Anda di halaman 1dari 2

Keselamatan Kebakaran Di Dapur Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.

ak. Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar. Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk.

Kebersihan Dapur Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resepi dan bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau diatas ruangan aktiviti memasak. Pastikan rak dapur sentiasa bersih. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api. Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak. Mengelak Kecederaan Di Dapur Makanan yang dimasak dalam ketuhar menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi. Buka pint ketuhar dengan cermat dan pastikan menggunakan sarung tangan pelapik yang tebal dan kering. Elakkan daripada menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar kepada stim dan boleh menyebabkan tangan anda melecur. Jangan bermain-main dengan alatan tajam seperti pisau dan pembuka tin. Pastikan tidak bermain-main atau berlari-lari di ruang dapur.

Keselamatan Litar Elektrik Di Dapur Gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket dalam satu masa. Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus. Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik. Wayar yang pecah dan terkoyak hendaklah diganti. Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug segera. Gantikan atau bawa peralatan tersebut untuk diperiksa.

Memadam Kebakaran Di Dapur Kebakaran minyak Jika kebakaran minyak berlaku dalam kuali atau periuk berlaku : Padamkan api dapur. Tutup permukaan dengan tudung. Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk. Buka penutup perlahan-lahan.

Kebakaran Oven atau Ketuhar Apabila kebakaran dalam oven atau ketuhar berlaku : Tutup sumber elektrik. Ubah ke tempat terbuka / lapang. Pastikan pintunya sentiasa tertutup.

Anda mungkin juga menyukai