunakan unit bukan piawai yang


boleh mengukur dengan tepat.

Pentaksiran : (a) Guru mengemukakan soalan-soalan secara lisan


berkaitan dengan unit bukan piawai, murid akan
menjawab soalan secara lisan.
(b) Pemerhatian berterusan terhadap respon murid sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran.
4
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid mengenali pembaris sebagai unit piawai.
Elemen Merentas : (a) Kemahiran Berfikir (KB) - Menghubungkaitkan,
Kurikulum menyelesaikan masalah
(b) Nilai murni : Kerjasama, perpaduan
(c) Kreativiti dan inovasi
Kemahiran Proses Matematik : Berkomunikasi, menyelesaikan masalah
Pendekatan : Kontruktivis
Bahan Bantu Belajar (BBB) : Pensel, pemadam, papan putih, riben, klip kertas,
jadual, lembaran kerja, kepingan manila kad,
tayangan video, mini whiteboard
5
Langkah / Isi kandungan / Kemahiran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Masa Serta Komunikasi

Set Induksi -Menonton video berkenaan 1. Guru menyoalkan murid pernahkah Strategi/
(5 minit) dengan pengukuran unit bukan mereka fikir bagaimana orang zaman Kaedah
piawai. dahulu mengukur panjang dalam -soal jawab,
Video: kehidupan seharian sebelum pembaris demonstrasi
https://www.youtube.com/watc dicipta?
h?v=dIV_aP4SDrE 2. Guru menayangkan video “Unit KB : Menjana
Bukan Piawai” kepada murid. Idea,
Contoh soalan: 3. Murid menonton video yang guru penaakulan,
1. Nyatakan 3 bahan untuk tayangkan. membuat
mengukur panjang pensel 4. Guru bersoal jawab dengan murid perkaitan,
dalam video. berdasarkan video yang telah menyelesaikan
Jawapan: klip kertas, duit ditayangkan. masalah
syiling dan penyedut minuman. 5. Guru mengarahkan murid untuk
2. Bandingkan kedua-dua mengeluarkan sebatang pensel dan Nilai :
objek, yang mana panjang dan pemadam. Keyakinan
yang mana pendek? 6. Murid diminta membanding beza
kedua-dua objek tersebut. BBB : Video,
7. Guru bersoal jawab dengan murid pensel,
tentang perbezaan objek tersebut. pemadam.
Perkembangan Mengukur dan membanding 1. Sebelum mengadakan perbincangan Strategi/
Langkah 1 panjang objek, kemudian catat dalam kumpulan, guru membahagikan Kaedah
(15 minit) dalam jadual. murid-murid kepada 6 kumpulan. - Menghubung
2. Setiap kumpulan mempunyai 6 orang Kaitkan
murid.
3. Setiap kumpulan akan dilantik KB : -
seorang ketua kumpulan dan seorang Menghubung-
penolong ketua kumpulan. kaitkan,
4. Guru memberikan kepingan kad membuat
manila yang sama panjang dan jadual perkaitan,
kepada setiap kumpulan kecil. membuat
5. Guru meminta murid mengukur perwakilan

6
jumlah pensel yang diperlukan supaya BBB :
sama panjang dengan kepingan kad kepingan kad
manila yang diberikan dan catatkan manila, pensel,
dalam jadual. papan putih,
6. Guru bertanya kepada murid sama ada jadual
jawapan mereka sama atau tidak.
7. Selepas mencatat ukuran, murid
bandingkan ukuran.
Langkah 2 Mengenali unit bukan piawai 1. Guru memberikan penerangan tentang Strategi/
(10 minit) tak seragam perbezaan jawapan murid. Kaedah
2. Guru memperkenalkan ukuran unit -
bukan piawai tak seragam seperti Konstruktivism
jengkal, kaki dan hasta.
3. Dua murid dipilih secara rawak oleh KB :
guru untuk mengukur kepanjangan Membanding
papan putih menggunakan jengkal. beza,
4. Murid diminta menulis pada papan Menyelesaikan
tanda di hadapan kelas berdasarkan masalah,
bilangan jengkal yang digunakan. membuat
5. Guru membetulkan cara murid perwakilan
melakukan pengukuran sekiranya salah.
6. Guru membincang dengan murid
macam mana menyelesaikan masalah BBB : Jadual 1,
ukuran panjang yang tidak seramgam. papan tanda
Jawapan: menggunakan objek yang
seragam.
Pengukuhan Membanding Objek 1. Guru akan menyediakan 3 riben yang Strategi/
(15 minit) menggunakan Unit Bukan berlainan warna dan klip kertas kepada Kaedah
Piawai setiap kumpulan. -
2. Ketua kumpulan ditugaskan untuk Konstruktivism
mengambil peralatan yang disediakan
oleh guru di atas meja guru. KB :
3. Penolong ketua kumpulan ditugaskan Menyelesaikan
untuk mencatatkan jawapan di atas mini Masalah,
whiteboard. membuat
perwakilan
7
4. Murid diminta mengukur riben
dengan BBB : riben,
menggunakan klip kertas. klip kertas,
5. Murid merekodkan ukuran tersebut jadual, mini
dalam jadual yang diberikan. whiteboard
6. Sewaktu dalam perbincangan dalam
kumpulan, murid-murid dikehendaki
berkomunikasi dengan ahli-ahli
kumpulan untuk mengaturkan ketiga-
tiga riben dalam urutan pendek ke
panjang.
7. Selepas perbincangan, wakil
kumpulan dikehendaki mempamerkan
jawapan yang ditulis di atas mini
whiteboard di hadapan kelas.
8. Guru mengarahkan murid berbincang
bagi membandingkan panjang riben
yang diberikan.
9. Murid diminta menyusun semua riben
daripada panjang ke pendek, pendek ke
panjang.
Penilaian Mengukur menggunakan unit 1. Guru mengedarkan lembaran kerja KB :
(10 minit) bukan piawai. kepada kerja untuk dijawab. -
2. Murid dikehendaki menjawab Menghubungka
lembaran kerja yang diberikan oleh guru itkan
secara individu. -Menyelasaikan
3. Murid dipilih secara rawak oleh guru Masalah
untuk menulis jawapan di papan putih.
4. Guru meminta murid untuk Nilai: rajin
menyemak jawapan secara berpasangan.
5. Guru membetulkan jawapan murid BBB:
sekiranya salah. - Lembaran
6. Guru memberikan pujian kepada kerja
murid.
Penutup Rumusan 1. Guru bersoal jawab dengan murid KB :
(5 minit) tentang isi pelajaran hari ini. -Menghubung-
2. Murid-murid diminta membuat kaitkan

8
Soalan: rumusan berdasarkan apa yang -Menyelasaikan
Apakah unit piawai yang telah telah diajar pada hari ini. Masalah
anda pelajari hari ini? 3.Sebelum mengakhiri kelas, guru - membuat
Jawapan: Jengkal, Hasta, meminta murid-murid menunjukan perkaitan
Pensel, Klip kertas, duit Syiling salah satu unit piawai seragam dan satu
1. Apakah unit bukan piawai unit piawai tak seragam.
seragam? 4.Guru memberikan pujian kepada
Jawapan: Jengkal, Hasta kerana murid.
kepanjangan semua orang
berbeza.
2. Macam mana mengelakkan
ukuran panjang objek tidak
sama?
Jawapan: Menggunakan objek
yang seragam sebagai ukuran.
3. Adakah kita masih
menggunakan klip kertas
sebagai unit ukuran?
Jawapan: Tidak
4. Cuba fikir, apakah alatan
yang dicipta untuk
menyelasaikan masalah susah
membawa barangan seperti klip
kertas yang banyak ke merata
tempat untuk membuat ukuran
panjang?
Jawapan : Pembaris

9
Lampiran1 : Jadual 1

Ukuran Bukan Piawai


Pensel Jengkal Hasta
Bil Objek
1 Kad manila
2 Papan putih
3 Meja murid
4 Meja guru

Lampiran 2: Jadual 2

Ukuran Bukan Piawai


Klip kertas
Bil Objek
1 Riben 1
2 Riben 2
3 Riben 3

10
Nyatakan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Anda perlu menunjuk langkah-langkah penggunaan dengan terperinci dalam bentuk
gambar.

Bahan bantu mengajar yang sesuai untuk menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
dalam topik ukuran adalah berbagai-bagai. Yang pentingnya merupakan cara guru mengguna dan
mengaplikasi dalam proses pembelajaran.Guru boleh menggunakan bahagian tubuh badan untuk mengajari
unit bukan piawai tak seragam seperti jengkal, hasta, tapak kaki dan lain-lain lagi. Langkah-langkah
penggunaan adalah seperti berikut:

Jengkal

Tapak kaki
11

Hasta

Guru menyuruh murid mengukur benda yang besar dengan menggunakan jengkal, mengukur benda
yang boleh letak di atas lantai dengan tapak kaki,mengukur barang yang besar juga boleh menggunakan
hasta. Seterusnya, murid perlu mencatatkan bilangan jengkal,tapak kaki ataupun hasta untuk mewakili
kepanjangan benda.

Klip kertas,duit syiling,riben, kepingan kad Manila

Klip kertas, duit syiling, riben, kepingan kad Manila boleh dijadikan sebagai unit bukan piawai
seragam. Guru harus berhati-hati supaya menggunakan bahan-bahan tersebut yang sama size, semasa ukur
perlulah dari hujung ke hujung dan harusnya memastikan ukuran lurus.

Pembaris

Pembaris sebagai alat ukuran unit piawai


12
Berikan justifikasi bagaimana aktiviti yang dicadangkan dalam rancangan pengajaran tersebut dapat
memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) secara berkesan dalam kalangan murid.

Aktiviti yang dicadangkan dalam rancangan pengajaran tersebut dapat memupuk kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) secara berkesan dalam kalangan murid. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah
mengukur dan membanding panjang objek, mengenali unit bukan piawai tak seragam, membanding objek
menggunakan unit bukan piawai dan mengukur menggunakan unit bukan piawai. Semasa set induksi, ruru
menyoalkan murid pernahkah mereka fikir bagaimana orang zaman dahulu mengukur panjang dalam
kehidupan seharian sebelum pembaris dicipta merupakan soalan KBAT yang mempunyai pelbagai jawapan
yang boleh memupuk kreativiti para murid. Seterusnya, guru menayangkan video “Unit Bukan Piawai”
kepada murid. Semasa guru menanyangkan video, murid-murid dapat memahami maksud unit bukan piawai
serta cara menggunakan unit bukan piawai yang betul. Guru juga menyuruh murid membandingkan pensel
dan pemadam, murid-murid perlu menggunakan teknik permerhatian untuk menjawab soalan.

Seterusnya, murid-murid dibahagi kepada beberapa kumpulan supaya mereka mempelajari cara
bekerja dalam kumpulan dan menjana idea yang lebih baik dengan kerjasama antara satu sama lain. Semasa
guru menyuruh murid mengukur panjang kepingan kad Manila dengan menggunakan pensel, murid murid
akan memikir cara untuk meletak pensel supaya ukuran lebih tepat, ini dapat memupuk kemahiran berfikir
araas tinggi secara tidak langsung kerana cara yang berlainan akan menjejas keputusan yang berlainan dan
tidak tepat. Mereka harus mengabungkan apa yang dipelajari semasa mereka menonton video dan juga
menggunakan logik untuk menggunakan cara yang paling betul.

Selepas itu, semasa keputusan yang direkod oleh semua kumpulan dibincangkan, murid-murid akan
perasan tentang perbezaan keputusan semua kumpulan. Pada masa ini, murid-murid mula berfikir pelbagai
faktor yang boleh menjejaskan keputusan ukuran yang menyebabkan keputusan ukuran mereka tidak sama
yang juga boleh dikatakan tidak tepat. Contohnya, kad manila yang sama panjang yang sepatutnya
mempunyai nombor ukuran yang sama akan mendapatkan ukuran 3pensel, 5pensel ataupun 1 pensel. Ini
dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi semasa murid-murid memikirkan cara untuk menyelesaikan
masalah ini. Kesimpulannya, mereka mendapati konklusi bahawa unit ukuran yang diguna mestinya
seragam supaya keputusan ukuran tepat.

Di samping itu, guru memperkenalkan ilmu mengenai unit bukan piawai tak seragam. Guru-guru
akan memberikan penerangan dengan menjelaskan ilmu Sejarah insan dahulu yang mengukur menggunakan
unit bukan piawai. Pada zaman dahulu, manusia menggunakan unit bukan piawai sebagai unit pengukuran,
tetapi mereka mendapati bahawa cara ini tidak tepat kerana masing-masing menggunakan benda yang sama
tetapi berlainan panjang. Misalnya, orang Asia dan orang Barat yang menggunakan jengkal untuk mengukur
sebatang papan, orang India akan mendapat kepanjangan papan 8 jengkal, namun orang barat mengatakan
13

papan tersebut merupakan 6 jengkal, ini disebabkan oleh kepanjangan jengkal mereka berlainan
seperti sama dengan jengkal murid juga berlainan dengan jengkal guru kerana guru merupakan dewasa yang
mempunyai tubuh badan lebih besar. Dengan penjelasan yang melibatkan ilmu Sejarah, murid-murid dapat
meningkatkan pengajaran Sejarah murid mereka di samping memupuk pemikiran mereka supaya memahami
proses-proses kemajuan manusia yang mengambil masa dan mempelajari dari pengalaman sehingga zaman
sekarang yang sistematik.

Semasa pengukuhan, murid-murid melakukan aktiviti membanding objek menggunakan unit bukan
piawai untuk mengukurkan riben yang diberikan. Pada masa ini, murid-murid telah mengetahui cara
mengaplikasikan ilmu yang diperoleh iaitu perlu menggunakan unit ukuran yang sama panjang sepertinya
klip kertas yang sama panjang, sama besa. Mereka juga mengetahui kesalahan yang perlu dielakkan sebelum
membuat ukuran iaitu mesti memastikan ukuran lurus dan mengukur dari hujung ke hujung. 3 riben yang
berlainan warna dan klip kertas yang diberi kepada setiap kumpulan akan diukur dengan menggunakan unit
ukuran bukan piawai seragam. Seterusnya, murid sekelas akan membandingkan keputusan yang dapat dan
mengaturkan kepanjangan, melalui proses ini, murid-murid akan belajar cara menganalisis maklumat.

Sepanjang pengajaran dijalankan, guru akan membincang jawapan dengan murid dan juga
menyoalkan pelbagai soalan yang boleh memupuk kemahiran berfikir murid. Murid-murid juga mempunyai
peluang untuk membincang antara satu sama lain semasa mereka membuat aktiviti ukuran dalam kumpulan.
Secara tidak langsung, activiti-aktiviti tersebut dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi murid.
14

Kesimpulan

Penggunaan unit piawai(standard units) adalah amat penting dalam kehidupan seharian kita. Hal ini
demikian kerana penggunaan unit piawai yang dikenalpasti oleh masyarakat boleh memudahkan komunikasi
antarabangsa dan kehidupan seharian kita. Kita boleh mengetahui maklumat dengan lebih tepat walaupun
tidak nampak barangan sebenar. Contohnya, pembelian barang secara atas talian(online shopping) yang
makin disukai oleh masyarakat hari ini memerlukan unit piawai untuk memberikan maklumat barangan
dengan tepat supaya senang untuk palanggan yang berminat. Misalnya, pelanggan yang hendak membeli
seluar yang bersepadan dengan size dia, dia boleh lihat atas maklumat yang diberi dan mengukur mengikut
size sendiri seperti panjang seluar beberapa centimeter(centimeter), size pinggang berapa inch dan lain-lain
lagi. Tanpa unit piawai, masalah akan timbul seperti tersilap membeli seluar yang tidak sesuai, samaada
terlalu kecil atau terlalu besar. Selain itu, harga yang ditentu berdasarkan berat atau isipadu barangan juga
akan dikelirukan. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan
dalam meletakkan harga barang tersebut.

Di samping itu, unit bukan piawai juga sama penting dengan unit piawai. Sebelum terciptanya unit
piawai, unit bukan piawai merupakan unit yang diguna sebagai ukuran. Namun, perkara yang perlu
diingatkan adalah perlu menggunakan unit bukan piawai seragam untuk memastikan ukuran tepat.
Contohnya, jika penjual kertas hendak mengukur panjang kertas menggunakan klip kertas, dia wajib
menggunakan klip kertas yang sama dari pelbagai aspek, pelanggan yang berkaitan juga harus menggunakan
klip kertas yang sama untuk memastikan informasi yang disampai adalah betul. Unit bukan piawai juga amat
diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Cuba fikir jika kita kebetulan tidak mempunyai pembaris di
sekitar dan hendak mengukur sesuatu, kita boleh menggunakan unit bukan piawai untuk membuat ukuran.
Contohnya, seseorang boleh menggunakan hasta beliau untuk mengukur panjang sebuah meja yang
berminat, seterusnya boleh mengukur panjang bilik yang hendak meletak meja tersebut untuk memastikan
meja tersebut sesuai dengan ruang yang sedia ada.

Kesimpulannya, unit piawai dan unit bukan piawai adalah amat penting semasa membuat
pengukuran. Oleh hal yang demikian, kita tidak boleh mengabaikan atau memandang rendah atas
pembelajaran unit piawai dan unit bukan piawai. Kita harus memastikan semua murid jelas konsep-konsep
tersebut. Guru-guru pula memainkan peranan penting supaya murid memahami konsep pengukuran dengan
unit piawai dan unit bukan piawai. Dalam konteks ini, pembelajaran harus mengabung dengan pelbagai
kemahiran seperti komunikasi, penaakulan, membuat perkaitan, menyelesaikan masalah dan membuat
perwakilan. Kemahiran-kemahiran tersebut merupakan komponen penting dalam kemahiran proses
matematik Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan mempunyai hubungan rapat dengan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT).
15

Rujukan

Cikgu Safuan(2019). AKTIVITI MATEMATIK PAK-21 - Mencipta Pembaris dengan Unit Sendiri.
Retrived 28 Februari 2020,dari https://www.cikgusaffuan.com/jurnal/aktiviti-matematik-pak-21-mencipta-
pembaris-dengan-unit-sendiri

Kamus Bahasa Melayu, Retrived 28 Februari 2020, dari http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=piawai


16

Anda mungkin juga menyukai