Anda di halaman 1dari 34

PANDUAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN REKA BENTUK DAN

TEKNOLOGI

PENDAHULUAN

Buku ini dibangunkan dengan tujuan untuk memberi gambaran awal serta panduan
kepada guru bagi melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
bagi Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di tingkatan 1. Dengan
adanya modul ini diharapkan maklumat yang terkandung di dalam buku ini dapat
membantu guru dan murid untuk menguasai fakta-fakta penting mengenai tajuk-
tajuk pembelajaran mata pelajaran RBT yang telah dirangka khusus untuk murid
tingkatan 1 melalui KSSM.

OBJEKTIF BUKU PANDUAN PdP

1. Memberi panduan kepada guru untuk melaksanakan pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran RBT KSSM Tingkatan 1.
2. Memberikan panduan penulisan rancangan pengajaran harian serta langkah
melaksana aktiviti menggunakan pendekatan inkuiri.
3. Memaparkan contoh penerapan EMK terkini berdasarkan kandungan KSSM.
4. Memapar kandungan pengetahuan yang perlu guru sampaikan kepada murid
berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang telah
dipilih.
KANDUNGAN

TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

STANDARD KANDUNGAN 1.1: DUNIA REKA BENTUK


Tajuk ini membincangkan definisi reka bentuk dan teknologi, elemen reka bentuk,
prinsip reka bentuk, aplikasi prinsip-prinsip reka bentuk, membanding beza prinsip
dan elemen, kriteria reka bentuk yang baik dan teknik pembinaan objek asas.

STANDARD KANDUNGAN 1.2: KEPENTINGAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


Tajuk ini membincangkan senarai kepentingan reka bentuk dan teknologi, peranan
dan etika reka bentuk serta kerjaya dalam bidang reka bentuk.

STANDARD KANDUNGAN 1.3 : INVENSI DAN INOVASI DALAM REKA BENTUK


Tajuk ini membincangkan definisi invensi dan inovasi, aplikasi prinsip invensi dan
inovasi dalam kerjaya reka bentuk dan reka bentuk terkini.
STANDARD KANDUNGAN

STANDARD KANDUNGAN 1.1: DUNIA REKA BENTUK

STANDARD PEMBELAJARAN:

Pada akhir pengajaran murid boleh:

1.1.1 Mentakrifkan reka bentuk dan teknologi


1.1.2 Mengenal pasti elemen reka bentuk berdasarkan produk yang dipilih
1.1.3 Menjelaskan prinsip reka bentuk
1.1.4 Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek asas
1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk
1.1.6 Meneroka kriteria reka bentuk yang baik
1.1.7 Membina objek asas

STANDARD KANDUNGAN 1.2: KEPENTINGAN REKA BENTUK DAN


TEKNOLOGI

STANDARD PEMBELAJARAN:

Pada akhir pengajaran murid boleh:

1.2.1 Menyenaraikan kepentingan reka bentuk dan teknologi


1.2.2 Mengenal pasti peranan reka bentuk
1.2.3 Menerangkan etika dalam reka bentuk
1.2.4 Meneroka kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi

STANDARD KANDUNGAN 1.3: INVENSI DAN INOVASI DALAM REKA BENTUK

STANDARD PEMBELAJARAN:

Pada akhir pengajaran murid boleh:

1.3.1 Mentakrifkan invensi dan inovasi


1.3.2 Mengaplikasikan prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk
1.3.3 Meneroka invensi dan inovasi dalam reka bentuk terkini
NOTA RUJUKAN
1.1 Dunia Reka Bentuk

1.1.1 MENTAKRIFKAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Takrif Reka Bentuk

Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penghasilan idea secara terancang untuk
menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.

Takrif teknologi

Teknologi adalah pengetahuan yang mengaplikasikan sains dan matematik bagi


memudahkan atau menyelesaikan masalah manusia menggunakan pelbagai
sumber dan pengetahuan teknikal yang terus berkembang.

Takrif Reka bentuk dan teknologi


Reka bentuk dan teknologi adalah gabungan pengetahuan tentang penghasilan idea
secara terancang dengan mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik.

1.1.2 MENGENAL PASTI ELEMEN REKA BENTUK BERDASARKAN PRODUK


YANG DIPILIH

Apakah elemen reka bentuk?

Elemen reka bentuk ialah perkara yang digunakan untuk menzahirkan idea awal
sesebuah rekaan secara lakaran.

Tujuannya adalah untuk membolehkan idea yang hendak digambarkan oleh pereka
bentuk difahami.

Dalam dunia reka bentuk, terdapat pelbagai elemen reka bentuk yang digunakan
oleh pereka bentuk profesional untuk menghasilkan lakaran.

Elemen reka bentuk yang lazim digunakan:

1. Garisan
2. Rupa
3. Bentuk
4. Tekstur
5. Warna
6. Ruang
7. Saiz
8. Nilai

Nota untuk guru:

Adalah amat penting untuk guru-guru mengetahui cara menggunakan elemen reka
bentuk dalam menghasilkan lakaran idea.

Guru juga mesti berkebolehan untuk mengenal pasti elemen reka bentuk pada
produk.

1. Garisan
 Merupakan cantuman satu siri titik
 Garisan adalah unsur terpenting dalam aktiviti melakar, melukis,
menggambar dan menulis
 Digunakan untuk menghasilkan rupa, bentuk, jalinan, dan bayangan
 Dihasilkan menggunakan sebarang alat tulis atau peralatan (gadget)
 Contoh jenis-jenis garisan :
2. Rupa

Rupa dibentuk apabila garisan bercantum. Rupa merujuk kepada ruang yang
dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai (tona). Ia juga merujuk kepada elemen
yang berbentuk dua dimensi (2D) dan rata.

3. Bentuk
Merujuk kepada pandangan tiga dimensi (3D) yang mempunyai ketinggian,
kelebaran dan kedalaman. Menggambarkan luas dan isipadu.

4. Tekstur

Merujuk kepada struktur dan keadaan permukaan yang boleh dirasai melalui
sentuhan dan visual seperti licin, kasar, dan lain-lain. Contoh:
5. Warna

Terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier.

Terdapat dua kategori warna iaitu:


i) Warna panas - Merupakan warna yang terang.

ii) Warna sejuk - Merupakan warna yang lembut

6. Nilai
Merujuk kepada impak terang atau gelap sesuatu tona atau warna.

7. Ruang
Ruang ialah kawasan kosong disekeliling objek, jarak antara dua objek atau
rongga dalam sesuatu objek.
8. Saiz

Saiz merujuk kepada ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek.

1.1.3 MENJELASKAN PRINSIP REKA BENTUK

 Prinsip reka bentuk adalah konsep yang digunakan untuk menyusun


maklumat.

 Prinsip reka bentuk membantu pereka membuat keputusan bagaimana


hendak menggunakan elemen-elemen reka bentuk.

 Prinsip reka bentuk membantu sesebuah lakaran idea menjadi lebih


menarik dan menyenangkan apabila dilihat.

 Prinsip reka bentuk yang lazim digunakan ialah:

1. Keseimbangan
2. Pergerakan
3. Pengulangan
4. Penekanan
5. Keringkasan
6. Kontras
7. Kepelbagaian
8. Kesatuan
9. Harmoni
1. Keseimbangan

Merujuk kepada kesamaan, perhatian atau tumpuan pelbagai elemen


yang digabungkan di dalam sesebuah komposisi.

BALANCE

2. Pergerakan

Merujuk kepada aliran yang akan memimpin pergerakan pandangan mata


terhadap sesuatu objek.

3. Pengulangan

Merujuk kepada penyusunan sesuatu elemen yang sama secara berulang.


4. Penekanan

Merujuk kepada tumpuan elemen yang diserlahkan.

5. Keringkasan

Reka bentuk yang menunjukkan intipati atau elemen yang penting sahaja.

6. Kontras

Merujuk kepada pelbagai elemen yang berlawanan.


7. Kepelbagaian
Menunjukkan aplikasi penggunaan pelbagai elemen, gaya, kualiti dan idea
yang berbeza dalam sesuatu reka bentuk.

8. Kesatuan
Semua bahagian elemen bergabung untuk membentuk imej, konsep atau
idea yang sempurna
9. Harmoni

Sesuatu reka bentuk yang dapat mewujudkan gambaran emosi yang positif

1.1.4 Mengaplikasikan prinsip-prinsip reka bentuk dalam mereka bentuk objek


asas

Murid perlu mengaplikasikan prinsip reka bentuk dalam menghasilkan sesuatu


objek. Contohnya; tin susu silinder
1. Apakah prinsip yang digunakan?

2. Murid membina bentuk silinder

3. Minta murid hasilkan objek asas dan kenal pasti prinsip yang ada pada objek
tersebut (kerja rumah dan boleh buat dalam kumpulan)

1.1.5 Membanding beza prinsip dan elemen reka bentuk


Banding Beza Prinsip Dan Elemen Reka Bentuk

Elemen Reka Tandakan (/) Jika Tandakan (/) Jika


Prinsip Reka Bentuk
Bentuk Ada Ada
Garisan Keseimbangan

Bentuk Pengulangan

Ruang Kepelbagaian

Warna Kontras

Tekstur Harmoni

Saiz Keringkasan

Rupa Kesatuan

Nilai Pergerakan

Penekanan

Untuk menghasilkan sebuah reka bentuk yang baik, kita mestilah


mempertimbangkan setiap elemen dan prinsip reka bentuk sebaik mungkin.

Kesimpulannya, prinsip adalah peraturan yang mesti diikut ketika menghasilkan reka
bentuk manakala elemen pula adalah perkara yang menolong kita melengkapkan
peraturan tersebut untuk mendapatkan hasil terbaik.

1.1.6 Meneroka kriteria reka bentuk yang baik

Kriteria yang baik:


1. Kecenderungan kreativiti dalam inovasi
Kreativiti dalam menghasilkan idea reka bentuk baharu yang memberi
manfaat dalam penggunaannya.

2. Keaslian reka bentuk


Penghasilan idea reka bentuk yang tidak meniru produk yang lain.

3. Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran


Produk yang bermutu dan diterima oleh pengguna.
4. Ergonomik
Interaksi yang ada antara produk, pengguna dan persekitaran seperti
keselesaan, mudah diguna dan keselamatan.

1.1.7 Membina objek asas


Objek asas boleh dihasilkan melalui teknik pembinaan dengan memilih
beberapa rupa geometri. Antara teknik pembinaan seperti; pembenaman,
pembuangan, penyatuan, peleraian dan lipatan (kaedah hamparan).

Contoh Rupa Geometri

Bulat Segi tiga sama Segi empat sama Heksagon

Segi tiga tepat Segi empat tepat Donut Trapezium

Bujur Diamond Semi bulatan

Teknik pembinaan

Teknik pembinaan objek asas:

1) Pembenaman
2) Pembuangan
3) Penyatuan
4) Peleraian
5) Lipatan/Hamparan

Pembenaman
Apabila sesuatu objek asas dimasukkan ke dalam objek yang lain.
Pembuangan
Teknik ini dilakukan pada bahagian yang tidak dikehendaki.

Penyatuan
Teknik penyatuan dilakukan dengan mencantumkan dua atau lebih objek
tanpa melibatkan pembuangan atau pembenaman.

Peleraian
Boleh dipisahkan atau dicantum semula.
Lipatan

Rupa asas yang dilipat menjadi bentuk asas.

1.2 KEPENTINGAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI.

1.2.1 Senarai kepentingan reka bentuk dan teknologi


Kepentingan reka bentuk dan teknologi ialah:

K Menyumbang perkembangan teknologi


semasa
E
P Dapat memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakat
E
Menyumbang pembangunan sosial, sains dan
N teknologi

T Pengubahsuaian produk untuk memudahkan


manusia
I
N Memupuk nilai invensi, inovatif dan kreatif

G
Membuka peluang kerjaya dan perniagaan
A

1.2.2 Peranan reka bentuk

1. Individu

Memberi kebebasan memilih kepada pengguna untuk memenuhi keperluan dan


kehendak mengikut kemampuan.

2. Masyarakat

Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.

3. Pengeluar

Menghasilkan produk yang bermutu

4. Negara

Meningkatkan imej dan ekonomi negara.

1.2.3 Etika reka bentuk


KEASLIAN

BERMANAFAAT JUJUR

ETIKA

SELAMAT
SELAMAT
MESRA
MESRA ALAM
ALAM
DIGUNAKAN
DIGUNAKAN

a. Bermanfaat - produk yang dihasilkan memberi manfaat kepada semua pihak.


Semakin banyak orang menggunakannya maka produk tersebut semakin
bermanfaat.
b. Keaslian – mereka bentuk produk dengan usaha sendiri, tidak meniru karya orang
lain kecuali mendapat keizinan pemilik.

c. Kejujuran – Memberi maklumat yang tepat kepada pengguna seperti bahan


digunakan, harga dan kualiti. Produk sewajarnya tidak mempunyai agenda lain yang
terselindung.
d. Keselamatan produk – menghasilkan produk yang selamat digunakan dan tidak
memberi kesan sampingan kepada pengguna.

e. Mesra alam sekitar – Menggunakan sumber semula jadi tanpa menjejaskan alam
sekitar. Gunakan alatan atau bahan yang boleh dikitar semula.
BIL KERJAYA ILUTRASI TUGAS

Merancang reka
Arkitek
1 bentuk dan pelan
pembangunan

Pereka Bentuk Mereka bentuk


2 Automatif rangka kenderaan

Pereka Bentuk
Kejuruteraan Mereka bentuk
3 bangunan, mesin,
jentera dan elektrik

Pereka Bentuk
Fesyen Mereka bentuk
4
fesyen pakaian

Pereka Bentuk Mereka bentuk


5 Persembahan persembahan kek,
Makan roti dan buah-buahan

Seni Bina
Landskap
Mereka bentuk
6
hiasan taman

Pereka Bentuk
Mereka bentuk
Lampu
7 lampu dan cara
pemasangan

1.2.4 Kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi

1.3 Invensi dan Inovasi dalam Reka Bentuk

1.3.1 Definisi Invensi dan Inovasi

27
Definisi Invensi

 Invensi ialah kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelumnya.

 Sesuatu rekaan produk tidak lagi dipanggil invensi apabila tempoh


penciptaannya melebihi 10 tahun atau kebanyakan orang sudah
mengetahuinya.

Definisi Inovasi

 Inovasi ialah pengubahsuaian terhadap produk sedia ada supaya menjadi lebih
baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna serta mesra pengguna.

1.3.2 Aplikasi Prinsip Invensi dan Inovasi dalam Kerjaya Reka Bentuk

Menjimatkan tenaga
Penggunaan tenaga yang
boleh diperbaharui
28
PRINSIP
INVENSI
DAN
INOVASI

Penjimatan masa dalam membaiki


kelemahan produk

Aplikasi prinsip ini dalam bidang kerjaya reka bentuk

Bidang Pendidikan

 Melalui prinsip ini, penyampaian dan penerimaan ilmu dapat dilakukan dengan
tepat serta menarik minat pelajar. Antaranya ialah peralatan seperti papan putih
pintar dan e-book yang menggunakan peralatan teknologi maklumat dan
komunikasi yang canggih.

Bidang Kesihatan

 Contohnya jam pengukur degupan jantung dan penggunaan mesin pengimejan


resonans magnetik.

29
Bidang Pembuatan

 Contohnya, pada masa dahulu, untuk membuat sebuah model, pereka cipta
perlu menghabiskan masa untuk mengukur, mengerat, menggerudi,
menyambung, melicin dan mewarna. Oleh itu, melalui teknologi pencetak 3D dan
pen 3D, ini akan memudahkan semua tugas dengan hanya menggunakan
hujung jari untuk menekan butang-butang arahan.

Bidang Teknologi Maklumat

 Bidang teknologi maklumat mengaplikasikan invensi, inovasi dan reka bentuk


dalam dua aspek iaitu peralatan dan rangkaian.

30
 Contohnya, jika dahulu kita menulis dengan menggunakan papan kekunci dan
pen stilus tetapi kini kita boleh menulis dengan menggunakan jejari sahaja.
Selain itu, sebelum ini alat kawalan jauh memerlukan peranti yang mempunyai
infra merah atau kawalan frekuensi radio, tetapi dengan penggunaan telefon
pintar pelbagai tugas dapat dilakukan secara serentak melalui rangkaian internet.
Penggunaan telefon pintar ini juga bukan sahaja boleh digunakan untuk
berkomunikasi malah boleh melakukan tugas kawalan dan pemantauan.

Bidang Pertahanan

31
 Dalam bidang pertahanan, prinsip invensi, inovasi dan reka bentuk dapat dilihat
melalui penghasilan peralatan persenjataan, teknologi komunikasi,
perekodan dan pengawasan.

 Contohnya penciptaan robot pengesan periuk api yang boleh digunakan tanpa
memudaratkan manusia.

1.3.3 Invensi dan Inovasi Reka Bentuk Terkini

32
Reka bentuk akan terus berkembang maju selagi manusia mempunyai
kehendak. Invensi dan inovasi reka bentuk terkini dapat dikelaskan kepada
beberapa bidang teknologi seperti:

a) Teknologi komunikasi –

b) Teknologi nano –

c) Teknologi kecerdikan buatan (artificial intelligence) –

33
34

Anda mungkin juga menyukai