Anda di halaman 1dari 2

PROSEDUR LATIHAN KEBAKARAN DI SEKOLAH

1. Loceng kebakaran (panjang) akan dibunyikan.

2. Guru yang berada di dalam kelas mengarahkan supaya kelas dikosongkan,tingkap dan pintu
ditutup.

3. Murid-murid beratur di luar bilik darjah.

3.1 Barisan pelajar yang berada jauh dari dekat dari Kawasan terlibat perlu digerakkan serta merta
melalui pintu keluar paling hampir

3.2 Barisan pelajar yang lain digerakkan melalui jalan keluar lain atau sama keKawasan berkumpul.
Jawatankuasa Pastikan gunakan semua ruang berbezauntuk ke tempat berkumpul. Guru tiada waktu
mengajar pastikan berada disemua laluan murid

3.3 Memastikan barisan pelajar lancar dan bergerak dalam satu baris terutamadi tangga, susur gajah
dan persekitaran sempit.

4. Murid - murid berjalan dengan cepat menuju ke tempat selamat denganbantuan guru.

4.1 berjalan secara sehala sahaja mengikut pelan kawad pergerakan keluar dan masuk

5. Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing. Guru dan ketua darjahakan mengira bilangan
murid berpandukan jadual kedatangan.

6. Bila didapati kurang dari yang sepatutnya, 3 orang guru hendaklah mencaridan menyelamatkan
tidak pergi secara berseorangan.7. Murid- murid yang lain tetap beratur di tempat selamat yang
telah ditetapkan(Rujuk Pelan Kawad Kebakaran).

8. Cara- cara mengawal dan memadamkan kebakaran.

a) salah seorang guru/ pekerja/ guru bertugas pergi menelefon pihak bombayang berhampiran
untuk meminta bantuan.

b) Guru-guru dan pekerja akan cuba memadamkan kebakaran denganalatan yang ada sementara
pihak bomba tiba.

c) Bila pasukan bomba tiba, guru-guru dan pekerja bersama-samamembantu memadamkan


kebakaran.

d) Guru-guru yang lain, hendaklah mengawal murid-murid supaya mereka sentiasa dalam keadaan
selamat.

e) Pengawalan pelajar boleh dilakukan di Kawasan lapang sesuai denganpenjarakan pelajar dalam
bentuk baris panjang atau berkelompok denganmengambil kira penjarakan sosial 1 meter bahu ke
bahu.

9. Bila api telah padam, semua guru, pekerja dan murid-murid tidak dibenarkanmenghampiri atau
masuk ke dalam bangunan atau kawasan yang telahmusnah. Ini adalah untuk menjaga keselamatan.
10. Murid-murid yang cedera (sekiranya ada) hendaklah diberikan rawatankecemasan. Sekiranya
ramai ,panggilan kecemasan MERS999 hendaklahdilakukan. Kemudian mereka hendaklah dibawa ke
pusat kesihatan atauhospital yang berhampiran.

11. Murid-murid lain dibenarkan pulang/bersurai

Anda mungkin juga menyukai