Anda di halaman 1dari 9

KESELAMATAN

DI DAPUR
PENDIDIKAN KHAS
Disediakan oleh:
NOR SHAKIAH BINTI HUSSAIN
PENYELARAS
PPKI SK RANTAU PANJANG

Peraturan Am Di Dapur
Tidak dibenarkan masuk ke dapur tanpa kebenaran guru.
Tidak dibenarkan menggunakan peralatan di dapur tanpa
kebenaran guru atau tanpa bimbingan guru.
Jangan bermain-main atau berlari-lari di dapur
Dengar setiap arahan dengan teliti agar setiap aktiviti dapat
dijalankan dengan selamat.
Lapor segera kepada guru sekiranya berlaku kemalangan atau
kecederaan semasa berada di dapur.

Kebersihan Di Dapur
Elak Kemalangan
Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resepi dan
bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau diatas ruangan
aktiviti memasak.
Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran dari bahan masakan
yang berminyak boleh disambar api.
Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala
pembersih berdekatan dengan dapur memasak.

Keselamatan Litar Elektrik Di


Dapur
Gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket dalam
satu masa.
Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi
memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku
lebihan arus.
Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang
diperlukan bagi satu perkakas elektrik.
Wayar yang pecah dan terkoyak hendaklah diganti.
Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap,
putuskan sambungan plug segera. Gantikan atau bawa peralatan
tersebut untuk diperiksa.

Mengelak Kebakaran
Di Dapur
Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.
Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang
dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar.
Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah
mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan
mengantuk.

Mengelak Kecederaan Di
Dapur
Makanan yang dimasak dalam ketuhar menghasilkan tahap
kepanasan yang tinggi. Buka pintu ketuhar dengan cermat
dan pastikan menggunakan sarung tangan pelapik yang tebal
dan kering.
Elakkan daripada menggunakan sarung tangan basah kerana
air boleh bertukar kepada stim dan boleh menyebabkan
tangan anda melecur.
Jangan bermain-main dengan alatan tajam seperti pisau dan
pembuka tin.
Pastikan tidak bermain-main atau berlari-lari di ruang dapur.

Memadam Kebakaran Di
Dapur
Kebakaran minyak
Jika kebakaran minyak berlaku dalam kuali atau periuk berlaku :
Padamkan api dapur.
Tutup permukaan dengan tudung.
Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk.
Buka penutup perlahan-lahan.

Memadam Kebakaran Di
Dapur
Kebakaran Oven atau Ketuhar
Apabila kebakaran dalam oven atau ketuhar berlaku :
Tutup sumber elektrik.
Ubah ke tempat terbuka / lapang.
Pastikan pintunya sentiasa tertutup.

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai