Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN KESELAMATAN DI DALAM BILIK DARJAH

1. Murid-murid dilarang bising, bermain-main, bergurau, dan mengganggu


ketenteraman kelas.
2. Murid-murid tidak boleh makan atau minum di dalam kelas.
3. Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan kelas pada setiap masa.
4. Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur.
5. Bakul sampah mesti dikosongkan pada waktu pertama sebelum dan selepas
rehat, serta sebelum balik.
6. Papan tulis mesti sentiasa dibersihkan sebelum bermulanya waktu mata
pelajaran yang berikutnya.
7. Murid-murid mesti menjaga dengan cermat semua maklumat yang
dipamerkan di papan kenyataan kelas.
8. Murid-murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan tempat duduk di
dalam kelas tanpa kebenaran guru.
9. Murid-murid dilarang membawa alatan berbahaya seperti gunting, pisau,
dan sebagainya tanpa kebenaran dan arahan guru.
10. Semasa menggunakan peralatan yang berbahaya seperti gunting, alatan
geometri, pisau dan sebagainya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, murid-murid mestilah mengikuti sepenuhnya arahan guru.
Murid-murid dilarang bergurau-gurau dan bermain-main semasa
menggunakannya.
11. Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik dengan
tangan yang basah.
12. Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu,
kipas, suis, dan punca elektrik yang rosak. Laporkan kepada pihak pejabat
sekolah dengan segera.
13. Laporkan dengan serta-merta, sebarang keadaan kecemasan yang
berlaku di dalam bilik kelas kepada guru untuk diambil tindakan.
14. Murid-murid mesti mematuhi arahan guru dari semasa ke semasa supaya
keselamatan dan kebersihan di dalam kelas sentiasa terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai